Umrah Idaman Februari 2013 – Promosi Lanjutan
16
October
Assalamualaikum wbt.
Syukur alhamdulillah Pakej Umrah Idaman untuk Kumpulan Pertama bagi trip awal Ajwa Travel semakin penuh. Setakat ini 32 nama telah mendaftar dari kuota 45 orang. Asalnya ada 43 nama tetapi ada beberapa jemaah menarik diri kerana menyangka kos RM7500 itu untuk penginapan sebilik berdua. Untuk makluman, kos RM7500 adalah untuk sebilik berempat. Jika mahu bilik double, sudah pasti kosnya lebih lagi. Tambahan RM1200 seorang untuk jemaah yang ingin sebilik berdua. Dan untuk yang ingin menginap sebilik bertiga, tambahan RM500 seorang dari harga asal.
Kumpulan Pertama ini dijadualkan berlepas pada 22hb Februari 2013 dan kembali ke tanah air pada 5hb Mac 2013. Tempoh perjalanan 12 hari dan 10 malam, menaiki pesawat Saudi Airlines direct ke Madinah, insyaAllah.
Hotel penginapan Pakej Umrah Idaman di Makkah
Saya berkeyakinan masih ada lagi permintaan untuk bakal-bakal jemaah untuk menyertai Pakej Idaman ini. Tambahan pula tempoh masa pun masih panjang lagi. Boleh jadi ramai yang bakal menyertai selepas mendapati tiada visa Ziarah ditawarkan pada Disember ini. Memang ada kabar di awal tahun bahawa visa Ziarah akan dibuka pada hujung tahun ini. Sehingga ada beberapa agensi yang menawarkan Pakej Umrah Visa Ziarah Disember ini. Tetapi setakat yang saya ketahui melalui maklumat dari petugas Kedutaan Arab Saudi, belum dengar kabar Visa Ziarah ada tahun ini.
Saya agak terkejut apabila melihat di beberapa website agensi yang menawarkan Pakej seumpama ini mengenai Harga Pakej yang begitu tinggi. Ada saya jumpa harga dari RM8,700 hingga RM15,000. Walhal hotel yang ditawarkan di Makkah sama standard dengan apa yang Ajwa Travel tawarkan. Sebab apa harga begitu tinggi ? Kerana, mereka memilih hotel 5 bintang di Madinah. Saya sudah beritahu awal pada entry sebelum ini, menginap 3 hari di hotel 5 bintang di Madinah boleh menyamai tinggal seminggu di hotel 5 bintang di Makkah. Saya berpendapat, kita boleh jimatkan kos dengan menginap di hotel ekonomi di Madinah. Yang penting dekat dengan Masjid dan selesa. Umum mengetahui di Madinah tiada masalah dari segi lokasi penginapan ke Masjid.
Justeru, harga tawaran Ajwa Travel untuk Pakej Umrah Idaman 1 dalam RM7,500, saya rasa munasabah dan yang terendah berbanding dengan yang ditawarkan oleh agensi lain. Kos ini dikira berdasarkan kepada harga bilik hotel 5 bintang pada musim 2012. Melihat kepada apa yang sudah berlaku di kawasan Misfalah (kawasan tersebut telah diruntuhkan atau dirosakkan bangunannya), yang tinggal hanyalah kawasan Ajyad. Saya bimbang harga hotel akan meningkat pada musim 2013 nanti. Biasanya selepas musim Haji iaitu pada awal Muharam, harga hotel akan dikeluarkan. Ketika itu baru kita boleh pasti berapakah harga Pakej yang sebenarnya. Saya berdoa semoga harga RM7500 ini tidak meningkat.
Promosi Pakej Idaman untuk Kumpulan Kedua ini juga akan berlepas bersama-sama dengan Kumpulan Pertama. Sama jadual flight dan juga menginap di hotel yang sama. Setiap Kumpulan akan ada Ketua Rombongan. Setiap bas mengandungi 45 orang jemaah dan dipimpin oleh Ketua Rombongan. InsyaAllah saya akan turut bersama dalam Kumpulan Awal Pakej Umrah Idaman ini. Dan insyaAllah, saya akan bawa bersama isteri saya Hjh Norhayati. Biasanya beliau yang memimpin jemaah wanita untuk ke Raudhah. Sering timbul rungutan dari jemaah wanita kerana tiada pemimpin dalam ziarah masuk ke Raudhah.
Kepada pembaca yang berminat menyertai Pakej Umrah Idaman ini, bersegeralah mendaftar dengan memberikan nama-nama penuh jemaah samada melalui telefon ke pejabat Ajwa Travel 03-3342 3395 atau datang ke pejabat Ajwa Travel di Lot 304, Tingkat 3, bangunan Lembaga Tabung Haji Klang. Atau boleh juga email kepada saya hjiqbal.safwan@gmail.com. Dan jika ada pertanyaan lanjut mengenainya boleh hubungi saya di 019-350 5395 atau isteri saya Hjh Norhayati di 019-341 8822.
Wassalam.
haji,
sy dan 4 lagi rakan berminat utk join umrah ajwa awal tahun dpn
ada kemungkinan utk tambah bilangan jemaah utk feb tak?
jika tidak, bila next date utk trip umrah?
jika berminat sila berikan nama kpd ajwa travel utk pendaftaran. Saya akan set 2 group utk pakej 22hb feb 2013 ini. Setiap group ada 45 pax danseorang Tour Leader. Untuk tarikh2 lain ada saya post di bawah tajuk Promosi Umrah Idaman 2013.
Assalamualaikum.Saya ingin tahu, adakah semua harga ini adaalh pakej utk semua termasuk tiket kapal terbang? Sekiranya saya berminat, dalam jangka masa berapa lama saya perlu membuat tempahan dari tarikh yg saya ingin pilih? Boleh ke saya ingin pergi dan bayar dalam waktu yg dekat cthnya 1- 2 minggu sblm tarikh berlepas?
wassalam. harga yg ditawarkan adalah all in. dr kos tiket flight pergi balik kelas ekonomi, hotel Madinah dan Makkah, pengangkutan dan ziarah, makan minum 3 kali sehari di tanah suci, pengurusan umrah, visa umrah dan yg berkaitan. tempahan hendaklah dibuat awal disertakan deposit RM1000 seorang sebagai tanda komitmen jemaah. serahan dokumen seperti pasport, gambar dan sebagainya serta baki bayaran keseluruhan hendaklah diserahkan tidak lewat 1 bulan dari tarikh berlepas.
harga yang ditawarkan adalah all in..meliputi kos tiket kelas ekonomi pergi dan balik, hotel madinah dan makkah, makan minum di tanah suci, pengangkutan dan lawatan, belaja visa dan yg berkaitan. Tiada kos tambahan yg akan diminta semasa di tanah suci
waalaikumussalam. harga yang ditawarkan adalah harga All In. jemaah digalakkan mendaftar awal dan tempoh sebulan sebelum tarikh berlepas adalah tarikh akhir membuat bayaran dan serahan dokumen spt pasport dan sebagainya. Ini kerana pihak kami harus membuat tempahan tiket flight dan juga tempahan hotel di tanah suci. Tempoh seminggu atau 2 minggu amat suntuk untuk membuat tempahan hotel apatah lagi tempahan tiket flight
Assalamualaikum tuan .,….
Tahniah diatas kejayaan tuan menubuhkan AJWA TRAVEL…….
Semuga usha Tuan mendapat keredhaan yang mahaESA………..
Betul sangat tu Tuan Haji. Saya yang sepatutnya nak ikut sykt Zahafiz pun rasa kecewa sangat. Namun kekecewaan saya tentu tak sama dgn kekecewaan Dato Zainal dan lain2 PJH… jutaan RM telah dikeluarkan… jutaan RM kerugian yang terpaksa mereka tanggung berbanding dgn tiada sebarang sen yang saya rugi… semoga Allah menggantikan dgn yang lebih baik kpd Dato Zainal dan lain2 PJH ini… InsyaAllah. Pasti ada rahmat disebalik semua kejadian ini…