Assalamualaikum wbt.

Melihat kepada senario yang berlaku kini membuatkan saya harus berhati-hati di dalam membuat tindakan. Seperti yang dimaklumkan awal sekarang ini amat sukar untuk memperolehi Visa Umrah. Tragedi ramai jemaah yang tidak dapat ke tanah suci pada musim cuti sekolah ini, lantaran tidak memperolehi Visa amat menakutkan saya. Apa maknanya jika ada jemaah tetapi tidak dapat merealisasikan impian mereka malah boleh mengundang kemarahan orang pula.

haram14

Saya harus berhati-hati untuk setting Pakej Umrah Ramadhan. Saya tidak mahu membuat tempahan tiket penerbangan selagi jemaah belum ada yang mendaftar. Saya juga tidak mahu membuat tempahan awal bilik-bilik hotel di tanah suci seperti selalunya. Bimbang masalah besar akan berlaku sekiranya tidak memperolehi Visa.

Kabarnya Kerajaan Arab Saudi bukan setakat mengurangkan Kouta Umrah tetapi mahu memendekkan jangkamasa atau tempoh jemaah berada di tanah suci. Saya dimaklumkan oleh sahabat, jemaah Indonesia hanya dibenarkan berada di tanah suci untuk tempoh 9 hari sahaja. Dan kemungkinan jemaah Malaysia yang sebelum ini tempoh sah berada di tanah suci ialah 30 hari dipendekkan menjadi 15 hari sahaja. Maknanya tahun ini jemaah Malaysia tidak berpeluang berpuasa 1 bulan di tanah suci. Jika tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan, maka akan dikenakan tindakan denda SR 10 ribu. Jika tidak mampu membayar mungkin kena tinggal di dalam lokap gamaknya.

Untuk Pakej Umrah Ramadhan ini saya hanya akan membeli tiket secara FIT sahaja. Ada jemaah yang mendaftar dan kemudian memperoleh MOFA (no.rujukan permohonan Visa yang berjaya) baru saya carikan tiket penerbangan dan membuat tempahan hotel. Langkah ini lebih selamat. Mengenai tiket flight saya tidak perlu risau. InsyaaAllah tiket boleh diperolehi. Sekarang ini ada banyak syarikat Penerbangan yang menawarkan penerbangan ke Jeddah atau Madinah.

Pakej Akhir Syaaban dan Awal Ramdhan (dari RM7800 seorang)

Tarikh cadangan ialah berlepas pada 3hb Julai 2013 bersamaan 24 Syaaban dan kembali ke tanah air pada 16hb Julai 2013 bersamaan 7 Ramadhan. Maknanya jemaah akan berpuasa kira-kira 6 atau 7 hari di tanah suci. Hotel penginapan di Makkah ialah Hotel Qadisya @ setaraf. Jarak hotel ke Masjidil Haram dianggarkan 300 meter.

Harga Pakej ialah RM 7800 seorang untuk sebilik 4 orang. Jika memilih tinggal sebilik 3 orang harganya ialah RM 8400 seorang. Manakala untuk sebilik berdua harganya ialah RM 8900 seorang. Harga Pakej ialah Full Package meliputi harga untuk tiket penerbangan, hotel di Makkah dan Madinah, makan minum, pengangkutan dan lawatan, belanja pengurusan Visa dan perkhidmatan.

Pakej Pertengahan Ramadhan (dari RM8600)

Tarikh cadangan ialah berlepas pada 17hb Julai 2013 bersamaan 8 Ramadhan dan balik sampai KLIA pada 30hb Julai bersamaan 21 Ramdhan 1434H. Harga Pakej (Full Package) ialah RM8600 (bilik berempat), RM9200 (bilik bertiga) dan RM 9900 (bilik berdua)

Pakej Akhir Ramadhan (dari RM9600 seorang)

Tarikh cadangan ialah berlepas pada 26hb Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan dan kembali ke tanah air pada 8hb Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434H. Harga Pakej (Full Package) ialah RM9600 (bilik berempat), RM10700 (bilik bertiga) dan RM11400 (bilik berdua).

Pendaftaran

Kepada yang berminat kena buat tindakan segera. Emel nama-nama jemaah, no handphone dan sertakan copy pasport supaya boleh disegerakan permohonan Visa. Permohonan visa pula sekarang ini lambat untuk dapatkan balasan MOFA. Setelah memperolehi MOFA baru saya membuat tempahan tiket penerbangan dan juga hotel di tanah suci. Dan saya dimaklumkan pada bulan Ramadhan ini semua permohonan Visa akan ditutup. Maknanya jika nak mohon Visa untuk Ramadhan kena buat permohonan dari sekarang.

Emel ke alamat hjiqbal@ajwatravel.net atau kakyati@ajwatravel.net. Jika ada sebarang kemusykilan segera hubungi saya untuk mendapatkan pencerahan.

Wassalam.