Assamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah tanpa saya jangka di saat-saat akhir, saya menerima kehadiran jemaah yang mahu menunaikan Umrah bersama Ajwa Travel untuk musim cuti sekolah Mei/Jun 2016 ini. Majoriti darinya datang dari jemaah yang pernah bersama dengan saya pada musim-musim yang lalu. Sebagai membalas kepercayaan mereka, maka saya dan isteri akan bersama dalam rombongan ini yang akan berlepas pada 29 Mei ni dan kembali ke Tanah Air pada 8 Jun 2016. Saya batalkan niat untuk pergi pada akhir Ramadhan demi untuk bersama-sama dengan jemaah Trip ini.

kaabah

Selepas berakhir Ramadhan nanti, maka tiada lagi Visa Umrah dikeluarkan kerana telah masuk musim Haji. Untuk musim Haji kali ini, sekali lagi saya tidak menunaikan Haji kerana banyak tugas menanti terutamanya untuk Promosi Umrah November dan Disember 2016. Dalam bulan Ramadhan dan Syawal biasanya saya tidak kemana-mana.

Perancangan Umrah Ajwa

Untuk musim baru 1438H iaitu di bulan November dan Disember 2016, Ajwa merancang untuk set 3 standard Pakej Umrah untuk jemaah. Sungguhpun selama ini, Ajwa banyak memberi tumpuan Pakej Umrah Idaman (iaitu hotel bertaraf 5 bintang di Makkah) tetapi kami tidak melupakan Pakej Ekonomi bagi memenuhi permintaan dari bakal-bakal jemaah.

Saya selalu mengutamakan keselesaan beribadah untuk jemaah Ajwa. Kerana itu pemilihan hotel di Makkah begitu diberi perhatian. Yang penting hotel mestilah dekat dengan Masjidil Haram. Dan hotel yang dekat dengan Masjidil Haram hanya yang bertaraf 5 bintang. Akan tetapi jika Pakej Ekonomi pun seboleh-bolehnya saya cuba dapatkan hotel yang tidak begitu jauh dengan Masjidil Haram.

Al-Safwah-Royale-Orchid-Hotel

Pakej Umrah Idaman 1

Hotel penginapan ialah di Safwah Orchid atau setaraf dengannya. Jemaah akan bersarapan pagi di Hotel manakala “lunch” dan “dinner” di Restoran d’saji Felda. Hotel di Madinah ialah Saha atau setaraf dengannya. Jemaah makan 3 kali di Hotel Saha.

safwah room

Bilik Penginapan Hotel Safwah Orchid

Pakej Umrah Idaman 2

Hotel penginapan ialah Hotel Anjum yang bertaraf 5 bintang. Jemaah akan makan 3 kali di Hotel Anjum. Manakala hotel di Madinah ialah Hotel Saha, sama seperti Pakej Idaman 1.

Hotel-Anjum-terkini

Hotel Anjum sentiasa menjadi pilihan saya kerana lokasinya yang strategik. Jemaah Hotel Anjum paling mudah untuk memasuki Masjidil Haram kerana ianya jauh dari kesesakan jemaah di luar Masjidil Haram (seperti gambari di atas)

anjum room

Maklumat mengenai Hotel Anjum, pembaca boleh perolehi dalam entry saya sebelum ini. Click saje Umrah Idaman, insyaAllah boleh jumpa banyak entry mengenainya.

Pakej Umrah Ekonomi

Perancangannya Ajwa memilih Hotel Jawad al-taj atau setaraf (kawasan Ajyad), Jarak Hotel ke Masjidil Haram sekitar 200 – 300 meter. Jemaah akan makan 3 kali di Hotel ini. Manakala Hotel di Madinah ialah Hotel Royal Makarim atau setaraf dengannya.

jarak hotel

Jarak Hotel Ekonomi ke Masjidil Haram

Pemilihan Penerbangan

Untuk Pakej Umrah Idaman 1 dan 2, saya cenderung untuk memilih Penerbangan MAS Charter dan juga Penerbangan Saudi Airlines mengikut 2 jenis sektor iaitu sektor KLIA ke Madinah & Jeddah ke KLIA dan sektor kedua iaitu KLIA ke Jeddah & Madinah ke KLIA (masuk Makkah dahulu dan balik dari Madinah).

saudi flight

Manakala bagi Pakej Umrah Ekonomi, jenis penerbangan ialah Air Asia X. Untuk musim akan datang ini, Air Asia X sudah boleh mendarat di Madinah dan pulang melalui Jeddah. Atau mendarat di Jeddah dan masuk Makkah dahulu dan kemudiannya balik dari Madinah ke KLIA2.

Tarikh Cadangan

Picture2

Nota :

  1. Sektor KUL/MED & JED/KUL (Masuk Madinah dahulu dan balik dari Jeddah)
  2. Sektor KUL/JED & MED/KUL (Masuk Makkah dahulu dan balik dari Madinah

 

Harga Pakej Umrah Ajwa

Picture1

Tawaran Keahlian Kelab Kembara Ajwa

Sempena Promosi Umrah Musim Baru 1438H, Ajwa Travel menawarkan Keahlian Kelab Kembara Ajwa secara percuma dengan syarat setiap ahli mesti sudah mendaftar sebagai Jemaah Umrah Ajwa. Maknanya sesiapa yang mendaftar untuk menunaikan Umrah anjuran Ajwa Travel bermula musim November/Disember 2016 secara automatik dianggap sudah menjadi Ahli Kelab Kembara Ajwa.

Keistimewaan Sebagai Ahli ?

Diskaun dari Harga Pakej anjuran Ajwa Travel

Setiap ahli berhak mendapat diskaun untuk mana-mana Pakej Umrah dan Pelancungan Luar Negara yang dianjurkan oleh Ajwa Travel bermula pada 1 April 2017 nanti. Untuk Pakej Umrah diberi diskaun RM200 dari Harga Pakej Umrah Musim 2017, manakala Pakej Pelancungan Luar Negara seperti sektor Indonesia atau Vietnam atau yang berharga di bawah RM2000 diberi diskaun RM100 dari Harga Pakej yang ditawarkan.

Hadiah Pelancungan Luar Negara Secara Percuma

Ahli yang memperkenalkan 6 orang menyertai Pakej Umrah anjuran Ajwa Travel layak mendapat Hadiah Pakej Pelancungan Luar Negara sektor Indonesia (seperti Pakej Lombok atau Banda Aceh untuk 4H3M) secara percuma. Jika Ahli hanya memperkenalkan 3 orang pula diberi diskaun 50% dari Harga Pakej Pelancungan Luar Negara. Untuk makluman Pakej Pelancungan Luar Negara ini hendaklah yang berharga di bawah RM2000.

IMG-20160317-WA0008

Setiap 3 bulan sekali, Ajwa Travel akan membuat Cabutan nama secara rawak dari sejumlah nama-nama Ahli Kelab Kembara Ajwa untuk diberi hadiah Pakej Pelancungan Luar Negara secara percuma. Destinasi Pakej dan tarikh keberangkatan Pakej berkenaan akan ditentukan oleh Ajwa Travel sendiri. Hadiah ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Setiap pemenang akan dimaklum melalui SMS atau whatapps atau emel.

Pendaftaran Pakej

Pendaftaran hanya dikira apabila bakal jemaah sudah membuat bayaran deposit RM1000 seorang ke akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd.

Segeralah mendaftar dengan menyerahkan nama-nama jemaah ke emel umrah@ajwatravel.net atau emel kakyati@ajwatravel.net sebelum ianya sudah mencapai kouta. Dan jangan lupa nyatakan cadangan tarikh keberangkatan dan pilihan Pakej yang ingin disertai.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Promosi Umrah di atas boleh hubungi saya di talian yang tertera di atas blog ini atau Hjh Norhayati 019-3418822.

Wassalam.