Assalamualaikum wbt.

Sempena bulan Syawal ini, terlebih dahulu saya dan keluarga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada pembaca blog saya dan sekiranya ada mana-mana tulisan yang menyinggung perasaan, saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf. Sesungguhnya sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa.

Bulan Syawal sudah bermula bulan Haji. Jadi nak cerita mengenai Umrah mungkin rasa masih jauh lagi. Jadi sementara musim Umrah belum bermula, ada baiknya saya cuba Promosi Pakej Non Umrah seperti melawat Negara Indonesia dan yang lainnya. Sungguhpun begitu jika ada yang nak bertanyakan mengenai Umrah pun boleh, tak jadi masalah pun. Untuk makluman, yang sudah mendaftar Umrah untuk musim baru Disember 2014 pun sudah semakin bertambah hari ke hari.

Syukur alhamdulillah, susulan dari rasa puas hati Rombongan Melawat Banjarmasin yang lepas maka Kumpulan yang sama mencadangkan supaya diadakan Pakej Melawat Surabaya pula pada Disember nanti. Dan atas permintaan, Ajwa kini telah pun setting Pakej Melawat Surabaya mengikut maklumat seperti di bawah.

surabayaMaklumat Pakej

Pakej Melawat Surabaya ini akan diadakan pada 1 hb Disember 2014 hingga 4 hb Disember 2014 iaitu pada musim cuti sekolah. Tempoh perjalanan ialah 4 hari dan 3 malam. Jenis Flight yang diambil ialah AirAsia yang akan berlepas dari KLIA 2 pada jam 9.35 pagi dan dijadual tiba di Airport Surabaya pada jam 11.15 pagi.

Untuk penerbangan pergi, berat bagasi ialah 10kg seorang. Dan Ajwa Travel akan membuat tempahan makanan di dalam Flight kerana percaya ramai ahli rombongan yang belum bersarapan pagi. Almaklum flight berlepas pada awal pagi.  Manakala penerbangan balik, berat bagasi seorang ialah 20kg dan tiada tempahan makanan di dalam flight.

Penerbangan balik ialah pada 4 Disember 2014 pada jam 4.45 petang dan dijadualkan sampai ke KLIA 2 pada jam 8.20 malam.

Keistimewaan Surabaya ?

Surabaya ialah Kota kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta yang mempunyai kepadatan seramai 8 juta penduduk. Kota Surabaya ialah Kota Warisan yang mengandungi  beberapa Suku Kaum Terbesar iaitu Jawa, Sunda, Madura, Banjar, Minangkabau, Bugis, Bali menjadikan Surabaya Kota Etnik yang unik kerana ada pelbagai kebudayaan kaum di dalamnya.

Kota yang mendapat nama dari gabungan perkataan “Sura” yang bermaksud Jerung dan “baya” yang bermaksud buaya iaitu 2 haiwan yang berperang untuk mendapat status siapa yang paling kuat di daerah ini akhirnya dijadikan Nama bagi Kota Surabaya.

Sebenarnya ada beberapa tempat tumpuan yang menarik untuk dilawati di Surabaya. Antaranya ialah :-

Masjid Al-Akbar Surabaya

masjid-Al-Akbar-pagiMasjid ini ialah Masjid yang terbesar di Jawa Timur dan menjadi Mercu Tanda bagi Kota Surabaya. InsyaAllah ahli rombongan akan dibawa melawat Masjid ini sebaik sampai pada hari pertama lagi. Masjid al-Akbar ini bolehlah dianggap seperti Pusat Islam di negara kita.

Masjid Cheng Ho

masjid cheng ho surabayaNama Masjid ini diberi sebagai tanda penghormatan kepada Laksamana Cheng Ho yang berasal dari Negara China yang datang ke sini bukan hanya sebagai pedagang tetapi juga sebagai penyebar agama Islam. Mengikut sejarah, pada abad ke 5 zaman Dinansti Ming, orang-orang Tionghua dari Yunnan datang ke Pulau Jawa untuk menyebarkan agama Islam.

Laksamana Cheng Ho telah mendarat di Pantai Semarang untuk mengunjungi Raja Majapahit ketika itu dan menjalin persahabatan dengannya.Sebagai tanda mengenang perjuangan dan dakwah Laksamana Cheng Ho dan warga Tionghua Muslim yang ingin memiliki masjid dengan gaya Tionghua maka Pihak berwajib telah mendirikan Masjid yang dinamakan sempena nama beliau.

Masjid dan Makam Sunan Ampel

masjid sunan ampelKunjungan ke Surabaya tidak lengkap jika tidak menziarahi Masjid dan Makam Sunan Ampel. Sunan Ampel atau nama sebenarnya Raden Ahmad Rahmatulloh merupakan seorang Raja Majapahit yang mahir di dalam ilmu agama dan berdakwah menyebarkan agama Islam kepada masyarakat setempat. Nama Sunan Ampel cukup dikenali sebagai salah seorang Wali Songo yang mempunyai banyak karamah.

Masjid Sunan Ampel merupakan Masjid kedua terbesar di Surabaya yang dibangunkan sendiri oleh Sunan Ampel bersama pengikutnya pada tahun 1421. Dan Makam Sunan Ampel yang berada di bahagian kanan hadapan Masjid Sunan Ampel ini sentiasa dikunjungi oleh pelawat terutama dalam bulan peristiwa dalam Islam seperti Isra Mikraj dan juga bulan Ramadhan.

Monumen Kapal Selam

monumen kapal selamMonumen ini sebenarnya ialah Kapal Selam Armada Angkatan Laut Republik Indonesia buatan Soviet Union pada tahun 1952 dan bukannya replika. Kapal Selam ini pernah digunakan dalam Pertempuran Laut Aru untuk membebaskan Irian Barat dari penjajahan Belanda. Kapal Selam ini akhirnya dibawa ke darat dan dijadikan Monumen sebagai tanda memperingati keberanian pahlawan Indonesia menentang penjajah.

Selain dari tempat-tempat menarik di atas, mengikut Iternari ahli rombongan juga akan dibawa melawat Ladang Epal di Batu Malang dalam perjalanan ke Surabaya nanti. Di samping itu tidak ketinggalan (atau mungkin dah jadi kemestian), ahli rombongan juga akan dibawa melawat ke tempat-tempat membeli-belah Produk Tempatan Surabaya seperti Produk Penghasilan Laut, Barangan Industri berasaskan Kulit, Produk Makanan Ringan Tempatan, barangan Tekstil, barangan Cenderahati dan sebagainya. Nak cerita detail mengenai Pakej Melawat Surabaya ni, saya rasa lebih elok jika saya nukilkan dalam entry akan datang di bawah tajuk Pengalaman Melawat Surabaya pula.

Harga Pakej ?

Harga Pakej all in untuk seorang dewasa ialah RM 1700 seorang. Kanak-kanak pula ialah RM 1400. Harga ini meliputi kos tiket penerbangan AirAsia pergi dan balik, bayaran bagasi semasa pergi 10kg dan semasa balik 20kg, makanan dalam Flight semasa Pergi, Hotel Penginapan bertaraf 3 bintang jenis sebilik 2 orang (bilik double), makan minum mengikut Iternari, pengangkutan bas berhawa dingin, Yuran Masuk ke tempat lawatan dan belanja pengurusan.

Harga Pakej tidak termasuk Cukai Airport di Surabaya (Rp 200,000), Tip untuk Tour Guide, lebihan bagasi melebihi 20kg dan juga lawatan tambahan yang tiada dalam Iternary.

Penyertaan

Tawaran terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Tempat adalah terhad mengikut siapa cepat dia dapat.  Deposit 50% dari Harga Pakej hendaklah di bank in ke dalam akaun Maybank Islamic no 5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd. Dan selepas bank in jangan lupa untuk emel salinan slip bank dan nama-nama peserta ke emel kakyati@ajwatravel.net atau boleh juga “whatapps” ke no handphone saya +6019-3505395.

(Akan datang Promosi Melawat Jogjakarta)