Assalamualaikum wbt. Bertemu kembali.

Pakej Umrah Idaman di “setting” bertujuan untuk memberi keselesaan beribadah kepada Jemaah Umrah. Kerana itu Harga Pakej Umrah Idaman sememangnya lebih mahal berbanding Pakej Umrah Ekonomi. Keselesaan beribadah diperolehi apabila Hotel Penginapan dekat dengan Masjidil Haram. Dan Hotel yang dekat dengan Masjidil Haram ini pula pastinya berharga mahal berbanding dengan Hotel yang jauh dari Masjidil Haram.

Bagi jemaah sebelum memilih Pakej Umrah, pertimbangan Harga amat penting. Jika harga yang ditawarkan terlalu mahal sehingga menyukarkan Jemaah maka Jemaah tidak akan dapat menyertai Pakej Umrah yang menawarkan Hotel yang dekat dengan Masjidil Haram. Maka mahu tak mahu Jemaah terpaksa memilih Pakej Harga Rendah dan dalam masa yang sama berdoa semoga Penganjur Pakej memberikan Hotel yang dekat dengan Masjid. Tetapi mana mungkin bayar rendah dapat Hotel bertaraf bintang dan dekat dengan Masjidil Haram.

Ramai yang beranggapan untuk menginap di Hotel yang bertaraf bintang di Makkah, Kos Pakej mencecah sehingga RM 10 ribu seorang. Sebenarnya Kos Pakej boleh dikurangkan seminima yang mungkin. Ada caranya..pastinya dengan sedikit pengubahsuaian impian untuk menginap di Hotel yang selesa dan dekat dengan Masjid boleh menjadi kenyataan.

anjum hotelHotel Anjum Makkah

Tawaran Murah Serendah RM 7100

Awalnya Ajwa suka mencadangkan Pakej Umrah Idaman pada harga serendah RM 6800 seorang untuk jenis bilik Quad ( 4 orang sebilik). Jika mahu bilik Triple ( 3 orang sebilik) maka tambahan RM 300 seorang dari Harga Pakej. Jika mahu bilik Double (2 orang sebilik) maka tambahan RM700 seorang dari Harga Pakej.

Tetapi makluman baru yang saya terima, jika mahu menginap di Hotel Anjum ini saya kena ambil “halfboard” sekurang-kurangnya atau “fullboard”. Fullboard bermaksud kena ambil bilik termasuk makan 3 kali di Hotel. Halfboard pula bermaksud kena ambil sekurang-kurangnya 2 kali makan iaitu Sarapan Pagi dan juga samada Makan Tengahari atau Makan Malam.

Oleh yang demikian, Ajwa memutuskan untuk ambil “Halfboard” iaitu ada Sarapan Pagi dan Makan Tengahari, manakala Makan Malam tiada. Maknanya jemaah kena beli sendiri jika mahu Makan Malam. Keputusan ini bakal meningkatkan Kos RM500 lebih seorang kerana Kos Makan Tengahari untuk seorang di Hotel Anjum lebih kurang RM75 seorang didarab dengan jumlah hari di Makkah.

Maka Harga Pakej Idaman ini ditawarkan pada Harga RM7100 seorang untuk bilik berempat, manakala tambahan untuk bilik Triple dan Double tidak berubah.  Kenaikan RM300 seorang dari Tawaran sebelumnya. Maknanya baki RM200 lebih diserap oleh Ajwa.  Saya kira kos ini masih murah berbanding Kos Umrah Idaman sebelum ini.

Dalam Entry terdahulu di bawah tajuk Promosi Istimewa Umrah Idaman Disember 2014 harga ditawarkan ialah RM7500 seorang untuk bilik Quad (4 orang sebilik) dan tanpa lunch dan dinner di Makkah. Harga Tawaran kali ini termasuk lunch di Makkah dan dapat jimat RM 400 dari sebelumnya.

Bagaimana boleh murah ?

Penentuan Harga Pakej bergantung kepada Jenis Penerbangan yang diambil, standard Hotel dan Jarak Hotel dengan Masjid, bilangan hari di Tanah Suci dan sebagainya. Untuk merendahkan Kos Pakej, langkah pertama yang diambil ialah memilih Penerbangan Tambang Murah tetapi selesa. Sebenarnya Harga Tiket Penerbangan menyumbang lebih 50% dari Harga Pakej.

business-air

Jenis Penerbangan

Ajwa memilih Penerbangan Business Air transit 2 jam di Bangkok dan terus ke Jeddah. Saya fikir kita kena korbankan sektor Penerbangan yang terus ke Madinah dan lebih memberi fokus kepada Hotel Penginapan yang selesa dan dekat di Makkah. Tiket Penerbangan Flynas sudah melambung tinggi berbanding seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Tarikh berlepas ialah pada 19hb Disember 2014 dan kembali ke Tanah Air pada 30hb Disember 2013. Tempoh Perjalanan ialah 12 hari dan 10 malam. Untuk makluman, musim Persekolahan 2015 bermula pada 5 Januari 2015 (Isnin) sedangkan Jemaah sampai Malaysia hari Selasa. Ada masa 6 hari sebelum Persekolahan bermula.

anjum roomBilik Triple di Hotel Anjum

Harga bilik yang masih rendah

Untuk makluman Hotel Anjum ialah Hotel bertaraf 5 bintang yang baru sahaja beroperasi di Makkah. Mungkin ramai yang tidak menyedari kewujudannya. Oleh kerana ianya Hotel baru dan masih dalam Promosi maka harga yang ditawarkan juga masih murah berbanding Hotel yang setaraf dengannya.

Oleh kerana harga bilik yang lebih rendah maka Jemaah boleh memilih untuk tinggal sebilik berdua atau bertiga. Yang penting dapat bersama ahli keluarga dalam satu bilik.

anjum 4

Kos Makan di Makkah ?

Ajwa hanya mengambil Pakej Sarapan Pagi dan Makan Tengahari sahaja di Hotel tetapi tidak untuk “dinner” di Hotel. Jika boleh pada awalnya Ajwa ambil bilik dan “breakfast” sahaja tetapi Hotel Anjum tidak benarkan. Maka Ajwa ambil pakej “breakfast” dan “lunch” sahaja di Hotel ini. Jika ambil “dinner” sekali, pasti kos akan bertambah tinggi. Tambahan pula saya percaya ramai jemaah yang jarang Makan Malam.

Untuk makluman Kos makan tengahari di Hotel Anjum ialah RM75 seorang. Maknanya kos lunch dan dinner ialah RM150 sehari dan jika didarab 7 hari ialah RM1050 untuk seorang. Rasa sayang pula, kos sebanyak itu hanya untuk makanan di Makkah sahaja.

Ketua Rombongan

Sudah menjadi kemestian setiap Rombongan Umrah Ajwa Travel mesti diketuai oleh seorang Mutawif dari Malaysia. Untuk Trip Umrah Idaman 19hb Disember hingga 30 Disember ini akan dipimpin oleh saya sendiri bersama isteri saya Hajah Norhayati. Untuk program Ziarah Dalam di Madinah iaitu melawat Raudhah akan dipimpin oleh Hajah Norhayati, insyaAllah.

Di bawah ini saya masukkan gambar-gambar Hotel Anjum untuk makluman kepada yang berminat.

 anjum 2Hotel Anjum dengan Masjidil Haram

 anjum 5Laluan Hotel Anjum menuju Masjidil Haram

anjum lobiRuang Sembang di Lobi Hotel Anjum

anjum-hotel-makkah

Kepada Jemaah yang sudah memilih Pakej Super Ekonomi, saya sarankan supaya upgrade kepada Pakej Idaman. Ini kerana perbezaan Harga hanya RM300 sahaja sedangkan Jemaah menginap di Hotel yang jauh lebih selesa.

Kepada yang berminat menyertainya boleh emel nama penuh jemaah ke alamat hjiqbal@ajwatravel.net atau emel isteri saya kakyati@ajwatravel.net atau hubungi saya di 019-3505395 atau Hjh Norhayati 019-3418822 atau datang sendiri ke Pejabat Ajwa Travel di Lot 304, Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Haji, 41400 Klang, Selangor. No. Telefon Pejabat 03-33423395

Pembayaran deposit hanya RM1000 seorang boleh di bank in ke akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd. Tempat adalah terhad untuk 45 pax sahaja.

Wassalam.