Assalamualaikum wbt.

Syukur saya panjatkan ke hadrat Allas swt kerana target Umrah Disember Kumpulan Pertama yang menaiki pesawat Saudi pada 18hb Disember 2013 dan kembali ke tanah air pada 30hb Disember 2013 telahpun penuh. Namun begitu atas permintaan bakal-bakal jemaah yang ingin menunaikan Umrah dan kembali sebelum musim persekolahan bermula maka saya setting satu lagi Kumpulan Umrah Disember 2013.

makkah city

Kumpulan Umrah Air Asia X – 19hb Disember 2013 hingga 31hb Disember 2013

Saya telah booking “seat” AirAsia X yang akan berlepas pada 19hb Disember 2013, pada jam 2.20 pagi. Maknanya jemaah harus berada di LCCT pada hari sebelumnya iaitu 18hb Disember 2013, pada jam 11 malam iaitu kira-kira 3 jam sebelum berlepas. Dan pada hari yang sama Kumpulan Umrah yang pertama berlepas ke tanah suci.

Sebelum ini ramai yang membayangkan “seat” AirAsia X yang sempit dan tidak selesa. Barangkali mereka beranggapan “seat” flight Air Asia X yang ke Jeddah ini sama dengan sektor domestik yang berkeadaan tegak dan tidak boleh menyandar. Sebenarnya saya telah ulas mengenai keadaan seat Air Asia X dalam entry saya terdahulu di bawah tajuk Penerbangan Umrah Air Asia X.

Saya berpendapat Penerbangan Air Asia X lebih baik berbanding flight dari negara-negara Teluk atau Hindi yang akan transit di negara ketiga. Sedangkan flight Air Asia X terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah dan tidak transit. Apa maknanya menaiki flight yang canggih sekalipun jika terpaksa transit di negara ketiga yang sebenarnya akan meletihkan jemaah. Selain Saudi Airlines dan MAS, saya kira Air Asia X ialah pilihan yang terbaik. Di samping itu harga tiket AirAsia X juga lebih murah berbanding yang lain.

Harga Pakej Umrah Kumpulan Kedua

Kerana itu, harga Pakej Umrah untuk Kumpulan yang menaiki Air Asia X ini lebih murah RM300 berbanding flight Saudi. Maknanya untuk Pakej Umrah Idaman, harganya ialah RM7200 (sebilik berempat). Manakala Pakej Umrah Super Ekonomi pula ialah RM6000 (sebilik berempat). Jemaah boleh jimat RM300 seorang berbanding jika ikut flight Saudi..

Untuk tambahan bilik triple dan double, sama sahaja kaedah pengiraannya dengan Kumpulan Umrah Pertama. Bagi Pakej Idaman, tambahan RM500 seorang (bilik triple) dan RM1200 seorang (bilik double). Manakala Pakej Super Ekonomi tambahan RM300 seorang (bilik triple) dan RM600 seorang (bilik double)

Jadual Penerbangan AirAsia X

Seperti dimaklumkan awal, flight AirAsia x akan berlepas pada 19hb Disember 2013 (Khamis) pada jam 2.20 pagi. Dan dijadualkan sampai di Jeddah pada jam 7.20 pagi (waktu tempatan). Selepas melalui pemeriksaan Imigresen, jemaah akan dibawa menaiki bas Eksklusif menuju Madinah. Mengikut kiraan, insyaAllah jemaah sudah sampai Madinah pada hari pertama lagi sebelum Maghrib. Esoknya hari Jumaat, jemaah berpeluang untuk solat Jumaat di Masjid Nabawi.

Mengikut kiraan saya, untuk Jadual Perjalanan Pakej ini, jemaah berpeluang untuk Solat Jumaat di Madinah sekali dan juga berpeluang Solat Jumaat di Makkah sekali.

Selama tempoh di tanah suci, jemaah akan mengikuti program yang dirancang seperti pakej-pakej yang lain. Jemaah akan menginap di Madinah selama 4 hari dan 3 malam, manakala selebihnya ialah menginap di Makkah.

Jemaah akan melakukan Tawaf Wida’ pada 30hb Disember 2013 (di Makkah), selepas solat Isyak dan seterusnya menuju ke Jeddah untuk keberangkatan pulang dan dijangka sampai di Airport LCCT pada 31hb Disember 2013, pada jam 10.45 malam, insyaAllah. Maknanya sempat untuk parent menghantar anak balik ke asrama kerana ada masa 2 hari lagi sebelum bermula musim Persekolahan 2014.

flight saudi

Pakej Umrah – Flight Saudi terus ke Madinah ( dari 23hb Disember hingga 4hb Januari 2014)

Kumpulan Kedua flight Saudi terus ke Madinah pula akan berlepas pada 23hb Disember 2013 dan kembali ke tanah air pada 4hb Januari 2014 iaitu pada hari Sabtu. Ramai yang keberatan untuk mengambil Pakej ini kerana alasannya musim persekolahan 2014 telahpun bermula pada 2hb Januari 2014.

Tetapi bagi yang tiada masalah mengenai persekolahan anak boleh mengambil Pakej ini. Tempoh perjalanan ialah 13 hari dan 11 malam. Segala apa yang ditawarkan oleh Ajwa Travel mengenai hotel penginapan Makkah dan Madinah serta lainnya sama sahaja. Yang membezakan hanya jenis Penerbangan yang diambil.

Harga Pakej Umrah untuk Kumpulan Flight Saudi ini sama seperti Kumpulan Saudi pada 18hb Disember 2013 yang telahpun penuh. Iaitu bagi Pakej Umrah Idaman ialah RM7500 seorang (bilik berempat). Manakala bagi Pakej Super Ekonomi pula ialah RM6300 seorang.

Kepada yang berminat, sila email nama-nama jemaah dan nyatakan Pakej mana yang ingin disertai dan menaiki flight Air Asia X atau Saudi ke alamat emel hjiqbal@ajwatravel.net atau hubungi no handphone yang tertera di sudut atas kanan blog ini.

Jumpa lagi.