Assalamualaikum wbt.

Sementara musim Umrah 2013 belum dibuka, saya rasa ada baiknya jika saya mempromosikan pakej-pakej Non Umrah sempena cuti sekolah yang bakal menjelang tidak lama lagi. Destinasi yang terdekat bagi pembaca Lembah Klang ialah Pulau Pangkor. Saya setting Pakej Bercuti di Pulau Pangkor untuk 3 hari dan 2 malam terbuka kepada Kumpulan atau Anggota Keluarga yang ramai.

Apa yang menarik di Pangkor ?

Pelbagai aktiviti yang dapat dilaksanakan di Pulau Pangkor, antaranya ialah Aktiviti Sukan Pantai. KIta berpeluang untuk merasai pengalaman pelbagai aktiviti sukan air dan pantai di Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Antaranya bermain Jet Ski, menaiki Banana Boat, berkayak, “island hopping” dan juga bermain bola tampar pantai. Jika mahukan aktiviti Snorkeling juga ada di pulau ini.

Bagi yang gemarkan aktiviti memancing, boleh merasai pengalaman memancing di sekitar Pulau Pangkor dan Pulau Sembilan. Bagi yang mahu keseronokan tanpa perlu turun ke laut boleh menyertai Aktiviti Pukat Tarik. Jika bernasib baik, tangkapan ikan di pukat tarik boleh menjadi milik kita. Boleh lah hasil tangkapan ikan itu dibuat BBQ atau dibawa pulang ke rumah. Aktiviti Pukat Tarik ini dikenakan caj dan bukan percuma.

Bagi yang gemarkan aktiviti lasak dan keindahan alam semulajadi boleh menyertai Aktiviti Jungle Treking dengan berjalan kaki meredah Hutan Simpan Sungai Pinang atau merentas ke Teluk Segadas. Aktiviti ini akan dipandu arah oleh Juru yang berpengalaman.

Rasanya tidak lengkap kunjungan ke Pulau Pangkor jika kita tidak mengelilingi kawasan sekeliling Pangkor. Kita boleh menyewa kereta atau motor atau basikal untuk melawat ke seluruh pelosok pulau. Tapi pastikan anak-anak kita mempunyai lesen memandu yang sah dan mematuhi undang-undang jalan raya di pulau ini. Untuk menyewa kenderaan yang selamat boleh diperolehi di chalet atau resort yang didiami. Tetapi ada juga perkhidmatan sewa Teksi untuk mengelilingi pulau. KIta cuma perlu buat panggilan (call) untuk mendapatkan teksi dan masa yang diambil untuk aktiviti ini ialah 2 jam. Kita boleh melawat Kota Belanda, Batu Bersurat, Perkampungan Nelayan, Kilang Sate Ikan dan Mini Great Wall.

PAKEJ BERKUMPULAN – Maksima 40 orang hanya RM 300 seorang. (1 bas persiaran)

Hanya RM300 seorang bagi Pakej berkumpulan. Kos ini meliputi kos Bas Persiaran pergi dan balik dari lokasi asal peserta ke Jeti Lumut, penginapan 2 malam di resort terpilih, makan minum 6 kali di Pangkor, perkhidmatan Feri pergi dan balik dan pengangkutan jeti ke resort. Kita akan diberi 2 kali sarapan pagi, 2 kali makan tengahari dan 2 kali makan malam di resort/chalet yang didiami.

Kos ini tidak termasuk sebarang aktiviti yang dimaklumkan di atas. Tetapi untuk kesemua caj aktiviti yang di atas tidaklah mahal sangat sekitar RM10-RM15 aje seorang bagi setiap aktiviti yang disertai.

PAKEJ KELUARGA – 15 orang hanya RM250 seorang

Pakej ini bagi ahli keluarga yang ramai dan tidak cukup 40 orang atau satu bas. Beza Pakej Keluarga dengan Pakej Berkumpulan ialah Tiada Bas Persiaran disediakan. Yang lain semuanya sama. Kita kena memandu sendiri sehingga ke Jeti Lumut dan parkir kenderaan kita di kawasan Parkir yang disediakan. Kemudian tuan/puan boleh berjumpa dengan wakil Ajwa Travel di Lumut untuk perjalanan seterusnya menaiki Feri ke Pangkor. Dan sampai di pulau, ahli rombongan akan terus dibawa “check in” di resort yang ditetapkan.

InsyaAllah hujung minggu ni kami bawa Rombongan Pelajar Sekolah yang telah selesai menduduki PMR mengunjungi Pulau Pangkor selama 3 hari dan 2 malam. Mana-mana sekolah yang berhasrat untuk menyertai Program Lawatan ke Pangkor ini juga dialu-alukan. Dan biasanya pasti ada tawaran istimewa diberikan untuk Pakej Pelajar Sekolah. Baiknya jika kemasukkan ke Pangkor ini pada hari biasa dan bukan hujung minggu kerana masa hujung minggu biasanya resort/chalet memang telah sedia ditempah oleh pengunjung.

Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi saya di talian 019-350 5395 atau isteri saya Hajah Norhayati 019-341 8822 untuk pendaftaran dan urusan seterusnya. Nyatakan tarikh bila nak pergi dan kami akan check resort mana yang available semasa kemasukkan. Almaklum musim cuti sekolah, pasti banyak resort/chalet yang sedia ditempah awal-awal lagi. Buatlah tempahan awal bagi memastikan tarikh kemasukkan kita ke Pangkor nanti berjalan lancar.

Jumpa Lagi. InsyaAllah.