Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

Kesibukan menguruskan jemaah Ajwa Travel menyebabkan saya lama tidak menulis blog sehingga tak tahu nak cerita hal mana dulu. Saya ambil keputusan nak cerita mengenai Promosi Termurah Pelayaran Starcruise mengikut Pakej Buy 1 Free 1 dan Pakej Buy 2 Free 1.

Promosi Pakej ini mengikut Jadual Pelayaran seperti berikut :-

Tempoh Pelayaran 4 Hari dan 3 Malam

Pelayaran ini mengambil masa 4 hari 3 hari iaitu bermula dari Port Klang belayar menuju ke Phuket. Sampai di Phuket (tetamu diberi pilihan samada mahu buat “Phuket City Tour” sekitar 6 jam atau kekal berada dalam kapal).

Seterusnya Starcruise akan belayar kembali dari Phuket menuju ke Penang. Tiba di Penang Tetamu boleh turun dari Kapal untuk “Penang City Tour” selama 6 jam atau kekal berada atas kapal.

Selanjutnya Starcruise akan belayar semula kembali ke Port Klang dan dijangka tiba di Port Klang pada hari ke4 Pelayaran sekitar jam 10 pagi.

Jadual Pelayaran



Promosi Buy 1 Free 1 dan Buy 2 Free 1

Hanya untuk Cabin Jenis Non-view iaitu Cabin Kategori DA-DD Inside Stateroom yang terletak di Deck 5,6,7,8,9 dan 10 atau Cabin Jenis Oceanview iaitu Cabin Kategori CH Obstucted View atau Cabin Kategori CE-CF Oceanview Stateroom.

Jenis Cabin Penginapan

Atau jika mahu melihat pemandangan laut boleh memilih Cabin Penginapan yang ada tingkap iaitu Cabin Kategori CH Obstucted View yang terletak di Deck 8,9 & 10 atau Kategori CE-CF Oceanview Stateroom with Porthole yang terletak di Deck 5 & 6.

Restauran Halal

Bagi penumpang Muslim semestinya Makanan Halal amat diberi perhatian. Tetamu Starcruise Muslim boleh makan dan minum di 3 Restaurant Utama iaitu samada di Mariners Restaurant atau Bella Vista Restaurant yang terletak di Deck 9 atau Oceana Barbecue yang terletak di Deck 12 berhampiran dengan Kolam Renang.

Tetamu hanya perlu menunjukkan Kad Starcruise masing-masing ketika makan di Restoran pilihan.

Kiraan Kos Seorang

Untuk makluman, bayaran yang terlibat ialah Harga Cabin (bilik penginapan), port charges RM200/seorang dan Gratuiti atau service caj sebanyak RM60 x 3 malam untuk seorang (dibayar semasa Tetamu check out Kapal).

Melalui iklan di atas, saya akan memberi contoh kiraan secara terperinci berdasarkan jumlah bilangan peserta, supaya kita boleh merancang mahu ambil Promosi Buy 1 Free 1 atau Buy 2 Free 1. Bakal penumpang juga boleh merancang mahu belayar pada tempoh “Weekday” atau “Weekend” sesuai dengan budget kewangan masing-masing.

Harga yang diberi tidak termasuk “Phuket City Tour’ dan “Penang City Tour”. Tetamu yang mahu menyertai City Tour di atas boleh mendaftar nama dengan Starcruise atau memilih untuk pergi sendiri.

Pendaftaran

Kepada yang berminat boleh hubungi samada call atau Whatsapp ke Hj Iqbal 0193505395 atau Hjh Norhayati 01934188 atau Wan Azan 012-9012164

Nota : Pasport diperlukan untuk pelayaran Starcruise ini.