Assalamualaikum wbt. Bertemu kembali.

Syukur alhamdulillah semakin ramai yang menyakini Konsep perkhidmatan Umrah yang cuba Ajwa Travel tonjolkan melalui Pakej Umrah Idaman dan Super Ekonominya. Sebagai Pengendali Pakej saya amat berbesar hati apabila ada di kalangan bakal jemaah yang meminta dijelaskan secara terperinci mengenai Perjalanan Umrah yang bakal mereka tempuhi bersama Ajwa Travel.

Ada baiknya saya ceritakan Pakej Umrah yang sedang giat Ajwa Travel promosikan iaitu Umrah pada bulan April 2014. Untuk makluman, bulan April sudah mulai panas tetapi tidak terlalu panas seperti bulan Jun, Julai dan Ogos yang boleh mencecah sehingga 50 darjah Celcius. Suhu pada bulan April mungkin sekitar 30 darjah Celcius, lebih kurang sama dengan suhu di Malaysia.

Penerbangan Saudi Terus ke Madinah

Tarikh

Berlepas

Sektor

Pergi

No

Flight

Masa

Berlepas

Masa

Ketibaan

16 Apr 14

KUL/Medina

SV 2797

1855

2230

26 Apr 14

Jeddah/KUL

Sv 2798

0301

1655

Melalui maklumat di atas, Kumpulan Umrah ini akan berlepas pada 16hb April 2014 (hari Rabu) pada jam 6.55 petang dengan menaiki Penerbangan Saudi Charter SV 2797 terus dari Airport KLIA menuju ke Madinah. Flight ini dijadualkan sampai di Airport Madinah pada jam 10.30 malam (waktu Tempatan). Masa perjalanan sekitar 8 jam sahaja.

Berat bagasi dibenarkan semasa “check in” di KLIA ialah tidak melebihi 20kg. Jemaah dinasihatkan berada di Aras 5 Balai Berlepas KLIA kira-kira 3 jam sebelum masa berlepas. Atau sebaiknya pada jam 3.30 petang.

Sebaik sampai di Madinah dan selepas pemeriksaan Imigresen, jemaah akan terus dibawa menuju ke Hotel Saha Safir Madinah. Perjalanan dari Airport Madinah ke Hotel tidak sampai 30 minit sahaja.

lobi safirLobi Hotel Saha Safir

Hotel Saha Safir Madinah

Hotel ini terletak di belakang Hotel Bahaudin bersebelahan dengan Hotel Al-Haram Madinah iaitu lokasinya di sebelah kiri belakang Masjid Nabawi. Untuk jemaah wanita memasuki Masjid dan Raudhah amat mudah dan dekat.

Di Hotel Saha Safir ini, Ajwa Travel mengambil Bilik Fullboard. Maknanya jemaah akan makan menu sajian yang disediakan oleh pihak Hotel dan bukannya Catering Luar. Sajian makanan dimasak oleh Chef profesional. Menu sajian ialah makanan ala Malaysia. Sajian makanan ialah 3 kali sehari iaitu sarapan pagi selepas Solat Subuh, makan tengahari selepas solat Zuhur dan Makan Malam selepas Solat Isyak.

Satu kelebihan Hotel ini ialah di Dewan Makan Hotel ini hanya menempatkan Catering Hotel sahaja. Jemaah tidak ada masalah mendapatkan tempat duduk makan kerana tidak berlaku kesesakan di Dewan Makan seperti yang selalu berlaku di Hotel-hotel bersebelahan. Jemaah boleh menikmati hidangan makanan dengan begitu santai sekali. Banyak Hotel-hotel di Madinah yang membenarkan Catering Luar masuk menyebabkan dalam satu Dewan Makan ada banyak buffet Catering dari syarikat yang berlainan.

Aktiviti di Madinah

Hari ke-2 (Khamis) selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa untuk Program Ziarah Luar dengan menaiki bas melawat kawasan-kawasan bersejarah do Kota Madinah. Antara tempat yang kami dilawati ialah Masjid Quba, Kebun Tamar, Jabal Uhud, Kilang Mencetak al-Quran  (dengan izin), Masjid Qiblatain, Masjid 7 dan akhir sekali Pasar Kurma.

Maklumat mengenai Program Ziarah ini ada dalam entry terdahulu di bawah tajuk Ziarah Luar Madinah.

Pada sebelah malam selepas Makan Malam, jemaah akan dibawa untuk Ziarah Dalam Masjid Nabawi. 

Hari ke-3 iaitu Hari Jumaat. Kebiasaannya Solat Subuh di pagi Jumaat, imam akan membaca Surah Sajadah. Jemaah harus peka mengenainya supaya tidak tersilap semasa Solat nanti. Jemaah lelaki termasuk juga wanita berpeluang untuk Solat Jumaat di Masjid Nabawi.

Hari ke 4Madinah ke Makkah

Pergerakan dari Madinah ke Makkah bermula sebelum waktu Zohor. Jemaah mula meninggalkan Kota Madinah sebelum jam 12 tengahari. Jemaah akan singgah di Masjid Bir Ali untuk berniat Umrah dan juga Solat Jamak Zuhur dan Asar di sini. Jemaah akan makan tengahari di Restoran Tempatan tidak jauh selepas meninggalkan Masjid Bir Ali. Biasanya menu makanan ialah Nasi Arab dengan 1/2 ekor Ayam Panggang dan juga air mineral.

mataf7Kebiasaannya jemaah akan sampai Makkah sekitar waktu Maghrib. Maknanya jemaah akan memulakan Tawaf dan Saie yang dipimpin oleh Mutawif pada waktu selepas Solat Isyak. Lazimnya jemaah akan selesai menyempurnakan Umrah sekitar jam 10 malam atau 11 malam.

Sengaja Ajwa mengambil pendekatan ini kerana berdasarkan pengalaman lepas, sekiranya jemaah bertolak selepas makan tengahari akan menyebabkan jemaah tiba di Makkah sudah lewat malam dan ibadah Umrah yang disempurnakan akan selesai menjelang Subuh. Maknanya jemaah tidak tidur semalaman.

Penginapan di Makkah

Bagi yang mengambil Pakej Idaman, Hotel di Makkah ialah Safwah Orchid atau Hotel 5 bintang yang setaraf dengannya. Hotel ini dipilih kerana lokasinya yang paling hampir sekali dengan Masjidil Haram. Mudah cerita, jemaah langsung tak pijak jalan raya untuk ke Masjid. Turun saja dari eskalator Hotel terus masuk ke Dataran Luar Masjid. Jarak hotel sekitar 50 meter sahaja.

 jewarHotel Safwah Orchid di sebelah kanan, manakala Hotel Broj Jewar di tengah foto. Gambar diambil dari arah Pintu Masjidil Haram

Manakala bagi Pakej Super Ekonomi, Hotel penginapan ialah di Hotel Broj Jewar yang terletak bersebelahan dengan Safwah Tower. Hotel Broj Jewar dipilih kerana ianya hampir dengan Masjid selain dari biliknya juga agak luas. Jemaah tiada masalah untuk sering ulang-alik ke Masjid kerana jaraknya sekitar 100 meter sahaja menuju ke Masjid.

Oleh kerana jarak kedua-dua Hotel iaitu Safwah dan Jewar bersebelahan, maka tiada masalah untuk menurunkan bagasi semasa proses ketibaan. Setiap bagasi jemaah akan diberi Sticker Bagasi Ajwa yang berbeza warna mengikut Standard Pakej yang diambil.

Sajian Makanan di Makkah

Bagi jemaah Pakej Idaman, sarapan pagi ialah di Hotel Penginapan. Manakala untuk makan tengahari dan Makan Malam, jemaah akan makan di Restoran d’saji Felda yang terletak di Tingkat 2 bangunan Safwah Tower. Jemaah boleh memilih menu yang ada di sini dan bayaran kesemuanya ditanggung oleh Ajwa Travel dan bukannya jemaah.

Bagi Pakej Super Ekonomi pula, jemaah akan makan 3 kali sehari dengan menu sajian disediakan oleh Catering Patani.

Aktiviti di Makkah

Ada 2 aktiviti utama iaitu Ziarah Manasek dan juga Ziarah Hudaibiyah. Ziarah Manasek biasanya dilakukan pada waktu sebelah pagi selepas jemaah selesai bersarapan pagi. tetapi waktu program Ziarah Hudaibiyah selalu berubah-rubah kerana tertakluk kepada waktu yang dibenarkan untuk Ziarah Muzium Haramain.

Tempoh Perjalanan

Tempoh Perjalanan ialah 11 hari dan 10 malam. Jemaah menginap selama 4 hari dan 3 malam di Madinah, manakala selebihnya di Makkah. Yang menariknya jemaah dapat melakukan Solat Jumaat di Madinah dan juga di Makkah.

Jemaah dijangka berlepas pulang pada 26hb April 2014 dan dijangka sampai di KLIA pada jam 5 petang (waktu Tempatan). Berat bagasi yang dibenarkan semasa pulang biasanya tidak lebih dari 30kg dan 10 liter air zamzam.

Bimbingan Kursus Umrah

Kelazimannya Kursus Umrah akan diadakan pada Hari Ahad bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari di Bilik Kuliah Masjid Negeri Selangor di Shah Alam. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

hadiah ajwa

Barangan Hadiah dari Ajwa Travel

Hadiah yang diberikan kepada jemaah Ajwa ialah Beg Troly Ajwa, Beg Sandang Ajwa, Buku Panduan Umrah terbitan Ajwa sendiri, Telekung Ajwa (untuk jemaah wanita), Tshirt eksklusif Ajwa (untuk jemaah lelaki), Uncang Kasut Ajwa dan air Zam-Zam 10 liter (diberi di Tanah Suci)

Harga Pakej

Pakej

Pilihan

Sebilik

4 orang

Sebilik

3 orang

Sebilik

2 orang

Idaman

RM 7900

RM 8400

RM 9100

Ekonomi

RM 6300

RM 6600

RM 7100

Harga Pakej meliputi kos seperti tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik, hotel penginapan di Makkah dan Madinah, makan dan minuman mengikut Iternary, belanja pengangkutan dan ziarah, khidmat di tanah suci dan belanja Visa Umrah. Maknanya harga yang ditawarkan sudah “all in” dan tiada penambahan kos semasa di Tanah Suci.

Tawaran harga ini amat berbaloi kerana hotel yang ditawarkan sememangnya berhampiran dengan Masjidil Haram. Jemaah boleh selalu berulang alik ke Masjid tanpa perlu berjalan kaki jauh.

Pendaftaran dan Pertanyaan

Sekiranya berminat menyertai, boleh berhubung terus dengan saya di no. handphone yang tertera di atas atau hubungi isteri saya Hajah Norhayati 019-341 8822 atau emel terus ke hjiqbal@ajwatravel.net atau emel isteri saya kakyati@ajwatravel.net atau boleh datang terus ke Pejabat Ajwa di Tingkat 3, Bangunan Tabung Haji Klang. No, Telefon 03-3342 3395.

Jumpa Lagi dan Wassalam.