Visa Umrah – Apa Yang Perlu Kita Ketahui
20
June
Assalamuualaikum wbt.
Saban tahun kita membaca di akhbar atau mendengar kisah ramai jemaah yang tidak dapat menunaikan Umrah disebabkan oleh kegagalan memperolehi Visa Umrah. Susah sangat ke nak perolehi Visa Umrah ? Sebelum kita menyalahkan mana-mana pihak kerana kegagalan memperolehi Visa Umrah, maka ada baiknya kita ketahui terlebih dahulu Prosedur dan Peraturan bagi mendapatkan Visa Umrah.
Perjanjian antara Travel Agency (TA) di Malaysia dengan Muasasah Arab Saudi
Kementerian Haji Arab Saudi memperkenalkan Peraturan bagi mendapatkan Visa Umrah harus melalui Muasasah Arab Saudi yang dilantik. Bermakna pihak Travel Agency (TA) di Malaysia mesti menanda tangani perjanjian untuk bernaung di bawah Muasasah yang menjadi pilihan TA.
Sebelum menandatangani Perjanjian ini perlu ada pesefahaman di antara keduanya terutama mengenai Terma dan Syarat yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua belah pihak. Dan yang paling penting TA mesti menyediakan Jaminan Bank sebanyak RM100 ribu jika mahu menandatangai perjanjian ini. Jika tidak silap saya untuk musim 1437H ini ada 49 TA di Malaysia yang menandatangani Perjanjian dengan pihak Muasasah Arab Saudi dan TA ini bebas untuk menawarkan Perkhidmatan Pemprosesan Visa Umrah dengan dikenakan sedikit caj bayaran.
Tanggungjawab Muasasah Arab Saudi
Semasa di Tanah Suci Muasasah Arab Saudi ini bertanggungjawab mengenai soal kebajikan, keselamatan jemaah Umrah TA yang berkenaan. Kerana itu ada Muasasah yang meminta pihak TA supaya mengemukakan bukti Tempahan Hotel di Madinah dan Makkah sebelum memberi kelulusan permohonan Visa. Ini bagi memastikan jemaah Umrah TA berkenaan memperolehi penginapan hotel di Tanah Suci.
Hotel Penginapan di Tanah Suci pula mestilah sudah mendaftarkan hotel mereka dengan pihak Kementerian Haji di Arab Saudi. Dan pastinya hotel yang didaftarkan ini sudah mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) atau di Makkah dipanggil sudah ada “Tasreh” atau “Tasnif”. Peraturan ini bagi menjamin jemaah Umrah atau Haji tinggal di Hotel yang selamat diduduki.
Hotel Anjum
Hotel yang tidak berdaftar dengan Kementerian Haji (biasanya tidak ada “tasreh”), sekiranya dipilih oleh TA boleh menyebabkan permohonan Visa Umrah awal-awal lagi ditolak oleh pihak Muasasah. Antara sebab mengapa Visa Umrah gagal diperolehi pada beberapa tahun lepas adalah kerana Hotel yang menjadi pilihan TA ini tidak ada dalam sistem di Kementerian Haji. Kerana itu Ajwa Travel lebih “prefer” Hotel bertaraf 5 bintang di Makkah (seperti Hotel Anjum) kerana pastinya jenis hotel sebegini tidak ada masalah dengan Kementerian Haji.
Kementerian Haji sememangnya mengambil berat mengenai kebajikan jemaah Umrah yang datang ke negaranya. Kerana itu peraturan yang dibuat walaupun dilihat menyukarkan pihak TA tetapi sebenarnya ianya untuk mempastikan jemaah Umrah dapat menjalani ibadah Umrah dengan selesa dan selamat.
Ada juga Muasasah yang mengenakan syarat sekiranya mahu permohonan Visa diluluskan maka pihak TA mesti mengambil Hotel pilihan Muasasah. Dan yang lebih parah apabila Muasasah mengenakan syarat mesti mengambil Pakej sepenuhnya dari mereka. Bermakna TA berkenaan tidak ada pilihan dalam menentukan pilihan Hotel dan juga catering makanan pilihan TA sendiri.
Tetapi ada juga Muasasah yang melonggarkan syarat iaitu hanya mewajibkan TA mengambil Bas Persiaran Muasasah manakala yang lain diberi kebebasan kepada pihak TA menentukannya. Di pihak Ajwa Travel lebih memilih Muasasah sebegini kerana Ajwa bebas memilih Hotel Penginapan yang dikehendaki dan juga catering pilihan sendiri. Pihak Muasasah hanya memantau jemaah TA yang berkenaan dengan syarat TA memberikan maklumat yang benar mengenai Hotel Penginapan di Tanah Suci, pergerakan jemaah di Madinah dan Makkah dan masa keberangkatan pulang.
Kabarnya bermula musim Umrah baru 1438H ini, Kementerian Haji mewajibkan hanya Bas Persiaran yang baru dan canggih sahaja dibenarkan beroperasi mengangkut jemaah Umrah. Saya yakin selepas itu, kos Transport pasti akan jadi lebih mahal dan boleh menyumbang kepada kenaikan harga Pakej pula.
Prosedur Pemprosesan Visa
Apabila pihak TA mendapat signal bahawa permohonan Visa Umrah sudah dibuka, maka pihak TA akan mula “key in” data Personal yang ada dalam Pasport Jemaah ke dalam sistem Komputer Muasasah. Bagi yang bersandar kepada mahram maka hendaklah dinyatakan hubungan pemohon dengan mahram.
Untuk makluman, wanita yang berumur 45 tahun dan keatas biasanya akan di kategorikan sebagai permohonan “Women Group” dan tidak perlukan mahram. Kecuali jika wanita ini membawa anak bersama maka permohonannya mesti digabungkan bersama suami dan anak-anak dan bukan “women group”
Jika kouta ada biasanya proses mendapat kelulusan Visa (atau biasanya dipanggil MOFA) mengambil masa 48 jam dari masa “key in” data. Dan setelah MOFA diperolehi maka baru pihak TA akan “submit” Pasport berserta semua dokumen sokongan yang berkaitan ke pihak Embassy Arab Saudi di Kuala Lumpur. Sekiranya MOFA belum atau tidak diperolehi lagi maka bermakna pihak TA tidak boleh menyerahkan semua dokumen dan pasport kepada pihak Embassy.
Keperluan Permohonan Visa
Pemohon mestilah menyerahkan Pasport Antarabangsa Malaysia yang tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tarikh berlepas. Bagi pemohon yang bertaraf Penduduk Tetap atau IC Merah, biasanya pihak Embassy mengkehendaki diserahkan IC Merah yang original kepada mereka. Manakala bagi warga asing pula syarat utama mestilah mempunyai Permit Kerja yang sah di Malaysia. Untuk Pembantu Rumah mestilah yang ada permit sah serta isteri majikan mesti ikut bersama selain dari majikan sendiri.
Gambar Untuk Visa pula saiz gambar mestilah 6cm x 4 cm, latar belakang putih, muka mesti 70%-80% dari size gambar, lelaki tidak bersongkok dan wanita pula mesti bertudung gelap.
Pemohon juga mesti menyerahkan bukti sudah mengambil Suntikan Meninggococal ACYW135 samada melalui Buku Suntikan (biasanya berwarna oren atau kuning) atau surat dari Klinik yang berkenaan.
Permasalahan Visa
Kerap berlaku Visa Umrah gagal diperolehi disebabkan oleh dokumen sokongan yang tidak lengkap atau tidak mencukupi terutama pemohon yang bersandarkan kepada Mahram. Jika pemohon ialah seorang isteri, ia hendaklah mengemukakan Salinan Sijil Nikah yang telah disahkan oleh Pejabat Agama terdekat, dan kemudiannya salinan sijil Nikah ini pula mesti disahkan sekali lagi oleh Pihak Wisma Putra di Putrajaya.
Manakala bagi anak-anak pula mesti menyerahkan dokumen Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan juga Wisma Putra. Bagi pemohon yang ingin membawa anak angkat, maka hendaklah serahkan Salinan Sijil Pengambilan Anak Angkat yang menunjukkan keterangan Penjaga kepada kanak-kanak tersebut. Ianya mesti disahkan oleh JPN dan juga Wisma Putra. Akan tetapi Dokumen Asal (yang original) juga mesti diserahkan bersama kepada pihak Embassy Arab Saudi.
Keperluan Pengesahan Dokumen di Wisma Putra
Semua dokumen yang telah disahkan samada oleh Pejabat Agama atau Jebatan Pendaftaran Negara mesti disahkan sekali lagi oleh pihak Wisma Putra di Putrajaya. Jika mahu segera, maka pemohon kena pergi sendiri berurusan di pejabat Wisma Putra Jaya.
Jika menggunakan khidmat TA biasanya dokumen berkenaan mengambil proses selama 3 hari bekerja. Saya mendapat maklum, ada TA yang mengenakan caj services ke Wisma Putra ini kerana ianya melibatkan kos ulang alik dari pejabat TA ke Putrajaya. Caj yang dikenakan sekitar RM10 untuk satu dokumen. Tetapi setakat ini Ajwa Travel tidak mengenakan caj untuk tujuan yang berkenaan.
Permasalahan Mahram
Semenjak Kerajaan Arab Saudi mengenakan Peraturan Tidak boleh lagi Tumpang Mahram, maka ianya banyak menimbulkan kesulitan dalam permohonan Visa Umrah. Hanya pemohon yang mempunyai Mahram yang sah sahaja yang boleh memperolehi Visa, dengan syarat semua keperluan dokumen sokongan yang mengaitkan dirinya dengan Mahram yang berkenaan mencukupi.
Siapa yang boleh dijadikan Mahram ?
Jika seorang isteri semestinya bermahram kepada suaminya. Jika anak-anak perempuan pula mesti bermahramkan kepada ayah kandungnya. Dan syarat tambahan, ibu kepada anak-anak perempuan mesti menyertai sama. Bagi cucu yang bermahramkan datok, ia mesti disertai oleh nenek (isteri kepada datok) atau ibu kepada anak-anak yang berkenaan.
Bagi pemohon yang tidak mempunyai ayah (kerana meninggal dunia), abang kandung berumur 18 tahun ke atas juga boleh dijadikan mahram. Pemohon mesti menyertakan salinan Sijil Lahir Pemohon, salinan Sijil Lahir abang kandung bagi menunjukkan kaitan Mahram dan Salinan Sijil Mati bapa Pemohon. Syarat tambahan ialah mesti ada “consent letter’ iaitu surat dari datok pemohon (jika masih hidup) atau bapa saudara pemohon yang membenarkan pemohon pergi menunaikan Umrah bersama abang kandungnya dengan cop Pesuruhjaya Sumpah.
Anak Saudara ?
Bagi pemohon wanita berumur 45 tahun ke bawah, jika tiada suami, abang kandung atau adik kandung lelaki atau datok, ia boleh menjadikan bapa saudara samada sebelah ayah atau ibu sebagai mahramnya. Dan pastinya banyak dokumen yang diperlukan dalam permohonan ini. Dokumen yang biasanya diperlukan ialah salinan sijil lahir pemohon, salinan sijil lahir bapa saudara pemohon, salinan sijil lahir ibu atau ayah pemohon (kaitan adik beradik samada sebelah ibu atau ayah), salinan sijil mati ayah, salinan sijil nikah ibubapa pemohon selain dari “consent letter” dan kesemua dokumen yang berkenaan perlu mendapat pengesahan dari jabatan kerajaan yang berkenaan dan juga Wisma Putra.
Masalah boleh berlaku sekiranya nama ayah bapa saudara (datok pemohon) dan nama ayah kepada ibu atau bapa pemohon mempunyai ejaan yang berbeza. Contohnya nama bapa saudara Kasim bin Mohamad Ali, dan nama ibu pemohon Kalsom binti Mad Ali. Dalam kes ini Mohamad Ali dan Mad Ali adalah individu yang sama. Dalam sijil lahir sudah tertera nama ibu masing-masing yang mempunyai nama yang sama kerana adik beradik. Jika berlaku hal sebegini, maka satu surat rasmi dari Jabatan Pendaftaran Negara diperlukan yang menyatakan bahawa individu berkenaan ialah orang yang sama. Jika tidak ada pengesahan rasmi dari JPN, biasanya permohonan Visa Umrah pemohon ditolak.
Pencerahan
Prosedur dan peraturan dalam permohonan Visa sememangnya semakin sukar dewasa ini. Kita kena menyertakan semua keperluan dokumen sokongan yang pihak Embassy kehendaki. Kegagalan menyertakan salah satu dokumen sokongan boleh menyebabkan permohonan Visa Umrah ditolak oleh pihak Embassy. Amat malang sekiranya kita sudah sampai di KLIA tetapi mengetahui di saat akhir Visa Umrah gagal diperolehi.
Ada juga kes di mana seorang isteri yang ingin menunaikan Umrah tanpa suami tetapi menyertakan nama suami dalam permohonan Visa Umrah. Sungguhpun Visa Umrah diperolehi tetapi belum tentu ia selamat terbang ke Tanah Suci. Samaada ianya ditahan di KLIA lagi atau mungkin semasa di airport Jeddah atau Madinah. Jangan cuba-cuba menipu dalam permohonan Visa.
Sekian dan Wassalam.
Assalamualikum wbt. Saya ingin bertanya sekiranya visa umrah tamat tempoh pada 19Feb 2017 masih bolehkah kite untuk menunaikan umrah pada 9-19 Feb 2017 atau diperlukan untuk memperbaharui visa dahulu? Terima kasih
waalaikum salam..bila dah dapat visa kita ada masa 30 hari untuk ke Arab Saudi…jika lebih dari itu maka visa dikira expired…bila dah masuk Arab Saudi kita ada masa 30 hari untuk tinggal di sana sebelum keluar balik ke tanah air
Assalamualaikum tuan… Saya ingin mengerjakan umrah bersama adik beradik saya. Adik lelaki saya akan jadi mahram saya. Saya berhajat membawa 2 orang anak saya yang berumur bawah 12 tahun. Suami saya pula sudah meninggal dunia. Jadi macam mana proses untuk dapatkan visa anak2 saya? Consent letter perlu dapatkan dari siapa sebab bapa kandung mereka telah meninggal dunia.
Waalaikum salam..keperluan yang diperlukan ialah salinan sijil lahir anak2, salinan sijil lahir adik lelaki (18 tahun keatas) dan salinan sijil lahir puan..selain itu salinan sijil mati suami, salinan sijil nikah puan..consent letter boleh dibuat atas nama abang puan yang tak ikut sama atau ayah puan..kesemua dokumen berkenaan mesti disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra di Putrajaya.
Salam. Ayah saya dijadualkan akan menuanaikan umrah pada bulan awal hulan puasa ini. Tetapi hari ini baru dikhabarkan bahawa visa umrah ayah saya ditolak kerana nama di dalam passport tidak sama seperti nama di dalam ic. Untuk pengetahuan, nama ayah saya mempunyai @(dua nama) tetapi semasa membuat passport, pihak imegresen sendiri menytakan bahawa ayah saya hanya perlu memberi satu nama sahaja. Apa nasihat tuan ?
Wassalam..biasanya maklumat dalam pasport yang dihantar semasa proses permohonan visa dan tidak menggunakan ic..jika pasport ada satu nama pun biasanya di muka surat lain ada dicatit bahawa Pemegang Pasport ini juga dikenali sebagai (nama kedua)..
Salam Haji, saya telah menunaikan UMRAH beberapa kali dgn Agen Msia pd tahun2 lepas, SO utk tahun depan 2018, saya bercadang utk menunaikan UMRAH DIY, Soalan saya – Bagaimana caranya utk saya memohon VISA UMRAH sendiri ? Submit sendiri ke Kedutaan atau Boleh mohon melalui Agen AJWA TRAVEL ?
Wassalam..mengikut peraturan jemaah UMrah harus pergi dengan agensi travel yang berlesen dan menjadi kesalahan jika pergi bersendirian..dan kebanyakkan travel agensi enggan untuk memproses Visa Umrah bagi yang mahu pergi sendiri kecuali sudah kenal betul dengan individu yang berkenaan. Telah banyak kes berlaku jemaah Umrah DIY ini yang tidak mendapat hotel di sana walaupun telah booking awal dan akhirnya apabila hal ini diketahui maka pihak Kementerian Haji Saudi akan menyaman pihak Muasasah dan kemudiannya pihak Muasasah sendiri akan menyaman pula Travel agensi yang berkenaan…walhal Travel agensi berkenaan hanya menolong proses Visa sahaja…bagi jemaah Umrah DIY ni saya nasihatkan ikut aje travel agensi yang sah kerana jika berlaku sebarang masalah seperti kematian jemaah maka kepada siapa perkara ini akan dirujuk ?
Salam Haji,
Saya dan ibu saya bercadang menunaikan umrah tahum depan. Permasalahan kami adalah mahram. Ibu saya 51 tahun dan saya 30 tahun masih belom berkahwin. Ayah sudah lama meninggal dan tiada adik beradik lelaki. Persoalannya, bagaimanakah saya mahu dapatkan visa?
Wanita bawah 45 tahun perlu ada mahram lelaki untuk memohon Visa Umrah..tidak boleh tidak
assalam haji,
bln 12 ayah saya bercadang utk pergi umrah bersama ibu saya, saya dan suami serta anak sedara berumur 10 tahun dan abg ipar. adakah masalah akn timbul untuk visa bg anak saudara saya kerana ibunya tidak turut serta utk menunaikan umrah?
boleh bawa anak sedara dengan syarat bermahramkan kepada bapa saudara atau datok kepada anak sedara…penting segala keperluan syarat permohonan visa sudah dipatuhi..
sekiranya datok yg pergi menunaikan umrah adalah datok sblh ibu boleh ke haji? sbb saya diberitahu pihak kedutaan saudi membenarkan bermahramkan datok sblh bapa sahaja. betul ke haji?
datok sebelah ibu juga boleh..sediakan copy sijil lahir ibu sebagai bukti anak kepada datok pemohon, copy sijil lahir pemohon, copy ic datok dan surat consent iaitu kebenaran bapa kanak-kanak memberi izin kepada isteri untuk membawa anak menunaikan umrah bermahramkan datok (bapa kepada ibu pemohon) di Pesuruhjaya sumpah…salinan sijil lahir kesemuanya mesti disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra.
saya telah menunaikan umrah pada februari 2017, bersamaan 1438 Hijrah. saya bercadang untuk pergi kali kedua pada Disember 2017, bersamaan 1439 Hijrah, adakah saya dikenakan bayaran fee umrah SR2000
tidak..yang kena jika pergi dalam musim yang sama untuk kali kedua
Salam Tn. Haji tahun ini ibu dan bapa saya mahu mengerjakan umrah dan mereka berusia lebih 60tahun. Mereka tidak ada sijil nikah dan kalau ada pun sudah tidak tahu dimana kerana telah lama.
wassalam..wanita yg berumur 45 tahun ke atas tidak perlu sertakan sijil nikah..
slm tn haji…ibu saudara saya ingin menunaikan umrah..dia dh berumur 54 tahun..sudah tidak perlu mahramkan?tapi dia nak bawak anak perempuan yang berumur 13 tahun..blh ke?
wassalam..anak perempuan memerlukan mahram seorang lelaki..ibunya ok.
assalamualaikum, saya ingin bertanya. saya akan menunaikan umrah bersama ibu dan abang no.4 saya. saya telah kematian ayah saya. persoalannya, letter of consent tu perlu diisi oleh abang sulung saya atau bapa saudara?
tk
wassalam..abang sulung lebih dekat
Salam haji,nk ty sy berniat nk tunai umrah bln 11 ni.sudah berpisah dgn suami tp kedua ibubapa kandung ikut.adakah boleh dikira mahram
wassalam. boleh
Assalammualaikum…
Sy wanita 45 thn ke bwh dan belum berkahwin… Ayah telah tiada… Bolehkah Abg kandung sy mnjadi mahram tetapi pd masa yg sama dia pergi membawa isteri bersama?
waalaikum salam..jawapannya boleh bermahramkan abang kandung yang membawa isteri bersama..
Assalamualaikum..saya telah menunaikan umrah pada januari lepas…jika saya nak pergi lagi pada bulan November..adakah saya akan dikenakan 2000sr untuk visa?
waalaikum salam..mengikut kabar terkini yang dimaklumkan memang kena caj sr2000..mungkin dengan menukar pasport yang baru boleh mengelakkan caj yang berkenaan..tergantung jika pihak imigresen membenarkan diperbaharui pasport walau belum tamat tempoh
Assalamualaikum.. saya ingin mengerjakan umrah bersama keluarga saya. Saya ingin membawa semua anak2 saya.. tetapi suami tidak mahu ikut serta.. hanya saya anak2.. kedua ibu bapa saya danadik beradiksaya sahaja.. bolehkan anak2 saya ikut umrah ustaz? Mohon bantuan
Waalaikum salam..anak-anak boleh ikut umrah dengan bermahramkan datuk sebelah ibu..dokumen yg diperlukan selain pasport, gambar dan buku suntikan ialah salinan sijil lahir anak2, salinan sijil lahir ibu (menunjukkan kaitan ibu kanak-kanak dan datuk kanak2 berkenaan), consent letter iaitu surat izin si ayah membenarkan anak-anak pergi mumrah ditemani mahram bapa mertua
Assalamualaikum haji, sy dan kelurga merancang mahu mengerjakan umrah pada 17/12/2017. Tetapi pada 17/11/saya akan ke jepun dan pulang pada 23/11. Adakah masih sempt untuk membuat permohonan visa?
wslm. insyaAllah sempat..
salam. saya ingin bertanya. Bolehkah saya ingin menunaikan umrah dengan abang kandung sebagai mahram ? Bapa masih ada, tetapi tidak ikut untuk menunaikan umrah.
wassalam..jawabnya boleh
wassalam..kami tak jual visa
As salam tuan,saya ingin bertanyakan berkenaan visa umrah..bapa saya seorang pemegang passport indonesia manakala ibu saya warganegara Malaysia..saya telah mengambil pakej menunaikan umrah utk kedua org tua saya..masalah pihak travel agent tidak tahu jika bapa saya blh memohon visa umrah di malaysia..passport indonesia bapa saya menyatakan bahawa bapa ada suami kpd warganegara malaysia.Bolehka bapa saya menggunakan agent tersebut utk mendapatkan visa umrah di malaysia tanpa perlu ke indonesia.
Wassalam..jika bapa ada ic merah sebagai pemastautin boleh mohon visa dari Malaysia..atau pasport indonesia bapa multiple entry atau ada permit kerja pun boleh apply dari Malaysia.
As Salam tuan haji, sy baru kembali dari menunaikan umrah pd 15/6/18 dan sekiranya saya nk pergi lagi pada januari 2019, adakah saya akan dikenakan denda?
wassalam..kena caj sr2000
Assalamualaikum tn hj,
Saya ingin bertanya, bolehkah nama yang tidak mempunyai bin menunaikan umrah cth:- Ahmad ( bg passport dan ic)
boleh asal dokumen semua mencukupi
Assalamualaikum..makcik sy berstatus ic merah.. Tp bile pergi kedutaan utk endorsement sbb tiada nama bapa mereka tidak mahu endorsed.. Tp dlm syarat kene ade cop binti.. Sbb ic merah tiada nama bapa
kena pergi ke kedutaan indonesia untuk tambah nama bapa dalam pasport atau surat pengesahan nama bapa
As salam tuan haji,sy ingin bertanya.sy nk ke mekah dgn bermahramkan bapa saudara sebelah bapa..nk tnye agent boleh uruskan urusan cop semua dokumen tanpa kita kena pergi ke jpn ,wisma putra kan?dan surat beranak bapa saudara hanya perlu salinan bukan original kan?ape yg boleh terjadi bila dh tiba klia tp visa tak approve?risau pulak.
Biasanya urusan ke JPN dan Pejabat Agama diuruskan oleh jemaah sendiri dan urusan ke Putrajaya banyak yang Travel Agent uruskan dengan bayaran tertentu sebagai servis. Yang penting semua dokumen perlu disahkan dan biasanya pengesahan lebih mudah dilakukan bila ada dokumen asal yang original.
Assalamualaikum. Bagaimanakah memohon visa umrah di Malaysia tetapi sy menetap di Brunei setelah berkahwin dgn org sana. Sy plan mengikut trip umrah adik beradik sy menggunakan agen di Malaysia. Suami sy org Brunei juga berminat utk turut serta. Boleh bagi pencerahan?
Wassalam..Jika berlepas Umrah dari Malaysia, puan kena dapatkan visa umrah malaysia tetapi suami puan mesti mendapatkan visa Umrah dari Brunei..tetapi jika puan berumur kurang dari 45 tahun maka puan boleh memohon visa Umrah di Brunei dengan bermahram kepada suami puan..boleh rujuk kepada Travel Umrah Brunei yang boleh membantu untuk dapatkan visa Umrah dari Brunei.