Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini saya menerima email dari calon bakal jemaah yang bertanyakan beberapa soalan yang boleh saya kongsi bersama pembaca. Saya rasa ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan samada mahu menyertai Ajwatravel atau tidak. Boleh jadi terdapat beberapa persoalan yang seperti kurang jelas mengenai Pakej yang ditawarkan. Tambahan pula kita punya banyak pilihan untuk membuat keputusan, Pakej mana atau agensi mana yang lebih diyakini, sesuai dengan budget yang kita ada.

gambar note2 536

Berikut ialah contoh soalan yang boleh dikongsi bersama..

Soalan 1 – Adakah pihak Ajwa Travel mengadakan Kursus Umrah dan di mana lokasi Kursus Umrah dijalankan ?

Kebiasaannya Kursus Umrah dibuat di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam. Tempat ini dipilih kerana dianggap memudahkan orang ramai untuk mendatanginya. Jika dibuat di Bandar Klang, dibimbangi ramai yang tidak biasa dengan area sini.

Jika ramai melebihi 100 orang, kursus dijalankan di Dewan Seminar, tingkat bawah Masjid Negeri. Jika kurang dari 100 orang biasa dibuat di bilik kuliah sahaja. Sekiranya tempahan di tempat ini sudah penuh pada tarikh yang berkenaan, maka lokasi alternatif akan diberitahu kemudian.

Dan pernah juga sekiranya di sesuatu tempat jemaahnya ramai, 20 orang misalnya boleh juga Kursus Umrah dijalankan di tempat yang berkenaan samada di rumah, di dalam dewan atau masjid/surau.

Soalan 2 – Berapa kalikah Kursus Umrah diadakan ?

Kebiasaannya diadakan sebanyak 2 kali dan pada 2 tarikh yang berlainan. Lazimnya diadakan 1 bulan sebelum jemaah berangkat. Antara tajuk Kursus ialah “Motivasi Umrah”, “Perlaksanaan Ibadah Umrah dan Hukum Yang Berkaitan” dan “Ziarah Makkah dan Madinah”. Kursus dijalankan dengan mengunakan kemudahan Projektor dan disampaikan oleh saya sendiri atau Ustaz-ustaz yang dipilih.

Soalan 3 – Berapakah harga sebenar Pakej Umrah Disember 2013/Januari 2014 ?

Harga yang sebenarnya belum berani dikeluarkan lagi disebabkan menanti Harga Baru hotel musim 1435H. Berdasarkan harga awal Musim 1434H, Pakej Umrah Idaman ditawarkan pada harga RM7500 seorang (bilik berempat). Tambahan RM500 seorang untuk bilik bertiga. Dan tambahan RM1200 seorang untuk bilik berdua.

Harga Ekonomi musim lepas pula ialah RM6000 seorang. Tambahan RM300 seorang untuk bilik bertiga. Dan tambahan RM600 seorang untuk bilik berdua.

Sama-sama kita berdoa semoga Harga Hotel untuk musim baru ini tidak ada kenaikan, dan jika ada pun tidak sampai 10%. Seboleh-boleh saya cuba kekalkan harga lama dan memastikan Hotel untuk Pakej Super Ekonomi, jaraknya kurang dari 200 – 300 meter dari Masjidil Haram.

Sebenarnya saya sudah mengenalpasti Hotel Pilihan untuk Pakej Ekonomi, tetapi tidak boleh mengumumkan sekarang. Bimbang hotel berkenaan “not available” pula masa nak ‘Check in” nanti. Jaraknya memang tak jauh, kurang dari 200 meter, insyaaAllah.

Soalan 4 – Berapa hari untuk setiap pakej ?

Jumlah hari bergantung kepada Jadual Penerbangan yang diambil. Biasanya 12 hari 10 malam atau 13 hari 11 malam. Menginap di Madinah 4 hari dan 3 malam. Manakala selebihnya ialah di Makkah. Jenis penerbangan pilihan ialah MAS Charter atau Saudi, lihat yang mana “available” nanti.

Soalan 5 – Berapa kali dapat menunaikan umrah?

Tempat Miqat yang dilawati oleh Ajwa Travel ialah  di Bir Ali (jika datang dari Madinah), atau Qarnul Manazil (dalam flight, jika datang dari KLIA), miqat seterusnya ialah di tempat ziarah iaitu Masjid Jaaranah dan juga Masjid Hudaibiyah. Miqat terdekat di Masjid Tanaem juga jemaah boleh mengambil teksi untuk ke sana. Terpulang kepada jemaah untuk menunaikan Umrah seberapa banyak yang ia mampu.

Cuma saya lebih galakkan jemaah melakukan Tawaf Sunat berbanding Umrah sekiranya sudah berada di Tanah Haram Makkah. Rujuk kepada entry terdahulu di bawah tajuk : Amalan Yang Lebih Utama Semasa Di Makkah

Soalan 6 – Khidmat Mutawwif, adakah ustaz yang datang bersama rombongan?

Setiap rombongan Umrah harus ditemani Tour Leader samada saya sendiri, atau Petugas Ajwa Travel ataupun Ustaz berpengalaman yang dilantik (dan boleh juga bertindak sebagai Mutawif semasa di tanah suci). Di samping itu ada juga khidmat Mutawif tambahan di sana, khususnya semasa memimpin Tawaf dan Saie Umrah, Mutawif Ziarah di Makkah dan Madinah.

Soalan 7 – Apa yang perlu dilakukan sekiranya saya berminat menyertai Ajwa Travel ?

Sebagai persediaan untuk membuat permohonan Visa, kami perlukan salinan Pasport Jemaah. Sebaik sahaja mendapat maklumat bilakah waktunya permohonan Visa mula dibuka, maka kami akan membuat pengesahan dengan jemaah samada nak “proceed” atau sebaliknya. Sekiranya “Ya” maka kami akan mula key-in maklumat Pasport dalam Sistem Muasasah dan menunggu (MOFA) iaitu jawapan kelulusan dari pihak sana.

Apabila MOFA sudah diperolehi, mengikut peraturan baru diberi 14 hari dari tarikh MOFA diperolehi untuk submit Pasport beserta lain-lain dokumen sokongan ke Pejabat Konsul Arab Saudi. Ketika ini, kami sudah mula mencari flight yang bersesuaian dengan jangkaan tarikh Visa Umrah diluluskan.

Dalam masa yang sama juga, pihak Ajwa sudah boleh membuat tempahan bilik-bilik Hotel di Makkah dan Madinah. Kerana itu senarai nama-nama jemaah amat penting bagi membolehkan pihak Ajwa mengetahui berapakah jumlah bilik dan juga jenis bilik samada “double, triple ataupun Quad” yang diperlukan di sana nanti.

Maklumat nama-nama jemaah dan juga salinan Pasport (jika sudah ada) boleh di emel ke alamat hjiqbal@ajwatravel.net atau kakyati@ajwatravel.net atau boleh hubungi Hj Iqbal atau Hjh Norhayati di 019-341 8822.

Soalan 8 – Bagaimana cara untuk membuat bayaran ?

Bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank Islamic atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd, no 5624-6930-9729. Dan selepas di bank in, jangan lupa hantar emel salinan bank in slip atau fax ke 03-3342 4395 dan nyatakan nama pengirim.

Jumpa lagi dan Wassalam.