Assalamualaikum wbt.

Tahun ini jemaah dikejutkan dengan isu tidak boleh tumpang mahram. Ramai yang call atau email kepada saya menyatakan kesedihan mereka kerana tidak dapat pergi Umrah seperti sebelumnya. Apa nak dikata..biasa la setiap kali visa Umrah baru dibuka pasti akan berlaku kesulitan-kesulitan yang tidak disangka. Kerana itu saya lewatkan sedikit tarikh Pakej Umrah yang saya promosikan dengan harapan suasana sudah kembali tenang.

Saya juga berharap apabila suasana kembali tenang (tidak terlalu sibuk seperti sekarang ini) peraturan tumpang mahram ini dilonggarkan sedikit. Kasihan kepada agensi travel yang mempunyai ramai jemaah, pasti pening kepala mereka kerana ramai jemaah mereka yang kena “reject” oleh Kedutaan Arab Saudi. Mujur di pihak Ajwa Travel rata-rata jemaah yang daftar bersekali dengan mahramnya atau satu keluarga. Jika ada yang tidak mempunyai mahram pun tidak lah terlalu ramai dan kritikal. Masih punya waktu dan ikhtiar untuk mencari jalan penyelesaian.

Ada yang berseloroh dengan saya menyatakan peraturan yang ketat ini boleh memberi rahmat kepada kami (pihak agensi travel). Katanya jemaah semakin bertambah yang ikut sama menunaikan Umrah kerana faktor mahram mesti dibawa bersama. Ya la, seorang adik perempuan yang ingin menunaikan Umrah terpaksa mengajak abangnya atau ayahnya menemani ke tanah suci. Maknanya dah tambah seorang jemaah lagi. Tetapi hakikatnya semakin berkurang jemaah kerana jemaah wanita muda terpaksa menarik diri kerana tiada mahram yang mahu menemani. Bukan semua orang mampu menaja seorang mahram menemaninya.

Saya mohon maaf kerana membuatkan bakal-bakal jemaah tertunggu-tunggu Promosi Umrah Musim Cuti Sekolah Mac ini. Untuk makluman tiket-tiket flight sektor pilihan ramai iaitu Kuala Lumpur ke Madinah, Jeddah ke Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur ke Jeddah, Madinah ke Kuala Lumpur mengikut tarikh tempoh cuti sekolah boleh dianggap “sold out”. Dan jika ada pun harganya sudah meningkat naik dengan begitu drastik sekali. Almaklum musim cuti sekolah pasti ramai jemaah Malaysia yang nak ke sana. Impaknya nak cari tiket flight yang murah memang payah. Boleh dikatakan harga tiket semua flight akan meningkat apabila musim cuti sekolah.

Saya tidak mahu mewar-warkan Pakej Umrah dengan janji berlepas dengan flight terus ke Madinah, sedangkan tiket flight saya belum confirm atau tidak diperolehi lagi. Saya tidak mahu menipu bakal jemaah dengan janji flight terus ke Madinah tetapi apabila tiba masanya yang diperolehi ialah flight yang bukan direct Madinah. Bak kata orang, “cakap tak serupa bikin” atau berjanji amat mudah tetapi mengotakan janji jadi masalah.

Tambahan pula seperti yang saya jangka, kebanyakkan harga hotel-hotel di Makkah meningkat naik bermula 1 hb Januari yang lalu. Untuk setting harga Pakej memang rumit sikit kerana jika boleh saya mahu dapatkan hotel yang dekat dengan Masjidil Haram. Jika faktor harga dikekalkan tetapi jarak hotel semakin jauh pastinya ramai jemaah yang merungut nanti. Tetapi jika hotel pilihan dikekalkan pasti harga pakej pula yang akan meningkat. Dan pastinya juga tidak digemari oleh bakal-bakal jemaah. Cuma saya berharap semoga jemaah dapat memahami permasalahan ini. Bila dah faham dahulu baru boleh menerimanya jika berlaku perubahan harga.

Umrah Cuti Sekolah dari 22hb Mac hingga 3hb April 2013, flight Emirates (masuk Makkah dahulu)

Bagi Pakej Umrah Musim Cuti Sekolah ini saya berjaya booking 50 seat flight Emirate yang akan berlepas pada hari Jumaat 22hb Mac 2013 dan kembali semula ke tanah air pada 3hb April 2013. Tempoh perjalanan selama 13 hari dan 11 malam. Flight Emirates ini berlepas pada jam 9.50 pagi dan hanya transit Dubai selama 3 jam sahaja. Jemaah akan memakai ihram di Dubai dan berniat Umrah dalam flight kerana jemaah dijangka memasuki Makkah pada sebelah petang hari yang sama. Flight balik akan berlepas melalui Madinah. Maknanya jemaah menaiki bas untuk perjalanan jauh hanya sekali sahaja iaitu Makkah ke Madinah. Biasanya 2 kali iaitu Jeddah ke Madinah dan Madinah ke Makkah.

Saya akan setting 2 standard Pakej untuk trip cuti sekolah ini. Bagi Pakej Umrah Idaman harga yang ditawarkan ialah RM8000 sahaja untuk sebilik berempat (bilik Quad). Manakala untuk sebilik bertiga (bilik triple) kosnya ialah RM8500 seorang. Bagi jemaah sebilik berdua (bilik double) pula kosnya ialah RM9200 seorang. Penginapan di Makkah ialah di Hotel bertaraf bintang seperti Safwah Orchid atau yang setaraf dengannya. Di Makkah jemaah akan sarapan pagi di hotel, manakala makan tengahari dan makan malam di Restoran d’saji Felda yang terletak di Tingkat 2, bangunan Safwah Tower. Manakala di Madinah, jemaah akan menginap di Hotel Ansar Golden. Jemaah akan makan 3 kali sehari di Hotel.

Bagi Pakej Umrah Super Ekonomi pula, harga yang ditawarkan ialah RM6500 seorang untuk sebilik berempat (bilik Quad). Bagi jenis sebilik bertiga, harganya ialah RM7000 dan untuk sebilik berdua (bilik double) pula ialah RM7300 seorang. Jemaah akan menginap di Hotel Qasr Qamar di Makkah dan jarak hotel ke Masjidil Haram sekitar 150 meter sahaja. Jemaah akan makan 3 kali sehari di Hotel ini. Di Madinah, jemaah akan menginap di Hotel Ansar Golden sama seperti jemaah yang mengambil Pakej Umrah Idaman. Saya sedia maklum ramai agensi yang menawarkan harga yang lebih rendah dari yang saya tawarkan. Tetapi saya lebih fokus untuk dapatkan hotel penginapan yang dekat. Saya tidak mahu jemaah mengeluh semasa di Makkah kerana hotel penginapan jauh dari Masjidil Haram atau terpaksa mendaki bukit pula untuk sampai ke Hotel.

Setakat ini sudah ada 25 nama yang mendaftar untuk Pakej Umrah Cuti Sekolah. Saya galakkan kepada yang berminat supaya bersegera untuk mendaftar kerana tempat terhad kepada 50 orang sahaja. Bukan tidak mahu ambil lebih tetapi saya bimbang sukar untuk mendapatkan tiket flight yang berkenan di hati pada harga yang saya sanggup. Flight transit negara-negara Hindi mungkin ada tetapi saya sendiri tidak mahu. Dan saya yakin jemaah pun begitu juga. Untuk mendaftar, sila berikan nama-nama penuh jemaah dan no handphone atau telefon samada melalui email hjiqbal@ajwatravel.net atau sms ke handphone saya, dan bank in deposit RM1000 seorang ke akaun Maybank Islamic no. 562469309729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd.

Wassalam.