Assalamualaikum wbt.

Sungguhpun Musim Umrah Hujung Tahun masih lama lagi tetapi saya rasa adabaiknya Promosi mengenainya dibuat lebih awal. Tarikh bermula Cuti Sekolah Hujung Tahun ialah 24hb November 2018. Akan tetapi tarikh mula Visa Umrah dibuka semula selepas selesai musim Haji atau bermulanya Musim Baru 1440H lebih awal dari tarikh yang berkenaan. Kemungkinan Visa Umrah sudah dibuka dalam bulan Oktober 2018 dan ianya belum lagi cuti sekolah.

Mengapa memilih Ajwa Travel ?

Sebenarnya Pakej Umrah yang ditawarkan oleh Travel Agensi yang ada lebih kurang sama sahaja. Yang membezakan ialah dari segi kualiti servis yang ditawarkan. Jadi apa beza Ajwa Travel berbanding dengan yang lain ?

Tuan Punya Ajwa Travel sendiri bertindak sebagai Mutawwif & Mutawwifah

Kebiasaannya saya dan isteri selaku Pengarah Syarikat Ajwa Travel sendiri yang akan berada di Tanah Suci menjaga jemaah-jemaah Umrah Ajwa Travel. Mengikut kelaziman saya dan isteri akan bersama rombongan Umrah Ajwa yang paling awal dan akan balik ke Malaysia bersama rombongan Ajwa yang paling akhir setelah sebulan berada di Tanah Suci.

Maksudnya ketika rombongan Umrah Ajwa Travel yang paling awal kembali ke Tanah Air, saya dan isteri masih kekal berada di Tanah Suci menunggu rombongan Umrah Ajwa yang kedua dan seterusnya.

Ziarah Raudhah bagi wanita

Hjh Norhayati selaku owner Ajwa Travel akan bertindak sebagai Mutawiffah semasa di Madinah.  Sebenarnya ramai jemaah wanita yang tidak tahu di mana sempadan Raudhah yang sebenarnya. InsyaAllah Hjh Norhayati akan memimpin jemaah wanita Ajwa Travel sehingga mendapat tempat dan dapat solat dan berdoa dalam kawasan Raudhah.

Bagi memudahkan menguruskan jemaah wanita semasa ke Raudhah, Ajwa Travel menghadiahkan Telekung Ajwa untuk dipakai oleh Muslimah bagi memudahkan pengecaman semasa di Raudhah nanti. Dan sebelum memasuki Raudhah, Hjh Norhayati akan memberikan taklimat kepada Muslimah di lobi atau kawasan Hotel Penginapan terlebih dahulu.

Mutawwif Ziarah di Makkah

Kelazimannya saya sendiri yang akan menjadi Mutawwif semasa Program Ziarah Manasek Haji dan Program Ziarah Tambahan Hudaibiyah di Makkah nanti. InsyaAllah saya akan menyampaikan penerangan mengenai Hal-hal yang berkaitan dengan Pergerakan Jemaah Haji dan Hal ehwal Haji semasa Program Ziarah Manasek Haji nanti. Begitu juga mengenai sejarah Perjanjian Hudaibiyah semasa Program Ziarah Hudaibiyah nanti.

Melawat Muzium Haramain

InsyaAllah Ajwa Travel akan mengusahakan untuk mendapatkan Permit untuk lawatan di Muzium Haramain semasa Program Ziarah Hudaibiyah nanti

Ketua Rombongan

Bagi setiap Trip Rombongan Umrah Ajwa Travel akan diketuai oleh seorang Petugas Ajwa yang boleh bertindak sebagai Tour Guide atau Mutawwif. Ini bagi memastikan ahli rombongan merasa selesa kerana ada ketua yang memimpin semasa dalam perjalanan.

Sungguhpun saya dan isteri berada di Tanah Suci bersama-sama jemaah, akan tetapi urusan semasa pergi dan balik jemaah di Airport memerlukan Ketua yang boleh memimpin jemaah. Maksudnya sekiranya berlaku sebarang masalah semasa urusan keberangkatan pergi dan urusan keberangkatan pulang akan ada Petugas yang boleh jemaah rujuk.

Kad Perubatan Jemaah

Setiap jemaah Umrah Ajwa akan diberikan kemudahan Kad Perubatan (Kad Medic Pilgrim) semasa di Makkah. Sekiranya jemaah sakit atau demam atau mengalami masalah kesihatan, jemaah akan dibawa ke Hospital Swasta yang terletak di Tingkat 11, bangunan ZamZam Tower berhampiran Hotel Movenpick. Dengan adanya Kad Medic ini, jemaah boleh mendapatkan khidmat perubatan di Hospital berkenaan secara percuma dan pada bila-bila masa. Hanya perlu tunjukkan Kad Medic ini sahaja dan tidak perlu membawa Pasport semasa pendaftaran.

Bilangan Jemaah Yang Tidak Ramai

Kelaziman setiap ahli rombongan Trip Umrah Ajwa Travel hanya 40 orang sahaja termasuk Ketua Rombongan (Petugas Ajwa). Ini bagi memudahkan kami untuk menjaga dan mengawal rombongan jemaah Ajwa Travel. Selepas rombongan awal ini kembali ke Tanah Air, maka group baru pula akan memasuki Tanah Suci dan begitulah seterusnya.

Saya percaya melalui pendekatan sebegini boleh membantu kami menjaga dan mengawal jemaah dengan lebih berkesan dan hubungan dengan jemaah juga lebih dekat dan mesra.

 

Perancangan Umrah Ajwa

Bagi setiap Trip Umrah anjuran Ajwa Travel, fokus kami ialah cuba memberikan servis yang terbaik melalui pemilihan Kapal Terbang dan Hotel Penginapan yang hampir dengan Masjid.

Pemilihan Penerbangan

Ajwa Travel cenderung untuk memilih Penerbangan Saudi Airlines mengikut 2 jenis sektor iaitu sektor KLIA ke Madinah & Jeddah ke KLIA (Masuk Madinah dahulu dan balik melalui Jeddah) dan sektor kedua iaitu KLIA ke Jeddah & Madinah ke KLIA (masuk Makkah dahulu dan balik dari Madinah).

Ada kemungkinan juga Ajwa Travel akan mengambil MAS Charter sekiranya jadual penerbangan yang diperolehi dilihat sesuai dan cocok untuk jemaah. Pada musim yang lepas Jadual Penerbangan yang ditawarkan kurang cocok kerana sektor KUL/MED & MED/KUL. Maknanya masa mula sampai di Madinah dan balik juga melalui Madinah.

Hotel Penginapan di Makkah

Keselesaan beribadah di Tanah Suci sentiasa menjadi fokus Ajwa Travel. Kerana itu pemilihan hotel di Makkah begitu diberi perhatian. Yang penting hotel mestilah dekat dengan Masjidil Haram. Dan hotel yang dekat dengan Masjidil Haram hanya yang bertaraf 5 bintang.

Akan tetapi jika Pakej Ekonomi pun seboleh-bolehnya Ajwa Travel cuba dapatkan hotel yang tidak begitu jauh dengan Masjidil Haram.

Pakej Idaman 1

Al-Safwah-Royale-Orchid-Hotel

Hotel penginapan ialah di Safwah Orchid atau setaraf dengannya dalam bangunan Safwah Tower dengan pilihan penginapan sebilik berdua atau bertiga atau berempat. Tempoh menginap di Makkah ialah 6 malam.

Jemaah akan bersarapan pagi di Hotel Safwah Orchid manakala “lunch” dan “dinner” di Restoran d’saji Felda.

Mengapa “lunch” dan “dinner” di Restoran d’saji Felda dan tidak di Hotel ?

Ajwa Travel memberikan kebebasan kepada jemaah untuk menikmati menu makanan mengikut pilihan dan selera jemaah dan bukan Ajwa Travel yang tentukan jemaah nak makan apa ! Tambah menarik jemaah boleh makan mengikut masa yang ia rasa sesuai asal kouta makan sehari ialah 2 kali makan (lunch dan dinner) di Restoran d’saji Felda.

dsajifelda

Jika semasa “lunch” jemaah bimbang ramai pelanggan selepas Zuhur (waktu puncak) maka jemaah boleh makan sebelum Zuhur. Atau boleh “tapau” atau bawa makanan ke bilik hotel dan makan sesama ahli bilik.

Masa makan malam pun begitu juga, jemaah bebas untuk makan mengikut masa yang ia suka dan juga pilihan menu sajian yang ia gemari. Kesemuanya ditanggung oleh Ajwa Travel dan jemaah tidak perlu membayar di Kaunter.

Jemaah akan rasa selesa kerana ianya bebas dan tidak terkongkong dengan kekangan masa. Jemaah boleh bebas ikhtikaf lama dalam Masjid atau mahu menyelesaikan ibadah Umrah tanpa rasa bimbang makanan habis jika makan di hotel atau jadual makan sudah tamat tempoh.

safwah room

Bilik Penginapan Hotel Safwah Orchid

Hotel di Madinah 

Hotel di Madinah ialah Mubarak Silver atau setaraf dengannya. Kedudukan hotel ini menuju ke Masjid Nabawi masuk melalui Pintu 25 dan amat dekat bagi jemaah wanita yang mahu masuk ke Raudhah.

Jemaah makan 3 kali di Hotel Mubarak Silver.

 

Pakej Umrah Ekonomi

Untuk musim Umrah 1440H ini, Ajwa memilih Hotel Nada Deafah atau setaraf (di belakang Hotel Le Meredian di kawasan Ajyad). Jarak Hotel ke Masjidil Haram sekitar 200 meter sahaja. Jemaah akan makan 3 kali di Hotel ini.

jarak hotelHotel berwarna Coklat ialah Le Meredian dan Hotel Nada Deafah terletak dibelakangnya

Manakala Hotel di Madinah sama seperti Pakej Idaman iaitu Hotel Mubarak Silver atau setaraf dengannya. Sengaja Ajwa Travel menempatkan jemaah Pakej Ekonomi bergabung dengan Pakej Idaman bagi memudahkan pengurusan di Madinah.

Jemaah akan makan 3 kali sehari di Hotel Penginapan Jemaah di Madinah.

 

Promosi Harga Pakej

Kapasiti Bilik Pakej Idaman Pakej Ekonomi 
Harga Pakej Promosi Harga Pakej Promosi
Quad 7980 7480 7080 6580
Triple 8480 7980 7380 6880
Double 9180 8680 7980 7480

Kini Ajwa Travel menawarkan promosi untuk Pakej Umrah Hujung Tahun 2018 mengikut Jadual Harga yang diberi di bawah :-

Harga Pakej Ekonomi sebilik berempat bermula dari RM6580. Manakala Harga Pakej Idaman sebilik berempat dari RM7480. Kedua2 jenis Pakej diberi diskaun RM500 setiap seorang.

Harga yang ditawarkan sudah termasuk Kos Tiket Penerbangan pergi dan balik, kos penginapan Hotel di Makkah dan Madinah, kos makan minum di Tanah Suci mengikut Iternary, pengangkutan bas Eksklusif berhawa dingin termasuk Program Ziarah Madinah dan Makkah, kos Kad Medic Pilgrim dan pengurusan Umrah di Tanah Suci.

Promosi Umrah ini dibuka sehingga mencapai kouta 50 pax sahaja dan mengikut siapa yang lebih cepat atau sehingga 31 Ogos 2018, yang mana lebih dahulu.

Pendaftaran

Jika mahu lebih pencerahan atau mahu mendaftar, bolehlah call atau whatsapp ke no handphone Hjh Norhayati 0193418822 atau saya sendiri 0193505395.

Wassalam dan Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri.