Assamualaikum wb.

Setting Pakej Umrah di bulan Disember 2013 pada tarikh yang disukai jemaah iaitu harus kembali ke Tanah Air sebelum musim Persekolahan 2014 dibuka sememangnya mendebarkan. Jika saya tak buat, memang rasa rugi pula kerana banyak permintaan. Musim lepas saya lepaskan bulan Januari dan hanya setting pada bulan Februari kerana bimbang Visa Umrah tidak keluar. Rupa-rupanya Visa Umrah keluar pada bulan Januari dan mahu setting Pakej Umrah di bulan tersebut rasa tak sempat pula.

matafMaka pada musim baru ini, apabila ramai yang bertanya maka saya setting Pakej Umrah mengikut tarikh yang menjadi pilihan ramai iaitu harus kembali ke Tanah Air sebelum musim Persekolahan bermula. Syukur alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Tetapi ketika itu hati saya sentiasa berdebar-debar samada keputusan untuk setting Pakej Umrah pada bulan Disember ini, ialah satu tindakan yang tepat atau tidak. Ketika itu macam-macam cerita diperkatakan oleh ramai orang mengenai Visa Umrah. Ada yang kata mula dibuka pada 4hb Disember ini dan yang menggerunkan dengan menyatakan Visa Umrah hanya akan dibuka Januari 2014 nanti.

Bayangkan situasi yang berlaku apabila kita mula setting Pakej Umrah. Yang pertama, saya harus mendapatkan Tiket Flight terlebih dahulu dengan membuat Tempahan atau “Booking Seat”. Tempahan ini mestilah berbayar dan bukan setakat air liur saja. Dan cukup tempoh Tempahan Tiket ini perlu dijelaskan kesemuanya, sedangkan ketika itu kabar mengenai Visa Umrah dibuka atau tidak belum lagi sahih. Jika kita tidak menjelaskan bayaran keseluruhan, maka Tempahan itu secara automatik akan terbatal.

Keadaan ini menyebabkan saya dalam dilema sehingga hilang mood untuk menulis dalam blog. Jika saya mengambil langkah untuk menjelaskan bayaran keseluruhan dan tiba-tiba Visa Umrah tidak dibuka pada tarikh kami terbang, memang menakutkan. Mana nak ganti duit jemaah yang sudah terlepas sebahagiannya ke pihak Airlines ?

Begitu juga dengan tempahan Hotel di Makkah dan Madinah. Jika buat “booking” awal dan membuat bayaran tempahan sedangkan keadaan masih belum pasti lagi samada Visa ada ataupun tidak ? Jika nak “booking” Hotel secara last minute dengan menunggu keputusan Visa dikeluarkan atau tidak, dibimbangi akan ada masalah untuk mendapatkan Hotel pilihan kita. Serba salah dibuatnya.

Sememangnya Tempahan Awal bilik-bilik hotel dengan membuat bayaran penuh boleh menjamin tempat dan pada harga yang lebih murah. Tetapi bayangkan pula jika congakkan kita silap iaitu Visa Umrah tak keluar pada tarikh yang berkenaan ? Apa akan jadi dengan duit yang sudah terlepas pada Towkey Arab ini ? Hilang begitu saja. Gone with the wind.

Visa Umrah Musim Baru Sudah Dibuka

Syukur alhamdulillah, musim baru ni Permohonan Visa dibuka pada tarikh yang digembar-gemburkan iaitu pada 4hb Disember yang lalu. Lega sikit dari tekanan. Tetapi bukan semua Muasasah yang OK, ada juga kes MOFA (no.rujukan Visa) lambat keluar selepas di key-in. Maka kedengaran juga kes jemaah yang tidak dapat terbang. Memang kesian pada yang berkenaan.

Pada musim baru ini, Peraturannya memang agak sulit dan sedikit leceh. Mana-mana pasangan suami isteri yang berumur di bawah 45 tahun dan tidak membawa anak-anak bersama, maka Sijil Nikah mereka perlu di”endorse” ke Pejabat Agama yang berhampiran. Maknanya jemaah harus menyertakan Sijil Nikah Asal bersama salinannya dan ditunjukkan kepada Pegawai yang bertugas untuk disahkan. Kemudian salinan Sijil Nikah yang telah disahkan dibawa pula ke Wisma Putra untuk disahkan sekali lagi.

Nasib baik kami sudah bersedia dengan meminta jemaah menyerahkan Sijil Nikah asal untuk “standby”. Dan apabila jangkaan ini berlaku dengan segera kami bertindak dengan membawa Sijil Nikah yang asal untuk disahkan oleh Pejabat Agama di Shah Alam dan kemudiannya dibawa ke Wisma Putra pula. Syukur alhamdulillah kerana Allah menggerakkan hati isteri saya untuk meminta awal-awal lagi Sijil Nikah yang Asal. Jika tidak pasti keadaan akan jadi lebih kritikal kerana kesuntukan masa.

Untuk makluman, mana-mana pasangan suami isteri yang berumur 45 tahun ke atas dikira selamat. Mereka tidak perlu “endorse” Sijil Nikah kepada Pejabat Agama dan Wisma Putra. Begitu juga jika ada pasangan suami isteri berumur 45 tahun ke bawah tetapi membawa anak-anak bersama. Keterangan di dalam Sijil Lahir anak-anak yang ada tertera nama Ayah dan Ibu kepada kanak-kanak tersebut adalah bukti kuat mereka adalah pasangan suami isteri. Dan Sijil Lahir anak-anak ini juga tidak perlu di”endorse” ke Jabatan Pendaftaran Negara seperti sebelumnya.

Kecuali jika menbawa bersama Anak Angkat. Sijil Anak Angkat ini perlu mendapat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara dan kemudiannya dibawa ke Wisma Putra di PutraJaya untuk disahkan sekali lagi.

Masalah Bermahram Bapa Saudara

Bapa Saudara sebelah ayah ataupun ibu boleh dijadikan mahram kepada Anak Saudara. Masalah yang sering berlaku ialah nama datuk iaitu bapa kepada ayah atau ibu pemohon tidak sama ejaannya dengan nama bapa kepada bapa saudara pemohon, walaupun individu yang sama. Surat Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah tak laku di Embassy. Jika ada masalah sebegini, sebaiknya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara dan minta pihak yang berkenaan keluarkan satu Surat Pengesahan yang menyatakan nama datuk Pemohon dan nama bapa kepada bapa saudara pemohon (yang menemani pergi umrah) ialah individu yang sama.

Promosi Umrah 31 Januari hingga 11 Februari 2014 (Cuti Raya Cina)

Untuk makluman Pakej Umrah Disember ini sudah pun penuh dan ditutup untuk pendaftaran. Yang ada ialah Umrah bulan Januari 2014 yang akan terbang dengan Pesawat Saudi mengikut sektor Kuala Lumpur/Jeddah dan Madinan/Kuala Lumpur. Masuk Makkah dahulu dan balik melalui Madinah. Tempoh Perjalanan ialah 12 hari dan 10 malam.

Tarikh berlepas ialah pada 31hb Januari 2014, berlepas jam 3 petang dan sampai Jeddah jam 7.10 malam (waktu tempatan). Selepas keluar dari Terminal Haji jemaah terus dibawa ke Makkah untuk menunaikan Umrah. Jemaah berniat Umrah di dalam flight sebelum melintasi ruang udara di Qarnul Manazil. Biasanya kapten kapal akan umumkan mengenai miqat ini.

Jemaah akan menjalani program yang sama seperti Pakej Umrah Ajwa sebelumnya dan kembali ke tanah air dari airport Madinah. Satu kelebihan Airport Madinah yang saya suka ialah ianya tidak terlalu sibuk seperi di Airport Jeddah. Jemaah balik dalam keadaan santai sahaja kerana kurangnya flight yang terbang dari Madinah. Di samping itu petugas Airport Madinah pula kelazimannya agak ramah dan baik hati serta lebih mesra dengan jemaah. Jika nasib baik, ada kalanya bagasi juga tidak ditimbang. Selamat rasanya bagi jemaah yang bagasi mereka lebih dari 30kg.

Jemaah dijangka sampai di KLIA pada 11 Febrauri 2014, jam 1.00 tengahari.

Harga Pakej ?

Harga untuk Pakej Idaman ialah RM7500 (sebilik berempat), RM8000 (sebilik bertiga) dan RM8700 (sebilik berdua). Hotel Penginapan di Madinah ialah Hotel Al-Haram yang bertaraf 4 bintang (Fullboard termasuk makan di Hotel), manakala di Makkah ialah Hotel Safwah Royal Orchid (Hotel 5 bintang yang terletak depan Laman Masjidil Haram).

Manakala untuk Pakej Super Ekonomi, pula harganya ialah RM6500 (sebilik berempat), RM6800 (sebilik bertiga) dan RM7100 (sebilik berdua). Hotel Penginapan di Madinah sama seperti Pakej Idaman iaitu Hotel Al-Haram dan hotel penginapan di Makkah ialah Hotel Broj Jewar (kira-kira 150 meter ke Masjidil Haram). Keterangan mengenai Pakej banyak saya muatkan dalam entry terdahulu.

Pendaftaran masih lagi dibuka dan terhad untuk 45 pax sahaja. Yang berminat boleh emel kepada hjiqbal@ajwatravel.net atau emel isteri saya kakyati@ajwatravel.net. InsyaAllah group ini akan dipimpin oleh saya sendiri. Ada yang bertanya untuk Umrah Awal Januari 2014 ? Bukan tak nak buat tetapi saya dan petugas Ajwa akan kembali dari Tanah Suci pada akhir Disember 2013. Takut tak sempat untuk proses segalanya.

Jumpa lagi dan Wassalam.