Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

Melihat kepada perkembangan Umrah yang semakin sukar dan agak dingin pada masa kini, maka saya merasakan ada baiknya saya mula mempelbagaikan tumpuan perniagaan saya kepada sektor Pelancungan Luar Negara.

Tambahan pula bermula bulan Rejab, Syaaban hingga Ramadhan, kabarnya kouta Umrah semakin terhad dan berkurangan. Sama masalahnya seperti tahun-tahun lepas. Keadaan Masjidil Haram yang semakin mengecil saiz yang boleh diguna kerana kerja pengubahsuaian memungkinkan hal ini berlaku.

Maka kini Ajwa mula mempromosikan Pakej Pelancungan Luar Negara seperti sektor Timur Tengah hingga yang yang paling hampir dengan kita iaitu sektor Indonesia dan Vietnam.

Pakej Melawat Turki 9 Hari dan 7 Malam

Sebenarnya dah lama saya mahu setting Pakej Melawat Turki tetapi kerana sibuk dengan tumpuan kepada Umrah maka hajat itu terpendam begitu sahaja.

Ajwa merancang untuk setting Pakej ini bermula dari 24 Mei hingga 2 Jun 2015 dengan menaiki Penerbangan Etihad Airways. Harga Pakej keseluruhan ialah RM 5500 seorang.

Harga meliputi kos tiket penerbangan kelas ekonomi KLIA ke Istanbul pergi dan balik, hotel penginapan bertaraf 4 bintang, pengangkutan bas berhawa dingin yang menyediakan WIFI percuma, Tour Guide yang berbahasa English, lawatan di beberapa tempat menarik di Turki, makan dan minum selama di sana, termasuk Tip untuk Tour Guide dan driver bas.

Kepada yang berminat untuk menyertai boleh emel nama-nama ke emel booking@ajwatravel.net dan membuat bayaran deposit RM 1000 seorang ke akaun Maybank Islamic no. 5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd. Jangan lupa emel sekali copy bank slip sebagai bukti bayaran.

Tempat Terhad untuk 20 orang sahaja. Jadi kepada yang berminat bersegera lah untuk mendaftar.

Pakej Melawat Jordan dan Baitul Muqaddis

Negara Jordan juga menambat hati saya kerana ada banyak tempat-tempat menarik dan kesan sejarah Nabi ada di bumi Anbiya ini. Cuma saya belum buat keputusan berapa hari saya mahu set Pakej Jordan dan Baitul Muqaddis ini.

InsyaAllah maklumat mengenainya akan diceritakan apabila saya sudah mendapat detail info mengenainya.

Ada yang bertanya kepada saya “Ajwa tak buat Pakej Umrah Baitul Muqaddis ke ? Sebenarnya saya lebih suka memberi tumpuan Umrah sahaja atau jika mahu melancung maka melancung sahaja dan tidak dicampur dengan Umrah.

Kenapa ? Mungkin lain orang lain caranya Tetapi saya lebih suka fokus kepada tujuan utama iaitu jika mahu Umrah maka kita fokus Umrah. Dan jika mahu melancung maka kita fokus dengannya. Walaupun ada yang kata Pelancungan Ibadah tetapi saya lebih memilih jika ibadah maka ibadah sahaja dan jika mahu melancung maka melancung sahaja.

Sektor Indonesia

Semenjak AirAsia dengan motto ” Now Everyone can Fly” mula beroperasi, kita mempunyai namyak pilihan untuk melawat mana-mana tempat di Indonesia dengan kos yang murah dan mampu. Samada mahu pergi secara berkumpulan ikut Pakej yang ada atau mahu pergi mengikut Jadual sendiri bersama keluarga (kumpulan kecil bawah 10 orang).

Pakej Melawat Banda Aceh 4 Hari 3 Malam

Pakej ini yang paling awal mengikut Perancangan Ajwa iaitu yang terdekat pada 4hb Mei hingga 7hb Mei 2015. Dari Hari Isnin hingga Khamis. Harga yang ditawarkan ialah RM 1300 seorang.

Untuk musim cuti Sekolah Jun 2015 ini, Ajwa set 2 tarikh iaitu dari 5hb Jun hingga 8hb Jun 2015, yang kedua dari 11hb Jun hingga 14hb Jun 2015.  Harga bagi kedua-dua pakej yang berkenaan ialah RM 1500 seorang. Maklumat mengenainya ada pada entry terdahulu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pakej Minangkabau Padang Bukit Tinggi 4 Hari 3 Malam

Maklumat mengenai pengalaman tempat-tempat lawatan di Padang Bukit Tinggi ada saya ceritakan dalam entry terdahulu di bawah tajuk  Catatan Perjalanan Padang Bukit Tinggi. dan Catatan Perjalanan Padang Bukit Tinggi – Siri 2

Kepada Kumpulan atau Keluarga atau Individu yang berminat untuk ke Padang Bukittinggi boleh maklumkan kepada saya tarikh atau Jadual Keberangkatan supaya pihak Ajwa boleh menguruskannya. Boleh pergi dalam kumpulan kecil bawah 10 orang atau lebih dari 10 orang. Pastinya semakin ramai ahli kumpulan semakin rendah Harga Pakej.

Secara relatif Harga Pakej dalam lingkungan RM 1200 seorang bergantung Jadual Penerbangan samada cuti sekolah ataupun di luar musim cuti sekolah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pakej Jakarta dan Bandung

destinasi Jakarta dan Bandung ialah destinasi yang popular bagi sektor Indonesia. Sebenarnya ada pelbagai gaya Pakej samada Jakarta sahaja atau Bandung sahaja atau Jakarta dan Bandung. Masa pula ada yang 3 hari 2 malam di Bandung sahaja atau Jakarta sahaja. Ada yang 4 hari 3 malam Jakarta sahaja atau Bandung sahaja atau Jakarta 1 malam dan Bandung 2 malam atau sebaliknya.

Maknanya ikut kita mahu yang jenis mana. Jika tujuan untuk membeli belah ramai yang memilih Bandung berbanding Jakarta. Pembaca juga boleh memilih untuk ambil Full Pakej atau beli tiket sendiri dan ambil Ground sahaja di sana.

Harga Full Pakej juga tidak mahal mana, sekitara antara RM 1000 ke RM 1500 bergantung kepada bilangan hari dan juga harga tiket flight. Musim cuti sekolah harga tiket memang lebih mahal dari biasa.

Bagi yang nak lebih jimat boleh cari sendiri tiket Airasia yang murah dan dalam promosi. Jika bernasib baik jika dapat tiket murah kos melancung ke Jakarta dan Bandung ini (harga tiket dan kos Ground) boleh kurang dari RM1000 seorang.

Matlumat mengenai Jakarta dan Bandung ada dalam entry terdahulu Tempat-tempat Menarik di Jakarta dan Tempat-tempat Menarik di Bandung

Pakej Medan danau Toba

Sebenarnya destinasi ini antara yang paling murah bagi sektor pelancungan di Indonesia. Ini kerana tiket flight Airasia ke Medan saya rasa yang paling rendah berbanding di tempat lain.

Jika bernasib baik kita boleh dapat tiket serendah RM200 untuk pergi dan balik. Dan jika dicampur dengan kos ground di Medan dan Danau Toba, kos keseluruhan hanya sekitar RM700 dan ke atas (bergantung harga tiket yang kita perolehi)

Maklumat mengenai Medan ada banyak kali saya masukkan dalam entry terdahulu seperti Pakej Melawat Medan dan Danau Toba.

Pakej Ho Chi Minh 4 Hari 3 Malam

Ajwa baru sahaja membawa jemaah seramai 18 orang ke Ho Chi Minh baru-baru ini dengan menaiki Pesawat MAS. Harga Pakej keseluruhan ialah RM 1500 sahaja.

Jika nak lebih jimat, pembaca boleh cari sendiri Tiket Airasia yang dijual pada harga promosi dan hanya Jmengambil Harga Ground sahaja dari Ajwa. Harga Ground 4 hari 3 malam sekitar RM 800 sahaja seorang (bergantung kepada bilangan peserta). Jika 3 hari 2 malam, harga Ground sekitar RM 600 sahaja.

Semasa di Ho Chi Minh, Tour Guide ialah seorang Melayu Islam Champa yang fasih berbahasa Melayu. Istimewanya Tour Guide ini boleh menunjukkan kilang-kilang yang menjahit baju dan Telekung. Dan ahli rombongan dapat membelinya pada harga yang jauh lebih murah berbanding di tempat lain.

Lawatan di Ho Chi Minh ini boleh disesuaikan mengikut citarasa kita sendiri. Ajwa tidak membawa pelancung melawat ke tempat Tokong Buddha yang banyak di sana. Sebaliknya tempat-tempat itu diganti dengan lawatan ke Masjid dan perkampungan Melayu Champa.

Maklumat mengenai Pakej Ho Chi Minh ini juga banyak yang sudah saya ceritakan dalam entry-entry  terdahulu

Pendaftaran

Ajwa kini telah wujudkan akaun emel baru khusus untuk menangani Pakej Pelancungan yang Non Umrah pada alamat booking@ajwatravel.net. 

Manakala sektor umrah pula dikhususkan kepada alamat emel umrah@ajwatravel.net.

Jumpa lagi. Wassalam