Assalamualaikum wbt. Ramai yang bertanya bila nak publish harga Umrah Ramadhan. Saya perlu berhati-hati untuk memberikan harga, dibimbangi salah kira nanti. Apapun saya akan cerita dahulu Pakej Umrah Menjelang Ramadhan. Cadangan tarikh berlepas ialah 23 Syaaban hingga 5 Ramadhan atau ikut kalendar Masihi 13hb Julai 2012 dan dijangka balik pada  25hb Julai 2012.

Jadual Keberangkatan

Jadual flight SAUDI dijangka berlepas dari KLIA terus ke Madinah pada jam 3 petang, 13hb Julai 2012 dan sampai Madinah pada jam 7.50 malam (waktu tempatan) pada hari yang sama. Penerbangan balik pula dari Jeddah ke KLIA pada 24hb Julai 2012, jam 11 malam dan dijangka sampai KLIA pada 25hb Julai 2012, jam 1.00 tengahari. Pakej selama 13 hari dan 11 malam.

Kelazimannya jemaah dijangka berada di Madinah 3 hari dan 2 malam. Tetapi untuk group DZ Travel akan berada di Madinah 4 hari dan 3 malam. Program ziarah seperti biasa iaitu Ziarah Dalam dan juga Ziarah Luar dan ditambah dengan Program Jalan-jalan Tambah Iman. Lawatan ke Muzium Madinah tertakluk kepada keizinan dari pihak berwajib. Pada hari ke-4 di Madinah, jemaah akan “check out” hotel dan meninggalkan Madinah menuju ke Makkah pada jam 10 pagi, insyaAllah. Kelazimannya jemaah akan meninggalkan Madinah pada hari ke-3 selepas solat Zohor dan makan tengahari. Saya ubah jadual keberangkatan ke Makkah atas 3 sebab.

Pertama, selalunya Masjid Bir Ali selepas Zohor akan penuh sesak dengan jemaah dan bas juga terlalu banyak menyukarkan jemaah untuk mencarinya. Kedua, dengan memanjang tempoh berada di Madinah akan menyebabkan jemaah mendapat rehat yang cukup.Dan ketiga, bergerak pada awal pagi membolehkan jemaah menyelesaikan Umrahnya lebih awal, iaitu sekitar jam 12 tengah malam, tidak seperti kebiasaan iaitu jemaah selesai Umrah menjelang waktu Subuh dan jemaah tidak tidur semalaman. Kasihan kepada jemaah yang berumur dan tidak sihat.

Pakej Idaman dan Pakej Ekonomi

Saya akan setting 2 standard pakej iaitu Pakej Umrah Idaman dan juga Pakej Umrah Ekonomi. Jika ada yang nak budget boleh ambil ekonomi dan bagi yang suka penginapan di Makkah yang dekat dengan Masjid Haram, boleh ambil Pakej Idaman. Apapun tarikh penerbangan dan jadual flight dijangka sama. Mungkin 1 bas atau 2 bas bergantung kepada sambutan dari jemaah.

Penginapan di Madinah

Standard penginapan di Madinah, sama sahaja bagi kedua-dua standard pakej. Samada Hotel Dallah Taibah atau Bahaudin atau Mubarak Madinah atau Ansar Golden, bergantung kepada yang mana satu “available” pada tarikh yang berkenaan. Kesemua hotel yang berkenaan terletak berhampiran antara satu dengan yang lain dan yang penting hampir dengan Masjid Nabawi.

Antara bangunan hotel di Madinah yang menjadi pilihan (gambar diambil dari sudut pagar Masjid Nabawi)

Saya tidak memilih hotel yang terlalu standard untuk pakej idaman kerana menjimatkan kos. Menginap 3 hari di hotel 5 bintang di Madinah menyamai malah lebih mahal dari menginap seminggu di hotel 5 bintang di Makkah. Tak percaya ? Boleh cuba jika mahu. Lagipun, hotel-hotel di Madinah secara relatifnya OK dan tidak jauh dari Masjid Nabawi. Madinah tiada masalah dari segi lokasi penempatan. Tidak seperti di Makkah, yang banyak bangunan hotel telah dirobohkan.

Penginapan di Makkah

Bagi pakej ekonomi, jarak penginapan tidak lebih dari 300 meter dengan Masjidil Haram. Terletak di kawasan sebelah Ajyad Makkah, samada Hotel Oliyan, Elaf ataupun yang setaraf. Jemaah akan makan menu dari Patani Catering di hotel penginapan.

Antara hotel pakej ekonomi yang menjadi pilihan

Manakala bagi pakej Idaman, penginapan samada di bangunan Safwah Tower , Zamzam Tower atau Makkah Hilton bergantung yang mana “available” pada tarikh yang berkenaan. Dan makan di Restoran d’saji Felda dalam bangunan Safwah Tower.

Hotel 5 bintang yang menjadi pilihan

Program ziarah mengikut kelazimannya iaitu Ziarah Manasek Haji dan Ziarah tambahan Hudaibiyah. InsyaAllah semua program Ziarah di Makkah akan diselesaikan sebelum bermulanya Ramadhan. Almaklum Ramadhan tahun ni suhunya dijangka boleh mencapai 50 darjah celcius. Bimbang jemaah yang baru, belum biasa dan tidak tahan. Jemaah boleh rujuk maklumat mengenai program Ziarah Makkah dan Madinah dalam post saya sebelum ini.

Bermula sahaja 1 Ramadhan, kita akan saksikan sendiri Masjidil Haram akan dipenuhi dengan sebegitu ramai jemaah dari sebelumnya. Tiba-tiba sahaja kita akan dapati begitu sesak hendak memasuki Masjidil Haram pada malam menjelang 1 Ramadhan. Masing-masing berlumba-lumba untuk mengejar ganjaran pahala Ramadhan dan akan bertambah ramai lagi jemaah pada malam 10 yang akhir Ramadhan. Dah macam suasana haji pula.

Harga Pakej

Untuk Pakej Ekonomi harga yang dicadangkan untuk sebilik berempat ialah RM6780 seorang. Untuk sebilik bertiga (Triple room) pula ialah RM7280 seorang. Manakala untuk sebilik berdua (Double room) pula ialah RM7880 seorang. Harga tawaran ini saya kira murah sebenarnya dengan hotel penginapan yang jaraknya kurang dari 300 meter dari Masjidil Haram. Ini kerana saya tahu ada travel yang menawarkan harga yang lebih mahal dari yang DZ Travel tawarkan dan malah hotelnya juga lebih jauh dari hotel kami.

Manakala harga untuk  Pakej Idaman, untuk sebilik berempat ialah RM9080 seorang. Untuk sebilik bertiga (Triple room) pula ialah RM9980 seorang. Manakala untuk sebilik berdua (Double room) pula ialah RM11,980 seorang.