Assalamualaikum wbt.

gambar note2 1886

Belum pun reda isu tidak boleh Tumpang Mahram, kini peraturan Permohonan Visa Umrah dirumitkan lagi dengan beberapa syarat dan kehendak pihak Konsul yang menyulitkan dan meletihkan. Saya dimaklumkan kini semua Sijil Nikah jemaah wanita mesti di’endorse’ kan ke Pejabat Agama Islam Negeri atau terdekat. Jemaah kena bawa bersama Sijil Nikah yang Asal dan kemudian salinannya akan “Diakui Sah” atau “Certified True Copy” oleh Pejabat Agama dan kemudiannya di’endorse”kan pula ke Wisma Putra. Begitu juga dengan Sijil Lahir Anak yang Asal mesti dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara dan salinannya akan dicop “Diakui Sah” oleh JPN dan kemudiannya turut diendorse ke Wisma Putra juga. Sebelum ini hanya Sijil Anak Angkat oleh JPN sahaja yang perlu di’endorse ke Wisma Putra.

Sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menunaikan Umrah kini mestilah bersiap sedia dengan kerja-kerja tambahan di atas yang sebelum ini tidak pernah mereka lakukan. Atau pilihan kedua ialah jemaah kena bawa bersama Sijil Nikah yang Asal dan/atau Sijil Lahir Anak yang Asal ke pejabat agensi Travel (selain dari bawa bersama dokumen seperti Pasport, gambar dan Buku Suntikan) dan petugas Travel yang melakukan semua kerja di atas bagi pihak jemaah.

Begitulah yang berlaku kini. Menunaikan Umrah tidak semudah dahulu. Kita akui setiap peraturan yang dibuat sebenarnya bertujuan untuk memberi kemudahan dan kebaikan semua pihak. Mungkin pihak Konsul punya alasan tersendiri mengapa peraturan baru ini dilaksanakan. Sebaiknya sebagai bakal Tetamu Allah kita jangan merungut dan berputus asa. Kita lakukan sahaja apa yang diminta dan berdoa semoga Permohonan Visa Umrah kita diluluskan secepat mungkin. Jangan pula kita merajuk tidak mahu ke tanah suci dek kerana peraturan yang dilihat seperti menyulitkan bagi kita.

Umrah Musim Cuti Sekolah Mei/Jun 2013

Promosi Umrah Musim Cuti Sekolah Mei/Jun 2013 telah pun bermula. Harga tiket flight terutama bagi jenis Penerbangan terus ke Madinah atau Jeddah telah melambung tinggi seperti yang dijangka. Al-maklum mengikut jangkaan ramai yang akan menunaikan Umrah pada musim Cuti Sekolah Mei/Jun ini. Sebelum ini ramai yang tidak jadi pergi Umrah ketika musim Cuti Sekolah Mac 2013 kerana bimbang dengan Tarikh Pilihan Raya Umum. Sekarang jangkaan tarikh PRU 13 sudah diketahui. Dan mereka yang menangguhkan hasrat pergi Umrah pada Cuti Sekolah Mac yang lalu akan menunaikan Umrah Musim Cuti Sekolah Mei/Jun ini pula.

Memandangkan harga tiket penerbangan yang melambung tinggi sehingga ada yang mencecah RM4200-RM4500, maka pilihan yang ada ialah mengunakan flight Air Asia X yang terus ke Jeddah dan tidak transit di mana-mana negara. Flight Transit memang meletihkan dan lambat sampai ke Madinah. Flight Air Asia X ialah pilihan terbaik bagi mereka yang mahu segera sampai ke Arab Saudi. Masih ragu-ragu mengenai flight Air Asia X ? Keterangan mengenainya ada saya post dalam entry terdahulu di bawah tajuk Penerbangan Umrah Air Asia X

Bila berlepas ?

Mengikut jadual flight berlepas pada 25hb Mei 2013, jam 11.30 pagi. Jemaah diminta berada di LCCT (bukan KLIA) kira-kira 3 jam sebelum waktu berlepas iaitu jam 8.30 pagi. InsyaAllah jemaah masih sempat bersarapan pagi. Semasa check in muatan bagasi yang dibenarkan ialah 20kg seorang. Flight Air Asia X dijangka sampai di Terminal Haji, Jeddah pada jam 4.00 petang (waktu Jeddah). Selepas pemeriksaan Imigresen jemaah akan dibawa ke Madinah dengan Bas dan insyaaAllah dijangka sampai di Madinah selepas waktu Isyak.

Untuk makluman, jemaah Pakej Idaman dan juga Pakej Ekonomi, masing-masing akan ditempatkan di Hotel Mubarak Madinah dan menginap di sini selama 4 hari dan 3 malam. Selepas hari yang ke-4 barulah jemaah bersiap dengan berpakaian Ihram meninggalkan Madinah menuju ke Makkah. Dan sampai di Makkah, bagi jemaah Pakej Idaman akan menginap di Hotel Safwah Royal Orchid. Manakala bagi jemaah Pakej Ekonomi akan menginap di Hotel Qadisya kira-kira 300 meter ke Masjidil Haram. Lokasinya di sebelah belakang Hotel Safwah dan tidak perlu untuk melintas jalan raya.

gambar note2 1036Hotel Safwah Royale Orchid

Bagaimana dengan Harga Pakej ?

Bagi Pakej Ekonomi, harga sebilik berempat ialah RM6500 seorang. Tambahan RM300 seorang untuk sebilik bertiga dan tambahan RM600 seorang untuk sebilik berdua. Harga Pakej ini meliputi kos tiket penerbangan kelas Ekonomi, hotel penginapan di Makkah (Hotel Qadisya) dan Madinah (Hotel Mubarak Madinah), makan minum 3 kali sehari di Makkah dan Madinah, pengangkutan dan ziarah, belanja memproses Visa Umrah dan kos-kos yang berkaitan. Kos tersebut dikira All In dan tidak ada tambahan kos semasa di tanah suci.

Bagi Pakej Idaman pula harga sebilik berempat ialah RM8000 seorang. Tambahan RM500 seorang untuk sebilik bertiga dan tambahan RM1200 seorang untuk sebilik berdua. Kos ini merangkumi kos tiket penerbangan kelas Ekonomi, hotel Mubarak Madinah di Madinah, hotel Safwah Royale Orchid di Makkah, makanan 3 kali di Madinah, sarapan di Hotel Safwah, “lunch” dan “dinner” di Restoran dsaji Felda (dalam bangunan Safwah Tower), pengangkutan dan ziarah, belanja memproses Visa Umrah dan juga kos-kos yang berkaitan.

Kedua-dua jenis Pakej ini akan berlepas menaiki flight Air Asia X yang sama, menaiki bas yang sama ke Madinah, melakukan Ziarah Madinah dengan bas yang sama dan juga ke Makkah juga bersama. Bezanya ialah sesampai di Makkah barulah jemaah Pakej Idaman menginap di Hotel Safwah, manakala jemaah Pakej Ekonomi menginap di Hotel Qadisya. Selama di Makkah untuk program Ziarah juga, kedua-dua jenis Pakej akan melaluinya secara bersama-sama dan tidak terasing.

Jemaah dijangka berangkat kembali ke tanah air pada 4hb Jun 2013. Flight dijangka berlepas pada jam 5.35 petang dan dijangka sampai ke LCCT pada jam 7.25 pagi keesokkan harinya iaitu pada 5hb Jun 2013. Tempoh perjalanan ialah 12 hari dan 10 malam.

Pakej menjelang Cuti Sekolah

Jika mahu terbang lebih awal dan lebih jimat, Ajwa Travel ada menawarkan Pakej yang berlepas dengan flight Air Asia X pada 21hb Mei 2013 dan dijangka kembali ke tanah air pada 2hb Jun 2013. Tempoh perjalanan ialah 13 hari dan 11 malam.

Harga Pakej Ekonomi ialah RM 6300 sahaja untuk sebilik berempat. Tambahan RM300 seorang untuk sebilik bertiga dan tambahan RM 600 seorang untuk sebilik berdua. Maklumat mengenai Pakej dan Hotel penginapan sama dengan Pakej Ekonomi musim cuti sekolah di atas.

Bagi Pakej Idaman, harga ditawarkan ialah RM 7700 seorang. Tambahan RM500 seorang untuk sebilik bertiga, dan tambahan RM 1200 seorang untuk sebilik berdua. Maklumat mengenai Pakej dan Hotel Penginapan juga sama seperti Pakej Idaman Musim Cuti Sekolah.

Sebenarnya ada agensi travel yang menawarkan harga Pakej yang lebih rendah dari yang Ajwa Travel tawarkan. Tetapi secara jujur, saya tidak tergamak menempatkan jemaah Ajwa di hotel yang jauh dari Haram hanya semata-mata untuk bersaing menawarkan Pakej Umrah Harga Rendah. Bulan Mei dan Jun ini, cuaca di Makkah boleh mencecah sehingga 45 darjah Celcius atau mungkin lebih lagi. Amat terik dan panas. Jika menginap di hotel yang jauh dari Haram dibimbangi jemaah tidak larat untuk kerap berulang-alik ke Masjidil Haram.

Sekiranya berminat, sila daftar dengan segera kerana tempat terhad untuk 40 orang sahaja bagi satu Trip. Sila hubungi pejabat Ajwa Travel 03-3342 3395 atau saya sendiri Hj Iqbal atau isteri saya Hjh Norhayati 019-3418822 atau boleh emel kepada hjiqbal@ajwatravel.net.

Jumpa lagi.