Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah setakat ini ramai yang sudah mendaftar untuk menyertai Umrah bersama Ajwa Travel untuk musim Disember 2013 ini. Dan majoriti memilih Pakej Umrah Idaman dan sebilangan kecil yang memilih Pakej Super Ekonomi. Bagi kedua-dua standard Pakej ini akan berlepas ke tanah suci bersama-sama dan menaiki bas yang sama juga semasa di sana. Cuma bezanya ialah hotel penginapan di Makkah sahaja.

mataf5

Sebenarnya ramai yang telah emel nama-nama jemaah untuk menyertai Umrah pada bulan Disember ini, tetapi hanya mereka yang membayar deposit sahaja yang saya anggap serius untuk menunaikan Umrah bersama Ajwa. Ini kerana tempat adalah terhad sedangkan nama-nama yang diterima sudah melebihi dari had.

Ramai yang masih bersikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan untuk menunaikan Umrah. Antara persoalan yang kerap ditanya ialah samada Visa Umrah sudah dikeluarkan atau belum ? Mereka yang terlibat dalam urusan pemprosesan visa menyatakan kemungkinan permohonan Visa akan dibuka pada 4hb Disember 2013 dan Visa Umrah mula diprint pada 15hb Disember 2013. Saya berdoa semoga berita ini benar. Kerana itu saya mula setting Pakej Umrah bermula pada 18hb Disember 2013 (tarikh yang saya congak selamat) dan alhamdulillah ianya telahpun penuh.

Kumpulan Pertama – 18hb Disember hingga 30hb Disember 2013 (Penerbangan Saudi)

Kumpulan Pertama yang dijadualkan berlepas pada 18hb Disember 2013 dan kembali ke tanah air pada 30hb Disember 2013. Tempoh perjalanan ialah 13 hari dan 11 malam. Jemaah dijadualkan menaiki flight Saudi terus dari KLIA ke Madinah. Sebenarnya Kumpulan Pertama ini telahpun “penuh” dan ditutup pendaftaran.

Harga Pakej Umrah Idaman – Kumpulan Pertama

Harga untuk Pakej Umrah Idaman ialah RM 7500 seorang (sebilik berempat). Untuk sebilik bertiga tambahan RM500 seorang. Manakala mereka yang mahu sebilik berdua , maka tambahan RM1200 seorang dikenakan dari kos asal RM7500.

Seperti yang dimaklumkan terdahulu, kumpulan ini akan menginap di Hotel Ansar Golden atau Dallah Taibah di Madinah. Jemaah akan makan 3 kali sehari di Hotel Penginapan dengan mengambil Catering Fatani. Manakala di Makkah pula, sarapan pagi di Hotel Safwah Orchid, “lunch” dan “dinner” di Restoran d’saji Felda yang terletak dalam bangunan Safwah Tower.

Mengenai program Ziarah Madinah dan Ziarah Makkah berjalan seperti biasa. Pembaca boleh membacanya dalam entry terdahulu.

Harga Pakej Umrah Super Ekonomi – Kumpulan Pertama

Harga untuk Pakej Super Ekonomi pula ialah RM 6300 seorang (sebilik berempat). Jika mahu sebilik bertiga maka tambahan RM300 seorang dari Kos Asal. Dan jika mahu menginap sebilik berdua, tambahan RM600 seorang dari Kos Asal RM6300 menjadi RM 6900 seorang.

Kumpulan Pakej Super Ekonomi ini akan menginap di Hotel Dallah Taibah atau setaraf dengannya. Jemaah akan makan 3 kali sehari di Hotel Penginapan dengan mengambil Catering Fatani. Manakala di Makkah jemaah akan menginap di Hotel Broj Jewar kira-kira 150 meter dari Masjidil Haram. Semasa di Makkah, pihak Ajwa akan mengambil Catering Fatani dan makan di hotel 3 kali sehari.

Kumpulan Kedua – 19hb Disember 2013 hingga 1hb Januari 2014. (Penerbangan Air Asia X)

Bagi memenuhi permintaan ramai bakal jemaah yang mahu menunaikan Umrah dan perlu kembali ke tanah air sebelum musim Persekolahan 2014 bermula, maka Ajwa Travel menawarkan Pakej Umrah Kumpulan Kedua yang dijadualkan berlepas pada 19hb Disember 2013 dan kembali ke tanah air pada 1hb Januari 2014 (sebelum musim persekolahan 2014 bermula). Penerbangan yang diambil ialah Air Asia X sektor Kuala Lumpur ke Jeddah dan balik dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Tempoh perjalanan ialah 14 hari dan 12 malam.

Mengikut Jadual, flight Air Asia X ini akan berlepas seawal jam 2.20 pagi pada 19hb Disember 2013. Maknanya jemaah perlu berada di LCCT pada hari sebelumnya iaitu 18hb Disember 2013, jam 11 malam. Manakala jemaah akan kembali ke tanah air pada 1hb Januari 2014, pada jam 7.40 pagi. Masih sempat untuk ibubapa menghantar anak-anak mereka kembali ke asrama sebelum musim sekolah bermula pada 2hb Januari 2014.

Untuk Kumpulan Kedua ini masih ada kekosongan. Kumpulan ini akan diketuai oleh petugas Ajwa Travel iaitu Ustaz Khairi, insyaAllah.

Harga Pakej Umrah – Kumpulan Kedua (jimat RM300)

Oleh kerana harga tiket Air Asia X ini lebih murah dari flight Saudi, maka Ajwa  Travel memutuskan harga untuk setiap Pakej Idaman dan Super Ekonomi dikurangkan sebanyak RM300 dari Harga Tawaran, walaupun bilangan hari di tanah suci lebih sehari berbanding Kumpulan Pertama.

Maknanya Pakej Umrah Idaman untuk Kumpulan Kedua menjadi RM7200 (sebilik berempat). Tambahan bayaran untuk bilik Triple dan bilik Double sama sahaja seperti Kumpulan Pertama (Saudi) iaitu RM500 seorang (bilik Triple) dan RM1200 seorang (bilik double).

Manakala bagi Pakej Super Ekonomi Kumpulan Kedua, harga Pakej ialah RM6000 sahaja (bilik berempat). Tambahan untuk bilik Triple dan bilik Double sama sahaja dengan Pakej Umrah Kumpulan Pertama iaitu RM300 seorang (triple) dan RM600 seorang (double)

Kepada yang berminat, bersegera mendaftar dengan emel nama-nama ke hjiqbal@ajwatravel.net atau kakyati@ajwatravel.net dan buat bayaran deposit RM1000 seorang ke Akaun Maybank no. 5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd.  Nyatakan Jenis Pakej pilihan samada Pakej Umrah Idaman atau Pakej Super Ekonomi dan juga Jenis Bilik yang diambil samada bilik Double, Triple atau Quad. Jika ada pertanyaan, sila hubungi saya di no handphone yang tertera di penjuru atas header blog ini.

Jumpa lagi, insyaAllah-.