Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah secara sedar kita sudah memasuki tahun 2014 dan bermulanya musim Umrah yang baru. Dan apa yang telah berlaku sepanjang musim 2013 yang lalu boleh dijadikan pedoman dan panduan di dalam merangka strategi untuk musim 2014 nanti.

Seperti mana yang selalu saya idamkan, saya seboleh-bolehnya mahu setting Pakej Umrah yang dapat memberi keselesaan beribadah kepada jemaah. Tetapi hakikatnya apa yang diidamkan belum tentu menjadi realiti. Di depan sana ada banyak halangan dan kekangan yang mendorong sesuatu idaman itu sukar untuk diperolehi. Sebagai manusia biasa yang punya banyak kelemahan dan kekurangan diri, saya harus realistik di dalam merangka atau ‘setting’ sesuatu Pakej Umrah untuk Ajwa.

flight saudiFlight Saudi terus ke Madinah sentiasa menjadi rebutan

Sektor Penerbangan KUL/MED dan MED/KUL

Untuk makluman Penerbangan Saudi Airlines sektor Kuala Lumpur/Madinah dan Jeddah/Kuala Lumpur sentiasa menjadi pilihan dan rebutan banyak Travel Agency. Ini kerana sektor ini yang paling digemari oleh ramai jemaah. Bagi Travel agency yang besar dan mempunyai kewangan yang kukuh, mereka tiada masalah untuk membuat Tempahan Awal tiket flight untuk sektor yang berkenaan. Sungguhpun tarikh berlepas masih jauh lagi (seperti musim cuti sekolah Mei/Jun 2014), saya percaya tiket untuk period yang berkenaan telahpun awal-awal lagi ditempah oleh mereka yang berkenaan.

Sektor KUL/JED dan MED/KUL

Begitu juga untuk sektor Kuala Lumpur/Jeddah dan Madinah/Kuala Lumpur. Sektor ini juga digemari oleh jemaah kerana dapat menyempurnakan Umrah terlebih dahulu dan balik melalui Madinah. Dalam erti kata yang lain, perjalanan jauh menaiki bas hanya sekali sahaja iaitu dari Makkah ke Madinah atau sektor yang pertama tadi iaitu dari Madinah ke Makkah.

Bagaimana dengan MAS Charter ?

Sebelum ini (musim umrah 2013), saya begitu menggemari Penerbangan MAS Charter sehinggakan berazam untuk menggunakannya pada musim Umrah 2014. Tetapi perkembangan terkini yang berlaku kepada Jadual Penerbangan MAS Charter memeningkan saya. Selain dari tempoh perjalanan yang tidak tetap (ada yang 10 hari, ada yang 11 hari dan ada yang 13 hari membuatkan Harga Tawaran juga boleh berbeza-beza.

Oleh sebab yang demikian, seboleh-bolehnya Ajwa akan cuba mengambil salah satu sektor penerbangan yang di atas untuk setting Pakej Umrah Musim 2014 nanti. Atau setidak-tidaknya mengambil flight transit sebentar di negara ketiga tetapi terus mendarat di Madinah atau balik melalui Madinah. Dan saya sebenarnya sedang mencari sektor penerbangan yang berkenaan dan sekiranya mendapat harga yang sesuai, maka saya tidak teragak-agak untuk mendapatkannya. Namun begitu ianya juga bergantung kepada Jadual Penerbangan atau (waktu flight berlepas dan mendarat di sana) yang diperolehi.

Bagaimana sektor KUL/JED dan JED/KUL ?

Tetapi jika sektor Penerbangan di atas tidak diperolehi, sektor Kuala Lumpur/Jeddah dan Jeddah/Kuala Lumpur pun OK juga. Samada menaiki flight Saudi atau MAS atau AirAsiaX. Ramai yang menyatakan seat AirAsia sempit. Tetapi sebenarnya mana-mana flight pun lebih kurang sama sahaja. Mereka cuba untuk mengoptimakan ruang supaya banyak seat atau tiket boleh dijual. Jika nak selesa kena ambil seat “business class”gamaknya. Cuma seat ‘business class” AirAsia X yang saya dapati lebih murah berbanding yang lain. Itu pun ada 12 seat sahaja yang available.

Tempoh Perjalanan

Sebolehnya tempoh perjalanan Umrah samada 13 hari 11 malam atau 12 hari 10 malam.Jemaah akan menginap selama 4 hari dan 3 malam di Madinah, manakala bakinya ialah di Makkah (bergantung kepada Jadual Penerbangan).

Harga Pakej ?

Dan Harga Pakej tidak berubah iaitu Pakej Super Ekonomi bermula dari RM6300 (bilik Quad), RM6600 (bilik Triple) dan RM6900 (bilik Double). Manakala untuk Pakej Idaman harga bermula dari RM7500 (bilik Quad), RM8000 (bilik Triple) dan RM8700 (bilik double).

Hotel Penginapan di Madinah untuk kedua-dua standard Pakej ialah di Hotel Al-Haram (Fullboard). Manakala Hotel Penginapan di Makkah untuk Pakej Idaman ialah di Hotel Safwah Orchid dan untuk Pakej Super Ekonomi di Broj Jewar (100 meter ke Masjidil Haram)

Perkembangan Terkini

Hotel-hotel bertaraf bintang di Makkah memang mencemaskan saya. Untuk makluman, harga bilik-bilik hotel bertaraf bintang telah mengalami kenaikan yang amat drastik terutama ketika musim orang Arab bercuti. Harga bilik yang biasanya sekitar SR800 ke SR1200 boleh mencecah hingga SR1500 hingga SR2000 ke atas untuk 1 malam. Seperti yang berlaku Disember yang lalu, ada bilik suite di Movenpick boleh mencecah sehingga SR2150 semalam, sedangkan sebelum ini saya pernah mendapatkannya pada harga hanya SR1150 semalam. Itupun dah mengeluh kerana terasa amat tinggi.

Jika keadaan harga bilik tidak mengalami penurunan, saya hanya ada 2 pilihan samada menaikkan Harga Pakej Idaman ataupun hanya fokus kepada Pakej Super Ekonomi sahaja. Sudahlah harga bilik melambung mahal, nak dapatkannya juga menjadi masalah sekarang ini.

Apapun segalanya belum lagi diputuskan samada mengenai Jadual Umrah untuk musim 2014. Saya masih menunggu beberapa maklumat lagi sebelum mula untuk membuat keputusan mengenai Tempahan Seat bagi Jadual Penerbangan Umrah Ajwa bagi musim 2014.

Untuk makluman, Umrah pada bulan Februari yang akan berlepas dengan flight Saudi iaitu dari 8hb Februari hingga 19hbFebruari hanya tinggal 7 seat yang masih available. Jika ada yang nak join, boleh emel kepada hjiqbal@ajwatravel atau call saya di no. handphone yang tertewra d sudut atas header blog ini.

Wassalam.