Umrah Ziarah Mesir Mac 2013

Assalamualaikum wbt

Ramai yang menghantar email kepada saya bertanyakan Pakej Umrah dan Ziarah di negara ketiga seperti Mesir atau Istanbul dan juga Masjid al-Aqsa. Memang saya akan setting Pakej Umrah yang berkenaan. Cuma saya perlu merancang yang mana perlu didahulukan supaya saya dapat mengetuai rombongan Umrah yang berkenaan.

Syukur alhamdulillah Pakej Umrah Idaman untuk kumpulan yang pertama musim 2013 telahpun penuh. Manakala untuk Pakej Umrah Super Ekonomi masih ada 15 lagi kekosongan setakat hari ini. InsyaAllah dengan izin Allah, mengikut perancangan saya dan isteri akan berlepas ke tanah suci pada 22hb Februari 2013 dan kembali ke tanah air pada 6hb Mac 2013. Dan sekembali ke tanah air saya bercadang untuk mengetuai Rombongan Pakej Umrah Ziarah Mesir pula.

Tarikh cadangan untuk Pakej Umrah Ziarah Mesir ialah pada 16hb Mac 2013 hingga 30hb Mac 2013 selama 15 hari dan 12 malam. Kos seorang ialah RM7200 mengikut Pakej Super Ekonomi. Jika nak setting Pakej Idaman, saya bimbang harganya pasti mahal. Tetapi jika ada permintaan, saya tidak keberatan untuk memenuhinya. Yang penting sekiranya berminat bersegeralah mendaftar nama bagi memudahkan saya mendapatkan tiket penerbangan.

Senario sekarang tidak seperti dahulu. Sekarang kita perlu segera booking tiket dahulu bagi memastikan kita dapat “seat”. Lambat booking tiket akan menyebabkan tiket yang diperolehi berharga lebih tinggi atau mungkin terlepas. Untuk makluman pembaca, bulan Mac antara masa yang sesuai untuk melawat tempat ini kerana suhunya masih sejuk dan tidak panas. Jika lawatan dilakukan pada mei dan Jun, suhu di sini sudah semakin panas sama seperti di Arab Saudi.

Saya bercadang untuk mengambil Flight Egypt Air yang akan berlepas pada jam 10 malam dan dijangka tiba di Cairo seawal pagi jam 5.40 pagi. Selepas selesai urusan Imigresen, jemaah akan dibawa bersarapan pagi di Restoran Malaysia sebelum dibawa menziarahi tempat-tempat menarik seperti The Great Pyramid, Spinx dan Valley Temple. Selepas makan tengahari di Restoran Tempatan, jemaah akan dibawa bersiar-siar di Sungai Nil, membeli belah di kedai minyak wangi dan kedai lukisan papyrus dan akhir sekali dibawa check in hotel. Makan Malam dan berehat.

Kawasan Sphinx yang terkenal

Masuk hari kedua selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa ke Kota Iskandariah. Kota ini pernah menjadi ibu negeri Mesir selama 1000 tahun sebelum penaklukan Islam pada abad yang ke 21. Kota ini amat terkenal dengan pelabuhan dan perairan laut yang cantik dan pernah menjadi tempat persinggahan utama pedagang Yunani Turki dan Itali. Malah yang menariknya kota ini pernah melalui 3 peradabab besar iaitu Plotemi, Romawi dan Benzantein.

Jemaah akan dibawa melawat Taman Istana Mumtazah, persisiran pantai Laut Mediterranean, Makam Abu Abbas al-Mursi dan 12 wali, makam Nabi Daniel, Luqman al-Hakim dan juga tinggalan sejarah lama seperti Roman Theater, kubu Pertahanan Qaitbey dan Perpustakaan Iskandariah. Makan tengahari di Restoran Tempatan. Lawatan ke Kota Iskandariah atau kota Alexander the Great ini dilakukan seharian dan jemaah kemudian pulang semula ke Cairo untuk makan malam dan berehat di Hotel.

Masuk hari ketiga selepas sarapan pagi di hotel, jemaah akan dibawa seharian melawat tempat-tempat menarik sekitar Kaherah. Antaranya ialah melawat Makam Imam Syafie, Masjid Amru al-Asr, kesan bandar Fusthat yang terbakar, Masjid Sultan Hassan dan Sultan Rifa’ie, Masjid Ibn Tolun. Berehat sebentar untuk makan tengahari di Restoran Tempatan.

Selepas itu lawatan disambung semula ke Makam Imam Waqi, makam Anwar Sadat, Kubu Salahuddin al-Ayyubi, Masjid Husin, Masjid dan Universiti al-Azhar. Lawatan diakhiri dengan membelibelah di Bazar Khan Khalili. Program lawatan diakhiri dengan Makan malam di hotel dan seterusnya berehat.

Hari keempat adalah aturcara bebas sementara menunggu keberangkatan ke airport menuju destinasi seterusnya iaitu menunaikan Umrah dan ziarah Madinah. Program di tanah suci Madinah dan Makkah berjalan seperti biasa.

Kepada yang berminat turut serta sila berikan nama penuh beserta no telefon dan alamat email untuk tujuan pendaftaran. Hubungi saya di 019-350 5395 atau isteri saya Hjh Norhayati 019-341 8822 atau pejabat Ajwa Travel 03-3342 3395. Boleh email kepada hjiqbal.safwan@gmail.com.

Jumpa lagi.

 

Category: Promosi Umrah

  • S Muznirah January 9, 2013 at 12:35 pm

    Harap dpt berikan jadual ie brp hari di Mekah Dan Madinah.

  • hasmadi January 13, 2013 at 10:48 pm

    Assalamualaikum haji, ada ke tak tn hj menganjurkan umrah dan ziarah istanbul pada cuti persekolahan Mei/jun 2013 nanti.

  • Rofeeai Saban January 17, 2013 at 11:38 pm

    Assalamualaikum.

    Saya bercadang insyaa Allah menunaikan umrah bersama isteri dan anak. Tarikh anak cuti sem 7 April hinga mid June. Saya sedang mencari pakej umrah + ziarah Mesir atau Istambul untuk tempoh masa berkenaan. Tarikh pakej tuan ini bertembung dengan tarikh exam anak saya. Ada tak pakej lain dengan keutamaan + ziarah Istambul.

    Tq.

    • hj. Iqbal January 21, 2013 at 10:23 am

      terima kasih atas minat bersama ajwatravel. InsyaaAllah saya cuba setting pakej berkenaan antara april or mei or jun 2013

    • hj. Iqbal January 21, 2013 at 8:11 pm

      saya akan setting pakej umrah mesir atau umrah istanbul atau umrah Masjid Aqsa pada bulan April atau Mei atau Jun insyaaAllah. Tetapi ianya bergantung kepada bilangan jemaah. Jika ada 20 orang ke atas saya akan lakukan..

  • ernur April 13, 2013 at 11:17 am

    saya mahu ikut umrah ziarah ni pada tahun depan2014 bulan mac sepertimana cuaca yang sesuai seperti yang diceritakan.saya mahu pergi 1org sahaja.
    brp kosnya….
    ni no tel saya jika dapat maklum melalui sms 0197353375

Tempah produk beauty umaira sekarang