Tempat-tempat Menarik di Bandung

Assalamualaikum wbt.

Sempena cuti persekolahan yang bakal menjelang tidak lama lagi, ada baiknya saya cerita sedikit mengenai Percutian di tempat-tempat yang murah tetapi menarik. Sebelum ini saya ada ceritakan mengenai Tip Melawat Jakarta dan Bandung Kali ini saya mahu berikan info mengenai tempat-tempat yang biasa dilawati dalam kunjungan ke Bandung.

Tangkupan Perahu

 

Tangkupan Perahu begitu sejuk di waktu pagi sehingga kelihatan kabus

Kunjungan ke Bandung tidak lengkap jika tidak melawat Tangkupan Perahu. Tangkupan Perahu bermakna “perahu yang tertangkup atau terbalik”.Jika kita lihat bentuk mukabuminya memang kelihatan puncak gunungnya berbentuk seperti perahu yang terbalik. Pasti ada kisah dongeng mengapa dipanggil Tangkupan Perahu. Tangkupan Perahu ialah kawasan gunung berapi yang masih aktif di Bandung. Kita boleh bau belerang yang kuat apabila sampai di kawasan kawah gunung berapi.

Manakala suhu di kawasan ini amat sejuk, lebih-lebih lagi di waktu pagi. Jika tidak tahan sejuk, bersedia dengan baju yang tebal. Ada juga dijual “mafla” atau kain selendang oleh penjaja jalanan di sini. Bagi yang pertama kali datang ke sini, kena berhati-hati dengan penjaja jalanan atau dipanggil “calo”. Mereka tidak jemu memujuk kita membeli barang dagangan mereka di sepanjang lawatan kita di Tangkupan Perahu. Jika dilayan mereka, pasti selepas itu akan muncul pula “calo” yang lain dengan jualan barang yang berbeza pula.

Dan jika kita berminat dengan barang dagangan mereka, pastikan minta diskaun yang tinggi. Lebih dari 50% hingga 80% dari harga yang ditawarkan. Elakkan dari jadi mangsa penipuan harga barangan. Harga yang ditawarkan ikut suka hati mereka. Mereka biasanya akan memohon simpati supaya kita membeli barang dagangan mereka. Jangan dimarahi mereka. Sememangnya mereka amat bergantung kepada kehadiran pelancung asing seperti kita. Kasihan kepada mereka, kehidupan yang sukar menyebabkan terdapat ramai penjaja jalanan di Tangkupan Perahu.

Sari Ater Hot Spring

Terletak berhampiran dengan Tangkupan Perahu. Ianya ialah kawasan air terjun panas yang terhasil dari laluan mukabumi gunung berapi. Kita boleh rendam kaki kita di dalam kawasan air terjun yang mengalir. Jika ada yang selalu gatal-gatal kulit kaki atau tangan amat digalakkan untuk rendam kulit yang bermasalah di kolam air panas di sini. Kita dapat rasakan pengalaman yang unik di sini. Udaranya sejuk tetapi air terjunnya pula panas suam-suam. Di kawasan Sari Ater ini juga ada hotel penginapan dan juga restoran.

Restoran Sapu Lidi

Terdapat banyak restoran atau kedai makan selepas lawatan ke Tangkupan Perahu dan Sari Ater. Antara yang popular ialah Restoran Sapu lidi. Restoran ini terletak di suatu kawasan sawah di kawasan banjaran gunung. Suhu di kawasan ini sedikit sejuk, tetapi tidak lah sesejuk seperti di Tangkupan Perahu. Berkeluasan 6 ekar dan boleh memuatkan 1000 pengunjung dalam suatu masa (yang duduk dan berdiri). Kunjungan kami yang pertama dihidangkan menu Makanan Sunda. Yang menariknya kami makan di suatu Pondok yang didirikan di kawasan Restoran Sapulidi yang luas. Santai rasanya makan di tempat terbuka sambil menghirup udara segar kawasan sawah padi pergunungan.

Pasar Baru

Pasar Baru diibarat syurga membeli belah untuk kaum wanita. Kita boleh dapatkan pelbagai pakaian busana Muslim, telekung, beg, pakaian kelengkapan Haji dan Umrah dan pelbagai barangan yang lain pada harga murah. Jika kunjungan kita pada hujung minggu, suasana di Pasar Baru amat sesak dengan pengunjung. Ada rakan memberitahu saya, dia mahu lawatan ke Pasar Baru ini dibuat sehari kerana tidak puas berbelanja. Baru-baru ini masa 3 jam yang saya berikan ada yang kata tidak cukup. ” Baru sampai Lantai 2 aje dah disuruh balik, belum lagi naik Lantai 3 dan 4″. Haiya..saya cuma senyum aje.

Membeli belah di Pasar Baru atau di mana-mana tempat di Indonesia kena pandai tawar menawar. Biasa la sebagai pengunjung asing pasti harga yang ditawarkan lebih mahal dari pengunjung tempatan. Bab tawar menawar ni memang kena serah pada wanita. Orang lelaki ni tahu membeli belah nak segera selesai. Tak macam kaum wanita yang begitu sabar dalam bab tawar menawar ni. Biasala orang perempuan.

Destinasi Membeli belah yang lain.

Selalunya ketika sampai di Bandung, pengunjung akan dibawa ke beberapa lokasi membelibelah yang tidak kurang menariknya. Antaranya ialah Chihamplus dan Toko 3. Tempat-tempat ini terkenal sebagai pusat jualan Pakaian Jean pada harga yang murah. Bagi pengemar barangan kulit pula seperti kasut kulit, tempat yang biasa dilawati ialah di Cibaduyut. Terdapat banyak juga outlet di Bandung yang menjual barangan berjenama. Tetapi barangannya sama sahaja seperti di Malaysia.

Satu lagi destinasi menarik untuk dikunjungi ialah Taman Tema Trans Studio yang terletak di dalam satu bangunan Kompleks yang luas. Tidaklah rasa panas terik matahari seperti di Ancol Jakarta. Terdapat 20 jenis permainan yang menakjubkan mirip Universal Studio  Singapura. Saya tak boleh komen detail mengenai tempat ini kerana saya sendiri belum berkesempatan ke sini. Kabarnya tempat ini baru dibuka tahun lepas dan telah menjadi destinasi pelancungan yang baru di kawasan Bandung. Kanak-kanak pasti menggemari tempat ini. Boleh lah letakkan anak-anak di sini, sementara para ibu pergi shopping di Pasar Baru.

Bagaimana pula dengan Harga Pakej ?

Bergantung kepada bilangan hari kita di Bandung dan juga jumlah ahli Rombongan yang menyertainya. Jika 2-3 orang sahaja pasti kosnya lebih tinggi berbanding jika ahli rombongan seramai 20 orang ke atas. Di bawah saya tawarkan Harga Ground Handling Pakej Melawat Bandung untuk rujukan jika mahu ke sana.

Pakej 3 hari dan 2 malam untuk ahli seramai 20 orang ke atas harganya ialah RM 470 seorang. Jika hanya 2-3 orang sahaja harganya ialah RM 830 seorang.

Bagi Pakej 4 hari dan 3 malam pula untuk ahli seramai 20 orang ke atas harganya ialah RM 590 seorang. Tetapi jika hanya 2-3 orang sahaja harganya ialah RM 1030 seorang.

Jika berniat untuk ke Bandung dan mahu bantuan kami, silalah hubungi saya atau isteri saya Hajah Norhayati di 019-341 8822.

Jumpa lagi, insyaAllah selepas ini cerita mengenai Jakarta pula.

Posted on by muhammad iqbal safwan

Comments Off

Category: Non Umrah

Tempah produk beauty umaira sekarang