Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah, promosi Umrah April boleh dikira berjaya dengan menghimpun penyertaan seramai 30 orang jemaah. Seramai 10 orang memilih Pakej Ekonomi dan bakinya 20 orang pula memilih Pakej Umrah Idaman. Tanpa disangka awalnya Ajwa berniat untuk mempromosikan Pakej Ekonomi pada harga serendah RM5300, rupa-rupanya yang lebih ramai ialah jemaah Pakej Idaman (iaitu pada harga Pakej dari RM7500 seorang)

InsyaAllah, jemaah Umrah Ajwa untuk bulan April ini akan berlepas dengan Pesawat Saudi pada 1 April dan kembali ke Tanah Air pada 12 April 2015. Dan kini sedang menunggu masa sahaja untuk berlepas ke Tanah Suci.

ansar 5Lobi Hotel Ansar Golden

Penginapan di Madinah ialah Hotel Ansar Golden untuk Pakej Idaman, manakala Hotel Mubarak Madinah untuk jemaah Pakej Ekonomi. Sementara di Makkah pula jemaah Pakej Idaman menginap di Hotel Safwah Orchid dan jemaah Pakej Ekonomi menginap di Hotel yang jaraknya dianggar 300 meter ke Masjidil Haram (kawasan Ajyad).

safwah orchidHotel Safwah Orchid di Makkah

Apa Beza Pakej Ekonomi dan Idaman ?

Yang membezakannya ialah Hotel Penginapan di Makkah dan Madinah sahaja, manakala yang lain adalah sama. Semua jemaah Ajwa ini akan berlepas menaiki Penerbangan yang sama (Saudi Airlines), menaiki bas yang sama, menjalani aktiviti ziarah di Madinah dan Makkah secara bersama dan kembali ke Tanah Air juga secara bersama.

Promosi Umrah Mei 2015

Lanjutan dari sambutan Promosi Umrah April 2015, maka kini Ajwa sekali lagi set satu Pakej yang sama untuk bulan Mei pula. Iaitu 2 standard pakej Umrah yang berbeza tetapi pergi bersama dalam satu Rombongan.

Harga Pakej Ekonomi bermula dari RM 5300 (sebilik 4 orang), RM 5600 (sebilik 3 orang) dan RM 6000 (sebilik 2 orang).

Manakala untuk Pakej Idaman bermula dari RM 7500 (sebilik 4 orang), RM 8000 (sebilik 3 orang) dan RM 9000 (sebilik 2 orang) .

 

Bila Flight Berlepas?

Penerbangan pilihan ialah Air Asia. Jadual berlepas mengikut ketetapan seperti berikut :-

Tarikh Destinasi No Flight Berlepas Ketibaan
11 Mei 2015 KUL/JED D7170 0235 0725
21 Mei 2015 JED/KUL D7171 0830 2330+1

 

 

Tempoh Perjalanan ialah 12 Hari dan 10 Malam. Jemaah menginap 3 malam di Madinah, manakala di Makkah menginap 7 malam.

Flight berlepas pada 11 Mei 2015, jam 2.35 Mei dan tiba di airport Jeddah pada jam 7.25 malam (waktu Jeddah) . Maknanya jemaah akan sampai di Arab Saudi pada Hari Pertama perjalanan.

Jemaah dikehendaki berada di airport KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas.

seat ekonomi flynas

Mengapa digabungkan ?

Sebelum ini saya selalu mempromosikan Pakej Umrah yang selesa iaitu menawarkan Hotel bertaraf bintang di Makkah. Sehingga dilihat seolah-olah meminggirkan Pakej Harga Rendah. Sebenarnya niat Ajwa ialah untuk memberikan khidmat terbaik kepada jemaah dengan menawarkan Hotel yang dekat dan selesa. Kerana Ajwa tahu jarak hotel yang jauh boleh mengundang kemarahan jemaah dan boleh menjejaskan tumpuan jemaah untuk beribadah.

Mengapa kini boleh pula ?

Untuk makluman, bulan April dan Mei dianggap “low season”. Harga tiket flight juga agak murah berbanding harga tiket bulan Disember yang lalu. Harga Hotel di Makkah juga mengalami penurunan harga.

Jika bulan Disember yang lalu, Harga Pakej Idaman yang menginap di Safwah dinilai bermula dari RM8500 ke atas tetapi untuk bulan April dan Mei ini boleh ditawarkan pada RM 7500 sahaja.

Malah untuk bulan Disember, saya tidak berani memilih Hotel Safwah yang sentiasa menjadi rebutan jemaah negara-negara Arab yang sanggup menawarkan harga yang lebih tinggi. Kerana itu Ajwa selesa dengan Hotel Anjum untuk bulan Disember yang lepas.

Jadi kepada mereka yang suka kepada harga rendah ini boleh ambil peluang dengan menunaikan Umrah kali ini. Samada mahu Pakej Idaman atau Pakej Ekonomi.

Jika sebelum ini harga RM5300, jemaah mungkin menginap di hotel yang jaraknya 700 meter ke atas, tetapi untuk musim April dan Mei ini jemaah akan menginap di hotel yang hanya pada jarak 300 meter ke Masjidil Haram.

Pendaftaran

Jadi apa tunggu lagi ? Penyertaan terhad kepada 40 orang sahaja. Yang berminat boleh emel kepada alamat emel booking@ajwatravel.net atau hubungi isteri saya Hjh Norhayati 019-341 8822.

Oleh kerana saya tiada di Malaysia bermula dari 1 April hingga 12 April 2015 (kerana membawa rombongan Umrah April ) maka dinasihatkan kepada yang ingin menyertai supaya segera membuat pembayaran kerana bayaran tiket penerbangan perlu dibayar kepada syarikat penerbangan sebelum 30 hari dari tarikh berlepas.

Kelewatan berbuat demikian boleh mendatangkan masalah pula nanti. Bimbang tempahan tiket penerbangan boleh dibatalkan kerana lambat menyelesaikannya pada tempoh yang diberi.