Soal Jawab Hukum Hakam Umrah
20
June
Assalamualaikum wbt.
Baru-baru ini saya menerima panggilan telefon dari seorang yang begitu prihatin mengenai Permasalahan Hukum dalam Ibadah Umrah. Oleh kerana masalah yang diutarakan agak ganjil atau pelik dan saya sendiri ragu-ragu untuk menjawabnya, maka saya panjangkan perkara ini kepada mentor saya Ustaz Hj Samsudin Sidek. Beliau ialah seorang Guru Agama yang berpengalaman dalam Ibadah Haji dan Umrah dan menjadi Pakar Rujuk Tabung Haji. Soalannya ialah :-
Bolehkah seseorang masuk Makkah tanpa melakukan Umrah, memadai dengan melakukan Tawaf Qudum ?
Pening juga nak jawab pertanyaan di atas. Yang saya tahu dalam apa keadaan sekalipun apabila memasuki Makkah mesti kita melakukan Umrah. Samada masuk dari Madinah atau dari KLIA, tetap dikehendaki berniat Umrah di Miqat walaupun keadaan diri uzur syarie sekalipun.
Ketika saya bertugas semasa musim Haji, beberapa kali saya memasuki Makkah dengan tidak memakai Pakaian Ihram kerana menggunakan Visa Pekerja dan bukan Visa Haji. Sekiranya saya memakai Pakaian Ihram maka saya tidak dibenarkan untuk memasuki Makkah atas sebab saya ke Makkah untuk bekerja dan bukan sebagai Jemaah. Maka saya juga mesti berniat Umrah walaupun dengan berpakaian biasa. Sampai di Makkah, saya terus tukar Pakaian Ihram dan meneruskan ibadah Umrah macam biasa. Oleh kerana berniat dengan tidak memakai Pakaian Ihram, maka saya kena membayar Dam iaitu seekor Kambing.
Tiba-tiba pula soalan di atas diajukan kepada saya. Jemaah berkenaan risau kerana rakan kariahnya sudah memukul canang di masjid dengan mengatakan boleh kita masuk Makkah dengan tidak berniat Umrah, memadai dengan lakukan Tawaf Qudum sahaja (Tawaf Selamat Datang) ! Beliau bimbang ahli kariah akan keliru dengan isu ini. Di masa-masa akan datang boleh jadi ada yang akan mencontohi perkara ini
Jawapan yang diberikan oleh Ustaz Haji Samsudin Sidek ialah seseorang yang memasuki Makkah dengan tidak berniat Umrah hanya dengan melakukan Tawaf Qudum tetap dikenakan Dam seekor Kambing. Sebabnya kerana ia memasuki Makkah dengan tidak melakukan Ibadah Umrah. Sama jawapannya dengan isu berniat Umrah tetapi tidak memakai Pakaian Ihram, tetap juga dikenakan Dam seekor Kambing.
Sekiranya jemaah berkenaan sudah kembali ke tanah air, maka empunya diri mesti mewakilkan kepada sesiapa yang ke tanah suci untuk menyempurnakan Dam sembelihan seekor Kambing. Tidak boleh dibuat sembelihan Kambing di tanah air. Mesti disempurnakan di tanah suci.
Permasalahan Tawaf Wida’ ?
Masih ramai lagi yang kurang arif mengenai permasalahan ini. Tambahan pula sekarang ini biasa terjadi jemaah menunggu lama untuk berangkat selepas selesai menyempurnakan Tawaf Wida’. Oleh kerana penantian yang lama, maka biasa berlaku permasalahan Hukum yang jemaah tidak sedar ianya tidak boleh dilakukan.
Hukum Tawaf Wida’ ialah wajib. Sesiapa yang sudah melakukannya dikehendaki bersegera meninggalkan bumi Makkah. Jika pada zaman dahulu tidak ada masalah sebab kenderaannya ialah seekor Unta. Tetapi zaman sekarang, jemaah kena menunggu Bas Muasasah yang kadang kala lewat sampai dari waktu yang dijanjikan. Sekiranya masa menunggu lama selepas selesai sempurna Tawaf Wida’, jemaah tidak dikenakan Dam kerana kesalahan itu bukan datangnya dari jemaah. Jemaah sudah bersedia untuk meninggalkan bumi Makkah, cuma kerana bas lewat menyebabkan keberangkatan pulang itu jadi tertangguh lama.
Biasa berlaku sementara menunggu bas yang lewat sampai tiba-tiba kedengaran azan berkumandang dari Masjidil Haram. Sekiranya kita terus kembali ke Masjidil Haram semula untuk melakukan Solat Fardhu berjemaah, maka Tawaf Wida yang kita lakukan sebelumnya dianggap terbatal. Jika kita tidak melakukan Tawaf Wida’ semula, maka dikenakan Dam Seekor Kambing. Bezanya dengan kes yang pertama, sembelihan kambing itu boleh dilakukan di tanah air.
Dalam hal ini memadai kita solat di Hotel Penginapan kita sahaja. Dan solat yang dilakukan haruslah Solat Tamam dan tidak boleh Jama’ dan Qasar. Ini kerana kita belum lagi berangkat meninggalkan bumi Makkah.
Sama kesnya jemaah yang membuat belian barang selepas melakukan Tawaf Wida’. Tetap dikenakan Dam seperti kes jemaah yang masuk semula Masjid tadi. Kita kena tahu bezakan antara keperluan dengan kehendak kita selepas selesai Tawaf Wida’. Keperluan seperti membuang air kecil atau besar, makan kerana lapar dibolehkan. Tetapi perbuatan yang dianggap hasil dari kehendak kita seperti membeli belah, tidur di bilik tidak dibenarkan sama sekali.
Cukup sekadar contoh permasalahan di atas buat masa ini.. Jumpa lagi dan Wasalam.
As salam ustaz,sy belum mnunaikan umrah,tp sy nakkn pjelasan ustaz..mngambil air smbhyang masa dsana..blh ke mngunaka n spray dan brlapikkan stokin tangan mau pun kaki?
jika keadaan sukar seperti musim haji misalnya boleh guna spray dan di lalukan air pada anggota wuduk. anggota wuduk mesti kena air
Salam ustad.. telah kembali ke tanah air selepas melakukan umrah barubaru ini…adakah dikira telah berniat seseorang itu di miqat..jika dia membaca niat dengan memgikuti lafaz bacaan yg dibacakan oleh
Didalam bas(bir al)dalam bahasa arab…tidak dalam bahasa melayu…tetapi memahami niat yg dibacakan itu adalah niat utk mengerjakan umrah..mohon penjelasan….
niat adalah kerja hati, manakala lafaz tu sunat aje..kira dah niat la tu.
Mohon penjelasan ustad mohon maaf
Apakah ygmaksudkn dengan 1)niat…adakah bermaksud niat kita utk menunaikan umrah…(dari rumah lg)..cth ya Allah aku ingin menunaikn umrah maka terima lah ibadah ku”…tanpa niat yg formal…
2) seperti persoalan diatas.. Saya mengikuti secara lafaz (yg saya yakin dari kehendak/niat hat saya)…niat yang dibaca oleh mutawiff dalam bahasa warab.. walaupun tidak memahami terjemahan)..ttpi saya yakin lafaz mutawif itu adalah bagi memasang niat umrah di miqat (bir ali)…Saya tidak berniat selepas itu (dalam bahasa melayu) ..kerana mutawif mengatakn tidak bolehkerarana sudah melepasi.miqat..dah boleh dikenakan dam..(kambing)..adakah saya telah dikira berniat?…dan tidak perlu mbayar dam..mohom penjelasan kerana bombang..amalan tidak diterima(tergntung. antara langit.dan bumi)..Saya sangat was mengenai perkara ini…
Niat adalah kerja hati. semasa berada di Bir Ali dengan berpakaian ihram sudah dianggap niat. kerana kita tak pergi bir ali dengan berpakaian ihram secara suka-suka tetapi kerana kita ingin menunaikan umrah. cuma melafazkan niat tu bertujuan supaya kita lebih yakin sudah meletakkan niat umrah kita di tempat miqat iaitu di Bir Ali. Niat umrah ialah rukun umrah. Jika tidak berniat maka umrah jadi tidak sah. Manakala melafazkan niat di miqat iaitu di bir ali ialah wajib umrah. jika sudah melepasi miqat baru nak berniat maka umrah itu sah cuma dikenakan dam sahaja. Dalam kes saudara saya rasa tidak ada apa-apa kesalahan dan tidak dikenakan dam.
As salam, tn.hj. Apa yang harus dilakukan jika tawaf tak cukup 7 pusingan. Apakah cukup dengan membayar dam sahaja atau ada syarat2 lain bagi memastikan umrah kita itu sah.
waalaikum salam. Kunci utama dalam ibadah umrah ialah Tawaf. Refer pd entry terkini..
Saie puan sah.
Ustaz,kalau saei kita mengejar org dihapan contohnya mutawif?sah x?
mengejar mutawif ketika saie jika tidak terpesong niat dr bersaie tidak mengapa. tetapi jika niat saie terpesong dr tujuan asal spt mencari kawan misalnya boleh membatalkan saie dan juga umrah jadi tidak sah
Ustaz,kalau saei kita mengejar org dihapan contohnya mutawif?sah x?kalau tidak bagaimana?
Jawapan : Mengejar orang di hadapan semasa Saie dibimbangi terpesong niat saie kita. Jika berlaku sedemikian kita hendaklah berundur semula ke tempat kita mula terpesong niat kita tadi, kemudian teruskan bersaie..sekiranya tidak dilakukan sedemikian dibimbangi saie kita tidak sah. Jika saie kita tidak sah bermakna umrah kita belum lagi sempurna. Dan apabila Umrah kita belum sempurna bermakna kita masih lagi berada di dalam Ihram Umrah. Kita kita kena periksa berapa larangan Ihram yang telah kita lakukan selepas itu seperti memakai pakaian berjahit, memotong kuku dan yang lainnya. Wallahuallam..
Salam Ustaz, saya bercadang akan ke Tanah Suci dalam beberapa minggu sahaja lagi bersama anak saudara lelaki berumur 15 tahun. Malangnya selepas mendapat visa, Ibu dan Bapanya tidak dapat pergi bersama atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Saya amat risau sekiranya tiba di Jeddah, pihak berkuasa tidah membenarkan anak saudara saya memasuki negara Saudi kerana bapanya (mahram) tidak ada dalam penerbangan yang sama. Saya akan membawa bersama surat statutory declaration ibu dan bapanya memberikan izan nya untuk mengerjakan umrah bersama saya serta document lain seperti surat beranak dll tetapi saya tahu syarat-syarat Saudi adalah lebih ketat dari itu. Sekiranya kami sudah berniat umrah dan berpakaian ihram bila melintasi miqat di udara Saudi, apakah hukum dan perkara yang patut dilakukan bila kami tidak dapat melakukan ibadah umrah atas alasan tidak dibenarkan memasuki negara Saudi. Saya begitu berbelah bagi samaada mahu meneruskan niat ini atau batalkan sahaja perjalanan anak saudara saya. Terima kasih.
waalaikum salam. Sekiranya tertahan tidak dapat melaksnakan Umrah maka kena sembelih 1 ekor kambung dan bertahalul dengan menggunting rambut. Hukum dirujuk dari kisah Nabi saw bersama para sahabat yg tertahan dari melakukan Umrah dalam Kes Perjanjian Hudaibiyah
salam, ustaz…. adakah sah umrah jika niat2 seperti niat ihram dan umrah hanya dibaca dalam bahasa melayu bukan bhs arab… sekian terima kasih
sah
Salam ustaz…..semasa bas nak bergerak ke airport….sy telah memberikan sejumlah wang kpd mutawif…apakah batal tawaf widak sy?
Waalaikum salam. Jawapannya tidak.
Assalamualaikum ustaz..baru2 ni saya telah mengerjakan umrah. Semasa di madinah saya datang haid.kemudian saya niat bersyarat jika haid ku tidak kering sampai tarikh balik ke malaysia, maka halal lh aku..selepas itu, saya masuk mekah dalam keadaan berihram.sehingga tarikh balik, haid saya tidak kering.
1 . adakah saya masih dalam ihram?
2.adakah saya perlu melakukan tahlul walaupun telah niat bersyarat?
3.jika tidak bertahlul sehingga pulang ke malaysia, adakah saya masih dlm ihram ?
4.sebelum naik bas utk pergi ke airport, sy mandi.semasa mandi saya telah syampoo rambut.dn berniat jika rambut yg gugur semasa bersyampu utk adalah utk tahlul, adakah sah tahlul saya?
,
waalaikum salam. dalam pengetahuan saya dengan niat bersyarat Puan telah gugur atau terlepas dari ihram Umrah. Nasihat saua sebelum berangkat ke Tanah Suci perlu diteliti Kitaran Haid Puan dan boleh mengambil ubat Penahan Haid yang ada dijual di Farmasi. Atau sebaiknya dapatkan nasihat doktor.
waalaikum salam.
1. jawapannya tidak dalam ihram kerana niat bersyarat tadi.
2. tidak perlu bertahalul.
3. sama jawapan no.1
4. sama jawapan no.1
Assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya..
1)sekiranya kita kurang yakin atas tertib tawaf wida; kita, sebagai contoh pusingan tawaf dirasakan tidak cukup 7 kali, adakah orang tersebut perlu membayar dam?Sekiranya perlu, dam apakah yang perlu dibayar?bilakah dam itu perlu dibayar?
2) Sekiranya orang tersebut sudah berangkat pulang ke Malaysia, bagaimanakah cara untuk menyelesaikan dam tersebut?
Mohon pencerahan. Terima Kasih.
waalaikum salam. kurang yakin atau was-was adalah mainan dari syaitan dan tak usah dilayan. InsyaAllah tawaf wida’ tu O.K.
Assalamualaikum ustaz. Sekiranya seseorang itu lakukan tawaf wida’ sekembali ke hotel dia dapati ada discharge pada seluar dalam. Dia tak pasti bila discharge itu keluar. Dia juga tak sempat untuk ulang tawaf kerana perlu menaiki bas utk ke airport. Mohon pencerahan apa tindakan yg sepatutnya diambil. Perlu bayar dam atau bagaimana
Tawaf wida tu sah kerana hanya disedari selepas kembali ke Hotel. Dan tak perlu bayar dam.
Assalamua’laikum.Hj.Iqbal.Saya ingin bertanya berkaitan permasalahan Tawaf Wida’.Pada tahun lepas selepas saya habis buat tawaf wida’, ketika itu beberapa minit sebelum waktu isyak.Jadi selepas selesai tawaf, saya pun keluar dari masjid dan menuju hotel untuk menunggu bas utk ke jeddah.Beberapa langkah selepas keluar masjidil haram, azan isyak berkumandang.Dan sebelum sampai ke hotel, iqamat pula kedengaran.Jadi Saya terus menunaikan solat fardhu isyak di jalanan bersama jemaah 2 umrah dari pelbagai negara serta org tempatan ketika itu.Persoalannya, adakah saya perlu membayar dam kerana telah solat fardhu selepas tawaf wida di kawasan jalanan itu?Mohon pencerahan dan bantuan ya tn.hj Iqbal.Jazakallah Khaira
Waalaikum salam. Tidak perlu bayar dam. Tetapi jika sudah sampai hotel lalu kembali semula ke masjidil haram dan solat berjemaah, maka dia kena lakukan sekali lagi tawaf wida..jika tidak baru dikenakan dam. wallahuaklam.
Assalamualaikum ustaz. Saya Ada terbaca buku umrah yang menyatakan jika kita niat bersyarat iaitu ” Sahaja aku mengerjakan umrah Dan Ihram Aku dengannya Dan sekiranya aku datang haid atau lain-lain sebab, maka halallah aku dengannya. Maka sekiranya datang haid akan menjadi halal Dengan sendirinya Tanpa perlu
bertahlul.
Manakala jika kita berniat: Sahaja aku mengerjakan umrah Dan Ihram Aku dengannya Dan sekiranya aku datang haid atau lain-lain sebab, maka aku akan bertahalul. Maka sekiranya datang haid boleh lah dia bertahlul dengan menyembelih kambing Dan bergunting.
Saya tidak faham maksud niat yang di tulis. Adakah ber maksud jika menggunakan perkataan halallah tidak Dikenakan dam manakala jika guna perkataan bertahlul dikenakan dam Dan perlu bergunting.
Harap mendapat penjelasan daripada ustaz. Terima kasih.
Waalaikum salam. Maaf terlepas pandang soalan..Niat bersyarat kerana seseorang wanita itu bimbang tidak dapat menyempurnakan Tawaf dan Saie (Umrah) kerana didatangi Haid. Jika tiada Niat bersyarat, maka individu berkenaan kena tunggu sehingga benar-benar suci dan selepas mandi hadas besar baru lah boleh menyempurnakan Umrahnya. Jika haid masih ada sehingga waktu nak balik ke Malaysia maka kena sembelih 1 ekor kambing sebagai berlepas diri dari Ihram Umrah dan kemudian menggunting sekurang2nya 3 helai rambut seperti kes Nabi saw dan sahabat yang tertahan tidak dapat menyempurnakan Umrah kerana dihalang oleh Musyikin Quraish Makkah di Hudaibiyah.
Jika sudah niat bersyarat seperti yang dinyatakan oleh soalan, maka jika didatangi Haid selepas berniat, maka ia boleh berlepas diri dari tanggungan ihram Umrahnya. Bagi wanita yang ada haid dan berniat bersyarat, sekiranya haid tidak kering sehingga tiba waktu meninggalkan Makkah maka ia boleh berlepas diri dari Ihram Umrah. Tetapi selama mana ia berada di Makkah ia perlu juga menjaga Pantang Larang Ihram Umrah.
Maknanya Niat bersyarat bertujuan untuk melepaskan ihram Umrah bagi wanita yang haid dari dikenakan Dam kerana tidak dapat menyempurnakan Umrah. Wallahuallam.
Assalamualaikum,
Saya baru balik dari mengerjakan umrah. Selepas solat subuh, saya telah mengerjakan tawaf wida. Dalam perjalanan utk tawaf, saya terlanggar jemaah perempuan, dan kurang pasti samada saya masih dlm keadaan wuduk. Ada kah tawaf saya di kira sah? Saya juga tidak menunaikan solat sunat tawaf selepas itu, adakah saya di kira berdosa. Perlukah saya membayar dam?
Mohon penjelasan dpd ustaz.
Terima kasih.
Azizi
Waalaikum salam. Wudu tuan tak batal disebabkan hal yang berkenaan dan Tawaf dikira sah. Mengenai tidak melakukan Solat Sunat Tawaf dikira tidak berdosa kerana ianya dihukumkan Sunat sahaja. Buat dapat pahala dan tak buat tidak mengapa dan tidak berdosa. Wallahuaklam.
Boleh tak masuk Mekah tapi tidak niat umrah. Bila sampai Mekah buat tawaf qudum kemudian balik hotel kemudian keluar ke miqat untuk niat umrah. Tk
Jawapannya tidak boleh. Samada seorang wanita datang haid atau bimbang datang haid tetap kena berniat Umrah. Apatah lagi yang saja-saja masuk Makkah mesti berniat Umrah. Tawaf Qudum (Selamat Datang) ialah tawaf bagi mereka yang menunaikan Haji Ifrad iaitu melakukan Haji dahulu kemudian Umrah.
Waalaikum salam. Maaf lambat reply. Jawapan saya wuduk tidak batal dan Tawaf Wida dikira sah dan tak perlu membayar dam.
Assalmualaikum
Saya ingin bertanya tentang hukum memakai bau-bauan semasa dalam ihram. Adakah bau-bauan itu hanya merujuk kepada wangian sahaja? Apakah hukumnya saya memakai sejenis krim (ada bau sedikit masam seperti bedak sejuk) di muka untuk melindungi kulit muka saya yang sensitif . Saya tidak membayar dam kerana yakin tidak menjadi kesalahan. Masalahnya setelah saya pulang ke Malaysia..kini saya menjadi risau dan tidak tenteram kerana takut haji saya tidak sah. Apa yang perlu saya lakukan?
memakai bauan wangi sebelum berniat umrah tidak jadi masalah. jika dlm ihram haji atau umrah dilarang kita dr memakai wangian dgn niat utk berseronok tetapi memakai krim muka atau sabun untuk tujuan kebersihan tidak jadi masalah dan tidak dikenakan dam.
Assalamualaikum, selepas selesai tawaf wida’ , saya mengambil gambar kaabah dan kembali ke hotel.. adakah umrah saya terbatal .. dan dikenakan dam..
Waalaikum salam. Maaf lambat menjawab..Umrah tak batal, tetapi Tawaf Wida tuan batal kerana sebab mengambil gambar selepas selesai Tawaf Wida’. Bayaran dam ialah menyembelih 1 ekor kambing dan boleh disempurnakan di Malaysia.
Assalamualaikum,
Ustaz saya terlupa atau baru tahu mengenai tidak boleh bergambar di kawasan masjidil Haram selepas tawaf wida…dan saya baru sahaja menunaikan umrah. Setibanya saya di Malaysia, rakan saya memberitahu, tidak boleh mengambil gambar bersama kaabah setelah membuat tawaf wida. Adakah saya perlu membayar dam? Bagaimana caranya kerana saya telah sampai di Malaysia berserta cara2 penuh sekiranya saya ingin membayar dam di malaysia dan tempohnya untuk saya melunaskan dam tersebut.
Waalaikum salam..mengambil gambar Kaabah sebaik selesai Tawaf Wida’ menyebabkan Tawaf Wida’ menjadi batal. Dalam kes ini boleh menyempurnakan bayaran dam iaitu 1 ekor kambing dan sembelihan boleh dilakukan di Malaysia dan tidak semestinya di Makkah.
Assalamualaikum ustaz.
1)adakah berdosa sekiranya terbatal tawaf Wida’ saya itu ustaz
2)Macam mana cara dan niatnya yang perlu di lakukan
3)Perlukah kambing yang telah disembelih disedekahkan kepada orang-orang tertentu(fakir miskin atau anak yatim)
4)bagaimana sekiranya tidak mampu untuk melaksanakan seeokor kambing.
5)adakah tempoh untuk melunaskan dam tersebut
Mintak maaf ustaz kerana banyak bertanya kerana saya baru kali pertama mengerjakan Umrah.
Mintak jasa baik ustaz.
Waalaikum wbt. Jawapannya terbatal tawaf wida’ dan masih tergantung lagi hukumnya berdosa. Dam ialah sembelihan 1 ekor kambing dan boleh diberikan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim. Jika tidak mahu sekarang boleh ditangguhkan ke suatu masa lain yang mampu. Tiada tempoh khusus untuk diselesaikan tetapi selagi tidak disempurnakan sembelihan kambing itu maka ianya dianggap hutang seorang hamba kepada Allah dan perlu diselesaikan.
Assalamualaikum ustaz. Sy nak tanya kalau sebaik sahaja selesai tawaf wida’, masuk waktu solat Zohor, lalu saya solat Zohor berjemaah di Masjidil Haram, adakah tawaf wida’ sy batal dan adakah sy dikenakan dam? Bagaimana cara sy bayar dam jika dah balik ke Malaysia? Satu lg, adakah mengambil gambar di sekitar hotel semasa menunggu bas termasuk larangan selepas tawaf wida dan dikenakan dam? Terima kasih ustaz.
Waalaikum salam. Dalam kes Nur Asyifa Tawaf Wida’ tidak menjadi batal kerana Solat Fardhu terus didirikan. Kecuali jika sebaik selesai Tawaf Wida’ kita menunggu lama untuk mendirikan Solat Fardhu. Dalam tempoh menunggu bas di Hotel tidak menjadi larangan untuk mengambil gambar Hotel. Dalam kedua kes tersebut ianya tidak dikenakan dam.
Ustaz,kalau saei kita mengejar org dihapan contohnya mutawif?sah x?kalau tidak bagaimana?
mengejar mutawif ketika saie jika tidak terpesong niat dr bersaie tidak mengapa. tetapi jika niat saie terpesong dr tujuan asal spt mencari kawan misalnya boleh membatalkan saie dan juga umrah jadi tidak sah
Salam. Ustaz, selepas saya buat tawaf wida’, semasa dalam perjalanan pulang ke hotel, saya telah bergambar dari luar masjid ( iaitu bergambar dengan mengambil gambar masjidil haram), adakah saya perlu bayar dam? JazakAllah khair
wslm. refer jawapan terdahulu pada soalan yg sama
SALAM, SAYA NK TANYA IBU SAYA AKAN BERANGKAT UNTUK IBADAH UMRAH JADI SAYA SEBAGAI ANAK, APAKAH YANG HARUS SAYA LAKUKAN?
Assalamualaikum ustaz, adakah solat fardhu di masjidil haram wajib dilakukan scra sempurna dan tidak boleh qasar? Sekiranya sebaik sahaja selepas tawaf wida sy solat zohor dan asar di masjidil haram secara jamak qasar, adakah sah solat saya? Terima kasih ustaz
Waalaikum salam. Solat Jamak dan Qasar hanya boleh dilakukan sekiranya kita menginap di Makkah selama 3 hari tidak termasuk hari masuk dan hari keluar Makkah. Jika lebih dari 3 hari maka Solat Jamak dan Qasar tidak boleh dilakukan. Maknanya selepas Taqaf Wida, kita kena Solat Zuhur secara penuh 4 rakat bersama Imam. Dan apabila sudah keluar dari Makkah kita boleh Solat Asar diQasarkan iaitu 2 rakaat sahaja. Wallahuallam..
Assalamualaikum, ustaz saya nak tanya tentang kes umrah pak cik saya. Baru-baru ini pakcik saya menunaikan umrah, selepas niat ihram dan melakukan tawaf pakcik saya terus balik ke hotel. Beliau tidak tahu di mana tempat untuk melakukan sa’ie dan tahlul kerana tidak dipandu oleh mutawwif. Sampai lah beliau balik ke Malaysia. Mohon penjelasan ustaz untuk jalan penyelesaian kes seperti ini? Sekian, terima kasih.
Waalaikumsalam. Berat kes ni..pakcik tuan masih lagi dalam pantang larang Ihram kerana umrahnya belum selesai. Kerana dah balik Malaysia maka kena buat sembelihan seekor kambing bagi melepaskan ihramnya, seperti kes Nabi dan sahabat yang tertahan di Hudaibiyah tidak dapat masuk Makkah untuk menyempurnakan Umrah.Cuma masalahnya berapa kesalahan yang ia telah lakukan semasa dalam ihram kena tanya pakcik puan. Yang jelas dam kerana kesalahan memakai pakaian berjahit. Bagaimana dengan memakai wangian ? Kena tanya juga adakah telah bergaul dengan isteri ? Lagi berat jika sudah kerana kena bauyar dam seekor unta dan Umrahnya dikira batal. Cuba baca 13 pantang larang dalam ihram..sepanjang dalam ihram ni sudah ada berapa kesalahan yang pakcik puan lakukan ? Wallahuallam..
Assalamualaikum Ustaz, ada beberapa soalan saya nak tanya pasal tawaf wida
1) sah tak tawaf apabila kita mulakan tanpa niat? maksud saya semasa kat lampu hijau tu kita terus aje istilam & mengelilingi kaabah 7 kali.
2) selepas tawaf wida boleh tak kita sedekah semasa dalam perjalanan pulang ke hotel? adakah batal tawaf wida kita?
3) semasa tengah tawaf boleh tak kita bercakap atau memberitahu kawan kita kat depan tu ada orang yang kita kenal.
4) semasa dalam perjalanan pulang kalau kawan kita jalan lambat boleh tak kita toleh kebelakang dan menyuruh dia berjalan dengan cepat tapi kita terus berjalan tanpa berhenti
semoga ustaz dapat memberi pencerahan dengan segera
Sekian, Wasalam
Waalaikumussalam. Terima kasih kepada yg bertanya..Jawapannya
1. Tawaf Wida’, tawaf sunat, tawaf Qudum harus berniat untuk mengerjakannya. Ia tidak berdiri sendiri seperti Tawaf Haji atau Tawaf Umrah di mana Niat Haji atau Umrah sudah termasuk di dalamnya tawaf dan saie. Sebenarnya Niat adalah kerja hati. Sekiranya kita tahu dan sedar bahawasanya kita mahu melakukan Tawaf Wida’ tetapi tidak melafazkannya ianya dikira sah kerana kita sudah berniat dalam hati. Melafazkannya seperti “sahaja aku melakukan tawaf wida’ 7 kali pusingan kerana Allah Taala” hukumnya sinat sahaja.
2. Sekiranya dalam perjalanan jalan kaki pulang ke hotel, kita bersedekah sepanjang laluan balik tidak jadi masalah. Kecuali jika kita sengaja mencari orang yang mahu kita beri sedekah.
3. bercakap semasa tawaf tidak membatalkan tawaf.
4. perbuatan sedemikian tiada masalah dan tidak membatalkan Tawaf Wida’.
Wallahuallam.
Askm ustaz. Semasa mgerjakan umrah tempoh hari dan sehari sebelum balik ke Msia. Sy ada buat umrah badal dgn niat badal bsyarat utk arwah ayah dgn bmiqat di masjid hudaibiyah. Selesai semua umrah balik kebilik sy ke toilet sy tgk ada stain pada tuala wanita. Adakah umrah badal itu sah dan adakah sy perlu mbayar dam?
Waalaikumussalam. Umrah anda SAH
Assalamualaikum Ustaz,saya ingin tahu jika seorang mengerjakan tawaf wida bersama anak nya tetapi setelah selesai tawaf anak nya belum selesai mengerjakan nya dan terpaksa menunggu .adakah tawaf nya terbatal.terima kasih ustaz.
waalaikum salam. tidak batal
Assalamualaikum Ustaz,semasa saya menunaikan solat sunat tawaf wida’ tiba-tiba saya terbuang angin menyebabkan solat sunat tawaf wida’ saya batal.Adakah tawaf wida’ saya terbatal?
waalaikum salam. Tawaf Wida tak batal..tapi solat sunat batal..
Assalamualaikum Ustaz,
1. sya ingin bertanya jika seseorang perempuan yang mengalami sakit keputihan yg sukar dikawal lebih-lebih lg kalau byk pergerakan sepeti tawaf (tidak rasa basah bila dia keluar kalau sedikit tp sudah memakai lapik)..kita hanya berwuduk dari hotel kemudian terus ke kaabah untuk mengerjakan tawaf 7 pusingan..sekiranya keputihan itu keluar semasa tawaf , sahkah tawafnya?
2. Sekiranya tidak sah sedangkan dia dah balik ke Malaysia dan melakukan semua larangan ihram..apa yg patut dilakukan utk melepaskan ihramnya..
3.Bolehkah sembelih lembu gantikan seekor unta utk melepaskan Ihram seperti yng ustaz sebutkan pada permasalah di atas (Lagi berat jika sudah kerana kena bauyar dam seekor unta dan Umrahnya dikira batal)
waalaikumsalam. jawapannya tawaf tersebut sah dan tidak perlu membayar dam. wanita jenis ini di klasifikasikan sama seperti masalah istihadah iaitu jenis darah keluar tidak henti2 melebihi 15 hari. dlm kes ini usaha menutup dengan lapik supaya tidak keluar sudah dikira memadai..walaupun selepas tawaf ada keputihan yg keluar. Waalahuallam
Assalamualaikum ustaz. Saya selalu keluar angin dari kemaluan. Terutamanya apabila tunduk atau melakukan pergerakan. Setelah membaca dan mendengar ceramah di kursus umrah barulah saya tahu saya dikategorikan sebagai daimul hadas. Saya akan mengambil wuduk untuk solat fardhu sahaja dan akan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu walaupun terasa ada angin keluar dari hadapan. Saya sentiasa memakai pad. Bagi saya wuduk saya akan terbatal sekiranya keluar angin dari belakang sahaja. Saya telah pergi umrah bersama ibu saya yang memerlukan saya menolak kerusi rodanya. Semasa menolak ibu saya ke masjidil haram untuk tawaf wida’ ada sedikit bonggol di jalan menyebabkan saya menggunakan kekuatan. Saya berasa seperti keluar air kencing dari hadapan. Keluarnye seakan memancut. Saya fikir tak mungkin kencing sehingga rasa seperti memancut. Mungkin ia sekadar angin. Saya memakai pad ketika itu. Pada waktu itu adalah sukar untuk saya pulang ke hotel atau mencari tandas kerana kesuntukan masa. Jadi saya teruskan solat dan tawaf wida’ saya. Selepas kejadian itu saya terpikir sekiranya yang keluar itu adalah betul2 kencing bagaimana? Adakah sah tawaf wida’ saya?
waalaikum salam. Masalah keluar sesuatu dari hadapan (kemaluan wanita) hendaklah dipastikan rasa keluar tersebut. Sekiranya ada getaran dari bibir kemaluan ianya tidak dikira membatalkan wuduk, tetapi jika keluar dari bawah maka batal wuduknya..dalam kes rasa terpancut hendaklah diperiksa ada atau tidak basah atau kesan air kencing pada pad yang dipakai. Jika tidak basah atau tiada kesan maka tidak membatalkan wuduk dan sah tawaf wida’nya. Tetapi jika ada kesan basah maka batal wudu’ dan tidak sah tawaf wida’nya.
Kejadian telahpun berlaku dan saya tidak check pad saya selepas kejadian..saya sudah kembali ke malaysia. jika tawaf wida saya tidak sah apakah yang perlu saya lakukan?
Rasa was-was atau ragu-ragu dalam ibadah merupakan gangguan dari syaitan. saya tak berani nak menyatakan tawaf wida itu tidak sah. Hanya Allah yang mengetahui..tetapi jika kita yakin batal, maka damnya ialah sembilihan 1 ekor kambing..refer pd jawapan terdahulu..Waallahallam..
Assalamualaikum Ustaz,
sekiranya seorang perempuan mengalami istihadah dan semasa tawaf dia terkentut,Sahkan tawafnya sekiranya
1. teruskan pekerjaan tawaf
2. Mengambil wuduk dan menyambung tawaf tanpa bersihkan semula bhgn sulitnya
Waalaikumsalam.
1. tawaf menjadi tidak sah apabila pelakunya telah terkentut samada ikut jalan belakang atau depan.
2. hendaklah diperiksa dahulu farajnya samada ada keluar darah atau bersih. jika ada keluar darah hendaklah dibersihkan dan dipakai pad yang baru bagi menutup atau menahan darah dari keluar.
3. selepas itu baru memgambil wuduk semula dan teruskan tawaf.
4. jika selepas tawaf balik hotel diperiksa ada kesan keluar darah di pad maka ia dimaaf dan tawaf dikira sah.
Wallahuallam.
Salam Ustaz.
Bagi orng bertahlul ihsar, bermaksud umrah/hajinya belum sempurna,tetapi dah balik ke negara asal , dia perlu pergi semula ke Mekah untuk tunaikan rukun yg belum disempurnakan saya ingin tahu perlukah dia
1.berniat semula dimiqat utk laksanakan rukun yang dia tak buat dahulu
2. tak perlu berniat dimiqat tapi teruskan sambung rukun umrah/haji yang belum sempurnakan yang ditinggalkan 3-5 tahun yg lepas.
Assalamualaikum Ustaz.
Mohon jawapan ustaz.
Saya baru balik umrah .Di Rumah sy terfikir2 mengenai tawaf dan saie sy.ada 2 perkara
1.masa umrah wajib sy tertinggal dr group mutawwif dan tinggal sy dgn seorang makcik .kami tawaf dn saie berdua.masuk saie pusingan ke 4 sy ternampak mutawwif sy di sebelah safa-marwah,lalu sy menunggu beliau hingga dia sampai kpd sy yg berada di sebelah marwah-safa.bila dia dh sampai sy pun teruskan saie bersama group sy.adakah sah pusingan ke 4 saie tersebut?
2.Masa tawaf ada ketika saya terasa risau ketinggalan dr group dan mempercepatkan langkah tawaf saya dan kdg2 meninjau2 dimana mereka.adakah sah pusingan tawaf sedemikian?
3.Saya terfikir2 betulke saya tak terkentut semasa tawaf sbb saya sebenarnya seorang yg mudah terkentut.saya was2 pula skrg.
Waalaikum salam.
1. saie tersebut sah.
2. asalkan tujuan tawaf tidak berubah dikira sah.
3. perasaan waswas mainan syaitan..usah dilayan sangat..
Assalamualaikum Ustaz,
Disini saya ingin bertanya kepada ustaz,Ibu saya baru pulang dari melakukan umrah. Saya diberitahu oleh saudara saya yang melakukan umrah bersama ibu saya ,ibu saya telah berniat umrah tetapi setelah berniat dia tidak dapat melakukan umrah kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.Disini saya ingin bertanya adakah ibu saya dikenakan Dam
Waalaikum salam. Apabila sesorang telah berniat Umrah dia tidak boleh membatalkannya..dia harus menyempurnakannya sehingga selesai. Dalam keadaan ini ia harus membayar dam seekor kambing kerana tidak menyempurnakan Umrah yang berkenaan. Seperti yang berlaku kepada baginda Nabi yang menyembelih seekor kambing kerana tertahan di HUdaibiyah. Dalam pada itu kena teliti semula berapa kesalahan dalam ihram yang ia lakukan selepas itu sehingga disempurnakan bayaran dam kambing tersebut.
Assalam
Setelah pulang ke tanah air dr mengerjakn umrah, terdapat beberapa persoalan yang timbul.
1. Sahkan tawaf umrah sekiranya membawa kasut bersama-sama (dimasukkan di dalam plastik)?
2. Sekiranya tidak sah berapakah dam yang perlu dibayar ?
Assalamualaikum.
Setelah pulang ke tanah air dr mengerjakn umrah, terdapat beberapa persoalan yang timbul.
1. Sahkan tawaf umrah sekiranya membawa kasut bersama-sama (dimasukkan di dalam plastik)?
2. Sekiranya tidak sah berapakah dam yang perlu dibayar ?
waalaikum salam. Tidak menjadi masalah sekiranya membawa kasut bersama-sama semasa Tawaf asalkan kasut tersebut bebas dari najis. Tetapi jika kasut tersebut ada najis ianya boleh menyebabkan tawaf menjadi tidak sah kerana diri dianggap menanggung najis. Sekiranya kasut tersebut ada najis, maka hendaklah dipastikan terlebih dahulu berapa banyak kesalahan yang dilakukan selepas itu..Wallahuallam.
Assalamualaikum ustaz…
Seorg saudara saya akan pergi menunaikan umrah pd bln ramadhan ini, masalhnya bliau tidak brpa pandai mbaca ayat2 al quran…bolehkah bacaan doa2 semasa berada di sana dibaca dlm bhsa melayu? Mohon bantuan ustaz dlm perkara ini..trma ksh
waalaikum salam. Tidak ada satu bacaan yang wajib yang perlu dibaca atau dihafal semasa menunaikan Umrah. Semasa Tawaf dan Saie boleh dengan berbahasa apa pun..cakap Melayu pun boleh..yang penting kena faham hukum hakam yang berkaitan dengan Umrah
assalamualaikum ustaz. sy ingin bertanya apa yang menganggu fikiran sy. sy telah berniat syarat ketika di miqat utk menunaikan umrah. ketika sy sedang haid. brp hri slps itu darah sy telah kering dan sy telah melakukan umrah mengikut syarak. tetapi setelah pulang sy dapati tompok coklat gelap. kemudian sy bertny kepada makcik sy yg mengikuti umrah jgk ketika itu, beliau berkata itu bukan darah haid dan darah penyakit kerana telah lebih dari 7 hari. jdi sy mandi wajib lagi dan keesokanya sy melihat tidak ada darah dan menunaikan umrah lagi dan selanjutnya. tetapi setiap kali pulang sy melihat tompok coklat gelap. adakah saya harus dikenakam dam? dannkemudian selang berapa bulan setelah pulang sy telah berkahwin. dan sekarang sy sedang mengandung. sy benar benar runsing dengan perkara ini ustaz. adakah sy berdosa, dam, dan bagaimana perkahwinan sy. terima kasih ustaz.
waalaikumsalam. selepas dirasakan bersih dari haid dan puan menyelesaikan Umrah. Sekiranya darah keluar semula selepas 24 jam dari tempoh suci dari hadas maka Umrah puan sah. Tetapi jika tompokan gelap itu keluar belum cukup dari tempoh 24 jam maka Umrah puan tidak sah kerana itu ialah darah haid yang keluar semula. Hendaklah dipastikan samada tompokan coklat pekat itu darah haid atau bukan. Dalam situasi yang berlaku sukar dipastikan samadanya ianya darah Haid atau bukan. Boleh jadi juga ianya keluar semasa sedang bersai ( kerana berjalan kaki jauh) sedangkan tawaf umrah sudah dilakukan. Dalam keadaan tersebut Umrah Puan juga dikira sah dan tidak perlu bayar dam.
Tetapi jika ragu-ragu samada itu darah Haid atau bukan, boleh juga redakan hati dengan membuat sembelihan seekor kambing. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Tetapi jika untuk Umrah berikutnya puan ada niat bersyarat maka semua itu terlepas dari bebanan kesalahan dalam ihram. Wallahuallam.
maaf ustaz sekiranya bertanya lagi. apakah maksud ustaz sekiranya sy niah bersyarat maka sy tidak harus membayar dam. dan kemudian sekiranya membayar dam dgn menyembelih kambing bolehkah dilakukan di tanah air?
bagi yang niat bersyarat dan apabila datang haid pada dirinya maka ia terlepas dari ikatan ihram dan tidak perlu melakukan tawaf dan saie.
assalamualaikum ustaz. sy memang pasti sy berniat bersyarat ketika di miqat. dan sy telah menyelesaikan umrah tawaf dan tawaf wada’. adakah sy dikenakan dam? tetapi spt yg sy ceritakan bila pulang ada tompok darah dan makcik sy meyakinkan bahawa itu adalah darah penyakit. maaf ustaz krn bertanya lagi. terima kasih.
waalaikum salam. yang dikatakan darah penyakit ialah selepas 15 hari dari hari Period. jika sudah niat bersyarat maka jika datang hadi sudah boleh berlepas diri dari menanggung ihram dan tak perlu bayar dam. Wallahuallam.
Assalamualaikum Ustaz, semasa saya pergi Umrah, selepas saya datang haid, saya ada melakukan Saei. Semasa saya bercerita pengalaman semasa umrah, ada saudara saya bgtau saya sepatutnya tak boleh masuk masjid semasa haid. Mohon penjelasan dr Ustaz Tks.
waalaikum salam. Biasanya syarat sah saie umrah mesti dilakukan selepas sempurna tawaf umrah. Dan tiada saie sunat. Jadi amalan yg saudari lakukan agak pelik pada saya. Kawasan saie tidak diwartakan sebagai masjid dan tiada masalah memasukinya. Tetapi dalam keadaan sekarang mustahil untuk masuk ke kawasan saie tanpa melalui masjid. Ikut hukum haram masuk masjid bagi mereka yang ada darah haid.
ustaz. sy bercadang utk menyembelih kambing bg membayar dam krn ragu ragu. tetapi ustaz di kawasan sy tidak terlalu ramai fakir miskin. mungkin hanya separuh dapat diberikan ke fakir miskin. yg selebihnya boleh kah sy beri kenalan sy di masjid? dan betulkah sy perlu niat dam ihsar? terima kasih ustaz.
sembelihan kambing kerana membayar dam tidak mensyaratkan daging berkenaan diagih kepada fakir miskin..boleh lakukan sembelihan dan daging itu boleh diagihkan kepada sesiapa sahaja termasuk diri sendiri juga boleh memakannya.
ustaz, sy ingin bertanya lagi. benarkah seseorang yang memasuki masjid krn utk menunaikan umrah walaupun haid dikenakan bayaran dam seekor unta? terima kasih ustaz.
wanita yang ada haid dilarang dari memasuki masjid..dan ia tidak boleh menyempurnakan umrahnya. dia kena tenggu sehingga suci dan bersih baru boleh memulakan Tawaf Umrah dan seterusnya saie. Hukum dan seekor unta hanya melibatkan kesalahan bersama isteri semasa dalam ihram. maknanya masuk masjid ketika haid tidak dikenakan dam..hanya berdosa sahaja..wallahuallam
Assalamualaikum ustaz. Saya baru sahaja balik umrah. Saya ada satu kemusykilan di mana ketika saie untuk umrah sunat saya ada mengambil gambar orang bersaie ketika saie. Adakah saie saya sah atau terbatal dan perlu membayar dam? Harap ustaz dapat beri penjelasan. Terima kasih.
waalaikum salam. sekiranya semasa saie kita berhenti seketika ambil gambar dan kemudian meneruskan semua saie di tempat kita berhemti tadi dikira tidak mengapa..tetapi jika sambil berjalan saie dan ambil gambar dibimbangi telah terpesong niat saie kerana syarat sah saie mestilah bersaie semata-mata saie dan tidak ada tujuan lain. jadi kena pastikan masa ambil gambar tu semasa berhenti seketika dan ambil gambar atau semasa berjalan saie ambil gambar. Dan jika saie tidak sah maka kena dam sembelihan seekor kambing. Masalahnya selepas balik Malaysia berapa kesalahan larangan ihram yang kita telah dilakukan ? Ini kerana jika saie tidak sah maka Umrah dikira belum selesai dan dia masih lagi terikat dengan larangan ihram. Waalahuallam.
Sekiranya saie tidak sah adakah saya wajib tahalul ihsar (sembelih seekor kambing dan bergunting di Malaysia) berserta membayar dam takhyir dan taqdir kerana melanggar pantang larang ihram dan mengagihkannya kepada 6 fakir miskin Makkah? Selepas pulang ke Malaysia baru saya menyedari perkara ini ustaz.
sekiraya saie umrah sunat berkenaan tidak sah dan selepas itu ada melakukan umrah sekali lagi, maka perbuatan tawaf dan saie umrah yang kedua itu sudah dikira menampung kekurangan umrah yang sebelumnya. tetapi jika selepas itu tidak melakukan umrah sekali lagi dan terus balik Malaysia, maka ia harus menyempurnakan sembelihan seekor kambing dan diniat sebagai bayaran dam kesalahan yng berkenaan. Daging sembelihan dam tidak disyaratkan untuk diagihkan kepada fakir miskin. wallahuallam.
Ustaz, betul ke kalau utk bayar dam, kena buat kt Mekah sahaja, sekiranya telah balik ke Malaysia, kita kena kirim kt org yg nk ke Mekah (mutawif/agen) utk bayar dam. Tks Ustaz
dam boleh juga disempurnakan di tanah air
Assalamualaikum Ustaz,adakah sah tawaf dan umrah saya jika saya tidak mengerjakan solat sunat tawaf apabila selesai 7 pusingan tawaf,terima kasih
waalaikum salam. Jawapannya sah Tawaf dan sah umrah.solat sunat tawaf tu hukumnya sunat sahaja.
waalaikum salam. jawapan sah..nama pun solat sunat..buat dapat pahala..tak buat tak apa
As salam ustaz. Saya bekerja di makkah. Saya ingin bertanya kepda ustaz, suami dan anak2 saya akan datang utk melawat saya di sini dalam bulan may. Apakah perlu dia berniat miqat di udara dalam pesawat bersama jemaah umrah yang lain kerana datang untuk melawat menggunakan family visit visa. Tujuan selain daripada melawat saya di sini juga adalah untuk menunaikan umrah. Harap ustaz dapt beri penjelasan
waalaikum salam. Suami perlu berniat Umrah dan bermiqat dalam Flight sebaik sampai di Qarnul Manazil tak kira menggunakan Visa apa sekalipun.
suami dan anak-anak perlu berniat umrah apabila memasuki Makkah
Salam ustaz. Saya ingin bertanya bolehkan dam dibayar dengan wang ringgit. Kalau boleh, berapakah nilai secupak beras tu kalo dikira dgn wang?
Assalammualaikum ustaz, Insya Allah saya akan menunaikan umrah pada bulan Jun ini, saya ada satu masalah di mana saya menghadapi masalah pendarahan yg tidak berhenti. bagaimanakah saya ingin membuat ibadah umrah?boleh kah ustaz beri penjelasan berkenaan isu saya ini
waalaikum salam. hendaklah dipastikan faraj dibersihkan terlebih dahulu dan ditampal dengan pad dan terus ambil wuduk, dan lakukan umrah seperti biasa
Salam ustaz. Saya bru saja balik umrah. Lepas siap tawaf wida saya ter screenshot website tiket flight. Adakah sah tawaf wida saya? Dan ada skali masa saya saie saya ambil video swaktu berjalan tnpa apa2 niat hanya sekadar ambil video. Saie saya dikirakan sah kan?
Salam ustaz ada 2 soalan, pertama, dlm perjalanan dan dalam ihram sy baring dlm kereta, kemudian semasa beralih kepala, rs sakit mcm ada sehelai rambut tertarik dan terlekat pada bantal. Sy tak pasti rambut tu tercabut atau tidak. Kena dam ke? Kedua, semasa smpai di hotel, sy terpakai selipar hotel yg bertutup jari depan, sebaik sedar terus sy tanggalkan. Kena dam tak?
gugur rambut secara tidak sengaja tidak dikenakan dam…begitu juga memakai selipar hotel yang menutup jari depan, apabila tersedar bersegera menanggalkannya juga tidak dikenakan dam, ianya dimaaf..waallahuallam.
jawapannya tidak dikenakan dam..mengenai kes selipar hotel dilakukan dalam keadaan terlupa dan kemudian serta merta ditanggalkan, jawapannya tidak dikenakan dam kerana terlupa dan tidak sengaja
Assalamualaikum. .saya ada sedikit kemusykilan di sini..
Sewaktu saya dalam tempoh mengerjakan umrah bersama suami dan rakan2..saya telah keluar menziarahi thaif..dan sewaktu balik dr thaif kami tidak membuat umrah..adakah ini satu kesalahan dan dosa?
waalakium salam. tidak mengapa dan tidak berdosa kerana kita masih lagi tinggal di Makkah.
tidak jadi satu kesalahan dan tidak berdoasa tidak melakukan Umrah sekembali dari Thaif
Asalamualaikum.ana ada pertanyaan
1.dlm tawaf sunat niat untk mengirim orang yg masih hidup dibolehkan atau untk orang yg dh mati saja
Assalamualikum Ustaz.
Kalau masa sedang saie pada umrah ke 2 kita ambil gambar orang tengah bersaie,boleh ke ustaz?sah ke saie kita?tapi pada umrah ke 3 dan umrah ke 4,kita dah tak buat lagi.
waalaikum salam. jika semasa berjalan saie jemaah sambil berjalan saie mengambil gambar tidak mengapa..yang jadi satu kesalahan jika niatnya sudah terpesong dari bersaie, contohnya melihat sesuatu yg menarik maka dia terus menuju ke tempat yang ia kehendaki itu untuk ambil post yang lebih cantik lagi..pergerakan tersebut sudah terpesong niatnya dari bersaie kepada mrngambil gambar..wallahuallam
waalaikum salam. Mengambil gambar sambil berjalan saie tidak jadi satu kesalahan (kerana kita maklum bahawa kita ni sedang bersaie) kecuali sekiranya ketika berjalan saie niat kita telah terpesong disebabkan sesuatu..contohnya kita ajak kawan-kawan berselfie. Semasa itu kita bukan bersaie tetapi sedang bersuka ria bergambar bersama rakan-rakan. Wallauallam.
Assalamualaikum Ustaz.
Saya nak tanya perlu kah seseorang wanita yang bukan jenis selalu keluar keputihan,check samada keputihan nya keluar atau tidak selepas tawaf?perlukah dia dalam keadaan berasak2 keluar dari masjid untuk ke tandas untuk check keputihannya? saya ada baca dalam blog yang menyuruh kita keluar ke tandas selepas tawaf untuk pastikan keputihan kita tidak keluar semasa sedang bertawaf.
dr pengalaman saya nak keluar ke tandas agak jauh dan orang sangat berasak2.minta pencerahan dari ustaz akan hal ini.Terima kasih
waalaikum salam. jawapannya tidak perlu
Assalamualaikum tuan haji,
Saya tinggal di jeddah krn bekerja. Jk sy mahu pulang ke Malaysia utk bercuti, adakah sy wajib buat tawaf wida. Adakah sah tawaf wida sy Jika saya kembali ke jeddah dahulu utk bekerja, dan seminggu kemudian baru pulang ke malaysia.
waalaikum salam. tidak perlu melakukan tawaf wida kerana tinggal di jeddah.
Soalan saya agak panjang, harap tuan boleh tolong jawab. Macam ni, saya masih remaja lagi dan ade penyakit was2 yg agak teruk. Masa menunaikan tawaf umrah bersama keluarga, saya ade terlupa kiraan, lepastu tak silap saya, saya ade dengar ahli keluarga cakap yg ini pusingan kelima, tapi lepas tu pun saya agak tak tumpu pada kiraan pusingan, masa saya rasa yg saya berada pada pusingan ketujuh, semua ahli keluarga lain cakap dah habis pusingan tujuh… jadi memang saya yg salah kira lah kan? Tapi timbul was2 yg mungkin saya telah lambat satu pusingan dari diaorang… tapi sebab saya ade perasaan was2 dan tak ingin susah kan orang lain, saya tak layan jelah perasaan tu dan teruskan ke saie serta tahalul… sekarang dah balik malaysia, risau pulak umrah saya tu, sah tak umrah tu , adakah perasaan tidak pasti ni dikira sebagai tidak tawaf 7 kali dgn yakin?… saya tengah risau ni…… lagi pun masa tawaf tu saya jalan sorang2, tapi tak rasa lah yg semua 8 orang ahli keluarga saya tawaf lagi laju dari saya
usah dilayan perasaan was-was kerana ianya mainan syaitan..ada satu kaedah atau teknik bagi mengurangkan rasa was-was masa tawaf iaitu dengan meletakkan gelung getah di sebelah tangan kanan atau kiri. selepas 1 pusingan gelang getah itu dialihkan ke sebelah tangan yang kosong..begitulah seterusnya sehingga habis 7 gelung getah tadi berpindah ke sebelah tangan yang satu lagi. maka sempurnalah 7 pusingan tawaf tersebut dengan yakin.
Assalamualaikum Tuan Haji,
Saya ada terambil gambar photo disekitar kaabah dan luar kaabah pada bulan Mac 2015 lepas., tapi saya tak pasti adakah sebelum atau selepas tawaf widak , saya tak ingat, pulak saya tak tahu langsung tidak boleh ambil gambar selepas tawaf widak.(selepas balik Malaysia bru tahu). Adakah saya perlu bayar dam …dan jika begitu kambing yang hendak disembelih bagaimana kriteria, sembelihan itu bolehkah dimakan sendiri dan kenduri beri pada orangramai atau bagaimana. Bolehkah kambing di tukarkan pada wang tunai dan disedekahkan pada fakir miskin.Harap Ustaz dapat menolong.
waalaikum salam.
1. perasaan was-was usah dilayan..
2. sembelihan kambing tu boleh diberi pada sesiapa tidak semestinya orang miskin dan boleh dimakan oleh si pembayar dam
3. kambing tidak boleh ditukar dengan wang tunai..
waallahuallam.
Salam ustaz, ketika kami umrah tahun lepas.. Seorang kenalan membawa kami ke taif..dari asar dan balik ke mekah lepas isya.. Betulkah sebelum ke taif sepatutnya kami tawaf wida dulu…? Wassalam
saya berpendapat tidak perlu tawaf wida kerana kita bukan berhasrat untuk meninggalkan bumi Makkah..pakaian kita masih ada lagi di Makkah..
Adakah sah cara bertahalul dgn mencabut terus rambut sehingga ke akar daripada mengguntingnya. Dan bolehkah dilakukan sendiri daripada meminta bantuan org lain.
jawapannya sah bertahalul dengan mencabut sendiri rambut sekurang-kurangnya 3 helai
assalamualaikum ustaz, cuti sekiolah yang lepas saya telah mengerjakan umrah,ketika selesai saie saya telah mengunting rambut ibu saya terlebih dahulu dalam keadaan saya masih dalam keadaan ihram. tetapi apabila saya teringat saya terus mengunting rambut saya dahulu dan saya mengunting rambut ibu saya sekali lagi. adakah saya dikenakan dam
waalaikum salam. tidak menjadi kesalahan sehingga dikenakan dam jika selepas sempurna Saie kita menggunting rambut orang lain dahulu sebelum menggunting rambut kita..
mohon bertanya ustaz. ketika melakukan umrah baru baru ini. sy terlupa n trbawa sekali uncang selipar semasa tawaf, saie n seterusnya sedangkn sy x tahu tapaknya bersih atau tdak. ketika keluar dari masjid n memakai selipar. sy prasan ada sesuatu pd selipar n terus buang tanpa mngetahui ia najis atau tidak. dlm hati sy anggap mungkin sisa mknn. bila balik ke hotel n melalui kwsan burung, sy mengesyaki mungkin juga najis burung. mohon penjelasan
masalah ragu-ragu dalam ibadah adalah mainan syaitan.
rujuk perjelasan dalam entry terkini
Salam ustaz. Mohon bertanya. Seorang itu telah menunai umrah 4 kali. Ketika mahu pulang ke malaysia dia ragu ragu akan tawaf umrah keduanya. Maka dibayarnya dam seekor kambing sebelum pulang utk melapangkan hati. Adakah urusan umrah selesai dan tiada yang tertunggak.? Terima kasih.
Salam ustaz. Mohon bertanya. Seorang itu telah mengerjakan 4 kali umrah. Sebelum pulang dia ragu ragu tawaf untuk umrah yang kedua. Jadi sebelum pulang ke tanah air dia membayar dam seekor kambing untuk melapangkan dadanya. Adakah dikira keempat empat umrahnya itu telah lengkap ataupun masih ada yang tertunggak. Terima kasih ustaz.
waalaikum salam. tak jelas ragu-ragu sebab apa ? sukar untuk diberi penjelasan
as salam ustaz,
sy br mngerjakan umrah. selepas pulang ke Malaysia, sy ragu2 dgn tawaf sy kerana menyentuh Makam Nabi Ibrahim dan kurang pasti dgn keadaan bahu sy walaupun sy mmg menjaganya dr awal. perlukah membayar dam dan jika perlu bagaimana perlu dilaksanakan.
tq
wassalam. Menyentuh Makam Ibrahim tidak membatalkan tawaf kerana ia bukan Kaabah. Rasa was-was dalam ibadah seperti tawaf usah dilayan dan tidak perlu membayar dam. Membayar dam harus jelas jenis kesalahannya..tiada dam untuk ragu-ragu
salam ustaz.Saya ingin bertanya adakah saya perlu bayar dam setelah selesai tawaf widak dan bersolat saya telah sedekah duit kpd tukang sapu d masjid.
Wassalam. Membayar dam perlu jelas atas kesalahan apa? Jika selepas Tawaf Wida’ dalam perjalanan pulang ke Hotel kita memberi sedekah kepada Tukang Sapu Masjid tidak jadi masalah. Yang jadi masalah sekiranya kita sengaja mencari orang untuk diberi derma..jika sambil lalu masa pulang dikira O.K.
ustaz jika kena bayar dam mcm mana cara berniat.Adakah saya perlu melihat kambing tersebut.
Membayar dam atas kesalahan Tawaf Wada’ yang dianggap batal ialah dengan sembelihan seekor kambing. Tidak menjadi syarat untuk kita melihat kambing tersebut.
salm ustaz.soalan saya adakah perlu saya membayar dam atas kesalhan saya memberi sedekah pd tukang sapu masjid setelh saya selesai sembhyang sunat setelah selesai mengerjakan tawaf wida.saya masih lg was was ustaz.sebab menurut mk cik saya tidak boleh sedekh apa2 setelh kita selesai melaksakan tawaf wida.harp ustaz dpt memberi penjelasan.
sekiranya semasa ita berjalan pulang dari Masjid, semasa sambil berjalan kita memberi sedekah pada tukang sapu Masjid yang ada dalam laluan kita, itu tidak jadi masalah dan tidak dikenakan dam. Yang kena dam sekiranya semasa berjalan pulang kita mencari-cari orang yang nak kita beri derma..wallauallam
Slm ustaz , sy bekerja di jeddah dan akn pulang ke malaysia dlm bebrapa hari lgi, smasa sya buat tawaf wida baru-baru ini, sy tlupa tentang tidak boleh ambil gambar .. Sambil bjalan kaki sy ambil gambr masjidil haram dan hilton hotel adakah sya dikenakan dam ? Atau bolehkah sy pergi smula ke makkah dan mmbuat tawaf wida skali lgi .. Tima kasih
sebenarnya tidak wajib buat tawaf wida bagi mereka yang tinggal di luar Makkah seperti Jeddah misalnya. Tetapi kerana dah masuk Makkah dan tawaf wida sudah dilakukan tidak mengapa. dan sekiranya dalam perjalanan balik selepas tawaf wida’ sambil berjalan kita ambil ambil gambar tidak mengapa dan tidak dikenakan dam.
Assalammualaikum ustaz, mengenai permasalahan sy, sebaik shj selesai saie (umrah kedua) sy terus pulang ke hotel mandi dan tido dalam keadaan tanpa bertahlul..di hati timbul kemuskilan,adakah sy masih di dalam pantang larang ihram atau tidak kerana sy belum bertahlul..? Mohon bantuan ustaz
waalaikumsalam. Selagi belum bertahalul (samada bergunting atau bercukur) ia masih terikat dengan Pantang Larang Dalam Ihram. Kena pastikan sekembali ke Hotel berapa Pantang Larang Ihram yang dilakukan, seperti memakai pakaian berjahit, memakai minyak wangi dan sebagainya. Jika tiada alhamdulillah
Berbalik pada soalan yg mngenai belum bertahlul itu, selepas pada itu dlm keadaan lupa sy berseluar dan berbaju ustaz..maka wajib dam keatas sy kan ustaz?
jika teringat semula belum bertahalul dan segera menanggalkannya dan memakai ihram semula dimaaf. tetapi jika terus pakai setelah teringat maka kena bayar dam. rujuk entry mengenainya dalam Hukum Hakam Umrah – Menjawab Persoalan
assalamualaikum…saya nak tanye ustaz.., sy bekerja dijeddah.masa 30hbjun br2 ni.sy pegi mekkah utk buat umrh n nk buat tawaf wida sbb sy nk balik vacation.tp ade masalah2 yg saya ragu.
1. semasa sy dlm ihram .selepas terawih sy singgah kdai…sy xsngaja meletakkn wangian kat kedai…jd apekah bentuk dam yg sy plu buat.dimana sy plu laksanakn dam ni.
2. selepas tawaf wida mmg xblh bli barang ke…sbb sy bli beberapa cenderamata tok bw balik jeddah
waalaikum salam. wangian jika tidak sengaja ianya dimaaf dan tidak dikenakan dam. Tetapi membeli belah selepas Tawaf wida’ menyebabkan tawaf wida’ kita jadi batal. Damnya ialah sembelihan seekor kambing..
ok time kasih…tp blh ke sy bayar dam dkt malaysia.
Boleh
Salam. Jika saya hendak ke mekkah dalam keadaan haid dan berniat ihram bersyarat, dan semasa hari ketiga saya di mekah saya telah suci drpd haid dan telah mandi wajib. Soalan nya :
1) adakah saya kena jaga semua larangan ihram sehingga saya suci?
2) adakah saya dikenakan dam jika ketika mandi wajib rambut saya gugur apabila dibasahkan.
Terima kasih.
Waalaikum salam. Bagi wanita yang Haid ia kena jaga semua larangan Ihram sehingga ia selesai menyempurnakan Umrah. Dalam kes mandi dan gugur rambut sekiranya rambut gugur dengan sendiri semasa mandi tidak menjadi kesalahan yang dikenakan dam. Tetapi jika rambut gugur atas sebab perbuatan kita seperti menggaru kepala atau menyikat rambut maka ia dikenakan dam. Waallahuallam.
Salam ustaz. Saya ada mengambil wuduk menggunakan spray . Jika saya sembur sebanyak mungkin keseluruhan anggota wajib tetapi terlupa untuk memastikan sekurang kurangnya 3 titik mengalir. Adakah sah wuduk itu kerana terlupa memastikan sekurang2 3 titik air mengalir? Terima kasih.
Waalaikumsalam. Yang penting air mengalir atau disapukan di setiap anggota wuduk
Assalam ustaz,baru2 ini saya mengerjakan umrah untuk pertama kalinya semasa melawat isteri saya yg bekerja di Arab Saudi.Persoalannya saya selesai tawaf dan saie.tetapi saya terus balik ke hotel dan mandi.mengenakan seluar berjahit..apabila saya memberitahu isteri saya , dia ckp saya kena bertahlul sebelum menanggalkan pakaian ihram.saya bertahlul.
apakah saya dikenakan dam
Waalaikum salam. Memakai pakaian berjahit sebelum bertahalul telah melanggar larangan Ihram. Jika tidak tahu dan selepas diingatkan maka bersegera menanggalkannya ia dimaaf dan tidak dikenakan dam. Tetapi jika dilengahkan selepas dimaklumkan maka ia dikenakan dam. Sepatutnya selepas diingatkan maka bersegera menanggalkan Ihram dan terus gunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut maka selesai Umrah dan boleh memakai pakaian biasa. Waalahuallam.
Assalamualaikum….sy nk mintak pencerahan…sy bermastautin d jeddah…sy buat wida kmudian sy terlupa sy ada membeli sejadah untk dbawa pulah ke malaysia sejurus selesai wida….kmudian sy pulang ke rumah sy d jeddah…. 4 hari kmudian baru sy pulang ke,mlaysia……adakah sy kne byar dam…ape hukumnye…
Waalaikumsalam. Sebenarnya tidak wajib melakukan Tawaf Wada bagi mereka yang tinggal di luar Kota Makkah. Tetapi oleh kerana sudah melakukannya dan selepas itu membeli sejadah pula maka Tawaf Wada tadi dikira tidak sah. Dan dam baginya ialah sembelihan seekor kambing..Wallahuallam
Assalamualaikum. Selepas melakukan tawaf wada, kami berangkat dari Mekah ke lapangan terbang di Jeddah. Semasa di lapangan terbang di jeddah, saya telah membeli sebungkus coklat untuk dibawa pulang ke Malaysia. Adakah tawaf wada saya dikira tidak sah. Kalau tidak sah, macamana untuk membayar dam kerana saya sudah berada di Malaysia.
waalaikum salam. Tawaf wida’ tetap sah. Yang jadi kesalahan sekiranya membeli belah di Tanah Haram Makkah. Jika dah keluar dari Tanah Haram seperti di Jeddah tidak jadi masalah..
Salam Ustaz. Sy telah mengerjakan umrah pada bulan February lalu. Jika sy rasa was2 kerana wudhuk batal semasa tawaf disebabkan keluar angin, adakah sy perlu bayar dam? Masa tawaf tu pun dah rasa was2 tapi tak berhenti untuk ambil wuduk semula sebab tak nak susahkan ahli yg lain kena tunggu. Adakah ni cuma perasaan was2 sy. Apa yg perlu sy buat..
waalaikum salam. Jangan dilayan rasa was-was itu.
Assalamualaikum tuan. Saya ada soalan yg ingin saya tanya kepada tuan.
Saya telah mengerjakan umrah pada tahun 2013. Selepas pulang ke malaysia saya sering teringat2 tentang ibadah umrah yg telah saya lakukan. Umrah kali ke3 saya dimana sewaktu mahu melakukan tawaf saya bimbang sama ada saya terkentut atau tidak. Sewaktu itu saya cukup yakin saya tidak kentut. Bagaimana dgn umrah saya itu. Selepas itu saya ada buat umrah lg sekali. Umrah ke4.
Soalan ke2 semasa melakukan umrah bersama ibu saya, selepas selesai solat sunat slps tawaf saya melihat ada anak rambut ibu saya yg terkeluar sedikit. Saya telah meminta ibu tawaf lg sekali. Cumanya selepas selesai bertahalul saya seperti was2 tentang tawaf ke2 ibu saya sama ada cukup 7x atau 6x.
Mula2 yakin lepas tu was2. Tawaf pertama saya yakin cukup 7x. Cumanyer tawaf yg kali ke2 selepas nampak anak rambut ibu tu yg saya was2..
Saya perlukan pandangan ustaz tentang masala ini memandangkan saya akan bernikah tidak lama lagi. Bimbang jika saya tidak lepas dari ihram umrah saya itu.
waalaikum salam. Jangan dilayan perasaan was-was dalam ibadah..ianya mainan dan tipu daya syaitan..
Assalamualaikum ust. saya ada satu kemusykilan. selepas saya memakai pakaian ihram dan check in hotel di Makkah, saya terus tertidur dalam keadaan memakai ihram disebabkan keletihan menunggu penundaan kapal terbang berlepas. selepas terjaga dari tidur terus saya menunaikan umrah Adakah sah umrah saya?
waalaikum salam. Sebelum melakukan tawaf hendaklah berwuduk dahulu. Dan jika telah tertidur maka harus mengambil wuduk dahulu sebelum meneruskan kerja Umrah. Tetapi ada tertidur dalam keadaan ada wuduk, jika tidur dalam keadaan duduk dan tidak beralih punggung tidak mengapa. Tetapi jika tidur baring dan beralih peunggung maka harus mengambil wuduk terlebih dahulu..wallahua’lam
Assalam ustaz. Persoalan saya:
1. Selepas mengerjakan umrah pertama, kemudian mahu buat tawaf sunat, perlu dalam ihram dan niat di miqat semula ke?
2. Dalam keadaan bersesak, mungkin akan bersentuhan lelaki & wanita. Batalkah wudhuk?
3. Saya diberitahu bahawa sebelum sempurna umrah (selesai tahallul), tidak boleh mengucup hajarul aswad sbb masih dalam ihram dan kini hajarul aswad diletak minyak attar (wangian). ia akan membatalkan ihram dan dikenakan dam. Betulkah?
Terima kasih.
Waalaikum salam.
1. Tawaf sunat tidak memerlukan pakai ihram dan berniat di miqat..memadai berniat ingin melakukan Tawaf Sunat dan teruskan tawaf bermula dari penjuru Hajar Aswad.
2. Semasa melakukan Tawaf bersentuhan lelaki dan perempuan tanpa diiringi dengan syahwat tidak membatalkan wuduk.
3. Mencium Hajar Aswad sebelum tahalul dikenakan dam wangian sahaja tetapi tidak membatalkan Umrah.
Assalam ustaz..di sini saya ingin bertanya ttg kemusykilan membayar dam semasa mnegerjakan umrah pada tahun 2008 dulu. Masa itu saya masih bujang dan pergi mengerjakan umrah bersama keluarga dan ketika itu masih muda dan tidak endah perkara penting begini.
Ketika hendak melanjutkan perjalanan dari madinah ke mekah saya telah didatangani haid dan telah mengangkat miqat.
Setelah tiba di mekah saya telah melanggar salah satu pantang larang ihram.
Setelah selesai haid..saya mandi wajib dan melaksanakan umrah seperti biasa dan pulang ke tanah air tanpa membayar dam atau denda. Disebabkan tidak berkemampuan.
Pertanyaan saya. Apa yang perlu saya buat untuk membayar dam. Dari segi kewangan saya tidak mampu.
Untuk tambahan info saya kini dah berkahwin dan mempunyai anak. Minta penjelasan dari ustaz sbb saya sgt takut.
Bolehkah jika selesai dgn sedekah pd fakir di sini misalnya? Atau puasa? Bgaimn niatny? Minta pencerahan..dr pembacaan tak begitu jelas..terima kasih ustaz…Assalamualaikum
waalaikum salam. Tidak jelas permasalahan larangan ihram apa yg dilanggar. Larangan ihram ada yg jika tidak sengaja boleh dimaaf dan tidak dikenakan dam. ada yg jenis sengaja atau tidak tetap dikenakan dam..
Asslm…saya keliru dengan satu ceramah umrah yg baru saya hadiri..ustaz tersbt memberitahu perempuan yg bimbang kedatangan haid tidak perlu niat bersyarat..niat spt biasa..tapi sekiranya datang haid sebelum sempat tawaf dan haid tidak kering sehingga nak keluar dr mekah…boleh pakai pad dan buat tawaf macam biasa…boleh ustaz jelaskan
Wasaalam. Ikut hukum mereka yang ada haid dan belum suci lagi tidak boleh melakukan Tawaf..kerana syarat sah tawaf mestilah suci dari haid dan nifas. Cuma sekiranya haid itu tidak berhenti selepas 14 hari baru boleh guna cara yang disebut oleh ustaz tadi. Ia dipanggil darah Istihadah..wallahuallam..
salam tuan mengapa perlu kita berniat tawaf dan saii setelah kita berniat umrah di miqat memandangkan pekerjaan itu merupakan rangkuman satu ibadah dan tidak boleh berdiri sendiri melainkan tawaf kerana tawaf boleh dikerjakan berasingan tanpa niat di miqat dan bersaii (tawaf Sunat)
NIat tawaf dan saie Umrah hukumnya sunat sahaja..jika tidak dilakukan tidak jadi satu kesalahan dan tidak membatalkan Umrah kita kerana ianya sudah terangkum semasa kita berniat umrah. Kecuali bagi Tawaf Sunat dan Tawaf Wada’ perlu disertakan dengan niat kerana ia tidak berdiri dengan sendiri
salam tuan bila kita mengerjakan haji kita dituntut membuat tawaf wada perlukah kita membuat tawaf wada dalam Umrah sahaja diluar musim haji
setiap jemaah umrah ketika mahu meninggalkan Makkah, wajib melakukan Tawaf Wada’ kecuali bagi mereka yang uzur..
salam tuan apa hukumnya mengerjakan umrah berkali kali dalam satu perjalanan seperti lazimnya di buat oleh jemaah kita itu di khuatiri ianya bidaah kerana tiada contohnya dari Nabi
jawapannya boleh dan tidak menjadi kesalahan..cuma amalan yang lebih utama dan afdhal dilakukan ketika berada di Tanah Haram Makkah ialah membanyakkan Tawaf Sunat..wallahuallam
salam tuan Saya telah berhaji dan untuk kedua kalinya boleh kah kita mengerjakan badal haji untuk allahyarham ayah yang tidak pernah bernazar atau berniat mengerjakan haji kerana faktor kewangan?
waalaikum salam..jawapnya boleh menghajikan sesiapa sahaja. Syaratnya individu yang ingin melaksanakan Badal Haji mestilah terlebih dahulu sudah menunaikan Haji..
Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya ni, saya sedang mengerjakan umrah tetapi sedang haid semasa di madinah lagi. Saya dah berniat ihram bersyarat jadi perlu ke saya bertahallul? Kalau darah saya sudah kering dan ingin mengerjakan ibadah umrah perlukah saya ke Bir Ali semula dan berniat ihram?mohon penjelasan ustaz terima kasih
Waalaikum salam. Bagi wanita Haid yang telah niat bersyarat di Bir Ali, setelah suci dari Haid, ia terus menyempurnakan Tawaf dan Saie dan tidak perlu memperbaharui niat Umrah semula. Tetapi bagi wanita yang sedia suci kemudian berniat Umrah bersyarat dan bila sampai Makkah haidnya datang maka ia bebas atau berlepas diri dari niat Umrah tadi. Dan jika ia mahu melakukan Umrah ia kena pergi ke Tanah Halal yg terdekat di Tanaem untuk berniat Umrah semula.
Salam ust. Setelah selesai tawaf wida 7 pusingan.
Soalannya:
1. Apakah hukumnya sy mengerjakan solat sunat di perkarangan kaabah.
2. Adakah tawaf sy terbatal apabila sy berpaling ke kaabah sambil mengangkat tangan dan berniat akan datang lagi. Perkara ini berlaku ketika sedang berjalan meninggalkan laabah
Wassalam.
1. Hukumnya sunat.
2. Perbuatan sedemikian tidak membatalkan Tawaf Wida..
salam ustaz, jika saya terberi sedekah kepada seorang pekerja di masjidil haram selepas tawaf wida’ apakah hukumnye? saya baru sedar selepas pulang ke hotel dan waktu itu bas lagi beberapa minit mahu gerak..
Wassalam, jika dalam perjalanan pulang selepas Tawaf Wida’ kita beri sedekah kepada pekerja masjid tidak jadi satu kesalahan..yg tak boleh jika kita mencari-cari orang yang mahu disedekah sehingga menyimpang dari laluan balik yg asal..waallahuallam
Salam ustaz sekiranya saya adalah bekerja di Jeddah lebih setahun adakah saya diwajibkan untuk melakukan tawaf widak jika keluar dari jeddah contohnya ke dubai
Wassalam. Tidak wajib
Waalaikum salam. Kita kena tahu bezakan antara keperluan dan kehendak. Sekiranya selepas Tawaf Wada’ kita lakukan perkara yang dianggap keperluan seperti membuang air atau makan kerana lapar atau minum kerana merasa dahaga ia tidak dianggap sebagai kesalahan dan tidak dikenakan dam. Maknanya Tawaf Wada’ tadi sah.
Assalamualaikum Ust:
lebih baik kiranya ust menerangkan pendapat manakah yang mengatakan tawaf wida adalah wajib utk orang yg melakukan umrah (bukan haji)? dan alasan apakah yang mengatakan ianya tidak wajib?
Waalaikum salam. Persoalan mengenai Tawaf Wada’ dan hukum yg berkaitan dengannya ada banyak dihuraikan dalam blog mengenainya seperti blog http://bin-sahak.blogspot.my/2014/06/hukum-tawaf-wadaa.html , baijurie.blogspot.com/…/tawaf-wadawida-persoalan-d…dan banyak lagi..boleh search google..
Assalamualaikum ustaz…
1. Saya ingin bertanya mengenai persoalan mengambil gambar kaabah selepas tawaf wida’…sy mengetahui tdk blh ambil gmbar setelah ibu saya menegur selepas blk ke hotel dan sy terus membuang gambar tersebut pd telefon bimbit. Setelah blk ke Malaysia, adakah saya perlu mmbayar dam?
2. Apakah blh menyentuh kaabah setelah selesai tawaf umrah tetapi belum melakukan saie dan bertahalul?
Waalaikum salam.
1. mengambil gambar selepas selesai tawaf wida boleh membatalkan tawaf yg berkenaan.
2. sentuh Kaabah selepas selesai tawaf tidak mengapa walaupun belum bersaie..yg tidak boleh sentuh Kaabah semasa tawaf
As salam ustad.saya ada pergi kursus umrah yang mengatakan bahawa jika ragu2 wudhu batal atau tidak ketika tawaf maka mmg pusingan tawaf itu batal. Ini berkenaan mslh discharge yang tak menentu kdg ada kdg tak.discharge yg tidak berterusan seperti daimul hadas tp mungkin disebabkan byk bergerak atau jalan.Bagaimana jika kita was was samada ada keluar discharge atau tidak ketika sedang tawaf umrah.adakah perlu pulang ke hotel untuk pastikan tidak keluar dan jika ada ulangi tawaf? Tima kasih.
Wassalam. Memadai kebersihan diperiksa sebelum melakukan Tawaf. Jika sudah sedia bersih dan berpuas hati dengan kebersihan diri terus ambil wudhu’ dan lakukan tawaf seperti biasa.
Wassalam. Niat adalah kerja hati. Dalam hati memang tahu bahawa kita lafaz niat Umrah sekadar untuk belajar dan bukannya mahu pergi umrah pun. Begitu juga Ustaz mengajar atau memberi Kursus Umrah, Ustaz ada melafazkan Niat Umrah dengan tujuan untuk memberi ilmu. Hal yang sedemikian tidak dikira berniat.
Assalamualaikum. Untuk crew penerbangan yg bermalam di Jeddah di manakah boleh utk berniat ihram.
Waalaikum salam. Boleh berniat Umrah dari Jeddah lagi
assalamualaikum..saya baru mengerjakan umrah..sy telah melakukan tawaf wida tetapi semasa menuggu bas untuk pulang…saya telah tidak sengaja mengambil gambar..sy tahu kena dam..tp sy tak mampu untuk menyembelih seekor kambing..boleh kah diganti dgn puasa….3 hari selepas bertolak pulang dr makkah dan 7 hari di tmpt masing2…tetapi saya x tau kne puasa 3hari slepas bertolak pulang dr makkah..soalan sy..sy dah 5hari blik dr umrah dan tidak start puasa lagi utk bayar dam…mcm mne ye?..boleh kah sy puasa start sy sedar 10 hari.dan perlukah 10 hari berturut2? atau boleh selang2?….
waalaikum salam. Rujuk entry terkini http://iqbalsafwan.com/merungkai-keraguan-dalam-ibadah-umrah/
Assalamualaikum ust..Soalan saya..semasa tawaf kita x sengaja terpesong bahu kiri..terus ingat dan berpusing blk pada Asal nya..dan menerus kn tawaf…saie dan tahalul..Ada kh sah tawaf itu ust..mohon pencerahan..tq
Waalaikum salam. Terpesong bahu kemudian dibetulkan semula pada tempat asal, maka Tawaf dikira sah.
As salam Ustaz, sy dh tinggalkan Mekah. Terakhir sy pasang niat utk Tawaf Wada’ & lafaz niat sy follow kakak sy cuma ragu2 lafaz sy mcm tawaf sunat. Selesai tawaf wada’, sy solat sunat tawaf & baca doa tawaf saja bkn doa tawaf wada’ kemudian sy tinggalkan Masjidilaram ke Madinah. Adakah sah perbuatan sy? Jika tidak bolekah sy byr dam di Tabung Haji, Msia? Terima kasih
Wassalam. Rujuk entry terkini saya berjudulhttp://iqbalsafwan.com/merungkai-keraguan-dalam-ibadah-umrah/ dalam bab Niat..niat tu kerja hati..jika hati memang buat untuk Tawaf Wada’ maka ia dikira Tawaf Wada’.
Assalam wrb Ustaz,
ingin bertanya adakah sah umrah saya kerana semasa saya tawaf umrah
tidak memakai alas kaki atau stokin, kerana saya fikir baik lebih untuk saya
tawaf berkaki ‘ayam’.
Salah satu syarat sah Tawaf ialah menutup aurat. Tidak memakai stokin sehingga menampakkan kaki dikira aurat boleh terdedah. Tidak sah tawaf bermaksud umrah juga tidak sah dan ia masih tertanggung ihram ke atasnya..Waallahallam
Assalamualaikum..
ustaz nk tye. saya telah membuat umrah tahun lepas.. semasa di madinah saya haid.. saya memang berniat umrah.. sampai beberapa hari dimekah saya memangnya menjaga larangan ihram.. tpi disebabkan kwn saya beritahu xperlu patuhi larangan ihram.. setelah dia bertanya kepada ustaz katanye x perlu patuhi larangan ihram..maka saya pun dengar ckp kawan saya melanggar peraturan ihram..sehingga la saya suci.. sempat saya membuat umrah ke3.. tetapi selepas balik selesai umrah ke 3 saya dapat masih tidak bersih.. sya mandi wajib sekali lg.. esoknya saya dah nak blik.. sempat tawaf wida.. adakah saya dikenakaan dam.. saya rasa berdosa sangat selepas saya ketahui bahawa saya kena patuhi larangan ihram selepas mengikut kursus haji yang sedang berlangsung sekarang.
waalaikum salam. Tak jelas kesalahan ihram apa yang dilanggar..kesalahan ihram ni pelbagai ada yang ringan dan ada yang berat..sukar saya nak jawab sebab tak jelas permasalahannya..
Assalam Ustaz, kami sekeluarga merancang untuk menunaikan umrah utk kali ke2. Soalan saya, bolehkan saya mengunakan wang simpanan dari tabung haji untuk menampung pebelanjaan ke umrah, dimana wang tersebut disimpan utk tabungan menunaikan haji. Terima kasih
Wassalam ..tidak jadi salah asal sahaja di masa akan datang tabungan haji tu di tambah semula..
Assalam wrb Ustaz,
Waktu menunggu yg lama saya rehat dan tertidur selepas tawaf wida atas faktor kesihatan (demam).
wassalam. Jika tertidur di lobi hotel tidak mengapa..tetapi tidak boleh tidur dalam bilik hotel
assalam ustaz,
apakah hukum dan denda jika
1) terlupa lafaz niat semasa di miqat dan teringat semasa tawaf tetapi terus berniat dlm hati dan menyempurnakan tawaf, sa’ei dan bergunting?
2) terlupa lafaz niat semasa tawaf dan teringat semasa tawaf tetapi tidak berniat sebaliknya terus menyempurnakan tawaf, sa’ei dan bergunting?
t.ksh
1. Niat Umrah ialah Rukun Umrah. Tidak berniat Umrah dikranya Umrahnya batal atau tidak sah. Sebenarnya Niat ialah kerja hati. Jika dalam hati sudah pergi ke tempat Miqat (Bir Ali misalnya) perbuatan itu sudah menunjukkan niatnya untuk melakukan Umrah. Adapun melafazkan niat dianggap sunat iaitu bagi menyakinkan diri kita bahawasanya sudah bermula larangan Ihram bagi kita bermula dari tempat Miqat. Maknanya niat Umrahnya sudah bermula di tempat Miqat apabila sudah melafazkannya. Pendapat saya Umrah Saudara Sah kerana telahpun ke tempat MIqat dengan berpakaian Ihram. Masalah Niat ini sebenarnya ramai jemaah yang ada penyakit Was-was.
2. Lafaz Niat Tawaf Umrah dihukumkan Sunat. Jika terlupa Niat Tawaf ia tidak membatalkan Tawaf kerana dengan berniat Umrah sudah bermaksud akan melakukan Tawaf dan Saie. Umrah dikira Sah. Wallauallam.
Aslkm..saya ingìn bertanya jika sesaorang yg ingin mengerjahkan umrah terlupa utk mandi sunat ihram…
Wassalam. Tidak mengapa kerana mandi sunat ihram hanya sunat sahaja. Buat dapat pahala tidak buat tak dapat apa-apa
Assalamualaikum Ustaz.
Baru2 ini kami sekeluarga mengerjakan umrah.Selesai tawaf Wida ,kami solat sunat tawaf dan minum air zam2.Boleh ke minum air zam2 selepas tawaf Wida?
Dan satu lagi anak lelaki saya dia memasukkan coklat dalam mulutnya semasa nak check out hotel.bila saya tegur dia cepat2 buang dari mulutnya sebab belum sempat telan.Boleh ke perbuatan ini?sah kah tawaf Wida anak saya?
Waalaikum salam. Minum air zamzam selepas tawaf wida tidak jadi kesalahan yang membatalkan tawaf wida..begitu juga makan di hotel dibolehkan
assalamualaikum ustaz…saya ada soalan yg ingin sangat jawapannya…bulan jun ini majikan saya mempelawa saya memnunaikan umrah tetapi saya naif sangat langsung tak tahu bersembahyang dan membaca ayat-ayat dalam alquran..bolehkah saya turut serta mengerjakan umrah?terima kasih
waalaikum salam. Dalam ibadah Umrah tiada satupun bacaan wajib yang perlu kita hafal seperti bacaan dalam solat. Boleh sahaja Umrah dilakukan walau dengan bahasa ibunda..cuma sebelum ke Tanah Suci nasihat saya belajar dahulu cara-cara dan bacaan dalam Solat, agar pemergian ke sana lebih bermakna lagi..tambahan pula solat itu wajib kepada setiap hamba Allah yang mengaku beriman kepadaNya.
Assalam ustaz..saya ada satu permasalahan umrah, kali trrakhir melakukan umtah hampir 6 tahun lepas. Saya bekerja lalu senang melakukan umrah dan hanya kali pertama menggunakan mutawif dan tiada penerangan khusus larangan semasa ihram. Selepas enam tahun saya rasa saya pernah memegang hijr ismail dan kaabah semasa tawaf, kerana melakukan umrah luar musim agak senang untuk tawaf dekat dgn kaabah. Sekarang saya baru tahu salah memegang kaabah atau hijr ismail, apa patut saya lakukan ustaz kerana ininberlaku 6 tahun lalu…
wassalam. Umrah berkenaan tidak sah tetapi sekiranya selepas umrah berkenaan ada dilakukan umrah yang seterusnya..mudah2an ianya dapat menampung umrah yang telah batal tadi.. yang tak pasti ialah sekiranya umrah jadi batal atas sebab memegang kaabah berapa banyak kesalahan dalam ihram yang dilakukan selepas itu ?
Terima kasih byk ustaz…alhamdulillah…lega dan tenang hati saya…betul ustaz..penyakit was2 ni bahaya..salah satu kerja iblis laknatullah…
Assalamualaikum ustaz,
Saya dan isteri menetap di timur saudi.kami merancang untuk menunaikan umrah dan akan menaiki kapal terbang untuk ke jeddah. Kami sekeluarga akan menetap dihotel.yang berhampiran dengan alharam..0.3 meter
Persoalan.dihati saya,
Bilehkan apabila sampai di jeddah..saya terus check in di hotel dan berehat sebentar (flight tengah malam) dan sesudah itu saya berihram dan keluar balik dari hotel menuju ke miqat untuk berniat umrah dan mengerjakan umrah
Mohon penjelasan ustaz
Waalaikum salam. Sesiapa yang masuk ke Makkah wajib berniat Umrah dan tidak boleh masuk Makkah tanpa niat Umrah..Waallahullam
Salam ustaz saya baru ini dtg ikut pakej umrah saya bginap di hotel mekkah selama 7 hari soklan saya boleh kah pada hari terakhir saya shalat jamak tamam di hotel kerana saya akan berangkat ke madinah pada jam 2 tgh..
Wassalam. Tidak boleh dijamak solat kerana sudah berada di Makkah melebih 3 hari
Assalamualikum ustaz. Pada bulan lepas saya telah mengerjakan umrah pertama saya. Masaalah saya, setelah selesai mengerjakan tawaf dan solat sunat tawaf sementara menunggu kawan2 selesai solat saya telah mengambil gambar isteri saya di hadapan kaabah, isteri saya juga telah selesai tawaf dan solat sunat tawaf.adakah saya telah melakukan kesalahan mengambil gambar itu? Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih.
waialaikum salam..tawaf wida’ dikira batal dan perlu membayar dam sembelihan 1 ekor kambing..wallauallam.
Assalamualaikum Ustaz,
Pada bulan dec 2015, sy ada menunaikan umrah. Sy nak tyn adakah sy kena byr dam sbb saya ada ambil gambar masa lepas tawaf. Sebenarnya sy tak tahu pun x boleh ambil gambar? Terima kasih ustaz.
Waalaikum salam. jika ambil gambar lepas tawaf umrah tidak mengapa.
Assalamualaikum ustaz.. apa hukumnya jika tawaf terlebih pusingan menjadi 8 pusingan?
waalaikum salam..tawaf harus cukup 7 pusingan dengan yakin..jika dibuat 8 pusingan mudah2an ianya boleh menampung mana2 kekurangan dalam pusingan tawaf yang berkenaan
Asslamualaikum Ustaz.
Soalan 1
Baru-baru ini saya telahpun mengikuti kursus ibadah Haji. Di sini timbul kemusykllan di hati saya. Sebenarnya dua tahun lepas saya telahpun mengerjakan ibadah umrah. Saya ada mengalami masalah keputihan tapi tidak diperingkat yang serius Kadangkala ada kadangkala tidak. Walau bagaimanapun sebelum melakukan tawaf saya memastikan ianya dibersihkan terlebih dahulu. Kadangkala saya menggunakan pelapik kadangkala tidak. Bila balik ke hotel terdapat sedikit discharge. saya tidak pasti ketika bila ianya discharge. Jadi bagaimana dengan tawaf saya. Adakah ianya sah. Sekiranya tidak bagaimana caranya untuk saya membayar dam kerana saya telahpun melanggar semua larangan dalam ihram.
Soalan 2
Kebelakangan ini saya mengalami masalah angin keluar dari faraj. Yang menjadi tandatanya saya apakah masalah ini telah saya alami sejak dua tahun dulu semasa saya mengerjakan umrah atau kurang pengetahuan saya berhubung dengan masalah ini. Saya betul-betul tidak pasti. Bagaimana dengan umrah saya. Sekiranya tawaf saya tidak sah tentunya ianya juga melibatkan dam yang perlu dijelaskan. Harap sangat Ustaz dapat bantu menyelesaikan masalah saya ini.
Waalaikum salam. Perkara was2 ini sukar untuk diberi jawapan kerana tidak tahu saat keluar keputihan ketika sedang tawaf atau saie..sekiranya telah dibuat tindakan awal sebelum tawaf iaitu dengan membersihkan kemaluan dan diletakkan pelapik di bibir kemaluan dan kemudian terus pergi tawaf, ianya dikira O.K..begitu juga masalah angin keluar dari faraj jika tidak pasti maka tidak dijatuhkan hukum..waallahuallam..
Terima kasih di atas penerangan Ustaz. Cuma saya tidak pasti samada saya menggunakan pelapik itu setiap kali mengerjakan umrah ataupun sebaliknya sebab ianya berlaku dua tahun dulu. Sekiranya tidak menggunakan pelapik apakah tawaf itu dikira tidak sah sedangkan langkah pembersihan telahpun dibuat. Minta pencerahan Ustaz.
rujuk kepada entry saya terdahulu di bawah tajuk ” Merungkai Keraguan Dalam Ibadah Umrah”
Asslamualaikum Ustaz Ketika saya melakukan ada satu waktu saya menjadi keliru dan menjadi was-was dengan bilangan tawaf saya. Keluarga saya mengatakan pusingan tersebut masuk pusingan ke 7 dan saya pula berfikir masuk ke 6. Saya terus terfikir-fikir. Tetapi memandangkan keluarga mengatakan begitu saya akhirnya mengikut saja dan menyelesaikan kerja umrah hingga bertahallul. Pertanyaan saya
1- Sahkan tawaf saya kerana perkara itu baru mengganggu saya sekarang sedangkan selepas kembalinya ke Malaysia saya tak memikirkan perkara tu.
2. Apakah berfikir-fikir tentang jumlah tawaf saya tu dikira lari dari niat tawaf kita.
Harap dapat penjelasan dari Ustaz. Terima kasih.
wassalam. rujuk pada entry sebelum ini “merungkai keraguan dalam ibadah umrah”
Assaalamuaikum usts saya lg sekali nk tanya tdi terlupa usts saya tak boleh hapal dos talbiyah tu boleh ke saya tak baca selapas tawaf usts
wassalam. rujuk entry saya sebelum ini..cuba gali dalam bab Galeri Ilmu
Assalamulaikum ustaz..saya telah buat tawaf wida..slepas slesai àda budak hotel telah mengangkat beg saya yg byk dan berat ..kerana kesian saya beri 10 rial. Selepas tu baru saya sedar sya x bleh beri wang…sebnarnya saya cuma nk bg upah saja pada budak hotel tersebut..ap hukumkannya tawaf wida saya itu..perlu tak saya byr dam..
wassalam. tak perlu
Waalaikum salam..tidak batal tawaf wada’ dan tidak perlu bayar dam
assalamualaikum ustaz, saya ada kemusykilan bekenaan tawaf wada, baru baru ini saya pergi menunaikan umrah, semasa berada d mekah, rombongan kami ada melakukan lawatan ke taif, jarak taif lebih 2 merhalah, adakah kami wajib buat tawaf wada, jika tidak adakah bedosa, mutawif kami bagitau tawaf wada umrah adalah sunat (keluar dari mekah melebihi 2 marhalah)..harap penjelasan daripda ustaz
Waalaikumsalam. Sekarang ini jalan ke Thaif sudah dibuat yang baru dan jaraknya ke Makkah tidak sampai 2 marhalah, maka tidak wajib untuk melakukan Tawaf Wida’
Assalamualaikum ustaz.. Apa khabar? Diharap sihat selalu.
1. Sy berkerja di jeddah. Abgg saya dtg mengerjakan umrah secara sendiri dan datang tinggal di rumah sy dl selama 1 mlm..kemudian dia berniat umrah dari rumah sy dan terus masuk mekah..selelaa selesai umrah terus kembali ke rumah sy di jeddah..jarak dlm 80km…dakah perlu dia membayar dam kerana dia tidak berniat di miqat qarnul manazil semasa dlm penerbangan dari malaysia?
2. Wajibkah sy mengerjakan tawaf wadak setiap kali sy mengerjakan umrah sbb jarak rumah dari mekah 80km?
Waalaikum salam.
1. Miqat di Qarnul Manazil itu sekiranya abang saudara terus masuk ke Makkah. Jika tinggal 1 malam di Jeddah, maka tindakan yang dilakukan oleh abang saudara itu betul dan tidak jadi kesalahan pun. Tidak perlu membayar dam.
2. Tidak wajib
Assalamualaikum wbt Ustaz.
Setelah selesai sholat subuh saya terus melaksanakan tawaf wida & sholat sunat tawaf. sebelum keluar masjidil haram saya sholat dhuha kemudian terus pulang ke hotel untuk sarapan pagi. kemudian saya ke bilik air (buang air besar), basuh tubuh dgn menyirami air kerana tubuh berbau dan berpeluh. kemudian mencukur misai kerana kebiasaan sunah pagi jumaat, setelah keluar dari bilik air dapati baju telah dimasukkan ke dlm beg oleh isteri kerana basah peluh, saya memakai baju lain. kemudian saya menaiki bas ke jeddah.
Mohon penjelasan ustaz adakah saya telah melakukan kesalahan pantang larang tawaf wida. saya hanya dimaklumkan oleh mutawif perkara yang tidak dibenarkan selepas tawaf wida adalah mengambil gambar kaabah, shoping, tido dlm bilik hotel dan bersedekah.
Waalaikumsalam. Selepas Tawaf wida dilakukan solat sunat tawaf dan kemudiannya solat dhuha, jika dilakukan secara berturutan dan tiada ruang masa menunggu di Masjid maka tawaf wida’ itu sah dan tidak dikenakan dam. Jika selepas tawaf wida kemudiannya duduk lama menunggu masa waktu dhuha maka tawaf wida’ dikira batal. Wallahuallam
Assalamualaikum ust. Apa hukum niat ihram tanpa wudhu? Sah atau tidak umrah tersebut?
Waalaikum salam. Jawapannya sah
waalaikum salam. Tidak disyaratkan niat ihram mesti ada wudhu..
Salam ustaz. 2 tahun lepas saya mengerjakan umrah. Untuk mengerjakan Tawaf wida’,saya menjalankan pusingan tawaf sebanyak 5 pusingan dan berhenti. Saya tunggu sebentar di dalam masjid sehingga masuk waktu Zohor. Setelah selesai solat zohor saya menyambung lagi 2 pusingan tawaf saya. Adakah sah tawaf wida’ saya.
Jawapannya sah.
waalaikum salam. Tawaf wida’ dikira sah….
Assalamualaikum ustaz, klau sudah 4-5 tahun tiada haid.& kebelakangan ini ada tompok darah sekejap ada sekejap tiada selang 3-4 hari adakah dikira darah haid.?Adakah saya perlu niat bersyarat semasa di Miqat nanti..
Waalaikum salam. Masih dikira darah haid. Ada kalanya dan biasa berlaku disebabkan stress atau perubahan cuaca di Tanah Suci menyebabkan pusingan Haid jadi tidak menentu. Puan dinasihatkan berjaga-jaga dan dibolehkan niat bersyarat semasa di Miqat.
salam ustaz, semasa melakukan tawaf wida,,saya berhenti seketika menghantar ibu ke tepi kerana dia telah selesai melakukan tawaw wida manakala saya perlu menyambung lagi 2 pusingan,,semasa bergegas hendak menyambung tawaf,tiba2 ada org meminta mengambilkan gambar,,kerana hendak cepat, saya telupa yang kita tidak dibenarkn membantu mengambil gambar dlm masjidil haram, saya telah membantu org mengambil gambar,,seterusnya saya terus menyambung lagi 2 pusingan yang berbaki,,adakah sah tawaf wida saya???mohon pencerahan. jika tidak sah,,bagaimana untuk melakukan dam kerana saya telah pulang ke malaysia. terima kasih ustaz,.
Waalaikum salam. Takrifan yang dikatakan Tawaf itu mestilah setelah cukup 7 pusingan. Jika belum cukup 7 pusingan maka belum dikira sempurna Tawaf. Dalam kes ini tawaf wida’ puan dikira sah dan tidak dikenakan dam. Yang dikira salah sekiranya puan telah melakukan 7 pusingan Tawaf Wida’ dan kemudian mengambil gambar. Dalam kes ini, puan baru melakukan 5 pusingan sahaja dan belum dikira Tawaf Wida’ lagi..Waallahuallam.
assalamualaikum ustaz. tak sengaja garu kepala kena dam tak ?
waalaikum salam. jika gugur rambut disebabkan garu kepala kena dam..jika tiada rambut yang gugur tak jadi masalah
Salam ustat.. Sekiranya bekas suami sy hendak mengerjakan umrah bersama keluarga sy,bolehkah sy dan bekas suami sy mengambil gambar bersama? Contohnya berempat bersama kawan sy dan suaminya.. Terima kasih..
tiada masalah
Salam ustat.. Sekiranya saya dan bekas suami ingin mengerjakan umrah bersama keluarga saya dan keluarga bekas suami,bolehkah ustat?? Dan sekiranya mengambil gambar bersama semasa mengerjakan umrah boleh ke ustat?? Contohnya mengambil gambar berempat bersama kawan sekerja sy bersama suaminya… Terima kasih… Salam
tidak jadi masalah
assalamualaikum w.b.t ustaz
saya ada soalan mengenai umrah. saya telah merancang untuk mengerjakan umrah pada tahun ini. namun setelah menempah tempat bagi umrah, baru saya sedar yang kemungkinan besar saya akan didatangai haid sepanjang berada di sana nanti. dan diatas faktor kesihatan, saya tidak digalakkan untuk mengambil pil penahan. justeru, saya berbelah bagi samada perlu teruskan niat mengerjakan umrah atau batalkan niat dan berdoa semoga ada rezeki saya untuk kesana di masa akan datang. adakah apa-apa hukum mengenai seseorang yang membatalkan niat untuk mengerjakan umrah?
terima kasih
waalaikum salam. Dalam kes ini baru merancang, jika ia kesulitan ianya boleh ditangguhkan ke suatu masa yang lain. Pada saya tidak jadi kesalahan..
ustaz,saya ada beberapa soalan:-
1)apa hukum seseorang mengerjakan tawaf sambil memegang kelambu kaabah?
2)apa hukum sesorang berkahwin selepas tahallul thani?
3)bolehkah seseorang mengambil keputusan untuk terus balik ke tanah air tanpa meneruskan ibadah haji yang seterusnya selepas tahallul awal?
4)apa hukum lelaki mengerjakan ibadah haji dan umrah tanpa memakai pakaian ihram?
Jawapan
1. tawaf bermaksud berjalan kehadapan mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan, jika ia berhenti seketika dan memegang Kaabah tidak mengapa tetapi jika ia memegang Kaabah sambil berjalan maka tawaf dikira batal..tawaf batal bermakna umrah juga tidak sah.
2. selepas Tahalul Thani ia berkahwin tidak jadi kesalahan..
3. balik ke Malaysia selepas Tahalul Awal bermakna ibadah haji tidak lengkap dan ia masih tertanggung larangan ihram pada 3 yang akhir iaitu yang ada hubung kait dengan hubungan suami isteri dan nikah kahwin.
4. mengerjakan haji tanpa memakai pakaian ihram, hukum hajinya sah tetapi kena bayar dam kerana memakai pakaian berjahit.
Waalahuallam.
assalamualaikum ustaz,bagaimanakah umrah seseorang itu apabila dia menyedari yang dia telah menggugurkan bulu/rambut dengan sengaja ketika berihram? dia hanya sedar/teringat bila beberapa hari sudah sampai malaysia..kalau dia kena bayar dam,bagaimana dan berapa bayarannya? terima kasih ustaz
Waalaikum salam. Jika gugur rambut ia dikenakan Dam Tahyir takdir. Ia boleh memilih samada sembelihan 1 ekor kambing yang disempurnakan di Tanah Suci (boleh wakil orang untuk menyempurnakan) atau memberi makan 6 cupak fakir miskin (juga di Tanah Suci) atau puasa 3 hari boleh dilakukan di tanah air. Waalahuallam..
Salam ustaz. semasa umrah, selesai tawaf wida, saya telah mengambil gambar hp. Sebenarnya saya terlupa akan perkara ini. perlukah sy bayar dam. Menurut mutawif, bayaran boleh diganti apa bentuk makanan selain kambing. Die juga berkata bayar seberapa mampu. betul ke ustaz?
wassalam. tawaf wada’ jadi batal dan kena dam sembelihan 1 ekor kambing..waallahallam
As salam ustaz….saya ada kemuskilan,setelah selesai melakukan tawaf wada,kita akan solat sunat…….pertayaan saya setelah selesai solat sunat kita bergerak keluar,dlm bergerak keluar kita toleh tengok kaabah adakah salah?
wassalam. tidak jadi satu kesalahan tengok Kaabah selepas selesai tawaf wida’
assalamualaikum ustaz…saye belum berkesempatan lagi utk menunaikan umrah..insyaAllah satu hari nanti saya berniat utk ke sana. saya ada sedikt persoalan:
1) sewaktu ihram kita hanya memakai 2 helai kain yg akan menutup bhgn bwh dan bahagian atas tubuh. kalau kita jenis yg kencing tak lawas, bagaimana hendak atasi masalah ni? sebab kebiasaannya saya akan melapikkan tisu pada underware saya dah sekiranya saya hendak bersolat saya akan basuh alat sulit dan digantikan dgn pelapik yg baru. so, kalau kes mcm saya bagaimana hendak menyelesaikan nya ustaz?
2)kalau selepas tawaf widak saya kembali ke hotel kemudian tertido sekejap, adakah batal tawaf widak saya? dan apa perlu dilakukan?
3)lps tawaf widak adalah dilarang untuk membeli belah. jadik kalau kita membeli makanan dan minuman adakah batal tawaf widak tersenut ustaz?
mohon berikan pencerahan ustaz. sekian, terima kasih…
Waalaikum salam. Maaf lambat reply..Jawapan kepada soalan
1. cara yang tuan buat tu dah betul..cuma ketika memakai pakaian ihram, boleh guna tuala kecil dan diikat di pinggang kiri dan kanan sebagai ganti Underware..lapik tisu di kepala kemaluan berkenaan seperti cara yang tuan lakukan..sekarang ini ada dijual cawat sebagai ganti seluar dalam di kedai-kedai menjual pakaian umrah bagi kegunaan jemaah seperti tuan
2. selepas tawaf wada’ kembali ke hotel..jika tertidur di sofa lobi hotel ketika menunggu bas dikira masih O.K tetapi jika naik ke bilik hotel dan tidur di bilik maka tawaf wada’ dikira batal..maka tuan harus melakukan tawaf wada’ sekali lagi sebagai ganti tawaf wada’ yang batal tadi. Jika mahu membayar dam sembelihan 1 ekor kambing kepada petugas Makkah, syaratnya tuan mesti sudah melepasi 2 marhalah atau 92 km selepas meninggalkan Makkah, baru sembelihan kambing itu boleh dilaksanakan.
3. Kena bezakan antara keperluan dan kehendak..keperluan seperti lapar dan dahaga atau melepaskan hajat dibenarkan dan tidak membatalkan tawaf wada’..jika membeli belah dikira sebagai kehendak, maka boleh membatalkan tawaf wada’.
Wallahuallam.
Assalamualaikum ustaz
Saya berada di Mekah dan akan berangkat ke airport pada hari Jumaat jam 3 petang.
Sekiranya saya melakukan tawaf wida’ pada jam 10 pagi, selepas tawaf bolehkah saya menunggu untuk masuk waktu Zuhur dan solat Jumaat dalam masjidilharam?
Jika tidak, bolehkah saya solat Zuhur di dalam bilik hotel?
Terima kasih.
Waalaikum salam. Dalam masalah ini boleh dilakukan Tawaf Wada’ pada sebelah pagi untuk 6 pusingan dahulu. Balik ke hotel dan lakukan aktiviti seperti biasa. Kemudian selepas solat Jumaat lakukan 1 lagi pusingan Tawaf bagi mencukupkan 7 kali pusingan Tawaf Wada’dan terus meninggalkan Makkah. Cara ini dibolehkan kerana telah diputuskan dalam Muzakarah Pengkursus Haji Tabung Haji kali ke 22 di Kedah beberapa tahun lalu.
assalamualaikum ustaz..mohon utk jwb persoalan saya kat atas tu ustaz…terima kasih!…
dah jawab
Assalam…thn 2012..sy pergi umrah dan spnjang dlm ihram saya memakai kasut yg bertutup dihadapannya ( menutupi semua jari kaki).Bagaimana dgn umrah saya.Adakah dimenaln dam dlm keadaan kita jahil
Wassalam. Umrah dikira sah. Kerana jahil ianya dimaaf tetapi dikenakan dam. Boleh pilih samada sembelihan seekor kambing (boleh wakilkan utk dibuat di Makhah) atau memberi makan 6 orang fakir miskin (di Makkah) atau puasa 3 hari di sini pun boleh….wallahuallam
assalamualaikum ustaz, bagaimana keadaan orang yang terlupa bertahalul kemudian bila balik ke malaysia baru teringat. Adakah dia perlu terus bertahalul dan membayar dam? Jika dam berapa jumlahnya?
Waalaikum salam. Apabila teringat maka ia wajib bertahalul. Mengenai dam kena check semula apakah larangan Ihram yang telah ia langgar selama tempoh belum bertahalul itu. Waalahuallam..
Salam ustaz..adik sy tertido di bilik hotel slps slesai tawaf wida..jd dia dikenakan dam seekor kambing kan? Boleh x sy tahu jumlah dam yg dikenakan (sy ty lain2 ustaz hrganya berbeza2) dan boleh x jika ingin mbyr dam berkenaan dibuat di tanahair?
Wassalam. Kesalahan Tawaf Wida’ memang dikenakan dam sembelihan seekor kambing dan kena disempurnakan selepas meninggalkan Makkah lebih dari 2 marhalah atau 91km lebih atau disempurnakan di tanah air.
Bagaimana cara agihannya?bolehkah kita adakan kenduri dgn sembelih kambing dan beri mkn pada sesiapa shj?atau mmg kena fakir miskin shj? Atau pon byr wang denda kpd ustaz yg akn urusknnya di mekah? Mf bertanya lg
Sembelihan kena lakukan di sini dan bukan di Makkah..sembelihan tidak semestinya untuk fakir miskin…boleh beri makan kepada sesiapa sahaja
Salam ustaz saya ingin bertanya saya ada buat umrah baru baru ini semasa tawaf pusingan pertama wudhu saya telah terbatal kerana terkentut saya telah mengulang wudhu dan menyambung tawaf di tempat yang telah terbatal dan mencukupkan 7 pusingan adakah sah tawaf saya
sah
Salam Ustaz, selepas tawaf wida saya telah ambil gambar Kaabah dan gambar kami sekeluarga kerana tidak tahu pantang larang selepas tawaf wida. Jadi adakah saya perlu bayar dam atau kesemua kami sekeluarga kena bayar dam?
Wassalam. Jika berselfie sambil jalan pulang ambil gambar tidak mengapa..tetapi jika berhenti dan ambil gambar ramai-ramai maka tawaf wida’ dikira batal. Kesemua yang terbabit harus membayar dam sembelihan 1 ekor kambing dan dilakukan di sini..wallahuallam
Assalaamualaikum ustaz,
Semasa melaksanakan umrah sunat,ketika sudah 5 pusingan saie,masuk waktu zuhor.Disebabkan wudhu saya sudah terbatal semasa saie,saya telah menggunakan spray untuk mengambil wudhuk,cuma kawasan tu agak terdedah tapi suami saya menggunakan kain ihramnya utk melindungi saya.Oleh kerana ketika itu saya masih dalam ihram,adakah saya dikira menampakkan aurat dan perlu membayar dam?
Waalaikum salam. Sekiranya aurat terdedah ketika itu ianya hanya berdosa kerana mendedahkan aurat sahaja dan tidak dikenakan dam.
Assalammualaikum ustaz,
a)boleh ker bayar dam pada masa hari raya qurban dimana kita niat sembelih kambing tersebut utk bayar dam dan bukan utk kurban atau aqiqah?
b) boleh ker kita menyertai program akikah dan qurban pada musin raya haji utk umat islam di negara lain tetapi kita niatkan sembelihan kambing itu sebenarnya utk membayar dam. perlu dinyatakan atau tidak pada agensi yg menguruskan?
c) ataupun kita buat boleh buat ibadah qurban seperti biasa tp niatkan utk bayar dam?
d) boleh ker bayar dam bagi pihak ibu dan bapa dan anak2 yg tidak berkemampuan utk melaksanakannya?
Waalaikum salam.
1. bayar dam tidak tertakluk dengan masa..nak buat masa raya kurban tidak jadi masalah.
2. nak sertai program korban di mana-mana pun boleh tetapi perlu dinyatakan sembelihan kambing berkenaan untuk tujuan bayar dam dan bukannya untuk tujuan kurban.
3. tidak boleh..sembelihan kurban untuk kurban dan tidak boleh diniatkan untuk bayar dam..tidak boleh 2 dan 1
4. itu yang sebaik-baiknya jika mampu..boleh sahaja tidak jadi masalah
Salam ust, ketika tawaf sunat, boleh ke kita sentuh hijr ismail makam nabi ibrahim dan dinding kaabah ? Adakah perlu kita byr dam dlm keadaan kita tidak tahu perkara2 yg dilarang ketika tawaf sunat ? Mohon pencerahan Tq.
Wassalam..semasa tawaf sunat menyentuh hijir ismail dan dinding Kaabah akan membatalkan pusingan tawfa yang berkenaan..menyentuh makam Ibrahim tidak jadi kesalahan..tidak perlu bayar dam kerana yang dilakukan ialah tawaf sunat sahaja bukannya umrah..
Assalamualaikum ustaz,
Ustaz apa hukum semasa dalam melakukan tawaf wida’ menunaikan solat sunat di dalam Hijir Ismail dan mencium @ menyentuh kelambu kaabah di antara hijir ismail hingga ke hajarul aswad dan setelah selesai tawaf wida’ terpaksa menunggu suami dan ank yang terpisah. Mohon penjelasan ustaz smd tawaf tersebut batal atau tidak dan sekiranya batal apakan dam yang dikenakan.
Waalaikum salam..Selesai Tawaf wida kemudian kita lakukan solat sunat tawaf dibolehkan tetapi solat sunat lain tidak boleh…mencium hajar aswad dan menyentuh Kaabah selepas selesai tawaf dibolehkan..tetapi semasa tawaf jika dilakukan boleh membatalkan pusingan tawaf yang berkenaan …menunggu suami dan anak-anak tidak jadi masalah..jika tawaf wida batal maka damnya ialah sembelihan 1 ekor kambing..
Salam ustaz jika selepas tawaf widak telefon bimbit saya kehabisan kredit dan saya meminjam telefon seorang cleaner untuk menelefon pemansu teksi dan memberi sedekah adakah batal tawaf widak?
Wassalam. tidak batal
Ustaz saya nak tanya mcam mana kalau kita dalam ihram kita tercabut bulu tidak sengaja adakah dikenakan dam dan mcm mana saya punya umrah adakah sah dan adakah saya masih dalam ihram . Sekiranya perlu membayar dam macam mana sebab saya sudah dekat malaysia
bulu tanggal tidak sengaja dimaaf dan tidak dikenakan dam..umrahnya sah
Anonymous
Salam ustaz saya ingin bertanya jika semasa tawaf widak terkentut semasa pusingan ketiga saya telah mengambil wuduk semula dan memulakan semula tawaf widak saya dari pusingan pertama adakah sah tawaf widak?
wassalam. jawapannya sah..malah sepatutnya jika batal tawaf pusingan yg ke3 selepas ambil wuduk sambung dari pusingan ke3 yg batal tadi dan bukan dari pusingan pertama
Assalamualaikum ustaz
Saya menunaikan umrah pada bulan Jun yang lepas. Selepas tawaf wida’, saya tidak naik ke bilik dan menunggu bas di ruang makan hotel. Semasa menunggu saya terlelap sekejap, adakah saya dikenakan dam?
waalaikum salam..tidak batal tawaf wida’ dan tidak dikenakan dam
tak perlu bayar dam
Assalamualaikum ustaz
Saya telah melakukan umrah pada 2006 ketika bujan dan ketika dalam ihram saya sikat rambut dan ikat rambut sehingga sedikit rambut telah gugur. Saya tidak sedar dan terlupa akan larangan tersebut sehinggalah kakak ipar menegur. Tapi ibu saya mengatakan tidak mengapa sebab tidak sengaja jadi saya tidak membayar dam pun pada ketika itu. Benarkah begitu?
Tetapi sekiranya saya perlu membayar dam akibat daripada perkara di atas ia menjejaskan hubungan pernikaha saya. Kerana saya difahamkan selagi dam tidak dibayar kita sebenarnya masih dlm ihram dan dilarang berkahwin.
waalaikum salam. kena jelas berapa rambut yang telah gugur? bayaran dam harus jelas kesalahannya..ihram umrah dah selesai dan tak perlu bimbang mengenai soal pernikahan…utk makluman jenis kesalahan dam ada 2..yg pertama yg merosakkan iaitu jika dilakukan samada sengaja atau tidak tetap kena bayar dam..contoh seperti gugur rambut atas perbuatan kita..samada sengaja atau tidak tetap kena bayar dam..yg kedua jenis menyeronokkan seperti tutup muka atau kepala..jika tidak sengaja dimaaf dan tidak perlu bayar dam, kecuali sengaja maka berdosa dan kena bayar dam.,.wallahuallam
Assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya saya melakukan ibadah umrah dan sepanjang melakukannya saya membawa beg galas bersama saya, masalahnya di dalam beg saya itu terdapat kain yang saya gunakan untuk mengelap darah akibat jerawat yang pecah di muka saya. Adakah ibadah umrah saya di terima atau pun saya masih terikat dengan larangan ihram?
Waalaikum salam. Darah lap jerawat yang tidak mengalir dimaaf dan tidak menjejaskan ibadah umrah. Waalahuallam.
assalam ustaz
semasa tawaf , perut saya bunyi macam letupan, tapi akibat jahil saya meneruskan tawaf sehingga selesai. apabila pulang ke mlaysia saya diberitahu mungkin itu angin yang keluar dari arah depan. saya telah membuat 7 kali umrah . tapi saya tak ingat umrah yang ke berapa.
sekarang hati was-was sama ada angin keluar atau tidak.
apa hukum umrah tersebut dan dam yang perlu dibayar.
ada kah saya masih di dalam larangan umrah lagi.
wassalam..perut berbunyi tidak semestinya angin keluar dari arah depan atau belakang..kesalahan yg dikenakan dam harus jelas dan bukan was-was..
Persoalan yang kedua ustaz, sebagai anak perempuan yg mengerjakan umrah bersama kedua ibubapa baru2 ini, kami mengerjakan ibadah di Madinah dahulu. Ketika di Madinah, ibu saya sihat tetapi ketika sampai di Mekah ibu saya tidak sihat dan banyak bersolat di bilik hotel. Ayah saya mengizinkan saya untuk solat di Masjidilharam dan dia menjaga ibu saya di bilik. Ada ketika saya bersolat di bilik hotel sahaja dan ayah pergi solat di masjidil haram. Persoalan saya ustaz, ketika mengerjakan umrah, yang mana satu keutamaan untuk anak perempuan, sama ada menjaga ibu/bapa yg tidak sihat di bilik hotel atau pun solat berjemaah di Masjid yg pahala nya 100,000 kali ganda. Saya faham yang perempuan tidak diwajibkan untuk solat berjemaah. Harap ustaz dapat memberikan penjelasan. Terima kasih ustaz
menjaga ibu yang tidak sihat hukumnya wajib sedangkan melakukan umrah hukumnya sunat bagi kali kedua dan seterusnya..seorg wanita yang solat di bilik kerana menjaga ibunya yang tidak sihat tetap mendapat ganjaran 100 ribu kali ganda sama dengan mereka yang solat di Masjidil Haram..waallahuallam
Assalamualaikum ustaz. saya ingin bertanya. 4 tahun yang lalu sudah melakukan wajib yang pertama. namun, ada kesalahan yang telah dilakukan ketika umrah wajib itu dan tidak membayar dam sehingga ke hari ini. apakah dam yang dikenakan? dan bagaimana dam boleh dilangsaikan? mohon pencerahan dari ustaz.
Waalaikum salam..kesalahan kena jelas apakah jenis kesalahan yang dikenakan dam itu..kerana bayaran dam berbeza mengikut jenis kesalahan
Assalamualaikum ustaz, memberi sedekah selepas tawaf wada’ tidak dibenarkan,tetapi bagaimana pula kalau kita memberi hadiah atau cenderahati kepada pekerja hotel?
Waalaikum salam..sekiranya dalam perjalanan ke hotel selepas selesai tawaf wida’ kita memberi sedekah sambil berjalan balik tidak jadi masalah..yang tak boleh kita cari orang untuk kita beri sedekah..jika kepada pekerja hotel selepas pulang dari tawaf wida dan diberi di hotel maka ianya tidak membatalkan tawaf wida
Selepas buat tawaf widak haji…dalam perjalanan pulang ke hotel sy telah bayar baki dam pada pekerja dalam lebih kurang 2 rial….adakah itu termasuk melengahkan perjalanan dan terbatal tawaf widak saya…
Adakah kena bayar dam
….haji saya pada tahun 2015
tidak perlu bayar dam
Salam ustaz, saya telah selesai mengerjakan haji. Semasa ihram haji, saya ada memakai mask mulut kerana terlupa dan telah menanggalkan setelah tringat larangan ihram. Adakah saya kena dam? Dan bolehlah kalau saya ingin selesaikan dam itu secara berpuasa 3 hari di Malaysia. Terima kasih
sekiranya terlupa dimaaf dan tidak perlu bayar dam
Assalamualaikum ustaz..jika sudah melakukan tawaf haji dan saie haji, tetapi selepas beberapa hari mendapati ketika saie niat saya teralih..perlukah saya mengulangi tawaf dan saie sekali lagi atau hanya mengulangi saie saya sahaja?saya masih berada di makkah..terima kasih
Waalaikum salam..niat teralih yang bagaimana? kena jelas..jika berlaku hanya ulang semula dari tempat kita beralih niat semasa saie tadi dan teruskan saie hingga selesai
Niat teralih seperti mencari orang..tapi saya tak ingat pada pusingan yang keberapa..lagipun sy sudah selesai melakukan tawaf haji 10 hari yg lalu
jika sambil berjalan saie tidak mengapa..yg tak boleh jika kita mundar mandir mencari orang..maka jelas telah terpesong niat..wallahuallam
Baik saya faham..tapi bagi kes orang yg saie nye tidak sah tetapi tawaf nya sah..adakah dia perlu mengulangi kedua duanya atau ulangi saie sahaja walaupun telah selesai mengerjakan tawaf setelah berhari hari lamanya
ulang saie sahaja dan bertahalul..dalam kes ini perlu diingat semasa mengetahui saie tidak sah sudah berapa banyak larangan ihram yang ia langgar kerana setiap kesalahan itu dikenakan dam
Assalamualaikum wbt ustaz,
1)Bolehkah kita berniat mengerjakan umrah untuk org lain (ibubapa atau adik beradik) ?
2)Bagaimana niatnya?
3)Saya ada terbaca jika kita berniat mengerjakan umrah utk org lain, ia tidak mengurangkan sedikit pun pahala umrah kita.
Mohon pencerahan ustaz…tk
Waalaikum salam.
1. jawapannya boleh syaratnya kita mesti pernah melakukan umrah sebelum ini
2. niatnya sahaja aku melakukan umrah dan berihramnya untuk …(nama arwah) kerana Allah Taala.
3. betul
Assalamualaikum ustaz…saya ada kemusykilan…sekiranya seseorang terlupa bertahalul semasa melakukan umrah…waswas samada dah bergunting atau belum…mcmna dgn umrahnya? Adakah perlu membayar dam kerana sudah balik ke Malaysia? Tq
waalaikumsalam..sebaik teringat maka bersegera bergunting sebagai tahalul..dam dikenakan sekiranya dalam tempoh sebelum bertahalul ada melakukan larangan ihram..
Salam ustaz,
Sekira nye seorang tu tak tahu lalu menolong jemaah lain utk bertahalul kemudian dia pula bertahalul buat dirinye sendiri, adakah ianye sah?
wassalam..jawapannya sah
assalamualaikum haji
Bagaimana jika sedang melakukan tawaf kemudian keluar haid ?
waalaikum salam. jika sedang tawaf kemudian dia ke tandas periksa didapati datang haid maka dia kena tangguhkan dulu tawaf umrah..tetapi jika haid hanya disedari selepas selesai umrah dan pulang ke hotel maka jika keluar semasa tawaf maka umrahnya tidak sah, tetapi jika keluar semasa saie iaitu selepas tawaf maka umrahnya tetap sah..
bolehkah niat umrah@ihram tanpa wuduk?
boleh..yang tak boleh jika mahu tawaf tiada wuduk..
Assalamualaikum
Sekiranya kita dgn tidak sengaja menarik sehelai rambut yg terkeluar dari tudung dan terlupa dgn larangannya
Berapakah dam yang perlu dibayar? Adakah perlu dibayar di makah ataupun boleh dibayar di malaysia atau boleh menggantikan dgn puasa 3 hari
waalaikum salam..1 helai rambut memadai dengan memberi makan 1 cupak makanan kepada fakir miskin..
Assalammualikum ustad .saya pernah mengerjakan umrah.ketika saya sedang mengambik wuduk .tiba2 ada lelaki masuk kawasan wuduk saya dan ternampak aurad ketika dalam ehram..bagaimana hukumnya ustad
waalaikum salam. Umrahnya sah selagi tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkannya
Assalam ustaz. Sekiranya sya ingin melakukan tawaf wida, dn sebelum melakukan tawaf saya ke tandas dn medapati ad kesan koko2 haid..adakan saya perlu melakukan tawaf wida ini atau sy dikenakan dam?
Wassalam. Dalam kes ini ia tidak wajib melakukan Tawaf Wida’ dan tidak dikenakan dam. Wallauallam
Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu soalan:
Adakah sah saei umrah seseorang yang telah bersaei dengan yakin 7 kali tetapi apabila kembali ke hotel dia teringat bahawa ketika memulakan saei dia tidak berniat saei. Boleh ke dia dikira sudah berniat saei sebab biasanya selesai saja tawaf secara automatik seseorang itu akan timbulniat untuk bersaei. Apa hukum umrah ini?
Waalaikum salam..seseorang yang telah berniat umrah dan terlupa untuk berniat tawaf dan saie, ibadah umrahnya dikira sah kerana berniat umrah itu sudah bermaksud akan melakukan umrah dan saie umrah. Niat tawaf dan niat saie itu hukumnya sunat sahaja.
waalaikum salam. sah saie tanpa niat saie kerana ketika niat umrah sudah merangkumi akan melaksanakan tawaf dan saie..
assalamualaikum ustaz. adakah sah tawaf sy jika sy tidak berniat untuk tawaf.??
waalaikum salam. jika tawaf umrah hukumnya SAH kerana niat umrah sudah merangkumi akan tawaf dan saie..tetapi untuk tawaf sunat dan tawaf wada’ mesti berniat kerana ia tidak berdiri dengan sendiri.
assalamualaikum Ustaz….
saya ingin bertanya mengenai kesalahan yg dilakukan selepas tawaf wida’. Adakah semua kesalahan yg kita lakukan selepas selesaikan tawaf wida’ dikenakan dam?? Atau ada jenis2 kesalahan sahaja yang dikenakan dam??
Waalaikum salam. Dam yang dikenakan atas sebab tawaf widak yang batal.
Assalamualaikum Hj, soalan saya.. bolehkah kita bergambar semasa menjalankan ibadah umrah?
waalaikum salam. tiada larangan mengambil gambar..cuma jika ketika sedang tawaf dan saie dikira kurang adab kerana ketika itu sedang melakukan ibadah..
asaalamualaikum ustaz…semasa berniat ihram saya memakai niqab…xlame kemudian saya sedar dan terus membukanya…adakah saya dikenakan dam dan berapa jumlahnya…sekarang saya sudah berada di malaysia…bolehkan sy membayar dam di sini…mohon pencerahan
waalaikum salam..jika terlupa dimaaf dan tidak dikenakan dam..sebaik teringat bersegera menanggalkannya.
Asalam ustad,saya ada kemusykilan..masa tawaf wada saya trpegang kain kaabah dan menciumnya,tanpa saya sedarrupanya saya baru sampai rukun yamani,blum habis pusingan ke 7.maka saya terus ousing sekali lagi utk cukupkan 7. Sbb saya rasa pusing ke 6 tadi batal sbb saya cium kain kaabah sblum ckup 7pusingan..adakah tawaf wada saya sah..
Waalaikum salam..,sah
salam ustz, perlu bayar dam ke kalau seseorang jemaah itu tertinggal satu pusingan tawaf wada? dan dia baru sedar setelah dia keluar dr masjidil haram..
wassalam. jika sedar hanya baru buat 6 pusingan dia boleh kembali semula ke masjidil haram untuk menambah 1 pusingan lagi bagi mencukupkan 7 pusingan tawaf wada’ dan tidak perlu membayar dam…kecuali dia dah balik Malaysia dan sedar hanya melakukan 6 pusingan sahaja maka tawaf wada’ belum sempurna dan dikenakan dam sembelihan seekor kambing..wallauallam..
Assalammualaikum ustaz , saye ade satu soalan , 2 tahun lpas saye ade mengerjakan umrah. Umrah yg pertama, semasa tawaf saye terkentut, mase tu saya mmng tidak tahu saye dah batal lagipon saye tak nak tertinggal jemaah dan tidak tahu dimana tempat untuk ambik wuduk jadi saye teruskan. Untuk umrah yg kedua saye yakin saye buat dgn betul. Jadi adakah saye masih lagi dalam niat ihram dan perlukah saye membayar dam untuk umrah yg pertama tu. Lagipon mase tu saye mmng saye ade masalah dgn selalu saje terkentut. Skrang saye ade di malaysia. Lagi satu, kalau saya dikenakan bayaran dam, jenis dam ape yg saye kene.
waalaikum salam..umrah yang kedua boleh menampung kesalahan umrah pertama yang batal tadi. Dam dikira mengikut jenis kesalahan larangan ihram dari tempoh yang berlaku antara umrah yang pertama dan umrah yang kedua..boleh jadi jemaah sudah memakai pakaian yang berjahit, memakai minyak wangi dan lain-lain kesalahan dalam ihram yang lain..hanya yang berkenaan sahaja tahu apakah kesalahan dalam ihram yang telah dilakukan..wallauallam
assalamu wr,wb,di dalam haji ada dua tahallul.apakah bercukurnya dua kali ?
waalaikum salam. Tahalul awal dan tahalul thani..bercukur hanya sekali sahaja
assalamualaikum ustaz. saya kini sedang di masjidil haram dan telah selesai mengerjakan umrah. sebelum pulang, saya telah menyemak ibadah umrah saya dan didapati saya telah melanggar beberapa larangan ihram secara tidak sengaja:
1) ketika umrah ketiga secara tidak sengaja saya telah membasuh muka dengan sabun pencuci muka. adakah dikenakan dam dan berapa nilainya?
2) ketika umrah ke-4 dan terakhir saya ternampak sehelai rambut diserkup kepala ketika mahu mengambil wuduk. adakah dikenakan dam dan berapa nilainya?
saya tetap meneruskan kedua2 umrah apabila menyedari kesilapan tersebut sehingga bertahalul dan kini ingin membayar dam bagi kesalahan tersebut. bagaimana caranya? adakah saya masih dlm ihram selagi belum membayar dam walaupun telah bertahalul?
terima kasih diatas jawapan dr ustaz dan berharap agar dapat jawapan segera kerana saya amat risau sekiranya ibadah tidak sempurna dan pulang dalam keadaan berihram kerana saya bakal melangsungkan perkahwinan.
waalaikum salam..kes 1 mencuci muka bukannya bermaksud untuk berwangi-wangian..tidak dikenakan dam..kes 2 nampak anak rambut ketika ambil wuduk tidak dikira kena bayar dam, kecuali jika terdedah aurat rambut ketika tawaf ia boleh membatalkan pusingan tawaf yang berkenaan sehingga memungkinkan terbatalnya umrah disebabkan tawaf yang tidak sempurna pusingannya. Umrah dikira selesai selepas kita bertahalul..wallauallam
Ustaz kalo mase umrah ade buat salah mcm potong kuku dan pakai wangi wangian kesalahan nie dikire skali ke ustaz? Atau mcm mne?
2 kesalahan yang berbeza
assalamualaikum ustaz.. saya ingin bertanya mengenai tawaf wida’.. semasa melakukan tawaf wida sya telah diajak utk bersolat di hijr ismail, walaupn pusingan belum cukup 7 kali.. adakah itu kesalahan dan sy perlu membayar dam walaupn sy jahil mengenai itu??
Waalaikum salam..tidak jadi satu kesalahan
Assalamualaikum Ustaz.
Saya ada satu beberapa soalan:
1. Setelah saya selesai ibadah umrah (tawaf, saie dan tahalul), dan ketika hendak mandi bila kembali ke bilik hotel, saya terperasan ada najis melekat di seluar. Adakah umrah saya dikira sah?
2. Saya memakai perfume dibadan selepas mandi sunat ihram. Kemudian berniat. Kemudian saya tukar ke pakaian lain yg lebih sesuai. Adakah umrah saya sah jika saya memakai perfume sebelum berniat? Bila saya baca di blog yg lain2, saya dapat jawapan yg berbeza.
Terima kasih.
Waalaikum salam.
1. Hendaklah dipastikan najis di seluar itu keluarnya bila ? Jika keluar sebelum tawaf maka Umrah tidak sah, tetapi jika keluar selepas tawaf atau semasa saie maka Umrahnya masih sah.
2. Memakai wangi di badan sebelum berniat ihram umrah dibolehkan. Jika selepas itu menukar pakaian lain tidak mengapa..tetapi jika menanggalkan pakaian asal dan kemudian disarung semula dikira memakai wangian kerana semburan wangian sudah melekat pada pakaian yang kita sudah pakai sebelumnya..wallahuallam
Salam ustaz..adakah tawaf widak ade kaitan dengan pernikahan….sekiranye dam belom bayar..dam melanggar larang tawaf widak….atau tidak berkaitan..tq
Wassalam..tawaf widak tiada kaitan dengan pernikahan
Assalammualaikum ustaz
saya baru balik dari mengerjakan umrah dis lepas. Cuma sehingga kini saya masih risau dengan status umrah wajib saya. Ini kerana selepas solat subuh saya tidak yakin samaada masih ada wuduk atau tidak kerana keadaan perut yg tidak begitu selesa setelah menempuhi perjalanan jauh. Oleh itu saya ambil wuduk dgn air zam zam utk mengerjakan dgn bantuan sepupu. Menurut nasihat sepupu, wuduk di atas stokin pun tak pe..yg menjadi masalah ini, saya cuma basahkan stokin bhgn atas kaki sahaja bukan keseluruhan hingga tapak kaki. Adakah wuduk saya utk tawaf itu sah? Saya ada rujuk kepada mutawwif saya sebaik lepas tahalul berkenaan dgn perkara itu. Beliau kata sbb kan kita tidak tahu jadi kita pulangkan kepada Allah moga2x wuduk kita tersebut diterima dan tawaf pun diterima..apa pendapat ustaz? Adakah saya masih berada dlm ihram dan perlu bayar dam? dan jika perlu bgmana pengiraannya dan adakah boleh bayar di malaysia?..kesalahan dalam ihram yg mungkin saya langgar adalah memakai wangi-wangian.
Waalaikum salam. Permasalahan samada wuduk masih ada atau tidak harus jelas dan bukan was-was. Jika yakin batal disebabkan terkentut misalnya, maka ia yakin batal. Tetapi jika tidak ada yang keluar samada ikut jalan depan atau belakang maka wuduknya masih sah. Jika wuduk memang yakin sudah batal maka jika ia mengambil wuduk dengan tidak menanggalkan stokin dikira tidak sah wuduknya..jika wuduk tak sah maka tawaf juga tidak sah dan umrah juga dikira tidak sah. Pelaku dianggap masih lagi di dalam ihram. Jika ia ada melakukan Umrah yang kedua, maka ihramnya dikira dari saat Umrah yang pertama sehingga disempurnakan Umrah yang kedua. Maka kena periksa berapakah jenis kesalahan larangan ihram yang dilakukan dalam tempoh yang berkenaan. Yang jelas mungkin kesalahan menggunting rambut dan memakai wangian (kerana pelaku seorang wanita), jika lelaki ditambah kerana memakai pakaian berjahit. Jika ada melakukan Umrah yang kedua maka larangan ihram sudah dikira lepas tetapi ia menanggung hutang dengan Allah selama mana ia belum menjelaskan dam yang berkenaan. Wallahuallam.
Assalamualaikum, ustaz… Adakah kita masih berada di dalam keadaan ihram sekiranya dam belum dilangsaikan?
Wassalam. Ihram sudah lepas tetapi jika ada dam yang belum dijelaskan dianggap masih ada hutang dengan Allah. wallahuallam.
Assalamualaikum, Ustaz… Adakah kita masih lagi dalam keadaan ihram sekiranya dam takhyir dan taqdir belum dilangsaikan di mekkah? Contohnya, sekiranya seseorang itu tercabut 2 bulunya pada mana2 bahagian di anggota badan dan sekarang telah pun berada di Malaysia… Adakah dia berada di dalam keadaan ihram? Bolehkah dia berpuasa 3 hari di Malaysia kerana tidak berkemampuan dari segi kewangan?
waalaikuk salam. Ihram sudah dilepaskan sebaik kita bertahalul..tetapi jika ada wujud kesalahan yang dikenakan dam dan belum dijelaskan maka dianggap masih ada hutang dengan Allah.Wallajuallam
Assalamualaikum Ustaz,
Sy perlukan pndangan ustaz,saya ada beberapa kali memakai cream muka
yang agak berbau semasa dalam ihram tanpa sy sedar sampaila hampir 2 bln slepas kerjakan umrah.Adakah umrah sy masih dikira sah ustaz?
1. Adakah cream muka yg berbau tergolong dalam memakai wangian juga?
2. Jika ya sy perlu dikenakan denda mcm mana since sy sdh berada di Malaysia. Sy perlu tunaikan dam pada badan2 tertentu atau boleh saya menyelesaikannya secara sendiri?
Mohon pencerahan. Terima Kasih
Waalaikum salam. Cream muka yang berbau wangi tergolong dalam memakai wangian. Kena dam…dan boleh pilih samada sembelihan 1 ekor kambing di Makkah atau memberi makan 6 orang fakir miskin di Makkah atau berpuasa 3 hari dan boleh dilakukan di Malaysia.
Terima kasih ustaz. Entri yg sgt membantu 👍🏻👍🏻
salam..saya ada pergi buat umrah tahun lepas.smsa dlm ihram rmbut sya trlekat pda cermin mata..sya trpaksa tarik rmbut dan rmbut 2 ptus..adakah sya kena byar dam dan jika sya perlu bayar dam mcm mna cara nak bayar dam..
dan adakah umrah saya itu sah atau umrah itu sah hanya selpas membyar dam?
Wassalam. Umrah sah. Kena tengok berapa helai rambut yang putus. Jika sehelai atau 2 helai memadai memberi makan 1 orang atau 2 orang fakir miskin..ia dinamakan fidyah bukan dam. Jika 3 helai atau lebih boleh memilih samada sembelihan 1 ekor kambing di Makkah atau memberi makan 6 orang fakir di Makkah atau berpuasa 3 hari di tanah air. Wallahuallam..
maaf..saya juga mmbasuh baju menggunakan sabun kerana bau makanan trlekat pda baju saya pada waktu dlm ihram..adakah sya perlu membayar dam?
apakah hukum tidak membayar dam?
basuh baju menggunakan sabun untuk tujuan kebersihan tidak jadi kesalahan, tetapi sekiranya dihidu secara sengaja sabun berkenaan maka ia dikenakan dam. Sama seperti kes rambut tadi, dam yang dikenakan dinamakan dam Takhyir dan dam takdir..boleh pilih yang mana satu antara 3
Salam ustaz, boleh x bayar dam sembelihan kambing di buat tanpa kite melihatnya kambing tersebut…maksudnya…kita beli melalui telefon…bayar secara bank in dan beritahu rakan tersebut niat tersebut untuk bayar dam sebab melakukan kesalahan selepas tawaf widak….dan kawan tersebut juga mengagihkn kpd yg terbabit…adakah sah?
boleh
Salam ustaz skdr ingin bertanya adkah sah tawaf saya apabila saya tawaf wida 6 pusingan dan balike hotel dan menyambungnya seblum balik memandanglan waktu flight agak lama lagi,adakah terbatal tawaf sy apabila balik ke hotel dan didpati sy dtang bulan?
Wassalam..tawaf wida’ tidak semestinya berturut-turut..boleh dilakukan 6 pusingan dahulu kemudian balik ke hotel dan apabila mahu segera meninggalkan Makkah ditambah 1 pusingan lagi…tetapi jika balik hotel didapati datang haid, maka kewajiban tawaf wida’ gugur dengan sendiri..tidak perlu lagi tawaf wida’..dan tawaf 6 pusingan tadi dikira tidak sah kerana hukum tawaf dikira sah bila cukup 7 pusingan.
Assalammualaikom.. Ustaz, adakah tawaf wida’a itu wajib dlm mengerjakan ibadah Umroh ? atau hanya cukup melakukan tawaf sunat .. Tk
Waalaikum salam..tawaf wida’ hukumnya wajib dan orang yang tidak melakukannya tanpa sebab dikira berdosa dan kena bayar dam sembelihan 1 ekor kambing
Assalamualaikum Ustaz
InsyaAllah saya sekeluarga akan menunaikan umrah pada Mac ini. Berkemungkinan saya masih dalam haid (hari akhir) semasa sampai di Mekah
Persoalannya :
1) Saya perlu niat bersyarat semasa sampai di Miqat Bir Ali..kemudian saya telah suci dari haid dan terus mandi wajib. Adakah saya perlu berniat semula di Miqat contohnya di Tanaeem untuk menyempurnakan Umrah atau tak perlu kerana sudah niat bersyarat di Bir Ali
Terima kasih Ustaz
waalaikum salam..wanita haid yang telah berniat umrah wajib menunggu sehingga telah suci dan telah mandi hadas maka ia teruskan sahaja melakukan tawaf dan saie tanpa perlu memperbaharui niat.
Salam ustaz.. Saya mengalami keputihan.. Terutamanya bila berada di mekah dan madinah kerana kerap berjalan. Kebiasaannya saya harus membersihkan dan menukar pelapik setiap kali hendak solat kerana keputihan. Sewktu tawaf pusingn ke 2 saya rasa keputihan saya keluar dan saya meberuskan tawaf saya.. Adakah tawaf saya sah?
wassalam..jika yakin rasa ada keluar keputihan dan ketika selesai umrah setelah diperiksa memang ada keputihan maka tawaf jadi tidak sah..wallahuallam
Salam ustaz. Saya akan ke jeddah tak lama lagi atas urusan kerja. Untuk pengetahuan ustaz, saya tidak pernah melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh kah saya memasuki makkah buat pertama kali tanpa melakukan ibadah umrah?
Wassalam. Dikira berdosa dan dianggap tidak menghormati Baitullah
Salam…ustaz saya nak tanyala Kalo saya nak buat umrah tp saya tidak Mahu berniat di dalam flight(Qarnul manazil). Sy Ingin ambil taxi ke tanah haram ltk beg di hotel Dan keluar semula bermiqat di tanaiem blh ke ustaz. Tujuan untuk mengelakkan sy terikat dgn perkara-perkara yang membatalkan umrah dalam masa yang lama(dikuatiri ada masalah ketika perjalanan dr airport jeddah ke tanah haram).
wassalam..tidak boleh..sesiapa yang masuk Tanah Haram Makkah wajib berniat umrah di tempat miqat yang tertentu. Jika masuk Makkah tanpa niat umrah dikira berdosa dan dikenakan dam
Assalamualaikum ustaz, boleh x kita berpuasa selama 3 hari sekiranya tidak melakukan tawaf wida’, atau saya perlu menyembelih seekor kambung sekiranya ia tidak memadai.
2. Boleh x ustaz maklumkan lokasi membayar dam di mekkah
Syukran
Waalaikum salam. Dam mesti sembelihan seekor kambing dan disempurnakan di Makkah..boleh dikirim kepada rakan untuk menyempurnakan dam yg berkenaan.
Assalamualaikum ustaz..
Setelah berniat umrah dan berihram di miqat tertentu, kemudian kita bertolak ke makkah.. sampai di makkah, sy ingin ke tandas utk membuang air besar, lalu menanggalkan kain ihram saya kerana bimbang terkena najis.. selepas selesai.. sy mengenakan ihram kembali dan melakukan ibadat umrah seterusnya seperti biasa.. adakah sah ibadah umrah sy kerana perbuatan sy yadi kerana menanggalkan kain ihram ?
Waalaikum salam..Sah umrah.
Assalamualaikum Ustaz,
Saya mengalami masalah perut yang selalu berangin dan kadang2 perut berbunyi yg mungkin boleh didengar oleh orang yg terlalu hampir dengan saya.
Adakah perkara ini membatalkan tawaf umrah. Adakah ini termasuk angin yang keluar dari bahagian belakang dan juga dari bahagian depan bagi wanita yang membatalkan tawaf umrah.
Minta penjelasan Ustaz ya. Jazakalllah
Waalaikum salam..tawaf boleh batal atas batal wuduk..wuduk jadi batal apabila keluar sesuatu dari arah depan ataupun belakang…ada pun keluar angin dari mulut seperti sendawa tidak membatalkan wuduk dan atas sebab itu maka tawaf dikira tidak batal..dalam kes dengar bunyi angin dalam perut selagi tidak keluar dari jalan depan atau belakang tidak membatalkan wuduk..
Assalamualaikum wbt ustaz….
Adakah tawaf wida terbatal jika minum air semasa tawaf tersebut kerana ketika melakukan tawaf isteri dalam keadaan tidak sihat akibat demam panas.
waalaikum salam..tawaf tidak batal atas sebab minum air..rujuk perkara-perkara yang membatalkan tawaf…jika tiada maka tawaf dikira sah.
ibadah kena yakin…was-was ni mainan syaitan..jangan diikutkan sangat..jika nak bayar dam kena jelas apa kesalahannya..dalam kes tuan insyaAllah umrah sah selagi tidak melanggar segala pantang larang ihram dan melakukan perkara yang boleh membatalkan tawaf atau saie…
Ustaz saya ade terkentut semasa tawaf dan masa tu saya tidak tahu bila kentut tawaf saya terbatal dan saya terus melakukannya sehingga selesai umrah yg pertama tapi untuk umrah yg kedua dan ketiga saya yakin tak kentut. Soalan saya ustaz adakah umrah pertama saya tu dimaafkan sebab keadaan saya yg tak tahu lagipon masa itu saya tidah tahu dimana tempat ambik wuduk dan tak mahu tertinggal tawaf dengan keluarga saya. Kalau umrah pertama saya tidak sah maknanya sebelum melakukan umrah yg kedua itu mesti saya ada melakukan kesalahan tetapi masalahnya bagaimana saya nk tahu kesalahan apa yg telah saya lakukan dan mcm mane saya nk bayar dam tersebut kalau saya dikenakan dam yg berat seperti kene buat penyembelihan kambing atau sebagainya emm tapi saya masih lagi remaja dan tak bekerja jadi mcm mana ustaz nk selesaikan masalah saya nie harap dapat bantu saya.
Umrah pertama dikira tidak sah..tetapi umrah kedua boleh menampung umrah yang pertama tadi..cuma antara jarak umrah pertama hingga kedua apakah kesalahan larangan ihram yang telah dilanggar..jika lelaki mungkin sudah bercukur/gunting, memakai pakaian berjahit, mungkin sudah memakai minyak wangi dan sebagainya..kesalahan kena jelas sebelum mahu membayar dam yang berkenaan
Assalam ustaz. Saya nk bertanya jika masa musim haji wuduk kita tidak terbatal jika bersentuhan kulit lelaki dn perempuan. Adakah wuduk itu cara biasa atau cara mazhab maliki? Jika kita ambil wuduk cara biasa mazhab shafie dan kita ingat sekali bersentuhn tangan dgn suami, cuma x ingat masa tawaf ke sebelum tu. Selepas itu kita balik malaysia bila tamat mngerjakan haji. Jika batal wuduk itu perlukah kita bayar dam seekor unta dan seekor kambing di malaysia?
Sambungan kpd pertanyaan dari che yah. Perkara haji ni berlaku semasa mngerjakn haji beberapa thun yg lalu. Masa balik dari mekah tu saya agak yakin saya telah mngerjakn haji mngikut syarat2nya. Cuma bila pergi ceramah dari seorang ustaz baru2 ini dan beliau mnyatakan kelainan mengambil wuduk dalam mazhab lain yg membolehkn wuduk tidak terbatal jika bersentuhan lelaki perempuan semasa di mekah. Sedangkn semasa saya gi mekah dulu saya tak dengar pula hal sedemikian. Saya takut jika haji saya tidak sah dan tergantung jika bersentuhan kulit lelaki semasa mngrjakn tawaf rukun. Apa yang patut saya buat?
wassalam…mengikut Muzakarah Pengkursus Haji oleh Tabung Haji (kali ke berapa saya tidak pasti) telah memutuskan bahawasanya atas sebab maslahah ketika di Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi, wuduk tidak batal atas sebab sentuhan lelaki dan wanita selagi tidak diselangi dengan syahwat..samaada ianya berlaku ketika tawaf atau berada di dalam Masjid atau keluar dari bangunan hotel menuju ke Masjid…dan cara wuduk adalah cara yang biasa kita amalkan iaitu mahzab Syafie…boleh rujuk kepada pihak Tabung Haji untuk lebih menyakinkan..
As salam
Seseorang yang telah berniat umrah di Miqat..kemudian semasa didalam perjalanan dia membaca buku panduan & mengulangi niat..kemudian tesalah niat haji pula tanpa sengaja dan cpt2 membetulkan niat umrah. Kerana mmg azam dia utk melakukan Haji Tamattuk dari tanahair.. iaitu melakukan umrah dahulu sblm melakukan haji. rusan pembayaran dampun tlh dibuat dgn TH sebelum brangkat. Baagaimana kedudukan umrah tersebut? Terima kasih ustaz
Wassalam..niat ialah kerja haji..ada pun baca buku tu sekadar membaca dan tidak disertai niat..tak jadi satu kesalahan
Assalamualaikum
Apakah hukum orang yg batal wuduk ketika tawaf akibat daripada keluar angin?
Dan apakah dam yg dikenakan keatas kesalahan ini?
Wassalam..jika dah terkentut maka kena ambil wuduk semula kerana tawaf tidak sah tanpa wuduk..pabila tawaf tak sah maka saie juga tidak sah kerana syarat sah saie hendaklah dilakukan setelah sempurnanya tawaf dan secara keseluruhan umrahnya juga tidak sah..jika umrah tidak sah kena periksa semula berapa banyak pantang larang ihram yang langgar selepas itu sehingga ia melakukan umrah yang kedua..waallahuallam
Assalamualaikum ustaz..
Saya bekerja dan menetap di Riyadh. Persoalan nya..
1) Adakah SAH niat ihram sekiranya kita berniat ihram umrah BERSYARAT seperti, “Sahaja aku mengerjakan umrahku dan ihram aku dengannya DENGAN niat BERSYARAT sekiranya berlaku sebarang kemudaratan ke atasku maka aku akan bertahlul kerana Allah ta’ala”. Niat ini di ajar oleh seorg hamba Allah dengan menjelaskan bahawa jika tiba2 datang haid semasa ihram maka boleh bertahlul selepas habis haid. Adakah sah umrah & ihram yg dilakukan? Akan tetapi sekiranya tidak berlaku apa2, tidak dtg haid akan tetapi niat tersebut telah dilafazkan adakah sah umrah & ihram tersebut?
2) Adakah WAJIB dilakukan Tawaf Wida’ setelah selesai Umrah sebelum berangkat pulang ke Riyadh? Ini kerana seorg hamba Allah juga menyatakan Tawaf wida’ di dalam umrah hukum nya SUNAT. Maksudnya, jika dilakukan mendpt pahala manakal jika tidak dilakukan tidak berdosa.
Mohon pencerahan dari pihak ustaz. Terima Kasih. 😊
Waailakum salam..niat bersyarat kerana bimbang didatangi haid dan jika berlaku ketika hendak melakukan tawaf maka ia berlepas diri darinya..akan tetapi jika tidak berlaku datang haid maka ia wajib menyelesaikan umrah yang berkenaan..adapun tawaf widak hukumnya wajib bagi mereka yang tiada keuzuran..meninggalkannya dihukumkan berdosa dan wajib membayar dam sembelihan seekor kambing..wallahuallam
As salam…. setelah melakukan tawaf wida’ saya terus masuk ke Masjidil Haram dan membaca alquran sedangkan saya tidak tahu selepas tawaf wida’ kita tidak boleh melakukan sebarang ibadat lain..apakah hukum seseorang membaca alquran dalam Masjidil Haram selepas dia melakukan tawaf wida’?…minta pencerahan dari ustaz…
Wassalam..selepas tawaf wida hendaklah bersegera meninggalkan Masjidil Haram..jika berlengah-lengah seperti membaca al-quran misalnya menyebabkan Tawaf Wida’ menjadi batal dan perlu diulang semula..jika tidak dilakukan maka damnya ialah sembelihan seekor kambing..
AsSalam ustaz,
saya ingin bertanya, bolehkah kita solat jamak + qasar ketika:
1. dalam perjalanan pergi dari Tanah air ke Tanah suci
2. dalam perjalanan pulang dari Tanah suci ke Tanah air
Wassalam. Boleh dengan syarat sudah meninggalkan rumah dan daerah yang kita diami semasa pergi…begitu juga semasa pulang boleh dilakukan selepas kita meninggalkan Makkah…
Ustaz, boleh atau tidak solat jamat & qasar dibuat di kelana jaya (tempat lapor diri Jemaah haji) sekiranya kawasan tinggal di Sg Buloh.
Boleh
Assalamualaikum Ustaz,
Pada tahun 2008 saya telah menjalani ibadah umrah bersama arwah isteri saya. Selesai tawaf wida saya dan isteri terus ke bas yang menanti. Tetapi sebelum menaiki bas saya telah mengambil gambar arwah isteri saya. Saya dan arwah isteri tidak mengetahui bahawa tindakan ini adalah dilarang sehingga kini. Kami cuma diberitahu kami dilarang untuk membeli barang dan sebagainya, tetapi tiada maklumat mengenai bergambar.
Soalan saya,
1. Adakah saya dan arwah isteri perlu membayar dam.
2. Apakah dam nya.
3. Kalau perlu bayar, bolehkah saya membayar di Malaysia.
4. Bagaimana hendak saya lakukan contohnya seperti niat dan siapa boleh membantu saya melakukan (sembelih jika damnya seekor kambing) jika saya diwajibkan membayar dam.
5. Adakah dibolehkan saya saya membayar bagi pihak isteri saya yang telah meninggal dunia.
Terima Kasih Ustaz saya dahulukan atas bantuan ustaz.
Waalaikum salam. Yang tidak boleh mengambil gambar di Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya..adapun ketika di hotel menunggu bas tiba atau semasa mahu menaiki bas tidak jadi apa-apa kesalahan dan tidak perlu membayar dam..
As salam ustaz. Saya nak tnya pandangan ustaz.. Feb 2017 saya dgn ibu dgn ayah sya telah pergi mengerjakan umrah. Selepas tawaf selamat tggal. Selepas siap semua. Semasa kami makan buat kali terakhir di dlm hotel sebelum akan bertolak ke airport kul 2ptg. (semasa makan kira2 dlm kul 12).. Kmi bertiga bergambar semasa makan di dlam hotel… Kami tiada niat nak lengah2kan masa perjalanan kami dan rombongan atau apa. Adakah ad masalah apa2 ustaz. Saya musykil.. Trima kasih ustaz
Wassalam..mengambil gambar di hotel semasa menunggu ketibaan bas bukan dikira menlengahkan perjalanan pulang..pada saya tiada masalah dan tidak dikenakan dam..yg dikenakan dam apabila mengambil gambar dalam Masjidil Haram selepas Tawaf Wida’ kerana dikira melengahkan perjalanan..wallahuallam..
Saya telah mengerjakan Saie Umrah Fardu. Ketika Saie sya berjln laju kehadapan dan kemudian berhenti sebentar utk tunggu Mutawif yg drg dr arah 5 meter di belakang. Apakah sah saie saya. Tk.
sah
Salam hj..sy ingin bertanya sy telah selesai mengerjakan umrah bru2 ni..setelah selesai melakukan tawaf wida’ sy telah menolong seseorg mengambil gambarnya di hadapan kaabah..sy tdk tahu yg menolong org mengambil gambar jga mmbatalkan tawaf wida’ sy..kemudian setelah kembali ke hotel sy ada membaca penulisan hj mengenai situasi sy..dan sy melakuakn semula tawaf wida’ sy setelah merasakan tawaf pertama sy telah terbatal..soalan sy apakah hukum dlm situasi sy ini?
Mohon pencerahan drp hj..terima kasih
Wassalam..selepas melakukan Tawaf Wida’ hendaklah bersegera meninggalkan Masjidil Haram dan juga Tanah Haram..perbuatan mengambil gambar dikira melengahkan kita meninggalkan Masjidil Haram dan Tawaf Wida’ dikira batal..perbuatan mengulang semula Tawaf Wida adalah langkah yang betul..
Salam ustaz,
pada tahun lepas saya telah dibawa menunaikan umrah yg agak basic oleh seorang orang local (arab), semasa trip kerja saya di jeddah tahun lepas… Saie dan tawaf.
tetapi org arab tersebut terlupa utk guide saya utk tawaf wida” mungkin sebab dia org local dan x perlu buat tawaf tu.
Jadi untuk saya, kena bayar dam kn ustaz? berapa agknye
Wassalam..jika tidak melakukan tawaf wida’ maka damnya ialah sembelihan seekor kambing..boleh wakilkan kepada sesiapa yang dipercayai untuk lakukan sembelihan tersebut.
jika rumah tuan kurang dari 2 marhalah dari jeddah ke makkah maka tidak wajib tawaf wida’..tetapi jika lebih 2 marhalah maka wajib tawaf wida’..jika tidak dilakukan maka damnya ialah sembelihan seekor kambing..
Assalamuslaikum ustaz, maaf soalan saya agak pamjang. Saya tidak melakukan tawaf wida kerana diberitahu oleh salah seorg jemaah bhw ianya sunat shj. Pd masa itu sy mmg yakin ianya sunat. Stlh balik ke msia sy rujuk balik nota & buku2 & mendapati ianya wajib. Soalan sy;
1. Adakah sy berdosa & perlu membyr dam.
2. Jika kena dam, bila sy kena niat dam, semasa membeli kambing atau sblm kambing disembelih.
3. Jika sy wakilkan org utk uruskan pembelian & penyembelihan kambing bagaimana, bila sy kena niat & perlukah sy membetitahu org itu ttg dam sy.
4. Blhkah sy memkn daging kambing itu.
Tk.
Waalaikum salam. Jawapannya
1. tidak berdosa kerana tidak tahu..ianya dimaaf tetapi dam tetap dikenakan.
2. dam ialah sembelihan seekor kambing di Tanah Haram..boleh wakilkan kepada mereka yang amanah untuk melaksanakannya.
3. memadai dengan menyerahkan tugas sembelihan itu kepada wakil yang dipercayai..dan syaratnya kita mesti sudah meninggalkan Makkah lebih dari 2 marhalah.
4. tiada masalah..yang dinyatakan ialah sembelihan seekor kambing..
salam ustaz..saya telah mengerjakan umrah tahun lepas. Selepas tawaf wida’ bersama mutawif, kami turut tunggu untuk solat zuhur yg masuk waktu selepas 10 – 15 min selepas tawaf. Sesambil itu saya ada membaca quran dari hp…apakah tawaf wida’ saya sah?..jika tidak..dam tersebut boleh dilakukan di malaysia atau tidak?
wassalam..perbuatan menunggu masuk waktu zuhur dan solat zuhur selepas tawaf wida menyebabkan tawaf wida’ jadi batal..dam sembelihan seekor kambing boleh dilakukan di Malaysia..
As salam
Tuan…saya ingin mengetahui hukum selepas tawaf wida selesai saya dan suami ada memegang kaabah adakah kami perlu membayar dam dan bolehkah dibayar disini.. jika perlu nak niat bagaimana..terima.kasih ustaz
tak salah pegang kaabah..yang tidak boleh jika sedang tawaf umrah..jika dah selesai tawaf wida..tak jadi salah
Salam ustaz nak tanya Sebelum wat tawaf ifadhah ngan saie haji tu cek seluar dalam tak datang haid lagi tapi lepas siap semua masuk tandas baru perasan ada warna coklat macam mana kes ni adakah saya perlu ulang tawaf
tak perlu kerana sebelum lakukan tawaf sudah dipastikan tidak ada…kita tidak pasti bila keluar..mungkin semasa saie..
Salam Ustaz,
Saya dan keluarga bercadang untuk menunaikan umrah tahun hadapan 23feb 2018, sekarang saya sedang hamil 7bln. Dijangka lahir 7Jan, ketika itu bayi sy berumur +-50hari. Adakah selamat sy membawa bayi yang berusia sebulan lebih untuk menunaikan umrah
wassalam..cuba ambil nasihat doktor…tetapi saya perhatikan ramai keluarga arab yang membawa bayi mereka ikut sekali ke Makkah..
Assalamualaikum ustaz, saya ada satu kemusykilan. Jika saya dalam haid dan niat bersyarat di miqat. Sekiranya haid saya tidak berhenti sehingga balik ke Malaysia.
1. Adakah saya masih dalam ihram semasa di Mekah?
2. Sekiranya ya, apakah yang saya perlu lakukan untuk terlepas daripada pantang larang ihram?
Waalaikum salam. Jika niat bersyarat dengan menyebut sekiranya Haidku ini tidak kering sehingga aku meninggalkan Makkah maka halallah aku..maka ia tidak perlu membayar dam dan berlepas diri dari ihram Umrah..jika tidak niat bersyarat maka ia dikenakan dam sembelihan seekor kambing bagi melepaskan ihram Umrahnya..
Assalamualaikum,
saya nak tanya…kalau orang yang uzur dan x buat tawaf wida,terikat dak ngan pantang larang selepas tawaf wida…cthnya orang sakit/period,tidur smpai waktu nk bertolak…adakah kena bayar dam juga???terima kasih
waalaikum salam..orang yang uzur tidak wajib baginya untuk tawaf wida’..tak perlu bayar dam.
Assalamualaikum..
Ustaz saya ada sedikit keraguan mengenai hukum saie.Keadaannya begini saya bersaie seperti biasa selepas saya rasa sudah lengkap 7 kal i(marwah) tiba-tiba timbul was2 mengenai jumlah pusingan saie saya.Namun saya tetap bertahalul dalam keadaan perasaan yang bercampur antara was dan yakin…balik hotel saya rasa tidak sedap hati.Jadi saya buat kiraan semula semula berdasarkan ingatan saya dan dari kiraan dihotel itu ia mencukupi tujuh kali.
Soalan saya:-
Sah atau tidak saie saya kerana keyakinan yang betul dirasakan apabila saya telah bertahalul dan kiraan dibilik hotel.
Adakah saya kena dam?
Sekarang saya sudah sampai dimalaysia.Saya ada merujuk dengan mutawif/petugas disana.
mereka maklumkan umrah saya sah kerana cukup 7 pusingan walaupun keyakinan yang betul dari jumlahnya datang kemudian…mohon pencerahan ustaz.
waalaikum salam..jawabannya sah..
salam ustaz,saya ada pertanyaan..saya bru balik dari umrah dua minggu yang lepas. saya keliru,was2dan risau.semasa saya ingin mengerjakan tawaf saya ada tahan kentut dan saya yakin tidak kentut. saya rasa macam ada keluar angin bahagian fajar atau perasaan saya. selepas itu saya melakukan tawaf dgn yakin dan sempurna..disana sy tdk ada fkir ataupun terlitas difikiran.sebab sebelum nie saya tdk pernah keluar angin bahagian faraj..apabila balik ketanh air saya mari terfikir dan was2 tawaf kedua tu sah atau tidak sah..??saya jadi takut..tawaf ketiga sy dapat melakukan dgn sempurna..dan saya akan berkhwn tidak lama lagi..tolong terangkan ustaz..keliru..
wassalam..masalah was-was yang timbul setelah selesai ibadah tidak diambil kira..itu semua mainan tipu daya syaitan
wassalam..sekali saja
Assalamualaikum ustaz.
Adakah sah tawaf saya, jika semasa tawaf terasa sesuatu tapi saya tidak yakin dan was was. Saya yakini diri yang saya sedang berpeluh sahaja dan saya teruskan tawaf. Kerana, saya pernah sembahyang diluar masjidil haram, dalam keadaan cuaca yang panas dan berpeluh, ini seakan sama seperti yang saya rasa semasa mengerjakan tawaf.
Setelah selesai tahalul, saya balik hotel dan check, namun tidak ada bukti atau tanda cecair yang keluar pada pantiliner. Adakah sah umrah saya?
wassalam..sah