Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

Sekembalinya saya dari Tanah Suci pada 27 Januari yang lepas, ada rakan yang mencadangkan supaya dibuat Pakej Umrah Harga Rendah kerana ramai permintaan terutama sebelah Utara. Rakan saya kabar yang penting dapat jemaah daripada saya Promosi Pakej Umrah Idaman tetapi tak ramai yang dapat pergi. Bila difikir semula ada benar juga cadangan rakan saya tu.

Lebih ramai dapat pergi bermakna Ajwa dapat merealisasikan impian ramai orang untuk menunaikan Umrah. Dan menjadi satu cabaran juga untuk memberikan servis yang terbaik pada harga yang rendah ini.

Pakej Umrah Serendah RM 5300

Untuk makluman pembaca, Pakej Umrah serendah RM 5300 (sebilik 4 orang) ini berlangsung pada bulan April 2015. Tambahan RM300 dari Harga Pakej untuk sebilik bertiga dan tambahan RM700 dari Harga Pakej untuk sebilik berdua.

Harga serendah RM5300 ini ialah untuk kos tiket penerbangan pergi dan balik, hotel penginapan Makkah dan Madinah, Makan Minum di Tanah Suci sehari 3 kali, pengangkutan dan Ziarah, khidmat Mutawif, bayaran Visa Umrah dan juga belanja pengurusan Umrah.

Tidak ada kos tambahan yang diminta di Tanah Suci.

Bila ?

Tarikh cadangan berlepas pada  1 April 2015 pada jam 3.00 petang dan sampai di Madinah pada jam 8.15 malam (waktu Madinah). Jemaah akan kembali ke Tanah Air sampai di KLIA pada 12 April 2015 pada jam 1.00 tengahari.

Tempoh Perjalanan selama 11 hari dan 9 malam iaitu di Madinah 5 hari/4 malam dan di Makkah 7 hari/6 malam.

Jenis Penerbangan

Jenis Penerbangan yang dipilih ialah Saudi Airlines. Kenapa Saudi Airlines ? Kerana flight ini berlepas dari KLIA dan terus ke Madinah iaitu sektor yang disukai oleh jemaah. Maknanya tempoh perjalanan tidaklah terlalu panjang. Jemaah check in Madinah pada Hari Pertama lagi.

Berat bagasi semasa pergi ialah 20kg dan semasa balik 30kg bersama air Zamzam 5 liter seorang.

Hotel Di Madinah 

Nama Hotel ialah Ansar Golden atau yang setaraf dengannya. Jarak ke Masjid Nabawi dalam lingkungan 50 meter.

Makanan semasa di Madinah 3 kali sehari iaitu sarapan Pagi selepas solat Subuh, Makan Tengahari selepas solat Zuhur dan Makan Malam selepas Solat Isyak.

Hotel di Makkah

Hotel belum lagi muktamad tetapi jarak hotel ke Masjidil Haram sekitar 500 meter hingga 600 meter. Saya rasa jarak ini OK.

Makanan di Makkah juga 3 kali sehari menggunakan khidmat Catering Patani. Jadual Makan sama seperti yang di Madinah.

Bagaimana dengan Pakej Idaman ?

Kepada yang berminat dengan Hotel yang dekat dan selesa, Ajwa menawarkan Hotel Safwah Orchid atau setaraf dengannya di Makkah pada harga RM 7500 seorang untuk sebilik berempat. Sebilik bertiga ialah RM8000 dan sebilik berdua ialah RM 8800 seorang.

Maknanya jemaah akan menginap di Hotel yang sama di Madinah dan bergerak dari Madinah ke Makkah  dalam 1 bas yang sama (jemaah Pakej Ekonomi dan Idaman). Cuma ketika di Makkah, jemaah Pakej Ekonomi menginap di Hotel yang lain (500+ meter) dan Pakej Idaman pula menginap di Safwah Orchid.

Aturcara Lawatan

Sama seperti Pakej Umrah yang lainnya. Iaitu di Madinah ada Ziarah Dalam dan juga Ziarah Luar. Maklumat mengenainya ada pada entry terdahulu di bawah tajuk yang berkenaan.

Begitu juga semasa di Makkah, aturcara lawatan juga sama iaitu Ziarah Manasek Haji dan juga Ziarah Hudaibiyah (tambahan).

Barangan Hadiah

Jemaah Ajwa akan diberi hadiah 1 beg Troly Ajwa bersaiz 20″, beg sandang Ajwa, Buku Panduan Umrah, T’shirt Ajwa (jemaah lelaki), Telekung Ajwa (jemaah wanita), Uncang Kasut Ajwa dan air ZamZam 5 liter diberikan di Tanah Suci.

Kursus Umrah diberikan Percuma. Tarikh kursus dan masa juga tempat akan dimaklumkan kemudian.

Pendaftaran Umrah

Kepada yang berminat digalakkan mendaftar awal kerana tempat adalah terhad. Biasanya 1 group hanya setakat 45 jemaah sahaja termasuk Ketua Rombongan.

Bayaran penuh hendaklah dijelaskan ke akaun Maybank Islamic no.5624 6930 9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd. Sebelum ini Ajwa minta deposit RM1000 sahaja tetapi kini semua pihak mahu bayaran segera.

Boleh emel nama-nama yang ingin menyertai ke emel hjiqbal@ajwatravel.net atau kakyati@ajwatravel.net atau hubungi saya di talian di atas atau hubungi isteri saya Hjh Norhayati di talian 019-341 8822.

Wassalam.