Assalamualaikum wbt.

Menunaikan ibadah Umrah buat kali pertama hukumnya adalah wajib. Umrah kali kedua dan seterusnya hukumnya sunat. Sama juga seperti Ibadah Haji yang wajib untuk kali pertama dan yang seterusnya dihukumkan sunat. Sungguhpun dihukumkan sebagai Sunat, ramai di kalangan kita yang pernah ke tanah suci pasti akan sentiasa merindui Kaabah dan suasana ibadah di tanah suci. Tanyalah kepada mereka yang pernah datang ke sini, pasti hati sentiasa menggamit untuk datang lagi. Kekadang tu demi terdengar sahaja bacaan al-Quran oleh Imam Makkah seperti Sheikh Abdul Rahman Sudais di kaca TV atau radio, hati meronta-ronta untuk ke tanah suci. Yang hati jenis lembut dan mudah tersentuh boleh menangis dibuatnya.

gambar note2 1886

Seberapa kerap pun kita ke tanah suci, pernahkah kita melihat suasana ketika Pintu Kaabah dibuka. Biasanya Pintu Kaabah dibuka untuk tujuan Pembersihan kawasan dalam Kaabah. Para Pembesar Negara akan memasuki Kaabah sambil membawa Penyapu dan Air Zamzam untuk membersihkan bahagian dalam Kaabah. Kita sebagai jemaah biasa atau orang Awam hanya boleh melihat sahaja suasana tersebut. Tetapi pemandangan atau suasana ketika Pintu Kaabah dibuka benar-benar mengujakan. Al-maklum selama bertahun-tahun datang ke Tanah Suci tidak pernah melihat Pintu Kaabah dibuka.

Justeru sempena kedatangan 1 Syaaban ini, sekali lagi Ajwa Travel mempromosi kepada bakal-bakal Tetamu Allah untuk melihat sendiri Peristiwa yang bersejarah ini. Dapat 2 dalam 1. Pertama kerana datang ke Tanah Suci untuk berumrah dan beribadah, dan yang kedua dapat melihat sendiri suasana atau Peristiwa Bersejarah iaitu Pintu Kaabah dibuka. Mana tahu bernasib baik, tiba-tiba diizinkan pula orang awam memasuki Kaabah.

Pakej Umrah dari 9hb Jun hingga 20hb Jun 2013

Pakej ini berlepas pada 9hb Jun 2013 dengan menaiki flight MAS Charter dari KLIA terus ke Jeddah dan balik melalui Madinah. Maknanya jemaah akan memasuki Makkah dahulu dan harus memakai Pakaian Ihram sebaik menaiki Pesawat dan akan berniat Umrah (di dalam flight) iaitu ketika atau sebelum melintasi Sempadan Qarnul Manazil. Jangan bimbang sekiranya takut terlepas kawasan Miqat. Biasanya Kapten atau Pilot akan mengumumkan waktu untuk bermiqat dan berniat Umrah kira-kiranya 30 minit sebelum melintasi Qarnul Manazil.

Mengikut jadual flight akan berlepas pada jam 11 pagi dan dijangka sampai di Airport Jeddah jam 3 petang (waktu tempatan) pada hari yang sama. Selepas selesai pemeriksaan Imigresen dan pengambilan bagasi, jemaah akan terus dibawa ke Makkah untuk menunaikan Umrah. Kelazimannya jemaah akan sampai ke Makkah menjelang Maghrib dan selepas urusan “check in” hotel selesai, jemaah akan dibawa menyempurnakan Tawaf dan Saie selepas waktu Isyak. Ibadah Umrah ini dijangka boleh diselesaikan sebelum jam 12 tengah malam.

gambar note2 555Saat Pintu Kaabah dibuka

Keesokkannya selepas Subuh iaitu pada tarikh 10hb Jun 2013 bersamaan 1 Syaaban 1434H, Pintu Kaabah akan dibuka bagi membolehkan Pembesar Negara memasuki dan membersihkannya. Kita boleh saksikan ketika menjelang waktu Subuh dan juga selepas waktu Subuh akan ada ramai askar atau tentera Arab Saudi yang berkumpul dan berbaris di luar Masjidil Haram menantikan ketibaan Pemegang Kunci Kaabah.

Hanya keturunan Bani Syaibah sahaja yang boleh membuka Kunci Kaabah, hatta Raja Saudi sendiri tidak boleh membukanya. Amanat ini telah dipikul oleh keturunan ini semenjak dari zaman sebelum Nabi lagi. Kabarnya Kunci Kaabah itu ada digantung di Pintu nya tetapi tiada siapa pun yang berani mengambil dan membukanya. Wallahuaklam. Menariknya semasa Individu yang membuka Pintu Kaabah ini berjalan keluar dari Masjidil Haram tanpa ditemani oleh para pengawal. beliau amat mesra dan tidak sombong. Individu ini sempat mendoakan kesejahteraan kepada jemaah Ajwa yang menegurnya sebaik sahaja diminta dan mereka mengAminkan doa beliau. AllahuAkbar.

norhayatiphone 1006Pemegang Kunci Kaabah sempat disapa oleh Kak Ton jemaah Umrah Ajwa tahun lepas

Sebenarnya Ajwa Travel set 2 standard Pakej untuk tarikh 9hb Jun hingga 20hb Jun 2013 ini iaitu Pakej Super Ekonomi dan Pakej Idaman.

Pakej Super Ekonomi dari RM6500 seorang

Jemaah Pakej ini akan menginap di Hotel Massa al-Qadisya terletak di sebelah belakang Hotel Safwah Orchid pada jarak anggaran 300 meter ke Masjidil Haram. Jemaah akan bersarapan pagi, “lunch” dan “dinner” di Hotel ini kerana Catering luar dibenarkan masuk. Harga untuk sebilik berempat ialah RM6500 sahaja. Jika mahu sebilik bertiga, tambahan RM300 seorang dari Harga Pakej. Dan jika mahu bilik Double, tambahan RM600 seorang dari RM6500 atau Harga Pakej bilik Double jadi RM7100 seorang

Lobi QadisyaLobi Hotel Massa al-Qadisya

Sengaja saya pilih hotel ini kerana lokasinya yang tidak terlalu jauh dan selari dengan Hotel Safwah Orchid memudahkan untuk Ajwatravel membuat Program Ziarah Makkah bagi kedua-dua Pakej ini (Idaman dan Super Ekonomi). Ini kerana bas hanya melalui jalan yang sama untuk mengambil jemaah bagi kedua-dua Pakej ini. Tambahan pula jemaah Pakej Super Ekonomi tidak perlu melintas jalan untuk ke Masjidil Haram dan jalannya juga tidak berbukit atau landai sahaja. Saya faham jemaah Malaysia paling tidak suka jika hotel terletak di atas bukit. Dan yang bestnya hotel ini juga menyediakan kemudahan WIFI untuk mereka yang suka berinternet.

Pakej Idaman dari RM8000 seorang.

Pakej Idaman akan menginap di Hotel Safwah Royale Orchid. Sarapan pagi di Hotel dan “lunch’ dan “dinner” di Restoran dSaji Felda yang terletak di Tingkat 2 bangunan Safwah Tower ini. Namun begitu saya juga sedang merisik kot-kot ada rezeki mungkin Kumpulan Pakej Idaman ini boleh menginap di Hotel Retaj al-bayt. Hotel Retaj ini sekarang dimonopoli oleh jemaah dari Indonesia. Saya sukakan Hotel Retaj kerana selain dari pasarananya yang sesuai untuk jemaah berkeluarga, ia juga membenarkan Catering luar dibawa masuk. Maknanya jemaah bolehlah makan mengikut citarasa ala-Malaysia di bilik Makan yang dikhaskan.

safwah1Hotel Safwah Orchid

Harga Pakej Idaman untuk sebilik berempat ialah RM8000 seorang. Jika mahu sebilik bertiga harganya ialah RM8500, manakala untuk sebilik berdua ialah RM9200 seorang.

Tempoh Perjalanan 12 hari dan 10 malam

Jemaah akan menginap selama 7 malam di Makkah, manakala 3 malam lagi menginap di Madinah menjadikan jumlah malam di tanah suci ialah 10 malam, manakala tambahan 2 hari lagi ialah dalam kapalterbang.

Untuk makluman bagi Pakej Idaman, keistimewaan hanyalah semasa di Makkah sahaja iaitu jemaah menginap di Hotel 5 bintang iaitu Safwah Orchid. Manakala  semasa di Madinah, kedua-dua Kumpulan Pakej ini akan menginap di hotel yang sama iaitu samada Mubarak Madinah atau setaraf dan melalui Program secara bersama.

Balik dari Madinah ke KLIA

Kumpulan ini akan balik melalui Madinah. Ikut jadual jemaah mula check in Madinah pada 16hb Jun 2013 selepas meninggalkan Makkah pada hari yang sama. Sebenarnya saya sangat suka jika dapat balik melalui Airport Madinah. Ini kerana airport Madinah tidak sesibuk seperti di Terminal Haji Jeddah. Lokasi hotel ke airport Madinah juga sangat dekat, tak sampai 30 minit pun. Disamping itu kelazimannya Petugas airport Madinah lebih ramah dan baik hati berbanding Jeddah. Dan yang bestnya kerap juga bagasi jemaah tidak ditimbang atau sekiranya ditimbang dan lebih muatan, diberi pelepasan sahaja.

Ketika tiba di Madinah biasanya suasana amat santai sekali. Ini kerana kita sudah pun menyelesaikan ibadah Umrah. Di Madinah, jemaah hanya menziarahi Makam Nabi dan solat fardhu di Masjid Nabawi. Ada banyak masa untuk jemaah sebelum balik samada membeli-belah atau ikhtikaf di dalam Masjid Nabawi. Nak beli kurma segar pun boleh kerana tak lama selepas itu jemaah sudah berangkat pulang.

Mengikut jadual flight MAS Charter akan berlepas pada jam 5 petang dan dijangka sampai di KLIA pada 20hb Jun 2013 jam 7 pagi.

Pendaftaran masih dibuka

Kepada yang berhajat, sila email nama penuh jemaah ke hjiqbal@ajwatravel.net atau hubungi saya atau isteri Hjh Norhayati 019-3418822 atau datang sendiri ke pejabat Ajwa Travel di Lot 304, Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Haji Klang.

Jumpa lagi.