Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah bertemu kembali setelah selama 30 hari saya di Tanah Suci menguruskan Jemaah Umrah Ajwa Travel untuk bulan November dan Disember 2016, maka kali ini saya ingin mempromosikan Pakej Umrah untuk bulan Januari 2017 pula. Rasanya masih ada masa bagi sesiapa yang berminat untuk menyertainya.

saudi flight

Tarikh Penerbangan

Trip ini akan berlepas pada 26hb Januari 2017 dengan menaiki Pesawat Saudi dari KLIA terus menuju Madinah dan kembali ke Tanah Air pada 5hb Februari 2017 melalui airport Jeddah.

Al-Safwah-Royale-Orchid-Hotel

Jenis Pakej

Ada 2 standard Pakej iaitu Pakej Idaman 1 dan juga Pakej Ekonomi.

safwah room2

Pakej Idaman 1

Jemaah akan menginap di Hotel Safwah Orchid atau setaraf dengannya iaitu Hotel yang bertaraf 5 bintang di Makkah. Jemaah akan bersarapan pagi di Hotel Safwah, manakala “lunch” dan “dinner” di Restoran d’saji Felda yang terletak di Tingkat 2, bangunan Safwah Tower.

safwah makan1

Manakala di Madinah, jemaah akan menginap di Hotel Jewar el-Saqefah @ setaraf iaitu bertaraf 4 bintang. Selama di Madinah, jemaah akan makan 3 kali sehari di Hotel Jewar el-Saqefah.

20161213_114113

Harga Pakej Idaman 1

RM 7980 seorang untuk penginapan jenis sebilik berempat, RM 8480 seorang untuk sebilik bertiga dan RM9280 seorang untuk penginapan sebilik berdua.

 

Pakej Ekonomi

Bagi memenuhi permintaan dari jemaah, Ajwa Travel juga menawarkan Pakej Ekonomi dalam satu rombongan yang sama dengan jemaah Pakej Idaman 1. Jemaah Pakej Ekonomi juga akan menaiki Pesawat Saudi Airlines yang sama dengan Kumpulan Pakej Idaman 1.

20161210_232354

Corridor Hotel Royal Majesty

Semasa di Tanah Suci, kecuali penginapan di Makkah sahaja yang berbeza yang lainnya sama sahaja dengan jemaah Pakej Idaman 1. Mereka akan bergerak dalam rombongan bas yang sama, mengikuti program ziarah Makkah dan Madinah bersama-sama dan hotel penginapan di Madinah juga sama.

20161210_232441

Bilik Tidur Hotel Royal Majesty

Bezanya hanyalah Hotel Penginapan bagi Pakej Ekonomi ialah Hotel Royal Majesty yang terletak di kawasan Ajyad mengikut laluan belakang Hotel Swissotel dan berhampiran dengan Hotel Rayyana. Jarak ke Masjidil Haram dalam anggaran 350 meter dan pada jalan lurus yang landai dan tidak berbukit. Jemaah akan makan 3 kali sehari di Hotel Royal Majesty ini.

20161214_172126

Harga Pakej Ekonomi

Harga sebilik berempat ialah RM 6580 seorang. Manakala untuk sebilik bertiga ialah RM 6880 seorang dan sebilik berdua pula ialah RM 7380 seorang.

Pendaftaran dan Pertanyaan

Kepada yang berminat boleh mendaftar melalui panggilan telefon atau whatsapp no  handphone Hj Iqbal 019-3505395 atau Hjh Norhayati 019-3418822 atau Fatin Kamili 019-3390156 atau Lina Aqila 0142264814 . Atau boleh emel kepada umrah@ajwatravel.net.

Atau boleh datang sendiri ke Pejabat Ajwa Travel yang terletak di tingkat 3, bangunan Tabung Haji Klang.