Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

Sungguhpun Musim Umrah Hujung Tahun masih lama lagi tetapi saya rasa adabaiknya Promosi mengenainya dibuat lebih awal. Tarikh bermula Cuti Sekolah Hujung Tahun ialah 26hb November 2017. Akan tetapi tarikh mula Visa Umrah dibuka semula selepas selesai musim Haji atau bermulanya Musim Baru 1439H lebih awal dari tarikh yang berkenaan. Kemungkinan Visa Umrah sudah dibuka dalam bulan Oktober 2017 dan ianya belum lagi cuti sekolah.

Perancangan Umrah Ajwa

Bagi setiap Trip Umrah anjuran Ajwa Travel, kami cuba memberikan servis yang terbaik melalui pemilihan Kapal Terbang dan Hotel Penginapan yang hampir dengan Masjid.

Pemilihan Penerbangan

Ajwa Travel cenderung untuk memilih Penerbangan Saudi Airlines mengikut 2 jenis sektor iaitu sektor KLIA ke Madinah & Jeddah ke KLIA dan sektor kedua iaitu KLIA ke Jeddah & Madinah ke KLIA (masuk Makkah dahulu dan balik dari Madinah).

saudi flight

Tarikh Keberangkatan (Sebelum Cuti Sekolah)

TARIKH KEBERANGKATANSEKTOR PENERBANGANNO OF PAX
1 NOV - 12 NOV 2017KUL/MEDINA & JEDDAH/KUL40 PAX
15 NOV - 26 NOV 2017KUL/MEDINA & JEDDAH/KUL40 PAX

 

Jadual Umrah Cuti Sekolah

TARIKH KEBERANGKATANSEKTOR PENERBANGANNO OF PAX
26 NOV - 7 DEC 2017KUL/JEDDAH & MEDINA/KUL40 PAX
1 DEC - 12 DEC 2017KUL/JEDDAH & MEDINA/KUL40 PAX
4 DEC - 15 DEC 2017KUL/MEDINA & JEDDAH/KUL40 PAX
6 DEC - 17 DEC 2017KUL/MEDINA & JEDDAH/KUL40 PAX
13 DEC - 24 DEC 2017KUL/MEDINA & JEDDAH/KUL40 PAX
20 DEC - 31 DEC 2017KUL/MEDINA & JEDDAH/KUL40 PAX

 

Berdasarkan pengalaman tahun lepas, Ajwa Travel akan setting 3 Pilihan Pakej iaitu Pakej Umrah Idaman 1 dan Idaman 2 (iaitu hotel bertaraf 5 bintang di Makkah) dan juga Pakej Ekonomi bagi memenuhi permintaan dari bakal-bakal jemaah.

Hotel Penginapan di Makkah

Keselesaan beribadah di Tanah Suci sentiasa menjadi fokus Ajwa Travel. Kerana itu pemilihan hotel di Makkah begitu diberi perhatian. Yang penting hotel mestilah dekat dengan Masjidil Haram. Dan hotel yang dekat dengan Masjidil Haram hanya yang bertaraf 5 bintang.

Akan tetapi jika Pakej Ekonomi pun seboleh-bolehnya Ajwa Travel cuba dapatkan hotel yang tidak begitu jauh dengan Masjidil Haram.

Pakej Idaman 1

Al-Safwah-Royale-Orchid-Hotel

Hotel penginapan ialah di Safwah Orchid atau setaraf dengannya dengan pilihan penginapan sebilik berdua atau bertiga atau berempat. Tempoh menginap di Makkah sekurang-kurangnya 7 malam.

Jemaah akan bersarapan pagi di Hotel Safwah Orchid manakala “lunch” dan “dinner” di Restoran d’saji Felda.

Mengapa “lunch” dan “dinner” di Restoran d’saji Felda dan tidak di Hotel ?

Ajwa Travel memberikan kebebasan kepada jemaah untuk menikmati menu makanan mengikut pilihan dan selera jemaah dan bukan Ajwa Travel yang tentukan jemaah nak makan apa ! Tambah menarik jemaah boleh makan mengikut masa yang ia rasa sesuai asal kouta makan sehari ialah 2 kali makan (lunch dan dinner) di Restoran d’saji Felda.

dsajifelda

Jika semasa “lunch” jemaah bimbang ramai pelanggan selepas Zuhur (waktu puncak) maka jemaah boleh makan sebelum Zuhur. Atau boleh “tapau” atau bawa makanan ke bilik hotel dan makan sesama ahli bilik.

Masa makan malam pun begitu juga, jemaah bebas untuk makan mengikut masa yang ia suka dan juga pilihan menu sajian yang ia gemari. Kesemuanya ditanggung oleh Ajwa Travel dan jemaah tidak perlu membayar di Kaunter.

Jemaah akan rasa selesa kerana ianya bebas dan tidak terkongkong dengan kekangan masa. Jemaah boleh bebas ikhtikaf lama dalam Masjid atau mahu menyelesaikan ibadah Umrah tanpa rasa bimbang makanan habis jika makan di hotel atau jadual makan sudah habis.

 

safwah room

Bilik Penginapan Hotel Safwah Orchid

Hotel di Madinah ?

Hotel di Madinah ialah Ansar Golden atau setaraf dengannya. Jemaah makan 3 kali di Hotel Saha.

Harga Pakej Idaman 1

Muatan SebilikHarga Seorang
Sebilik BerempatRM8980
Sebilik BertigaRM9680
Sebilik BerduaRM10580

Nota: Untuk musim November sebelum cuti sekolah, Harga Pakej bagi penginapan sebilik berdua, bertiga dan berempat kurang RM400 seorang dari Harga di atas.

 

Pakej Umrah Idaman 2

Harga Pakej Idaman 2 lebih rendah sedikit berbanding Pakej Idaman 1. Perbezaan Pakej hanyalah penginapan Hotel di Makkah manakala yang lain sama sahaja.

Hotel-Anjum-terkini

Hotel penginapan ialah Hotel Anjum yang bertaraf 5 bintang. Jemaah akan makan 3 kali di Hotel Anjum.

anjum room

Hotel Anjum sentiasa menjadi pilihan saya kerana lokasinya yang strategik. Jemaah Hotel Anjum paling mudah untuk memasuki Masjidil Haram kerana Pintu Masjidil Haram melalui laluan dari Hotel Anjum ini tidak pernah ditutup.

Sungguhpun jemaah berjalan kaki di dataran Masjidil Haram yang luas tetapi jemaah akan rasa amat selesa berulang alik ke Masjid tanpa perlu menempuh kesesakan jemaah yang banyak tertumpu di kawasan depan Zamzam Tower.

anjum restoran

Dan yang paling sukar dilupakan ialah menu sajian di Hotel Anjum sememangnya amat lazat dan menyelerakan. Untuk makluman, Hotel Anjum ada 2 Chef Indonesia dan seorang Chef dari Malaysia yang bertugas memasak untuk jemaah yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Maklumat mengenai Hotel Anjum, pembaca boleh perolehi dalam entry saya sebelum ini. Click saje Umrah Idaman, insyaAllah boleh jumpa banyak entry mengenainya.

 

anjum hotel

Hotel di Madinah ialah Hotel Ansar Golden, sama seperti Pakej Idaman 1.

Harga Pakej Idaman 2

Muatan SebilikHarga Seorang
Sebilik BerempatRM7980
Sebilik BertigaRM8480
Sebilik BerduaRM9180

Nota: Untuk musim November 2017 iaitu sebelum cuti sekolah, Harga Pakej bagi penginapan sebilik berdua, bertiga dan berempat kurang RM400 seorang dari Harga di atas.

 

Pakej Umrah Ekonomi

Untuk musim Umrah 1439H ini, Ajwa memilih Hotel Nada Deafah atau setaraf (di belakang Hotel Le Meredian di kawasan Ajyad). Jarak Hotel ke Masjidil Haram sekitar 200 meter sahaja.

Jemaah akan makan 3 kali di Hotel ini. Manakala Hotel di Madinah ialah Hotel Jewar al Saqefah atau setaraf dengannya.

jarak hotel

Hotel berwarna Coklat ialah Le Meredian dan Hotel Nada Deafah terletak dibelakangnya

Harga Pakej Ekonomi

Muatan SebilikHarga Seorang
Sebilik BerempatRM6980
Sebilik BertigaRM7280
Sebilik BerduaRM7680

Nota: Untuk musim November 2017 sebelum cuti sekolah, Harga Pakej bagi penginapan sebilik berdua, bertiga dan berempat kurang RM400 seorang dari Harga di atas.

Keahlian Kelab Kembara Ajwa Secara Percuma

Untuk makluman, mulai Umrah musim baru 1439H ini, setiap Pendaftaran Umrah bersama Ajwa Travel untuk 4 orang ke atas maka jemaah secara automatik akan dimasukkan ke dalam keahlian Kelab Kembara Ajwa secara percuma dan boleh menikmati keistimewaan Ahli Kelab seperti pelancungan Percuma ke beberapa destinasi pilihan (tertakluk kepada Terma & Syarat).

Kepada yang berminat mendaftar Umrah bersama Ajwa Travel, boleh whatapps pendaftaran ke no Handphone saya 0193505395 atau isteri saya Hajah Norhayati 019341822 atau anak saya Fatin Kamili 0193390156.

Atau boleh datang sendiri ke Pejabat Ajwa Travel di Tingkat 3, Bangunan Tabung Haji Klang.

Wassalam.