Tempat-tempat Menarik di Jakarta

Assalamualaikum wbt. Bertemu kembali.

Lawatan ke Jakarta sememangnya menyeronokkan. Banyak destinasi menarik yang boleh dilawati oleh pengunjung bergantung kepada kesukaan kita. Samada kita ingin fokus membeli-belah atau melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah. Tetapi selalunya tempat-tempat lawatan sudah ditentukan oleh penganjur. Kecuali jika kita pergi secara individu atau berkeluarga dengan menyewa sebuah kenderaan bersama pemandunya. Kita boleh beritahu sahaja pemandu arah mana yang kita mahu tuju. Ataupun ambil pakej melawat Jakarta sahaja dengan menginap di sini 4 malam ataupun 5 malam.

Berkas:Merdeka Square Monas 02.jpgMonumen Nasional atau MONAS

Jika Menara Berkembar Petronas menjadi mercu tanda kebanggaan negara, Monumen Nasional atau Monas pula menjadi mercu tanda bagi Jakarta. Monumen Peringatan setinggi 132 meter yang didirikan sebagai mengenang perjuangan rakyat Indonesia memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari Kolonial Belanda. Kebiasaannya pengunjung asing akan dibawa ke sini sebagai destinasi lawatan pertama sebaik sampai di Jakarta. Sekiranya kita menaiki Monas, kita boleh saksikan permandangan Kota Raya Jakarta. Tetapi untuk menunggu giliran menaiki Monas memang mengambil masa yang lama kerana terlalu ramai pengunjung yang berbaris menunggu giliran.

Kompleks Membeli-belah Mangga Dua

Jika di Bandung boleh berbangga dengan Pasar Baru, Jakarta pula megah dengan adanya Kompleks Mangga Dua. Apa sahaja barangan boleh dicari di Mangga Dua. Tidak hairanlah jika pengunjung ke Jakarta boleh menghabiskan masa seharian di Mangga Dua untuk membeli belah. Yang boringnya pasti orang lelaki. Kompleks Mangga Dua dibuka seawal jam 7 pagi dan biasanya ditutup sebelum waktu Maghrib. Malah ada kedai yang sudah ditutup jam 5 petang. Tidak seperti di Malaysia, banyak Kompleks Membelibelah ditutup lewat malam atau jam 10 malam. Di sini jika terlewat, kunjungan hanya sia-sia sahaja kerana telah ditutup.

Tanah Abang

Satu lagi tempat yang biasa dilawati oleh pengunjung ialah Tanah Abang. Tanah Abang terletak di Jakarta Pusat dan dianggap antara Pusat Perdagangan Pakaian terbesar di Asia Tenggara. Tanah Abang mempunyai beberapa blok bangunan seperti Tanah Abang Metro, Tanah Abang Lama dan Tanah Abang AURI. Ketika berkunjung di sini kena berhati-hati dengan Papan Tanda yang banyak terdapat di dalam bangunan ini. Dalam satu bangunan terdapat beberapa blok yang dikategorikan sebagai Blok A, B,C,D,E,F,AA,BB,CC. Setiap blok pula menjual jenis-jenis pakaian tertentu dan jika kita tidak peka boleh sesat dibuatnya. Ini kerana Blok Tanah Abang Metro dan Tanah Abang Lama adalah 2 bangunan yang bersambung.

Masjid ISTIQLAL

Masjid Istiqlal ialah masjid terbesar di Jakarta dan mungkin di Asia Tenggara. Ianya dibina sempena kemerdekaan Indonesia atas perintah Presiden Sukarno. Kerana itu ianya dipanggil “Istiqlal” dalam bahasa Arab yang bermaksud kemerdekaan. Masjid ini boleh menampung 100,000 jemaah lelaki dan wanita dalam satu masa.

Saya bercadang memasukkan kunjungan ke Masjid ini dalam aturcara program lawatan ke Jakarta. Ini kerana kebanyakkan aktiviti lawatan di Jakarta dihabiskan ke Pusat Membelibelah dan tidak memasukkan kunjungan ke masjid ini dalam aturcara program. Walhal lokasi masjid ini hanyalah bersebelahan dengan Monas.

Taman Mini Indonesia

Salah satu rumah suku kaum Masyarakat Indonesia di Taman Mini Indonesia

Kunjungan ke Taman Mini Indonesia amat memenatkan kecuali jika menaiki kenderaan. Ini kerana TMI berkeluasan 1.5 kilometer persegi yang di dalamnya terdapat banyak rumah-rumah tradisional mengikut suku kaum yang terdapat di 33 daerah Indonesia. Kita boleh saksikan keunikan rumah suku kaum Jawa, masyarakat kepulauan Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, Bali dan Nusa Tenggara, Maluku dan Papua.

Taman Tema Dunia Fantasi Ancol

Destinasi yang menjadi kesukaan kanak-kanak kerana di sini terdapat pelbagai permainan yang menyeronokkan. Jika kita berada lama di Jakarta, kunjungan ke Ancol memang berbaloi. Dengan yuran tiket masuk Rp150 ribu (sekitar RM50), kita boleh menyertai pelbagai Permainan di sini berulang-ulang kali sehingga penat. Jika kunjungan secara keluarga, bolehlah bapa dan anak-anak diletakkan seharian di sini, sementara para ibu menghabiskan masa membeli belah di Mangga Dua atau Tanah Abang. Bagi kunjungan secara berkumpulan, jarang yang dibawa ke sini, kecuali atas permintaan dan juga punya banyak masa di Jakarta.

Monumen Pahlawan Revolusi di Lubang Buaya

Terletak di daerah Lubang Buaya, Jakarta Timur dibangunkan dengan tujuan memperingati perjuangan para Pahlawan Revolusi yang berjuang mempertahankan ideologi negara dari ancaman Parti Komunis Indonesia. Di kawasan ini banyak menyimpan cerita duka rakyat Indonesia mengenai kezaliman Parti Komunis Indonesia.

Di kawasan seluas 9 hektar ini mengandungi beberapa tempat untuk dilawati seperti Monumen Pahlawan Revolusi, Sumur Maut, Rumah Penyiksaan, Pos Komando, Dapur Umum PKI, trak tua peninggalan Pahlawan Revolusi, Muzium Paseban dan juga Muzium Pengkhianatan Komunis Indonesia.

Monumen Pahlawan Revolusi adalah patung Replika 7 Jeneral tertinggi Indonesia yang telah diculik, kemudian dibawa ke Rumah Penyiksaan dan dipaksa menandatangani persetujuan menerima ideologi Komunis. Kemudian Jeneral-jeneral ini telah dibunuh, dan mayatnya dimasukkan ke dalam Sumur Maut.

Muzium Pengkhianatan Parti Komunis Indonesia pula menceritakan sejarah pemberontakan Parti Komunis Indonesia yang telah membunuh ramai rakyat Indonesia yang tidak berdosa.

Memang terasa pilu dan hiba apabila mendengar Taklimat mengenai kisah pembunuhan 7 Jeneral dan juga kisah kisah tragis kezaliman Parti Komunis Indonesia terhadap rakyat Indonesia.

Taman Safari

Jika mahu puas kita kena ambil masa seharian berada di Safari Park. Kawasan seluas 420 ekar di Bogor terletak kira-kira 80km dari Jakarta dan juga 78km dari Bandung. Taman Safari memuatkan sekitar 2500 ekor binatang, kebanyakkannya berasal dari Indonesia, termasuk Harimau Bengal, zirafah, beruang Malaya, Orangutan, badak sumbu, kudang belang, cheetah, gajah dan banyak lagi.

Taman Safari boleh dianggap Zoo Terbuka kerana binatang-binatang liar dibiarkan bebas dan bukan di dalam kurungan. Pengunjung hanya melewati kawasan ini dengan menaiki kenderaan. Jangan terperanjat jika ada binatang yang memasukkan kepadanya ke dalam kereta kita jika kita biarkan tingkap kereta terbuka. Malah kita juga berpeluang untuk memberi makan haiwan-haiwan yang jinak dari dalam kereta. Cuma pengunjung tidak dibenarkan untuk keluar dari kenderaan kerana amat merbahaya. Rasa real apabila dapat melihat binatang buas seperti singa, harimau, beruang pada jarak yang begitu hampir dengan kita.

Pertunjukkan Koboi ala Wild Wild West

Berhampiran Taman Safari, terletak di puncak bukit diadakan Pertunjukan koboi ala Wild Wild West yang begitu menyeronokkan sekali. Rasa kagum saya melihat binatang-binatang seperti burung helang, anjing dan kuda turut sama berlakon dalam aksi koboi yang penuh dengan pertempuran, letupan, tembak menembak dan pergaduhan antara Koboi dan Red Indian. Semasa pertunjukkan pengunjung dilarang mengambil sebarang gambar. Kecuali selepas selesai pertunjukkan kita berpeluang mengambil gambar dengan pelakon-pelakon aksi Koboi.

Di kawasan Taman Safari ini juga terdapat resort atau hotel penginapan untuk pengunjung. Jika mahu melihat binatang-binatang liar bergerak aktif, berkunjunglah ke Taman Safari ini pada waktu malam. Suasana sejuk dan segar kawasan pergunungan memang mengasyikkan.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Jakarta yang boleh dilawati sekiranya kita punya banyak masa di sini. Cukup la sekadar beberapa tempat yang saya utarakan.

Bagaimana pula dengan Harga Pakej ?

Bergantung kepada berapa lama kita di Jakarta. Dan juga berapa ramai ahli rombongan. Jika yang pergi hanya 2 orang pasti kosnya lebih tinggi berbanding jika lebih dari 20 orang. Di bawah ini saya berikan Kos Ground Handling untuk Pakej Melawat Jakarta bersama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd.

Pakej 3 hari dan 2 malam – harga serendah RM 450 seorang untuk ahli Group seramai 21 orang ke atas. Jika hanya 2-3 orang sahaja harganya ialah RM780 seorang.

Pakej 4 hari dan 3 malam di Jakarta, harganya serendah RM 550 seorang untuk ahli Group seramai 21 orang ke atas. Jika hanya 2-3 orang sahaja harganya ialah RM 970 seorang.

Harga yang diberikan belum termasuk kos tiket penerbangan.

Jumpa lagi.

Category: Non Umrah

  • siti rafizah bte ramdzan September 29, 2013 at 1:22 pm

    post me the latest pakage

Tempah produk beauty umaira sekarang