Assalamualaikum wb.

Syukur alhamdulillah kerana kesemua jemaah Umrah Ajwa Travel telah memperolehi Visa Umrah dan hanya menunggu masa untuk berangkat ke Tanah Suci. Semoga perjalanan Umrah jemaah Ajwa berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah. Maka dengan ini saya melancarkan Promosi Umrah untuk bulan Januari 2014 pula. Kebetulan tarikh yang dipilih bersamaan dengan Cuti Raya Cina 2014.makkah city2Kelazimannya Jemaah Umrah akan memasuki Madinah dahulu dan kemudiannya baru memasuki Makkah untuk menunaikan Umrah dan kembali ke Tanah Air melalui Airport Jeddah. Samada ianya Penerbangan terus ke Jeddah atau Madinah atau Penerbangan Transit di Negara Ketiga, kesemuanya akan memasuki Madinah dahulu.

Dahulu memasuki Makkah dahulu dan balik melalui Madinah berlaku ketika Musim Haji iaitu jemaah yang mengambil Penerbangan Akhir ke Tanah Suci. Kini di musim Umrah juga, penerbangan Saudi menawarkan sektor Kuala Lumpur/Jeddah dan Madinah/Kuala Lumpur. Sebenarnya jika diberi pilihan, saya lebih menggemari sektor ini berbanding sektor yang satu lagi. Jemaah dapat menyempurnakan Umrah mereka pada Hari Pertama Perjalanan lagi dan boleh fokus untuk beribadah di Masjidil Haram.

 Tarikh  No Flight Sektor Berlepas Ketibaan
31 Jan 2014  SV 831 KUL/JED 1500 1910
10 Feb 2014 SV 832 MED/KUL  2155  1300+1

Merujuk kepada Jadual di atas, Pakej Umrah Januari akan berlepas pada 31hb Januari 2014, jam 3 petang dengan menaiki Pesawat Saudi Airline SV831 dan tiba di Jeddah pada jam 7.10 malam (waktu Jeddah). Jemaah akan dibawa memasuki Makkah dahulu dan balik melalui Madinah. Jemaah bersiap dengan berpakaian ihram sebelum menaiki kapalterbang kerana harus berniat di Qarnul Manazil (dalam flight) sebelum mendarat di Airport Jeddah. Kebiasaannya Pilot/Kapten Kapal akan membuat pengumuman mengenai Masa untuk berniat Umrah sebelum melintasi ruang udara Qarnul Manazil.

Jemaah akan balik dari Madinah pada 10hb Februari 2014 dengan Pesawat Saudi SV832 dan dijangka sampai di KLIA pada 11hb Februari 2014, pada jam 1.00 tengahari

Aturcara Perjalanan

Jemaah akan sampai di Makkah pada Hari Pertama lagi, dijangka pada waktu malam. Sebaik jemaah mendapat bilik masing-masing, jemaah akan diberi masa untuk mempersiapkan diri sekitar 1 jam dan selepas itu akan berkumpul di Lobi Hotel untuk meneruskan Ibadah Umrah seterusnya iaitu Tawaf dan Saie dengan dipimpin oleh Mutawwif. Kepada jemaah yang sudah biasa menunaikan Umrah diberi kelonggaran sekiranya ingin melakukannya sendiri (sekiranya mahu selesai awal).

Ini kerana Tawaf dan Saie berkumpulan yang dipimpin oleh Mutawwif ini kebiasaannya agak lewat sedikit kerana Mutawwif harus memastikan kesemua jemaah yang dibawanya telah selesai sempurna menunaikan Umrah. Dan boleh jadi masa yang panjang diambil kerana ada di kalangan jemaah yang sudah berusia dan berjalan agak perlahan berbanding jemaah yang muda.

mataf9Mataf

Bagi jemaah yang agak uzur kerana faktor kesihatan atau tua boleh menggunakan Kerusi Roda dan tempat Tawaf ialah Mataf (lihat gambar). Biasanya Ajwa akan mencari seorang Pembantu untuk menolak jemaah yang berkenaan. Kebiasaannya Upah Dorong (meminjam kata-kata orang Indonesia) ini pada anggaran SR300 bermula dari Hotel Penginapan Jemaah, dibawa Tawaf dan Saie dan dihantar semula ke bilik Penginapan Jemaah. Upah dorong ini boleh terus dibayar kepada yang berkenaan selepas semua urusan Umrah selesai dan jemaah dihantar terus ke bilik penginapan.

Ada 2 aktiviti Ziarah yang dilaksanakan sepanjang berada di Kota Makkah iaitu Ziarah Manasek dan juga Ziarah Tambahan.

jabal rahmahJabal Rahmah di Padang Arafah

Kebiasaannya Ziarah Manasek iaitu menziarahi tempat-tempat Kerja Haji dilaksanakan pada Hari ke-3 semasa di Makkah. Ziarah ini bermula selepas sarapan pagi dan jemaah akan dibawa menziarahi Jabal Thur iaitu bukit tempat Nabi bersembunyi bersama Saidina Abu Bakar ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Kemudian jemaah meneruskan perjalanan ke Padang Arafah yang terletaknya Jabal Rahmah iaitu bukit tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa ketika terpisah selepas diturunkan ke bumi. Jika keadaan mengizinkan, jemaah diizinkan untuk mendaki Jabal Rahmah dan boleh melihat saujana mata memandang bumi Arafah yang terbentang luas.

Selepas Arafah, jemaah dibawa melawat Muzdalifah (jemaah Haji akan Mabit/bermalam di Muzdalifah) dalam perjalanan menuju ke Mina. Selanjutnya jemaah dibawa ke Masjid Jaaranah dan di sini jika jemaah ingin melakukan Umrah boleh bermiqat di sini. Kemudian jemaah dibawa kembali semula ke Makkah dan singgah sebentar untuk melihat Jabal Nur dari kejauhan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERALadang Unta

Program Ziarah Tambahan akan dibuat di hari yang lain pula selepas mendapat Permit untuk Melawat Muzium Haramaian. Sebaik mendapat permit, maka Program Ziarah Tambahan akan diatur dan jadualnya bergantung kepada tarikh dan masa permit untuk melawat Muzium Haramain. Kebiasaannya program bermula dengan lawatan ke Ladang Unta dalam perjalanan ke Masjid Hudaibiyah. Jemaah boleh merasai kelazatan meminum susu Unta segar dan jika mahu dibawa pulang boleh membelinya dengan harga SR5 sebotol.

Di Masjid Hudaibiyah (tempat berlakunya Perjanjian Hudaibiyah), jemaah boleh berniat Umrah dan menukar pakaian Ihram di sini. Kemudian jemaah kembali semula ke Makkah dan dibawa melawat Muzium Haramain. Semasa lawatan, jemaah dibenarkan untuk mengambil gambar tetapi dilarang menyentuh bahan pamiran. Untuk makluman segala khazanah 2 masjid iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang lama dahulu dipamirkan di Muzium ini.

Sebenarnya program Ziarah di Makkah ada pada entry saya terdahulu iaitu Ziarah Manasek Haji dan juga Ziarah Tambahan di Tanah Suci.

Tempoh Perjalanan

Jemaah akan menginap 8 hari dan 7 malam di Makkah. Dan selepas itu jemaah akan berangkat menaiki bas menuju ke Madinah. Di Madinah, jemaah akan menginap selama 4 hari dan 3 malam menjadikan tempoh perjalanan ialah 12 Hari dan 10 Malam. Selama di Madinah, jemaah akan mengikut 2 program utama iaitu Ziarah Dalam dan Ziarah Luar Madinah selain dari berulang alik ke Masjid Nabawi untuk solat 5 waktu.

Kelebihan Balik Dari Madinah

Airport Madinah tidaklah terlalu sibuk berbanding Airport Jeddah. Biasanya hanya ada 1 flight yang berlepas (flight kita la tu) dalam satu masa menjadikan proses “check in” bagasi lebih santai dan tidak kelam kabut. Petugas di Airport Madinah juga dilihat lebih mesra dan baik hati berbanding di Airport Jeddah. Jika bernasib baik ada ketikanya bagasi jemaah juga tidak ditimbang. Melegakan bagi jemaah yang berat bagasi mereka melebihi 30kg.

Harga Pakej (Ringgit Malaysia)

PAKEJ UMRAH IDAMAN

PAKEJ SUPER EKONOMI

HOTEL MAKKAH

HOTEL MADINAH

HOTEL MAKKAH

HOTEL MADINAH

SAFWAH ORCHID

AL-HARAM MADINAH

BROJ JEWAR

AL-HARAM MADINAH

HARGA PAKEJ

HARGA PAKEJ

QUAD

TRIPLE

DOUBLE

QUAD

TRIPLE

DOUBLE

7500

8000

8700

6500

6800

7100

Sekiranya berminat nak join, pembaca boleh membuat pendaftaran dengan emel kepada hjiqbal@ajwatravel.net. nama-nama jemaah dan no. handphone jemaah untuk dihubungi. Jemaah juga boleh membuat bayaran deposit RM1000 seorang ke akaun Maybank no. 5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd. Kemudian emel salinan bank in slip sebagai bukti bayaran. Kumpulan ini, insyaAllah akan dipimpin oleh saya sendiri dan juga isteri saya Hjh Norhayati.

InsyaAllah saya kembali semula dari Tanah Suci pada 28hb Disember ini. Jika ada pertanyaan mengenai Pakej Umrah boleh emel kepada saya. InsyaAllah akan saya jawab semasa di Tanah Suci nanti. Jumpa lagi dan Wassalam.