Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah, Pakej Umrah Disember 2014 mendapat sambutan yang baik sama seperti musim yang lalu. Cuma perbezaannya untuk bulan Disember ini, Ajwa memperkenalkan Pakej Umrah Idaman 2 iaitu jemaah menginap di Hotel Anjum. Hotel ini bertaraf 5 bintang dan baru sahaja memulakan operasinya. Lokasinya sememangnya hampir dengan Masjidil Haram, cuma untuk menuju ke Dataran Kaabah jaraknya lebih kurang 100-150 meter.

AL-SAFWAH-ROYALE-ORCHID-MEKAH1

Hotel Safwah Royal Orchid

Umrah Idaman Januari 2015 Untuk bulan Januari 2015, Ajwa ingin mempromosikan Pakej Idaman 1 iaitu jemaah menginap di Hotel Safwah Royale  Orchid yang jaraknya 50 meter ke Masjidil Haram. Sememangnya Hotel ini amat digemari oleh ramai jemaah termasuk saya sendiri kerana pasarananya yang menarik. Selain jaraknya paling hampir dengan Masjidil Haram, di bangunan ini juga banyak menempatkan lot-lot kedai yang memudahkan jemaah berbelanja.

Tambah menarik di bangunan ini juga banyak terdapat restoran di Tingkat 2, selain ada kemudahan Kedai Tukaran Wang dan Hospital. Jemaah menginap di Makkah terlebih dahulu untuk tempoh 7 hari dan 6 malam, manakala di Madinah 5 hari dan 4 malam, insyaAllah. Di Madinah, jemaah akan menginap di Hotel Saha yang terletak di bahagian sebelah belakang Masjid Nabawi berhampiran dengan Hotel Bahaudin dan Dallah Taibah. Jadual Pakej Umrah Idaman bulan Januari 2015 adalah seperti berikut :-

Tarikh Destinasi No Flight Masa Berlepas Masa Ketibaan
16 Jan 2014 KUL/Jeddah SV 831 1500 1910
26 Jan 2014 Medina/KUL SV 828 2100 1230+1

Jenis Penerbangan ialah Saudi Airlines. Tempoh perjalanan ialah 12 hari dan 10 malam.

Mengikut Jadual, jemaah akan berlepas pada 16 Januari 2015 menaiki flight SV831 pada jam 3.00 petang. Jemaah mula “check in” bagasi pada jam 12 tengahari iaitu 3 jam sebelum waktu berlepas.

Jemaah dinasihatkan memakai pakaian ihram sebelum menaiki Pesawat kerana  jemaah akan terus dibawa masuk Makkah dahulu. Jemaah akan berniat Umrah dalam Flight (biasanya Kapten akan memberi makluman apabila hampir memasuki kawasan Miqat). Dan jemaah akan balik melalui Madinah dan dijangka sampai di KLIA pada 27 Januari 2015, jam 12.30 tengahari, insyaAllah.

Sememangnya sektor Kuala Lumpur/Jeddah dan Madinah/Kuala Lumpur amat saya gemari kerana semasa balik nanti, suasana Airport Madinah amat santai sekali. Berbeza dengan Airport Jeddah yang sentiasa sibuk. Tambahan pula ikut pengalaman saya, Petugas di Airport Madinah lebih ramah dan mesra berbanding di Jeddah. Jika bernasib baik ada kalanya mereka boleh bertolak ansur dengan lebihan bagasi yang sedikit.

safwah roomBilik di Hotel Safwah Orchid

Kak Ton pun  Join Sama

Yang menarik, Trip Umrah Januari ini turut disertai oleh Kak Ton yang sekarang ni popular dengan tag line “comel tak Kak Ton” dalam rancangan TV1 “Rahsia Kak Ton” . Teringat masa Kak Ton mula join Umrah dengan saya suatu ketika dahulu, beliaulah yang mengajak saya mendaki Puncak Jabal Nur. Pada usia beliau melebihi 55 tahun ketika itu berbekal semangat yang kuat akhirnya mampu untuk sampai ke Gua Hira’. Sebenarnya banyak kenangan manis saya dan isteri bersama Kak Ton semasa di sana. Dan syukur alhamdulillah Kak Ton apabila mahu menunaikan Umrah, maka Ajwa Travel menjadi pilihannya.

Harga Pakej ?

Untuk sebilik berempat, harga tawaran ialah RM 8000 sahaja. Manakala untuk sebilik bertiga pula ialah RM8500 seorang dan untuk sebilik berdua ialah RM 9200 seorang.

Keperluan Umrah

Jemaah yang ingin menyertai boleh menyediakan Pasport Antarabangsa yang tempoh sah laku 6 bulan dari tarikh berlepas, gambar untuk Visa bersaiz 6cm x 4cm berlatar belakang putih, muka penuh 70%-80% dari foto, wanita bertudung gelap dan lelaki tidak bersongkok.

Jemaah juga harus juga mengambil Suntikan Meningcocal ACYW135. Bagi yang membawa isteri, dikehendaki menyertakan Salinan Sijil Nikah yang telah disahkan oleh Pejabat Agama terdekat. Kecuali wanita yang sudah berumur 45 tahun ke atas tidak perlu menyertakan Salinan Sijil Nikah. Mereka akan dikategorikan sebagai “Women Group”

Bagi yang membawa anak, perlu menyertakan Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Kesemua keperluan tersebut dan juga bayaran penuh  hendaklah diserahkan ke pejabat Ajwa tidak lewat dari 15hb Disember 2014.

safwah lobiLobi Safwah Orchid

Pendaftaran 

Jemaah yang berminat menyertai diminta segera membuat pendaftaran kerana Ajwa akan menguruskan hal ini sebelum kami pergi Umrah Disember ini. Dijadualkan insyaAllah saya akan kembali ke tanah air pada hujung tahun 2014 dan 2 minggu selepas itu jemaah Pakej Idaman ini pula akan berangkat pula ke Tanah Suci.

Kepada yang berminat, boleh emel kepada hjiqbal@ajwatravel.net atau kakyati@ajwatravel.net dan sertakan nama-nama jemaah yang ingin mengikuti. Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank Islamic no. 5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd.

Tempat terhad untuk 40 pax sahaja.

Jemaah juga boleh hubungi saya di talian 019-3505395 atau isteri saya Hajah Norhayati 019-341 8822 atau datang sendiri ke Pejabat Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd, yang terletak di Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Haji Klang atau hubungi pejabat di talian 03-3342 3395.

Wassalam.