Assalamualaikum wbt.20150222_101222

Semenjak saya memasukkan entry mengenai lawatan saya ke Banda Aceh, syukur alhamdulillah kini Ajwa Travel -menerima banyak pertanyaan mengenai Pakej Lawatan ke Banda Aceh dan bertanyakan pilihan tarikh yang menarik khususnya untuk musim cuti sekolah Mei/Jun 2015.

Atas permintaan dari beberapa rakan yang meminta Ajwa setting Pakej Melawat Banda Aceh untuk musim cuti sekolah Jun ini, maka di bawah saya akan berikan maklumat lengkap beserta Iternary lawatan di sana untuk makluman pembaca. Sebenarnya harga tiket flight AirAsia untuk musim cuti sekolah sememangnya lebih tinggi dari biasa. Makanya Harga Tawaran Pakej ini dibuka pada RM 1500 seorang. 

Jika ada pembaca inginkan yang lebih murah, boleh ikut Pakej anjuran Ajwa yang berlepas pada 4 Mei hingga 7 Mei 2015, iaitu pada harga RM 1300 seorang. Haga Pakej lebih murah kerana bukan dalam tempoh cuti sekolah.

airasiaaceh

Harga Pakej ini meliputi kos tiket penerbangan pergi balik Airasia ke Banda Aceh termasuk airport tax, bagasi pergi 10kg dan bagasi balik 20kg, hotel penginapan bertaraf 3 bintang di Banda Aceh (sebilik berdua), makan minum 3 kali sehari mengikut Iternary, pengangkutan bas berhawa dingin, lawatan ke tempat-tempat menarik beserta Tour Guide, tiket masuk ke tempat lawatan (jika ada), bayaran tiket Feri ke Pulau Sabang (pergi dan balik), sewa bot mengelilingi Pulau Rubiah, dan lain-lain perbelanjaan yang berkaitan.

Pilihan Tarikh

Ada 2 pilihan tarikh untuk musim cuti sekolah Jun 2015 ini iaitu :-

Tarikh Destinasi No Flight Berlepas Ketibaan
5 Jun 2015 KUL/BTJ AK 423 0800 0830
8 Jun 2015 BTJ/KUL AK 422 0855 1120

atau

Tarikh Destinasi No Flight Berlepas Ketibaan
11 Jun 2015 KUL/BTJ AK 423 1315 1345
14 Jun 2015 BTJ/KUL AK 422 0855 1120

nota : KUL/BTJ ialah KLIA2 ke Banda Aceh dan BTJ/KUL pula ialah Banda Aceh ke KLIA2. Masa yang ditunjukkan ialah waktu tempatan.

Cadangan Iternary Pakej Banda Aceh 4 Hari dan 3 Malam.

20150221_141601

Hari 1 – KUL/Banda Aceh (Lunch dan Dinner)

Sebaik tiba di Airport Banda Aceh, jemaah akan dibawa untuk Makan Tengahari dahulu di Restoran Tempatan. Selepas selesai Makan Tengahari, jemaah dibawa untuk Solat Jamak di Masjid Baiturrahman iaitu salah satu Masjid yang menerima kesan Tsunami.

20150224_105719

Selesai solat, jemaah akan dibawa melawat Muzium Tsunami Aceh. Semasa di sini ada Tayangan Slide yang menunjukkan peristiwa semasa Tsunami melanda Banda Aceh dan ditunjukkan Pamaeran mengenai Tragedi Tsunami yang melanda Banda Aceh 10 tahun dahulu.

20150224_083239

Kemudian jemaah akan dibawa “check in” hotel dan berehat. Makan Malam di Restoran Tempatan.

20150222_202015

20150222_074654

Hari 2 – Banda Aceh/Pulau Sabang (Breakfast, Lunch dan Dinner)

Selepas sarapan pagi di hotel, jemaah akan dibawa menaiki bas menuju ke Jeti Pelabuhan Ulle Lheu untuk menaiki Feri menuju ke Pulau Sabang. Untuk makluman, keluasan Republik Indonesia diukur bermula dari Pulau Sabang, kerana itu ianya juga dipanggil Pulau 0 km.

20150222_102630

Semasa berada di Pulau Sabang, jemaah dibawa menaiki kenderaan darat menuju ke Pantai Merauku. Dari sini, jemaah akan dibawa menaiki bot untuk ke laut dan ditunjukkan Terumbu Karang yang kena kesan Tsunami. Kita boleh melihat Terumbu Karang yang berada di dasar laut kerana air lautnya sungguh jernih dan bersih.

20150222_103937

Aktiviti mengelilingi Pulau Rubiah ini berlangsung sekitar 45 minit. Dan aktiviti selepas itu ialah Makan Tengahari di Restoran Tempatan yang berada di Pulau tersebut.

20150222_110339

Selesai makan tengahari, jemaah dibawa menaiki Feri untuk kembali ke Tanah Besar semula. Setibanya di Jeti, jemaah akan dibawa untuk Solat Jamak di Masjid Baiturrahim. Masjid ini juga terletak begitu hampir dengan kawasan pantai dah antara yang terawal menerima arus ombak Tsunami. Ketika kejadian, kabarnya rumah Imam Masjid ini tidak mengalami kerosakan walhal ombak Tsunami yang melalui kawasan sekitar setingga 20 meter atau setinggi pokok kelapa.

20150222_153906

Selesai solat di Masjid Baiturrahim, jemaah dibawa melawat Kubah Masjid seberat 80 tan yang terdampat di suatu kawasan sawah padi. Kubah masjid ini dihanyutkan oleh air Tsunami sejauh 2km dari lokasi asal. Jemaah harus berjalan kaki sejauh 200 meter untuk sampai ke kawasan ini kerana kenderaan besar seperti bas tidak boleh melalui kawasan sawah padi ini.

20150222_161949Kubah Masjid seberat 80 tan

Selepas itu, jemaah akan dibawa ke Pasar Aceh untuk aktiviti membeli-belah.Makan Malam di Restoran Tempatan.

Hari 3 – Banda Aceh (Breakfast, Lunch dan Dinner)

20150223_101457

Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa melawat Masjid Rahmatullah yang terletak di suatu kampung yang berhampiran dengan pantai. Ketika tragedi Tsunami berlaku, kawasan kampung ini kesemuanya musnah binasa kecuali masjid ini. Masjid ini telah dibaiki semula dengan bantuan Kerajaan Turki dan lambang bulan sabit simbol kebanggaan negara Turki ada dipamirkan di bangunan masjid ini.

Selepas itu, jemaah akan dibawa melawat kawasan di mana bot tersadai di atas bumbung sebuah rumah yang terletak di Kampung Lampulo.

20150223_151148Untuk makluman, rumah ini kini telah dibeli oleh Kerajaan dan dijadikan satu kawasan tumpuan pelancong yang melawat kesan Tsunami di Banda Aceh.

Lawatan diteruskan ke kawasan di mana Kapal seberat 2600 tan yang dibawa oleh arus Tsunami sejauh 5km sehingga terdampar di kampung ini. Jemaah boleh merasai pengalaman berada di atas dek kapal dengan naik ke kapal ini dan melihat permandangan Banda Aceh dari atas kapal.

20150223_113553

Lawatan pada hari ke 3 ini di akhiri dengan aktiviti membeli belah di Pasar Aceh. Makan Malam di Restoran Tempatan.

Hari 4 – Banda Aceh/KUL (Breakfast sahaja)

Jemaah bersarapan pagi di hotel dan bersiap untuk ke airport bagi keberangkatan pulang.

Berat Bagasi

Semasa pergi berat bagasi seorang ialah 10kg, manakala semasa balik ialah 20kg seorang.

Pendaftaran Pakej

Ajwa Travel menawarkan diskaun RM50 untuk 10 pendaftaran awal. Jemaah hanya perlu menjelaskan bayaran deposit RM700 seorang dan emel ke booking@ajwatravel.net atau whatapps ke no handphone saya 019-3505395 atau isteri saya Hj Norhayati 019-3418822. Jangan lupa hantar salinan MyKad atau salinan Pasport Jemaah.

Bayaran 

Peserta boleh bank in deposit RM700 seorang ke akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd dan hantar salinan bank in slip ke alamat emel atau whatapps kepada saya sebagai bukti pembayaran.

Hanya yang telah membuat bayaran deposit dan memberikan salinan MyKad atau Pasport diterima sebagai peserta Rombongan.

Tempat adalah terhad berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Jumpa lagi dan Wassalam.