Assalamualaikum wbt.

Promosi Umrah Menjelang Ramadhan sudah saya post dalam blog ini. Kini saya akan cerita pula Umrah di awal Ramadhan iaitu bermula dari 2 Ramadhan hingga 14 Ramadhan atau dari 22hb Julai hingga 3hb Ogos 2012. Jemaah akan berlepas dari KLIA menuju ke Jeddah dengan flight Saudi pada jam 3.00 petang, 22hb Julai dan sampai di Jeddah pada jam 6.20 petang (waktu tempatan) pada hari yang sama. Dan penerbangan balik pula dari Madinah ke KLIA pada jam 11 malam dan sampai KLIA pada 3hb Ogos 2012, jam 1 tengahari, insyaAllah. Pakej selama 13 hari dan 11 malam.

Group ini akan ke Makkah dahulu dengan menaiki bas yang berhawa dingin dan dipimpin oleh seorang Ketua Rombongan dari tanah air. Tidak seperti Group Umrah Menjelang Ramadhan, semua aktiviti ziarah tetap dilakukan walaupun dalam bulan Ramadhan. Jemaah akan memasuki Madinah pada 4 hari yang terakhir.

Jemaah dikehendaki memakai ihram semasa di KLIA lagi. Ini kerana semua jemaah akan berniat Umrah sebaik menghampiri Qarnul Manazil iaitu di dalam flight lagi sebelum mendarat di Jeddah. Ikut jadual jemaah akan sampai di Jeddah pada jam 6.20 petang. Jemaah dijangka berbuka puasa di dalam flight.  Sebaik selesai pemeriksaan imigresen dan mengambil bagasi, semua jemaah akan dibawa ke Makkah. Dan selepas “check in” hotel di Makkah, semua jemaah akan meneruskan ibadah Umrah iaitu Tawaf dan Saie pada waktu malam.

Harga Pakej Ekonomi

Untuk trip 2 Ramadhan hingga 14 Ramadhan ini, harga pakej ekonomi untuk sebilik berempat ialah RM7580 seorang. Manakala untuk sebilik bertiga (triple room) ialah RM8380 seorang dan sebilik berdua (double room) ialah RM9580 seorang. Penginapan di Makkah dan Madinah adalah sama taraf dengan Group Umrah Menjelang Ramadhan.

Harga Pakej Idaman

Harga untuk Pakej Idaman pula ialah untuk sebilik berempat RM11,280 seorang. Manakala untuk sebilik bertiga RM12,680 seorang dan sebilik berdua pula RM15,880 seorang.