Assalamualaikum wbt.

Musim Umrah dah tamat untuk musim 2011 ini. Sementara musim Umrah tahun 2012 belum bermula, saya rasa ada baiknya jika saya fokus pada pakej ziarah dalam negara.

Destinasi yang memikat hati saya ialah Pakej Melawat Taman Negara Malaysia. Saya teruja untuk setting pakej ini kerana ingin mengajak sahabat dan kenalan warga kota merasai keindahan alam semulajadi negara kita. Rasanya ramai warga kota yang belum pernah lagi menziarahi Taman  Negara.

Pada Hari Raya yang ke-2, saya telah survey lokasi pakej yang bakal saya setting iaitu ke Kuala Tahan, Pahang. Kebetulan jaraknya tidaklah jauh dengan keluarga mertua saya di Bandar Jengka. Saya tidak menyangka perjalanan saya ke Kuala Tahan amat mudah dan jalanrayanya juga berkeadaan  baik. Dahulu jika nak ke Taman Negara terpaksa meredah sungai selama 4 jam dari Kuala Tembeling, kini dengan jalan darat kita boleh ke Taman Negara.

Saya telah survey resort-resort yang terdapat di sana, dan yang menambat hati saya ialah Perdana Village Resort. Berkeluasan 8 ekar yang terletak di atas bukit dan bersebelahan dengan sungai amat sesuai untuk dibuat Pakej Melawat Taman Negara, samada untuk pelajar sekolah mahupun keluarga.

Resort ini mempunyai banyak chalet berhawa dingin jenis standard dan superior sesuai untuk pakej keluarga dan juga mempunyai 3 blok asrama yang boleh menempatkan 50 katil bagi setiap blok dengan 8 kemudahan bilik air dan mandi. Selain itu ia juga mempunyai dewan yang boleh menampung 200 peserta kursus dalam sesuatu masa. Dewan Makan pula terletak di bangunan utama di kawasan atas bukit bersebelahan dengan sungai, suatu pemandangan yang amat menarik sekali. Tak sabar rasanya nak promote pakej Melawat Taman Negara kepada warga kota dan desa.

InsyaAllah isnin depan selepas cuti Hari Raya saya akan fokus untuk setting Pakej Melawat Taman Negara, untuk pelajar-pelajar dan juga untuk keluarga. Tungguuuuuu………