Assalamualaikum wbt.

Untuk musim Umrah Akhir Ramadhan, DZ Travel telah sedia booking FLIGHT SAUDI direct KLIA ke Madinah yang akan berlepas pada 8hb Ogos 2012 jam 3 petang dan kembali semula ke tanah air pada 19hb Ogos 2012. Pakej selama 12 hari dan 10 malam. Seperti biasa DZ Travel ada setting 2 standard pakej iaitu Idaman dan Ekonomi.

Pakej Idaman

Pakej Idaman akan menginap di hotel bertaraf 5 bintang di Makkah iaitu di Zamzam Tower. Dan jemaah akan bersahur dan berbuka puasa di Restoran d’saji Felda di Tingkat 2 dalam bangunan Safwah Tower. Di Madinah, jemaah dijangka menginap samada di Ansar Golden atau Dallah Taibah atau setaraf.

Kos seorang untuk pakej Idaman ini ialah RM 18280 untuk bilik Quad, RM 21800 untuk bilik Triple dan RM26000 untuk bilik double.

Pakej Ekonomi

Di Makkah, jemaah dijangka menginap di Hotel Oliyan atau yang setaraf dengannya. Jarak hotel dalam anggaran 200 meter ke Masjidil Haram. Manakala di Madinah, penginapan serupa dengan Pakej Idaman seperti di atas. Jemaah akan bersahur dan berbuka puasa di hotel penginapan masing-masing.

Kos seorang untuk Pakej Ekonomi ialah RM 10980 untuk bilik Quad, RM11980 untuk bilik Triple dan RM14280 untuk bilik Double.

Pendaftaran

Kepada yang berhajat, bolehlah membuat tempahan dengan memberikan nama penuh dan bayaran deposit RM1000 seorang ke DZ Travel & Tours (M) Sdn Bhd mengikut maklumat yang telah diberi sebelum ini. (dalam post Gambaran Pakej Umrah Idaman)