Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah kerana dipilih oleh Allah sekali lagi menjadi TetamuNya. Rombongan seramai 48 orang jemaah menjadi lebih istimewa kerana turut serta 10 orang jemaah Muallaf atau “Saudara Kita” yang ditaja oleh Puan Zaiton Hassan, pemilik produck “Beauty Umaira” yang semakin mendapat sambutan di pasaran. Dan turut serta sudah pasti isteri saya Hjh Norhayati bersama Kak Zaiton Hassan bersama suami dan anaknya Aymarn.

Seolah-olah menjadi satu kemestian, Pakej Umrah Idaman bermula dengan penerbangan terus ke Madinah dari KLIA dengan menaiki flight charter MAS pada 15hb Jun yang lepas. Dan yang paling saya suka masa “landing” di Madinah pada jam 1.30 petang bersesuaian dengan masa “check in” hotel Madinah. Tidak seperti flight Emirates sebelum ini yang “landing” Madinah pada jam 3 pagi. Saya terpaksa booking hotel sehari awal kerana jika tidak jemaah akan lewat “check in” bilik hotel. Seperti yang kita maklum, selalunya waktu “check in” bermula jam 2 petang. Dengan ini kami dapat jimatkan sewaan hotel selama 1 hari. Malah satu kelebihan jemaah wanita dapat terus melakukan ziarah Raudhah pada waktu malam selepas selesai Solat Isyak dan makan malam.

Jarak Hotel Ansar dengan Masjid Nabawi

Hotel kali ini ialah Hotel Ansar Golden yang paling hampir dengan Masjid Nabawi. Selepas pengambilalihan oleh pengurusan baru hotel ini telah di”renovate” menyebabkan harganya semakin mahal tetapi cukup cantik dan eksklusif. Alangkah bertuahnya kami kerana tiada rombongan jemaah yang menginap di sini. Yang ada ialah jemaah dari negara Arab yang datang secara runcit. Ini menyebabkan kami tiada kesulitan untuk menunggu lif. Tidak seperti selalu. Selalunya di hotel-hotel yang berdekatan dengan Hotel Ansar Golden ini, menunggu lif benar-benar membosankan. Keadaan jemaah yang terlalu ramai menyebabkan masing-masing berebut-rebut memasuki lif. Selalu berlaku jemaah terpaksa menaiki tangga kerana bosan dengan lif yang lambat dan terpaksa berebut-rebut dengan jemaah dari Indonesia dan negara lain. Kali ini menunggu lif tidak sampai 1 minit. Alangkah nikmatnya.

Begitu juga suasana di Dewan Makan. Hanya jemaah DZ Travel sahaja yang menggunakan kemudahan Dewan Makan. Jemaah dari syarikat lain tiada. Suasana makan begitu santai sekali. Tidak seperti yang selalu berlaku di hotel-hotel berhampiran. Suasana makan begitu menyesakkan. Ini kerana jemaah terlalu ramai yang menggunakan kemudahan Dewan Makan. Lambat sampai alamat meja makan sudah penuh dengan jemaah. Nak cari tempat duduk di meja makan cukup memberi masalah. Boleh jadi kerana pihak Hotel Ansar Golden mengenakan caj bagi setiap kerusi di Dewan Makan, menyebabkan travel dari Malaysia dan Indonesia tidak menginap di hotel ini. Itu cuma sangkaan saya sahaja.

Kursus Umrah disampaikan oleh Ustaz Shafiq, pelajar Universiti Islam Madinah

Oleh kerana Dewan Makan hanya rombongan kami sahaja yang menggunakannya, maka mudah untuk kami mengadakan aktiviti Ceramah Agama dan juga Taklimat Keberangkatan ke Makkah. Yang bestnya, kami dapat adakan sekali lagi Kursus Umrah di Madinah ssebelum jemaah berangkat ke Makkah keesokan harinya. Kali ini yang memberi Kursus Umrah ialah Ustaz Shafiq, pelajar dari Universiti Islam Madinah. Sebelum ini Kursus Umrah di tanah air diberikan oleh saya sendiri.

Jemaah menginap selama 4 hari dan 3 malam di Madinah. Dan kami mula “check out” hotel Madinah pada hari ke-4 pada jam 9 pagi. Bergerak awal membolehkan kami sampai ke Makkah pada waktu selepas Asar dan jemaah dapat memulakan Tawaf Umrah selepas solat Maghrib. Dan jemaah dapat menyelesaikan ibadah Umrah sekitar jam 10 malam. Ini bermakna jemaah dapat rehat selepas itu. Tidak seperti kebiasaan jemaah bergerak ke Makkah dari Madinah selepas solat Zuhur yang menyebabkan sampai Makkah sekitar jam 10 malam. Dan ibadah Umrah diselesaikan ketika hampir masuk waktu Solat Subuh. Ini menyebabkan jemaah keletihan kerana tidak tidur semalaman.

bersambung mengenai cerita Makkah pula selepas ini, insyaAllah…