Salam Idil Fitri.

Ramai yang telah memberi maklumbalas kepada saya mengenai promosi Umrah yang saya jalankan. Dan ramai juga yang bertanya mengenai Pakej Umrah Istimewa dan jika boleh mereka memohon supaya tidak digabungkan dengan Umrah Ekonomi.

Untuk makluman Pakej Umrah Ekonomi akan berlepas pada 16hb Mac hingga 27hb Mac 2012. Manakala Pakej Umrah Istimewa ini berlepas pada 3hb Mac 2012 hingga 15hb Mac 2012, dengan menaiki flight MAS. Tempoh 13 hari dan 11 malam. Harga pakej RM6680. Maklumat lengkap mengenai pakej Umrah Istimewa ini, tuan/puan boleh baca melalui tulisan saya sebelum ini dibawah tajuk “Pakej Umrah Istimewa”.  

Cuma saya memohon kepada yang berminat untuk menyertai, sila berikan nama penuh bagi memudahkan saya membuat tempahan tiket penerbangan, samada melalui emel saya hjiqbal.safwan@gmail.com atau call handphone saya 019-3505395.