Assalamualaikum wbt.

mataf5

Musim Umrah tahun 2015 ini semakin menunjukkan iklim yang kurang sihat. Teringat di awal musim berlaku permasalahan mendapatkan Visa apabila pihak Muasasah mengenakan syarat yang terlalu ketat kepada Travel Agensi iaitu mana-mana Travel Agensi yang mahu Visa harus mengambil “Full Ground Handling” dengan mereka. Ketika itu Travel Agensi terpaksa akur dengan syarat Muasasah kerana terdesak untuk mendapatkan Visa. Natijahnya Hotel yang dibekalkan oleh Muasasah jaraknya jauh dengan Masjidil Haram.

Kemudian selepas itu terdapat beberapa Muasasah yang melonggarkan syarat mereka iaitu boleh memohon Visa melalui mereka tanpa perlu mengambil Full Pakej dengan mereka. Memadai hanya mengambil “Transport” mereka atau Hotel di Madinah dengan mereka. Malah ada Muasasah yang membenarkan mengambil Visa melalui mereka tanpa sebarang syarat.

Visa Terhad untuk Rejab, Syaaban dan Ramadhan

Bermula bulan Rejab, Syaaban hingga Ramadhan akan bermula kisah duka dalam dunia Umrah di Malaysia. Kabarnya kouta Umrah akan dikurangkan dalam bulan-bulan berkenaan. Visa tu ada tetapi amat terhad sekali. Contohnya jika sebelum ini Muasasah ada 40,000 kouta Umrah dalam sebulan, tetapi kini telah dikurangkan menjadi hanya 7000 kouta dalam sebulan. Kouta Umrah yang dikurangkan ini sudah pasti memberikan impak yang besar kepada Industri Umrah di Malaysia.

Teringat tahun lepas berbelas ribu jemaah (ada yang kata lebih 20 ribu jemaah) yang tidak memperolehi Visa Umrah semasa musim cuti Sekolah Jun 2014. Begitu juga Visa Umrah bulan Ramadhan yang dijual pada harga yang amat tinggi kerana penawaran Visa amat kurang berbanding permintaannya yang begitu tinggi.

Melihat kepada senario yang berlaku tahun lepas, maka pada tahun ini Ajwa harus mengambil pendekatan yang berhati-hati. Sungguhpun belum pernah berlaku Ajwa Travel gagal memperolehi Visa Umrah tetapi saya perlu mengambil langkah selamat. Selama ini Ajwa bernasib baik kerana mendapat Visa walau di saat yang kritikal seperti tahun lepas. Syukur alhamdulillah, Allah menolong saya. Tetapi nasib kita bukan selamanya sama.

Kerana itu saya kurang mempromosikan Umrah Cuti Sekolah Jun 2015 (yang jatuh dalam bulan Syaaban) dan juga Umrah Ramadhan. Jika ada yang tanya saya jawab dengan berterus terang kedudukan permasalahan Visa. Boleh dibuat tetapi bergantung kepada kelulusan Visa. Lebih baik saya bersikap jujur dan berterus terang dari menjanjikan yang manis-manis kepada Jemaah. Sememangnya saya amat bersimpati dan kasihan kepada jemaah yang amat berharap untuk menunaikan Umrah tetapi di saat akhir  tak dapat pergi kerana Visa tak keluar.

Dan apabila saya berterus terang kepada bakal jemaah mengenai perkara di atas, maka mereka tidak jadi untuk mendaftar dengan Ajwa Travel. Boleh jadi mereka perlukan fakta yang jelas iaitu bila tarikh berlepas, berapa hari di Tanah Suci, apa nama hotel di Makkah dan Madinah, naik flight apa dan siapa Ketua Rombongan ? Kesemua persoalan di atas saya tidak dapat beri jawapannya.

Kerana saya beritahu mereka, jika yakin dengan Ajwa Travel boleh beri semua maklumat Pasport dan juga bayaran deposit RM1000 seorang dahulu. Dari situ Ajwa akan berusaha memohon Visa Umrah dan apabila sudah dapat MOFA (no rujukan kelulusan Visa) baru Ajwa akan carikan Tiket Penerbangan dan Hotel di Tanah Suci. Cara ini saya fikir selamat kerana jika tak dapat Visa, jemaah tak rugi apa-apa. Wang deposit mereka dikembalikan, Dan apabila telah memperolehi Mofa maka baru jemaah membayar Harga Keseluruhan Pakej.

Saya tidak berani untuk membuat tempahan tiket Penerbangan untuk Umrah Cuti Sekolah ini dan juga untuk bulan Ramadhan. Begitu juga saya tidak berani untuk membuat tempahan bilik hotel di Makkah dan Madinah. Jika Visa Umrah gagal diperolehi, kerugiannya bukan sedikit. Sudah pasti jemaah memohon wang mereka dikembalikan, sedangkan nak dapat duit “refund” Tiket mengambil masa yang lama dan ada juga syarikat penerbangan yang menganggap wang tersebut lupus dan tidak dikembalikan. Mereka diklasifikasikan sebagai “no show”

Apabila hal yang di atas terjadi, kedua-dua pihak akan mengalami kerugian. Pastinya Travel Agensi tidak dapat mengembalikan kesemua wang jemaah kerana telah diguna untuk membuat pembelian tiket dan juga bayaran Ground di Tanah Suci. Jemaah juga pastinya hampa dan kecewa kerana tidak dapat menunaikan Umrah, Dan lebih lagi kecewa apabila dah la tak dapat pergi Umrah, wang mereka pula tidak dapat diperolehi semula. Jika dapat semula pun sudah berkurangan.

Saya pujuk hati saya dengan berkata ” Lebih baik tidak ada “business” dan tak rugi apa-apa dari ada “business” tapi rugi ” Nama baik juga pasti terjejas. Pada saya lebih baik saya menjelaskan fakta yang sebenarnya dari memikirkan keuntungan semata-mata. Saya percaya Allah tidak pernah silap alamat dalam memberikan rezeki kepada hambaNya.  Yang penting kita taat kepada Allah dan menghindari maksiat di samping menjaga hubungan sesama manusia.

Umrah Cuti Sekolah Jun 2015

Jika tuan/puan yakin dengan pendekatan yang dibuat oleh Ajwa iaitu kita cuba dapatkan Visa Umrah dahulu, kemudian baru kita cari tiket penerbangan ke Arab Saudi, maka boleh emel nama-nama Jemaah beserta dengan Salinan Pasport Jemaah. Melalui maklumat dalam Pasport Ajwa boleh memohon dahulu Visa dan apabila Mofa diperolehi baru Ajwa akan meminta Jemaah membayar penuh Jumlah Keseluruhan Pakej Umrah mereka

Untuk makluman, harga Pakej Ekonomi sekitar RM 6900 untuk bilik Quad ( 4 orang sebilik). Tambahan RM 300 seorang untuk bilik Triple, dan tambahan RM800 seorang untuk bilik Double.

Untuk Pakej Idaman (menginap di Hotel Safwah Orchid), harga sebilik berempat (bilik Quad) ialah RM 8000 seorang. Tambahan RM 600 seorang (sebilik bertiga) dan tambahan RM1200 seorang untuk sebilik berdua.

Umrah Awal Ramadhan

Ajwa hanya berani set Pakej Ekonomi untuk Awal Ramadhan. Ini kerana harga hotel-hotel 5 bintang di bulan Ramadhan terlalu mahal. Harga Pakej Umrah Ekonomi untuk Awal Ramadhan ialah RM 7500 (bilik Quad). Tambahan RM600 seorang untuk bilik bertiga. Dan tambahan RM1200 seorang untuk sebilik berdua.

Sama seperti Umrah Cuti Sekolah, bakal jemaah hanya perlu memberikan nama dan copy Pasport terlebih dahulu, selain dari deposit RM 1000 seorang. Bayaran deposit tu sebagai tanda komitmen dari bakal jemaah. Untuk makluman, Ajwa hanya akan “proceed” iaitu memohon Visa Umrah untuk sesiapa yang telah membayar deposit RM1000/seorang sahaja. Jika tidak membayar deposit, saya anggap mereka tidak serius dalam hal ini.

Hotel Penginapan di Makkah. 

Untuk makluman, Ajwa bercadang mengambil Hotel Jawad al Taj yang terletak pada jarak 200 meter ke Masjidil Haram.  Tetapi semua tempahan hotel di Makkah dan Madinah hanya akan dilakukan sebaik sahaja Ajwa memperolehi MOFA jemaah.

Bila berangkat ?

Jawapan hanya diketahui sebaik sahaja Mofa diperolehi. Untuk Umrah Cuti Sekolah, pastinya tempoh Perjalanan Umrah dalam tempoh cuti sekolah dari 29 Mei hingga 14 Jun 2015. Jemaah akan kembali ke Tanah Air sebelum bermulanya persekolahan.

Bagi Umrah Awal Ramadhan, jangkaan tarikh ialah pada 1 Ramadhan ke atas. Segala tempahan tiket hanya akan dibuat apabila Mofa sudah diperolehi. Maknanya jemaah akan memperolehi Visa Umrah sebaik menyerahkan Pasport dan lain-lain dokumen sokongan ke Embassy Saudi selepas adanya Mofa. Ketika itulah masa yang selamat untuk Ajwa mencari tket Penerbangan dan Hotel di Tanah Suci.

Bakal jemaah jangan bimbang…tiket flight masih banyak lagi. Ada banyak syarikat Penerbangan yang terbang ke Jeddah dalam bulan Ramadhan. Dan penumpang hanya akan turut serta dalam flight apabila sudah ada Visa Umrah. Tahun lepas, banyak flight yang terbang ke Jeddah tetapi tidak penuh kerana ramai penumpang yang tidak memperolehi Visa Umrah.

Pendaftaran

Kepada yang serius untuk menyertai Umrah bersama Ajwa Travel, saya nasihatkan segera emel maklumat seperti nama-nama Jemaah dan salinan Pasport Jemaah kepada emel hjiqbal@ajwatravel.net atau kakyati@ajwatravel.net dari sekarang. Jangan bertangguh kerana ramai lagi barisan menunggu untuk mendapatkan Mofa/Visa Umrah. Lagi cepat kita “key in” data ke Arab Saudi maka lebih awal kita memperolehi Mofa, insyaAllah.

Jangan lupa bank in deposit RM1000/per orang ke akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd sebagai tanda komitmen. Ajwa hanya akan memproses permohonan Visa Jemaah yang sedia untuk ikut Pakej Umrah yang dianjurkan oleh Ajwa Travel.

Jika mahu lebih pencerahan, sila hubungi saya sendiri di no.019-3505395 atau isteri saya Hjh Norhayati 019-3418822.

Jumpa lagi dan Wassalam.