Assalamualaikum wbt.

Ibadah Puasa ialah ibadah yang tersangat tua, telah diwajibkan keatas umat-umat terdahulu dengan bentuk yang berbeza. Dikabarkan Nabi Allah Adam a.s berpuasa selama 30 hari dan 30 malam, sebagai kafarah kerana telah memakan buah larangan di syurga. Nabi Allah Daud a.s pula berpuasa 6 bulan dalam setahun, iaitu baginda berselang seli berpuasa dengan sehari berpuasa dan sehari tidak. Manakala umat Nabi Muhammad s.a.w pula berpuasa secara sederhana iaitu berpuasa selama sebulan dalam setahun.

ucapan ramadhan2

Ibadah Puasa mula diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad bermula pada tahun 2 Hijrah melalui penurunan ayat 183-184 Surah al-Baqarah yang bermaksud :

” wahai orang-orang beriman, diwajibkan puasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa. Iaitu pada beberapa hari yang tertentu

Selanjutnya pada ayat 185 surah yang sama Allah menerangkan yang maksudnya :

” sesiapa di antara kamu berada pada bulan Ramadhan, maka hendaklah berpuasa.”

Saban tahun kita berpuasa dan kita akan jumpa dengan suasana dan pemandangan yang hampir sama juga. Iaitu apabila muncul awal Ramadhan maka muncul gerai-gerai makanan yang biasa juga dipanggil Bazar Ramadhan. Di masjid dan surau akan penuh sesak dengan jemaah pada minggu pertama Ramadhan sahaja dan akan semakin beransur berkurangan sebaik masuk minggu ke 2, minggu ke 3 dan di minggu ke 4 sudah jadi lengang kembali.

ramadanbazar

Yang mendukacitakan, kita lebih sibuk untuk meraikan Idil Fitri berbanding menghayati bulan Ramadhan. Berbeza dengan keadaan dan suasana di Makkah dan Madinah. Pada minggu akhir Ramadhan, jemaah di Masjid semakin meningkat berlipat kali ganda kerana masing-masing mahu mendapatkan Malam al-Qadar (Lailatul Qadar) iaitu 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Mereka menangis ketika Ramadhan mahu meninggalkan mereka.

Sedangkan kita di sini pula sebaliknya. Masing-masing sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya dan melupakan kelebihan yang ada di bulan Ramadhan. Malah kita seperti tidak heran dengan Malam al-Qadar, seperti tidak kisah bila agaknya malam itu bakal muncul. Dah banyak sangat pahala agaknya ?

Rugi jika tidak tambah amal di bulan Ramadhan ?

Nabi s,a,w berpesan di dalam bulan Ramadhan setiap amalan sunat diberi ganjaran pahala amalan wajib. Dan setiap amalan wajib pula diberi ganjaran pahala 70 kali ganda amalan wajib. Malah di Masjidil Haram pula pasti tambah berganda-ganda ganjaran pahala yang diperolehi. Sedangkan bukan dalam bulan Ramadhan pun diberi ganjaran 100 ribu pahala, apatah lagi amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan di Masjidil Haram.

Nabi s.a.w berpesan lagi bahawa menunaikan Umrah di bulan Ramadhan, ganjaran pahalanya seperti menunaikan Haji bersama-sama baginda. Kerana itu ramai yang mahu menunaikan Umrah pada bulan Ramadhan. Di sana kita boleh lihat masing-masing berusaha untuk mendapatkan ganjaran pahala di bulan Ramadhan.

puasa madinah2

Teringat semasa saya berada di Madinah suatu ketika dahulu. Ketika ingin memasuki Masjid Nabawi, lengan saya telah dipegang oleh seorang Pemuda Arab dan Pemuda ini membawa saya ke dalam Masjid seperti saya ni seorang pesalah yang baru kena tangkap lalu dipaksa untuk mengikuti beliau. Berdebar-debar juga hati ini dan macam-macam yang saya fikirkan. Apa salah saya sehingga dilakukan sedemikian ? Rupa-rupanya Pemuda ini membawa saya ke tempat di mana majikannya sudah menyediakan Juadah untuk berbuka di dalam Masjid. Ada kurma, yogut, air zam-zam dan air gahwa (sejenis minuman panas tradisi Arab). Baru saya faham, sebenarnya orang di sana mahu mendapatkan ganjaran pahala memberi makan orang yang berbuka puasa.

Bagaimana dengan sikap kita ?

Marilah kita mulakan Ramadhan ini dengan sikap mahu meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah. Segala apa yang kita lakukan seharian diniatkan demi kerana Allah. Kerana ia akan menjadi ibadah untuk kita. Pagi-pagi dengar Radio pun boleh jadi ibadah asal kena dengan Chanelnya. Apa kata kita mulakan pagi Ramadhan kita (dalam perjalanan pergi kerja) dengan mendengar siaran Radio berunsur keagamaan seperti Radio IKIM FM, misalnya. Dah hari-hari dengar Siaran Hot FM atau ERA atau Klasik Nasional. Apa salahnya bulan Ramadhan ini kita lebih mendengar Ceramah Agama atau bacaan al-Quran. Dengar orang baca al-Quran pun dapat pahala, apa lagi jika kita membacanya..Bertambah-tambah pahala.

tvalhijrah

Kita juga sekarang ini ada TV Al-Hijrah. Terlalu banyak Rancangan Agama di Saluran ini. Sampai ada yang kata, kalau malas pergi Masjid atau sedang Haid, buka aje TV Al-Hijrah, ada banyak kuliah agama kat situ.” Tu belum kira TV9 dan juga Astro Oasis.

Sambil memandu kereta pun kita boleh berzikir, bertasbih dan bertahmid. Kita boleh ucap “Astaghfirullahhilazim” berulang-ulang kali pagi dan petang. Susah sangat ke ?

Begitu juga dalam Bab Solat. Jika mampu lakukanlah Solat Berjemaah. Yang selama ini tidak Solat, ubahlah sikap kepada rajin melakukan Solat. Apa maknanya jika berpuasa tetapi tidak Solat ? Lakukanlah Solat kerana orang yang solat pasti dia berpuasa. Tetapi orang yang berpuasa belum tentu lagi dia solat. Jagalah Solat ! Bukan lama mana pun, tak sampai 5 minit. Berpuasa seharian boleh tahan tetapi Solat payah nak dikerjakan ?

solat1

Selepas berbuka, kita cuba lakukan Solat Terawih dengan penuh tawadhuk. Jika dulu kita buat 8 rakaat, pada kali ini kita cuba buat 20 rakaat. Saya selalu melihat orang tua yang boleh dipanggil Atuk tetap tekun menyempurnakan 20 rakaat Solat Terawih. Malu pula rasanya bila saya banding dengan dengan diri saya yang jauh lebih muda.

Membaca al-Quran

Cuba-cubalah buka al-Quran yang dah lama tersimpan dalam Almari. Memang nak memulakan sesuatu yang dah lama ditinggalkan memang agak payah. Tambah payah apabila lidah ni rasa keras semacam aje. Tetapi percayalah semakin lama kita membaca al-Quran, hati dan jiwa kita semakin tenang dan tenteram. Apabila hati dah tenang tenteram segala kerja jadi mudah. Happy aje..tak caya ?

Satu teknik mudah untuk Khatam Quran dalam bulan Ramadhan ini ialah kita baca al-Quran 4 mukasurat setiap kali lepas Solat Fardhu. Maknanya dalam sehari kita akan baca 20 mukasurat (4 mukasurat x 5 waktu solat). Jika sehari 20 mukasurat maka dalam sebulan kita akan Khatam membaca al-Quran. Jika mahu 2 kali Khatam, maka kita kena baca 8 mukasurat lah setiap kali lepas Solat Fardhu. Amacam ? Boleh ke ? InsyaaAllah..

baca-quran-di-kereta

Sekarang ni ramai yang ada Gadget canggih yang dibawa kemana-mana. Applikasi Quran Android boleh dimuatturun dalam Handphone kita. Maknanya masa-masa lapang sedang tunggu kawan atau dalam Komuter pun boleh baca Quran. Kita lihat contoh gambar di atas. Sebenarnya kat mana-mana pun boleh baca Quran. Cuba nak dengan tak nak aje…

Sama-sama lah kita tanam azam sempena Ramadhan ini kita ubah diri kita menjadi yang lebih baik lagi. Dan yang rasa diri banyak melakukan dosa dan maksiat, bersegeralah bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Ajal tidak mengira Umur. Masih belum terlambat untuk kita kembali ke Jalan yang diredhai Allah.

Selamat Berpuasa dan Menyambut Ramadhan al-Mubarak.