Assalamualaikum wbt.

Ramai yang menghantar email kepada saya bertanyakan sebutharga Pakej Umrah Idaman dan bilakah tarikh keberangkatan jemaah ke tanah suci. Mungkin pembaca yang bertanya tidak berjumpa dengan Entry yang menyebut tentang anggaran harga bagi pakej tersebut. Dan ada juga yang bertanya mengenai jadual penerbangan untuk bulan-bulan selain dari Februari dan Mac 2013. Syukur alhamdulillah atas minat yang ditunjukkan oleh pembaca yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai apa yang Ajwa Travel tawarkan.

Hotel 5 bintang di Makkah untuk Pakej Umrah Idaman

Untuk makluman, brosur mengenai Pakej di atas telah pun siap dan berikut ialah jadual mengenai Pakej Umrah Idaman musim 2013

Bulan 2013                 Tarikh Berlepas          Tarikh Pulang             Harga Dari

Februari                            22hb Feb 13                5hb Mac 13                   RM 7500

Mac 2013                          10hb Mac 13                 21hb Mac 13               RM7500

Cuti Sekolah                     22hb Mac 13                2hb April 13                  RM8200

April 2013                         11hb April 13                22hb April 13                RM7500

April 2013                          23hb April 13               5hb Mei 13                    RM7500

Mei (cuti sekolah)             24hb Mei 13                  4hb Jun 13                   RM8500

Jun 2013                             7hb Jun 13                    18hb Jun 13                RM8300

Untuk makluman harga yang ditawarkan adalah jangkaan dan berkemungkinan akan berubah. Ini kerana senarai harga hotel 5 bintang di Makkah belum dikeluarkan lagi dan biasanya dikeluarkan selepas Awal Muharram. Saya berharap semoga sebutharga ini tidak meningkat.

Seperti yang saya maklumkan awal, kawasan penginapan di Misfalah (kawasan yang popular bagi jemaah Malaysia) kini telah diruntuh dan dimusnahkan. Kawasan yang tinggal hanyalah di sebelah Ajyad. Berkemungkinan harga hotel-hotel di kawasan Ajyad akan dinaikkan. Biasa la orang Arab, pasti akan mengambil kesempatan di atas masalah kekurangan hotel penginapan. Dan sekiranya harga hotel di kawasan Ajyad mengalami kenaikan, maka hotel-hotel 5 bintang juga akan mengikut rentak yang sama.

Harga yang ditawarkan ialah untuk muatan 4 orang sebilik. Sekiranya jemaah ingin tinggal bertiga sahaja dalam satu bilik (biasanya ahli keluarga), maka tambahan kos RM500 seorang dari harga asal RM7500. Maknanya seorang akan membayar RM 8000 untuk sebilik bertiga. Jika jemaah ingin menginap sebilik berdua (lazimnya suami dan isteri) maka tambahan kos seorang ialah RM1200 dari harga asal pakej. Iaitu jemaah bilik double kosnya ialah RM8700 seorang.

Saya rasa harga yang ditawarkan terendah dan munasabah bagi standard pakej sebegini. Ada agensi yang menawarkan harga bermula dari RM8700 hingga berharga RM15000 untuk pakej yang seumpamanya. Walaupun harga pakej ini mungkin lebih mahal RM1000 hingga RM2000 berbanding Pakej Umrah Ekonomi, tetapi nilaian ringgit tidak boleh dibanding dengan nikmat kepuasan beribadah di tanah suci.

Maaf bicara, sebenarnya masih ramai yang terlalu sayangkan RM walaupun untuk ke tanah suci. Kadang kala kita terlupa bahawa kita sanggup berhabis-habisan wang Ringgit untuk memenuhi kehendak hati kita tetapi untuk ke tanah suci masih juga mencari harga yang murah. Ingatlah, harta yang kita belanjakan ke jalan Allah pasti diberi ganjaran yang sebaik-baiknya oleh Allah. Belum ada orang jatuh miskin kerana menunaikan Umrah. Tambah senang, ramai.

Sekiranya kita rasa kudrat kita semakin berkurangan kerana faktor usia atau mengalami masalah kesihatan 3 serangkai (samada lemah jantung atau darah tinggi atau kencing manis atau ketiga2 sekali) amat sesuai memilih Pakej Umrah Idaman ini. Bayangkan jika jemaah yang kerap membuang air kecil kerana penyakit Kencing Manis, pasti menghadapi masalah sekiranya hotel penginapannya jauh dari Masjdil Haram. Begitu juga bagi jemaah yang uzur dan berusia dan perlu menggunakan Kerusi Roda yang ditolak oleh mahramnya untuk ke Masjid. Kita pilih hotel yang dekat dengan Haram bukan bertujuan untuk bermegah-megah. Ianya untuk keselesaan ibadah di tanah suci.

Tak da maknanya jika ke tanah suci memilih Pakej Harga Rendah, kemudian semasa di sana nanti asyik membebel dan komplain mengenai hotel penginapan yang jauh dari Masjid. Habis pahala ibadah kita, malah dapat dosa pula di tanah Haram tanpa kita sedari. Puncanya kerana kita tidak redha dengan apa yang berlaku. Saya biasa berjumpa dengan ramai jemaah Malaysia yang tidak pulang ke hotel selepas solat Zuhur hingga waktu Isyak kerana hotelnya jauh dari Masjid. Mereka biasanya akan makan tengahari di Restoran d’saji Felda dalam bangunan Safwah Tower. Ada di kalangan mereka menyalahkan Penganjur Pakej kerana merasa tertipu dengan jarak hotel ke Masjidil Haram.

Nasihat saya, jangan berkira sangat soal wang ringgit. Kepuasan beribadah di tanah suci tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Jika kita mahu selesa beribadah memang kita kena bersedia dengan kos tambahan. Hakikatnya kita kena bayar lebih untuk dapatkan yang terbaik.

Jumpa lagi, insyaAllah.