Assalamualaikum wbt.

Ramai yang bertanya dan ingin mengetahui dengan lebih terperinci mengenai Pakej Umrah Idaman 2 untuk bulan Disember 2015 ini sebelum membuat keputusan untuk mendaftar. Oleh hal yang demikian ada baiknya saya huraikan dengan lebih detail bermula dari pemilihan flight dan jadual berangkat ke Tanah Suci.

Ajwa Travel telah menempah tiket Penerbangan Airasia X yang akan berlepas mengikut ketetapan seperti berikut :-

2015-07-31 09_59_27-Jadual Umrah - Microsoft WordJemaah harus berada di KLIA 2 pada 14hb Disember 2015 pada jam 11.30 malam untuk urusan “check in” bagasi dan mendapatkan “boarding pas”. Flight Airasia X (Airbus 330) akan berlepas pada 15hb disember 2015 jam 2.35 pagi dan dijangka sampai di Jeddah pada jam 7.25 pagi (waktu Jeddah). Perjalanan mengambil masa 9 jam.

seat asiasia x 2

Ada yang ragu-ragu mengenai keluasan “seat” yang dikatakan sempit berbanding flight yang lain. Jangan samakan flight Airasia dengan Airasia X. Ianya amat berbeza. Flight Airasia hanya ada 6 seat dalam satu baris dan hanya 1 laluan. Tetapi flight Airasia X ini jenis Airbus330 yang mempunyai 9 seat dalam satu baris dan ada 2 laluan.

seat airasia x 1

Dari segi keluasan, “seat” Ekonomi Airasia X berbanding flight yang lain lebih kurang sama sahaja. Jika ada beza pun dari segi “entertainment” kerana seat Airasia X tidak ada monitor TV. Tapi pada saya ianya bukan satu masalah besar pun. Lagi pun kita digalakkan tidur dan berehat sepanjang tempoh penerbangan.

seat premium

Seat Premium

Jika nak selesa lagi, jemaah boleh ambil “seat Premium” ala Business Class dengan membuat sedikt bayaran tambahan. Tetapi Seat Premium ini ada 12 sahaja dalam satu flight. Jika berhajat kena buat booking awal.

Sajian Makanan dalam flight

airasia x menu

Dalam flight (pergi dan balik), jemaah akan diberikan Makanan 2 kali iaitu ketika selepas berlepas dan sebelum mendarat. Menu makanan sama seperti yang ada dalam flight Airasia yang lain (seperti gambar di atas) dan diberikan air Mineral sebotol saiz 500ml. Pengalaman saya menu makanan yang disajikan sememangnya lazat dan mengenyangkan.

Tiba di Jeddah

Semua jemaah yang mempunyai Visa Umrah akan ditempatkan di Terminal Haji. Tidak kira flight apa yang kita naiki. Kecuali flight Saudi yang ditempatkan di Terminal Saudi. Tetapi pada musim cuti sekolah baru-baru ini jemaah flight Saudi juga ditempatkan di Terminal Haji untuk urusan “check in” Imigresen dan pengambilan bagasi.

Perjalanan ke Madinah dahulu

Oleh kerana penerbangan balik ikut Jeddah, maka jemaah akan dibawa masuk Madinah dahulu. Jemaah akan menaiki Bas Persiaran Eksklusif ( jenis engine Mercedes). Ada juga Bas Persiaran yang cantik seperti jenama KingLong, tetapi ia buatan China dan kurang menyakinkan saya dari segi keselesaan semasa perjalanan.

Perjalanan dengan bas dari Jeddah ke Madinah biasanya mengambil masa sekitar 6 jam. Dan insyaAllah jemaah akan sampai di Kota Madinah selepas Zuhur dan boleh mengerjakan Solat Asar di Masjid Nabawi pada Hari Pertama lagi.

Hotel Madinah

Jemaah akan ditempatkan di Hotel Ansar Golden. Lokasi hotel ini yang paling hampir sekali dengan Masjid Nabawi (bersebelahan Hotel Oberoi di sebelah kiri dan Hotel Dar Salam di sebelah kanan). Berhampiran hotel ini juga ada banyak kedai makanan, money changer dan Farmasi serta kedai runcit.

457347_459837864028778_253041725_o

Hotel Ansar Golden di Madinah (sebelah kiri gambar)

Jemaah akan menginap selama 4 hari dan 3 malam di Madinah. Dan semasa di Madinah, jemaah akan dibawa ke Program Ziarah Dalam dan Ziarah Luar Madinah. (Maklumat mengenainya ada pada entry terdahulu)

Jemaah disediakan makanan 3 kali sehari di Hotel ini iaitu Sarapan Pagi selepas Solat Subuh, makan tengahari selepas Solat Zuhur dan Makan Malam selepas solat Isyak. Sajian makanan disediakan oleh pihak Hotel.

Perjalanan ke Makkah

Jemaah akan mula “check out” Madinah selepas makan tengahari dengan berpakaian Ihram kerana akan berniat Umrah di Masjid Bir Ali ( 7km dari Madinah). Perjalanan dengan bas dari Madinah ke Makkah akan mengambil 6 hingga 7 jam dan dijangka sampai Makkah selepas waktu Isyak.

Selepas jemaah mendapatkan bilik masing-masing, seorang Mutawif akan membantu jemaah untuk mengerjakan Tawaf dan Saie bagi menyempurnakan ibadah Umrah.

anjum 2

Hotel Anjum di Makkah

 

Hotel Anjum terkini2

Pengalaman menginap di Hotel Anjum pada bulan Disember 2014 amat memuaskan hati saya. Dan saya percaya jemaah saya pun begitu juga. Seperti gambar di atas, bangunan tambahan Masjidil Haram kini telah siap dan boleh digunakan oleh jemaah. Ini menyebabkan jemaah dari Hotel Anjum berjalan kaki masuk ke Masjidil Haram amat dekat sekali (50 meter sahaja).

Yang seronok dan melegakan, jemaah amat santai sekali berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram dan tidak perlu bersesak-sesak seperti yang berlaku di kawasan hadapan Zamzam Tower. Bayangkan bagaimana tak sesak kerana di kawasan tersebut terhimpun jemaah yang datang dari 3 penjuru menuju ke Masjidil Haram iaitu dari arah Ajyad, arah bangunan Zamzam Tower dan arah Misfalah.

Sedangkan dari arah Hotel Anjum hanya ada Hotel Anjum dan Hotel Kenzi sahaja. Dengan siapnya bangunan tambahan, ianya amat menyenangkan jemaah untuk masuk ke Masjidil Haram dan menuju ke kawasan Mataf (Dataran Kaabah)

bas anjum

Pasarana Hotel Anjum

Hotel ini mempunyai kawasan Parking Bas dan kawasan menunggu yang luas. Jemaah amat santai menunggu bas di kawasan Parkir untuk urusan Ziarah. Tidak seperti di Hotel 5 bintang yang lain di mana jemaah harus menunggu bas sebelum bas sampai kerana tidak ada kawasan parkir bas.

anjum santai

Laluan Menuju ke Masjidil Haramanjum escalator

Jemaah akan menuruni Escalator (kawasan berbumbung dalam gambar di atas) dan berjalan kaki lebih kurang 50 meter dari bangunan Hotel Anjum sebelum memasuki Pintu Masjidil Haram yang baru.

anjum lift

Lif di Hotel Anjum juga banyak. Tak silap saya ada 10 lif di sebelah kiri dan 10 lif di sebelah kanan. Maknanya jemaah tidak menunggu lama untuk mendapatkan lif.

anjum room 2Keadaan bilik tidur di Hotel Anjum juga selesa (sama seperti Hotel 5 bintang yang lain). Disediakan kemudahan TV, peti ais, Wifi dan cerek letrik untuk mendidihkan air. Juga disediakan bekalan air mineral, gula, kreamer, kopi dan teh dan jika habis jemaah boleh mendapatkannya dari petugas “room servis” yang setiap hari akan membersihkan bilik. Jemaah juga boleh menukar cadar atau tuala mandi jika mahu.

Sajian Makanan di Hotel Anjum

Untuk makluman, dewan Makan di Hotel Anjum amat luas sekali kerana ia terletak di satu tingkat di dalam bangunan Hotel Anjum. Oleh kerana harga makanan di Hotel 5 bintang ini amat tinggi, maka Ajwa memutuskan untuk mengambil makanan 2 kali sahaja sehari iaitu untuk Sarapan Pagi dan Makan Malam.

anjum restoran

Sarapan Pagi bermula selepas selesai Solat Subuh hingga jam 10 pagi. Terlalu banyak juadah makanan yang disediakan. Pengalaman saya makan di Hotel 5 bintang di Makkah, saya berani katakan sajian di Hotel Anjum sememangnya yang terbaik berbanding yang lain.

Untuk makan tengahari, jemaah boleh makan di mana-mana Restoran yang rerdapat di bangunan Makkah Tower, Zamzam Tower atau Safwah. Tetapi pada musim lepas, ramai jemaah yang ambil stok makanan seperti roti dan jem semasa sarapan pagi untuk alas perut semasa tengah hari. Boleh jimat sikit.

anjum restoran 2

Untuk makan malam, ada 2 pilihan iaitu “Asian Food” atau “International Food”. Ajwa memilih Asian Food kerana selain dari harganya yang murah sedikit, sajian makanan Asia ini sememangnya mengikut selera kita orang Malaysia.

Harga Pakej

Untuk sebilik 4 orang harga tawaran ialah RM7500 seorang. Jika mahu menginap 3 orang sebilik harganya ialah RM8000 seorang. Dan untuk sebilik berdua, harganya ialah RM 8700 seorang.

Pendaftaran

Kepada yang berminat untuk menyertai Pakej ini, boleh emel nama-nama penuh jemaah ke emel umrah@ajwatravel.net atau kakyati@ajwatravel.net. Bayaran deposit RM1000/seorang hendaklah di bank in ke Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd.

Jangan lupa whatapps slip bank ke talian saya 019-3505395 untuk tindakan seterusnya.