Assalamualaikum wbt.

haram13Syukur alhamdulillah, atas pertolongan Allah yang telah membuka hati ramai bakal-bakal jemaah untuk menyertai Pakej Umrah yang Ajwa Travel promosikan. Walaupun ramai di kalangan kita yang mencari Pakej Umrah Harga Rendah, tetapi saya yakin masih ramai lagi yang mementingkan kualiti services dan keselesaan dalam beribadah. Terutama bagi mereka yang pernah merasai pengalaman pahit sebelum ini. Bagi yang pertama kali mahu menunaikan Umrah sebenarnya mereka tidak pernah merasai kesulitan-kesulitan seperti yang digambarkan.

Yang penting dapat ke tanah suci. Jalan jauh sedikit tidak mengapa. Lagi dapat banyak pahala, katanya. Betul bagi mereka yang redha dan dapat mengawal diri ketika ditimpa kesulitan-kesulitan semasa di sana. Namun berapa ramai di kalangan kita yang bersikap seperti sedemikian ? Tepuk dada, tanyalah iman. Sesungguhnya menjadi Tetamu Allah memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Apabila fizikal tidak kuat ianya boleh mengundang kesulitan semasa di sana. Dan jika mental dan kerohanian kita tidak kuat dibimbangi amalan kita boleh rosak akibat dari tingkah laku kita yang tidak sepatutnya semasa menghadapi ujian dan kesulitan.

Syukur alhamdulillah, Pakej Umrah bulan Februari yang saya promosikan tanpa disangka sudah ada 3 trip pada tarikh yang berlainan. Trip paling awal pada 13hb Februari 2013 yang baru dipromosi tinggal 12 seat yang kosong.dari 45 seat. Pakej Umrah Idaman yang paling awal dipromosi yang berlepas pada 23hb Februari 2013 menaiki flight Saudi telahpun penuh. Seorang Ustaz muda, mudir Maahad Taafiz di Jerantut Pahang akan mengetuainya. Manakala campuran Pakej Umrah Idaman dan Super Ekonomi pula akan berlepas sehari selepas itu pada 24hb Februari menaiki flight MAS Charter juga telahpun penuh.

InsyaAllah dengan izin Allah saya jangkakan tidak lama lagi lengkaplah ketiga-tiga trip Umrah ini penuh kesemuanya. Walaupun ada yang meminta saya untuk mewujudkan Pakej Umrah Harga Rendah, tetapi saya jawab dengan baik. Alasan saya ialah saya tidak mahu jemaah merasa hampa dan kecewa dengan saya semasa di tanah suci. Ini kerana Pakej Umrah Harga Rendah pasti hotel penginapan di Makkah amat jauh dengan Masjidil Haram.

Selepas ini, saya akan promosikan Pakej Umrah untuk bulan Mac 2013 pula.

Pakej Umrah 15hb Mac 2013  hingga 27hb Mac 2013

Pakej ini saya gabungkan Pakej Umrah Idaman dan Pakej Umrah Ekonomi. Jenis flight yang dipilih ialah MAS Charter berlepas dari KLIA ke Madinah dan pulang dari Jeddah ke KLIA. Tempoh perjalanan ialah 13 hari dan 11 malam. Di Madinah, jemaah akan menginap di Hotel Ansar Golden selama 4 hari dan 3 malam. Selepas hari ke-4, jemaah akan memakai ihram Umrah dan meninggalkan Madinah selepas sarapan pagi dan dijangka sampai Makkah sebelum Maghrib. Bagi jemaah Pakej Idaman akan menginap di Hotel Safwah atau setaraf. Manakala bagi Super Ekonomi akan menginap di Hotel Qasr Qamar atau setaraf.

Saya booking 45 seat sahaja untuk Trip ini, dan setakat ini sudah ada 17 nama yang mendaftar dan kesemuanya memilih Pakej Umrah Idaman. Masih ada 28 tempat lagi yang boleh diisi dan terbuka kepada Pakej Idaman ataupun Super Ekonomi. Kepada yang berminat saya galakkan segera mendaftar dengan memberi nama dan membayar deposit sebagai tanda komitmen untuk menunaikan Umrah.

Harga Pakej Umrah Idaman ialah RM7500 seorang. Manakala Pakej Super Ekonomi ialah RM6300 seorang. Ramai yang menelefon atau menghantar emel bertanyakan Pakej Umrah tetapi selagi belum mendaftar saya anggap ianya belum serius lagi. Saya tidak mahu menanggung risiko jemaah batalkan hasrat di saat-saat akhir sedangkan belum ada lagi bayaran deposit pendaftaran dibuat.

Pakej Umrah Musim Cuti Sekolah Mac 2013 ?

Bagi Umrah musim cuti sekolah, boleh dikatakan tiket flight pada tarikh-tarikh cuti sekolah yang diminati sudah habis ditempah awal oleh agensi yang kukuh dari segi kewangan. Sektor Kuala Lumpur ke Madinah samada flight Saudi atau MAS Charter telah habis ditempah dan harganya pula lebih tinggi dari biasa. Sebagai alternatif saya bercadang mengambil flight Emirates yang transit sebentar di Dubai dan terus ke Madinah. Atau mungkin juga flight Air Asia yang terus ke Jeddah.

Saya optimis jemaah akan ada untuk musim cuti sekolah Mac 2013 ini. Ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Al-maklum masing-masing berkira-kira mengenai tarikh Pilihan Raya Umum yang bakal menjelang. Yang saya bimbang ialah apabila jemaah membatalkan hasrat menunaikan Umrah disebabkan oleh PRU 13. Tempahan hotel bertaraf bintang di Makkah bukan boleh dapat pulangan semula wang yang sudah dibayar. Jika sudah booking dan membuat bayaran, jangan harap duit tersebut dikembalikan. Sedangkan di pihak jemaah, mereka mahu wang mereka dikembalikan kerana tidak jadi pergi Umrah.

InsyaAllah saya akan umumkan Promosi Umrah Musim Cuti Sekolah Mac 2013 sedikit masa lagi. Saya perlu membuat keputusan mengenai flight mana yang masih “available” dan yang penting sesuai dengan tarikh musim cuti sekolah. Jika boleh jemaah yang ada anak yang masih bersekolah tidak terlalu lama tidak ke sekolah. Ini kerana cuti sekolah Mac 2013 hanyalah seminggu sedangkan tempoh perjalanan Umrah pula 12 hari atau 13 hari.

Jumpa lagi dan Wassalam.