Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah, tanpa saya menduga Ajwa Travel berjaya juga menwujudkan 3 trip Umrah untuk bulan Februari 2013 ini. Kini menanti masa sahaja untuk berangkat dengan Trip paling awal akan berlepas pada 13hb Februari ini menaiki flight MAS Charter terus ke Madinah. Untuk trip kedua pula menaiki flight Saudi terus ke Madinah yang akan berlepas pada 23hb Februari ini, masih ada 7 seat yang available dari 75 seat yang ditempah. Trip ke-3 pula dipimpin oleh saya yang akan berlepas pada 24hb Februari menaiki flight MAS Charter dan akan masuk Makkah dahulu menunaikan Umrah dan akan balik melalui Madinah.

Ramai juga yang bertanya Umrah bulan Mac 2013. Trip Umrah bulan Mac dijangka akan berlepas pada 15hb Mac 2013 menaiki flight MAS Charter terus ke Madinah. Masih ada 2 seat yang masih tinggal dari 45 seat yang saya booking. Saya gabungkan Pakej Umrah Idaman dan Umrah Super Ekonomi untuk trip 15hb Mac ini kerana memberi peluang kepada jemaah menunaikan Umrah sesuai dengan budget mereka.

Bagaimana dengan Umrah Musim Cuti Sekolah pula ? Untuk makluman, Ajwa Travel telah setting 2 standard Pakej pada Trip yang berbeza.

Pakej Umrah Super Ekonomi ( 21hb Mac – 3hb April 2013) – RM 6500 seorang

Bagi yang mahu jimat tetapi masih mengharapkan Hotel Penginapan yang tidak terlalu jauh dari Masjidil Haram, boleh ambil Pakej Super Ekonomi yang akan berlepas pada 21hb Mac 2013 dan kembali ke tanah air pada 3hb April 2013. Jenis flight ialah AirAsiaX yang dijangka berlepas dari KLIA ke Jeddah pada jam 11 pagi dan sampai di Jeddah pada jam 3.30 petang (waktu tempatan). Saya telah buat tempahan 50 tiket untuk Pakej Super Ekonomi ini dan setakat ini sudah ada 28 nama yang mendaftar.

Harga Pakej ini ialah RM6500 seorang untuk bilik Quad (4 orang sebilik). Tambahan RM300 seorang untuk bilik Triple (3 orang sebilik) dan tambahan RM600 seorang untuk bilik double (2 orang sebilik).

Hotel di Madinah ialah Hotel Dallah Taibah atau yang setaraf dengannya. Perancangan awal saya pilih Hotel Dallah Taibah. Kecuali hotel ini “fully booked” maka hotel alternatif akan dicari yang sama taraf dengan Hotel ini. Saya suka hotel ini kerana selain dari jaraknya yang hampir dengan Masjid Nabawi, biliknya juga luas dan dewan makannya juga agak luas sesuai untuk jemaah yang ramai.

Mengikut pelan asal Hotel di Makkah ialah Qasr Qamar, tetapi hotel ini telahpun dipajak oleh satu agensi yang dikenali di Malaysia. Maka saya harus mencari hotel alternatif. Kebanyakkan hotel-hotel Ekonomi di Makkah telah habis ditempah oleh bakal-bakal jemaah. Almaklum hotel semakin berkurangan (akibat banyak hotel yang telah dirobohkan) maka ada yang kata yang penting dapat hotel, jarak sudah jadi soal yang kedua.

Walau bagaimanapun saya akan usahakan juga untuk dapatkan hotel pada jarak antara 200 hingga 300 meter dari Masjidil Haram. Hotel bayangan sudah ada cuma saya belum boleh umumkan lagi kerana saya tidak mahu hotel pilihan saya itu jadi rebutan pula oleh agensi travel di negara kita. Yang boleh saya umumkan hotel ini bertaraf 4 bintang dan jarak ke Haram sekitar 200-250 meter sahaja.

Pakej Umrah Idaman (22hb Mac hingga 3hb April 2013) – RM 8000 seorang

Maklumat mengenai Pakej Umrah Idaman ada saya muatkan dalam entry terdahulu di bawah tajuk Promosi Umrah Cuti Sekolah Mac 2013

Untuk makluman, saya booking 50 tiket Emirates untuk trip ini dan setakat ini sudah ada 31 nama yang mendaftar. Maknanya masih ada 19 seat yang ‘available”.

gambar umrah 2012 210

Hotel Penginapan Pakej Umrah Idaman

Hotel penginapan di Makkah samada Safwah Royale Orchid atau Movenpick atau yang setaraf dengannya (yang mana yang available pada tarikh berkenaan). Kesemua hotel-hotel ini bertaraf 5 bintang dan terletak di depan Laman Masjidil Haram. Seperti Pakej Umrah Idaman yang lain, jemaah akan “lunch” dan “dinner” di Restoran d’saji Felda yang terletak di Tingkat 2, Bangunan Safwah Tower. Manakala “breakfast” jemaah di hotel penginapan.

nabawi35

Jarak Hotel Dallah Taibah dengan Masjid Nabawi

Hotel di Madinah ialah Dallah Taibah, sama seperti Pakej Super Ekonomi. Makanan disediakan 3 kali sehari di hotel ini dan sajian menu oleh Fatani Catering.

Aktiviti ziarah di Makkah dan Madinah adalah seperti biasa iaitu di Makkah ada Ziarah Manasek dan Ziarah Tambahan Hudaibiyah. Manakala di Madinah selain Ziarah Dalam dan Ziarah Luar Madinah, jemaah akan dibawa juga ke Program Jalan-jalan Tambah Iman. Keterangan mengenai program ini ada dalam entry saya yang terdahulu di bawah tajuk : Ziarah Manasek Haji dan Program Tambahan di Tanah Suci

Jika ada yang berminat untuk mendaftar, boleh call saya atau isteri saya Hjh Norhayati 019-341 8822 atau email ke alamat hjiqbal@ajwatravel.net. Pendaftaran adalah terhad kepada jumlah seat yang masih “available”.

Jumpa lagi dan Wassalam.