Assalamualaikum wbt.

Kunjungan ke Turki pada tahun lepas sememangnya banyak meninggalkan kenangan manis buat kami. Tambahan pula pemergian kami ketika itu bersama dengan sahabat akrab Ustaz Haji Salehuddin Nasir. Dan ketika itu kami berazam untuk meneroka bumi Turki lagi pada tahun hadapan tetapi lokasi yang lain pula.

20161010_083527

Sebelum ini, kunjungan kami ke Turki lebih tertumpu kepada jelajah ke tempat-tempat bersejarah di Turki seperti Cappodocia, Pamukalle, Konya, Bursa dan Istanbul. Catatan pengalaman mengenainya ada saya ceritakan pada entry terdahulu.

Sebenarnya bumi Turki kaya dengan sejarah ketamadunan Empayar Besar Dunia. Selain dari tempat-tempat yang dinyatakan ada banyak lagi tempat-tempat menarik di Turki yang saya percaya ramai di kalangan kita yang belum terokai walaupun pernah beberapa kali ke Turki.

Pakej Jelajah Selatan Turkey

Pakej 10 Hari dan 8 malam ini menawarkan lawatan ke tempat yang sangat menarik berbanding yang biasa kerana ahli rombongan dibawa melawat beberapa Kota Purba dan di antaranya ialah Bandar Purba Ephesus yang diiktiraf sebagai salah satu dari Tempat Keajaiban Dunia oleh World Heritage UNESCO.

Mengikut kata rakan Travel saya di Turki, di sepanjang perjalanan kembara Pakej Jelajah Selatan Turki ini kita akan menyaksikan pemandangan muka bumi Turki yang amat indah sekali kerana banyak melalui kawasan pesisiran pantai Laut Mediteranean di sebelah Selatan Turki.

Ahli rombongan juga akan dibawa menaiki bot mewah semasa di Marmaris nanti dan di akhir destinasi lawatan jemaah akan pulang dengan menaiki Flight Domestik dari Antalya untuk kembali ke Istanbul dan seterusnya berangkat pulang ke KLIA.

Antara lokasi yang akan disinggahi dalam Jelajah Selatan Turki ini selain Istanbul ialah Yalova, Kusadasi, Marmaris, Fethiye, Kas dan Antalya. Saya percaya nama-nama kota bandar ini jarang didengari kerana belum pernah ziarah ke sini,

Boleh jadi kerana Harga Ground Pakej ini yang lebih mahal berbanding Pakej yang biasa iaitu Historical Tour menyebabkan Pakej jenis ini kurang ditonjolkan oleh Travel Agensi. Sebenarnya lokasi lawatan Pakej Jelajah Selatan Turki ini sememangnya diminati oleh ramai pelancung terutamanya dari negara Eropah dan juga negara Arab.

kusadasi2

Selepas kita mendarat di Istanbul, ahli rombongan akan dibawa bermalam di Yalova dan meneruskan perjalanan ke Kusadasi keesokkannya. Lokasi awal yang diziarahi di Kusadasi ialah ialah Bandar Purba Ephesus.

Bandar Purba Ephesus.

temple of hadrian

Bandar ini wujud di era kegemilangan Tamadun Greek sekitar tahun 6 Sebelum Masihi. Kota Purba ini pernah menjadi pusat tumpuan perdagangan utama Empayar Rom dan di sinilah juga bermulanya era ajaran Kristian diamalkan. Kini bandar purba ini menjadi tempat tumpuan utama Pengunjung yang datang ke Turki.

domitian-temple

Bandar ini terletak di Celcuk, bahagian barat daya Turki dalam wilayar Izmir, 30km dari Kusadasi. Kuil Artemis yang terdapat di bandar ini diiktiraf sebagai salah satu dari Keajaiban Dunia. Sebahagian artifak Kuil ini disimpan rapi di dalam Muzium London British.

hercules gate

Ada beberapa tempat tumpuan Pengunjung di dalam bandar purba ini seperti Hercules Gate, The Celsus Library, Muzium Ephesus, House of Mother Mary, Bouleuterion, Kuil Domitian, Kuil Hadrian dan The Great Theater.

Selesai menziarahi kesemua lokasi yang dinyatakan di atas, jemaah akan kembali ke hotel dan bermalam di Kusadasi.

great theater kusadasi

Selepas sarapan dan “check out” Hotel di Kusadasi, jemaah akan dibawa melawat Bandar Purba Didyma pula.

Bandar Purba Didyma

Jika Kuil Artemis menjadikan bandar purba Ephesus popular sebagai tarikan pelancungan, maka Kuil Apollo pula menjadikan bandar purba Didyma popular. Didyma yang  bermaksud “kembar” dalam bahasa Greek merujuk kepada kembar Apollo dan Artemis, anak kelahiran Zues dan Leto.

temple of apollo

Kuil Apollo ini tercatit dalam sejarah sebagai antara kota suci Kristian suatu ketika dahulu di tahun 2 Sebelum Masihi. Dikabarkan Alexander the Great pernah sampai di sini.

temple-of-apollo

Seterusnya jemaah akan dibawa melawat Tasik Bafa dalam perjalanan menuju ke Marmaris.

Tasik Bafa

Tasik ini terletak di bahagian barat daya Turki yang menghubungkan laluan Milas dan daerah Mugla. Permandangan indah tasik ini menjadikan ianya menjadi destinasi popular bagi pelancung Arab.

bafa lake

Perjalanan dari Marmaris hinggalah ke akhir destinasi di Antalya akan melalui kawasan pesisiran pantai sebelah Selatan Turki. Bermula dari sini, perjalanan akan menjadi semakin menarik kerana kita boleh saksikan keindahan pemandangan kawasan pesisiran pantai Turki sebelah selatan iaitu Laut Mediteranean.

Bermalam di Marmaris

Marmaris-nightlife

Bandar Kota Marmaris

Kota Marmaris ialah bandar pelabuhan dan kini menjadi bandar pelancungan yang terletak di pesisir Laut Aegea dalam wilayah Mugla barat daya Turki. Kota ini diapit oleh kawasan pergunungan dan laut yang menjadikan tempat ini memiliki pemandangan alam semulajadi yang amat cantik dan menawan sehingga mengubah wajah Marmaris yang suatu ketika dahulu hanyalah satu perkampungan kecil nelayan menjadi tempat tumpuan pelancungan.

Marmaris

Sungguhpun jumlah penduduk Marmaris hanya sekitar 30 ribu orang tetapi di ketika musim puncak atau “peak season”, jumlah pengunjung yang datang ke sini boleh mencecah 300 hingga 400 ribu pengunjung. Satu keadaan yang menggambarkan Kota Marmaris ini amat digemari oleh pengunjung disebabkan keindahan alam semulajadinya.

marmaris boat2

Menaiki Bot Mewah

Semasa di Marmaris, ahli rombongan akan dibawa menaiki bot mewah sewa khas bermula awal pagi selepas sarapan sehingga tengahari. Sepanjang pelayaran menaiki bot mewah, ahli rombongan akan dibawa melawat beberapa tempat menarik dan antaranya ialah Lycian Rock Tomb.

Lycian-rock-tombs

Lycian Rock Tombs

Semasa di Marmaris, lawatan utama bermula selepas sarapan di mana ahli rombongan dibawa menaiki bot seharian. Pelayaran bot bermula dari Dalyan Delta melalui Lycian Rock Tombs dan hentian terakhir di Cannos Ruins. Tak sabar rasanya untuk mengambil gambar permandangan indah di kawasan ini.

Selesai aktiviti lawatan di Marmaris, jemaah akan dibawa seterusnya menuju ke Fethiye untuk bermalam di sana.

fethiye-ferry-tickets

Fethiye

Fethiye merupakan satu bandar pelancungan popular di Turki terutama semasa musim panas. Muzium yang ada di Fethiye banyak menyimpan khazanah artifak zaman purba, membuktikan kawasan ini kaya dengan sejarah ketamadun manusia sejak dari zaman purba Lycian.

Fethiye juga dikenali kerana adanya Makam Amyntas iaitu makam terbesar yang dibina pada zaman 350 Sebelum Masihi oleh kaum Lycian. fethiye-town-1024x576

Kayakoy (Ghost Town)

Antara lokasi bersejarah yang dilawati semasa di sini ialah Kayakoy iaitu bandar lama Greek. Kayakoy, dahulunya dikenali sebagai Lebessos atau Lebessus terletak di barat daya Turkey. Pada zaman purba Roman ia adalah sebuah bandar bernama Lycia dalam bahasa Yunani. Puak Anatolia Yunani pernah mendiami bandar ini sehingga tahun 1922 dan kemudiannya berpindah atau melarikan diri ke Greece .

Kayaköy

Penduduk asal bandar ini kemudiannya dihalang daripada kembali ke sini selepas itu. Populasi penduduk bertukar selepas itu dari asalnya bangsa Greece kepada bangsa TurkeyBandar Hantu ini yang mempunyai ratusan binaan rumah gaya lama Greek dipelihara sebagai sebuah Kampung Muzium . Bandar Hantu ini kini menjadi tempat persinggahan popolur pelancong yang datang melawat Fethiye.

kayakoy2

Dianggarkan ada 500 buah rumah yang dijaga dan dipelihara di bawah perlindungan Kerajaan Turki, termasuk dua gereja ortodok Greek , yang dianggap sebagai kawasan yang paling penting dalam bandar hantu ini.
kayakoy
Terdapat sebuah muzium swasta mengenai sejarah bandar. Untuk makluman, Kayakoy telah diiktiraf sebagai ‘World Frienship and Peace Village” oleh UNESCO.
oludeniz

Setelah melawat Kayakoy atau “Ghost Town” ahli rombongan dibawa melawat Pantai Oludeniz. Oludeniz atau “the blue lagoon” dalam bahasa Turki merupakan sebuah kampung kecil yang mempunyai banyak resort di kawasan pantai yang terletak di Wilayah Mugla , barat daya Turki. Jaraknya sekitar 14 km dari selatan Fethiye dan berdekatan dengan Gunung Babadag.

oludeniz2

Oludeniz terkenal sebagai pantai yang paling cantik di kawasan Laut Mediterranean . Ia mempunyai sebuah teluk berpasir terpencil di muara Oludeniz. Pantainya juga jenis pantai berkerikil. Pantainya memiliki air laut yang kebiruan menjadikannya tersenarai di dalam “Top 5” pantai yang terkenal dan diminati oleh pelancong.

Bermalam di Bandar Kas

Bandar Kas terletak 168km dari barat bandar Antalya. Bandar Kas terkenal sebagai bandar nelayan kecil yang memiliki banyak Kapal Layar dan sentiasa menjadi tumpuan pelancung yang gemar aktiviti Skuba.

kas turkey

Para pelancong lebih tertumpu di kawasan Kalkan dan Gelemis kerana terdapat banyak hotel atau resort di Bandar Kas ini. Boleh dikatakan Bandar Kas ialah suatu bandar yang tenang dengan keindahan air lautnya yang biru.

kas-turkey3

Selepas bermalam di Kas, ahli rombongan akan dibawa ke Bandar Antalya pula iaitu antara kota yang popular sebagai destinasi pelancungan di Turki. Dalam perjalanan kita akan singgah sebentar melawat Bandar Purba Greek iaitu Lycian Necropolis di Myra.

myraturkey

Bandar Antalya

Kota ini memiliki pemandangan yang indah kerana terletak di kawasan pantai yang mempunyai tebing yang curam dan dikelilingi oleh banjaran gunung dan hutan. Pembangunan pesat yang dijalankan oleh kerajaan dalam bidang pelancungan telah berjaya mengubah kota ini menjadi kota destinasi pelancungan yang popular.

antalya-city

Sampai di Bandar Antalya, ahli rombongan akan diberi istirehat di hotel 5 bintang sambil menikmati udara segar Laut Mediterranean. Kita boleh mandi di kolam renang hotel atau spa atau apa sahaja aktiviti yang ditawarkan di hotel mewah ini.

antalya2

Semasa di Antalya, jemah dibawa melawat pusat bandar Antalya iaitu Kaleici. Antara tempat lawatan di sini ialah “the Gate of Hadrian, the Clock Tower, Fluted Minaret, Palm street and ancient habour.

duden-waterfalls-antalya-turkey

Lokasi terakhir yang dilawati di sini ialah Air Terjun Duden sebelum jemaah dibawa menuju ke airport untuk mengambil Penerbangan Domestik ke Istanbul.

Jemaah akan bermalam di Istanbul pada hari terakhir di Turki sebelum mengambil penerbangan untuk keberangkatan pulang ke Tanah Air.

Harga Pakej – RM 5500 seorang

Harga ini merangkumi kos tiket penerbangan kelas ekonomi ke Turki, hotel bertaraf 4 bintang dan 5 bintang sepanjang tempoh lawatan (sebilik berdua), makan minum di Turki, pengangkutan dan lawatan termasuk Tour Guide yang berbahasa Inggeris, sewaan bot mewah di Marmaris dan tiket domestik antara Antalya ke Istanbul.

Rombongan ini dijadualkan dari 1hb Oktober 2017 hingga 10hb Oktober 2017 yang akan diketuai oleh saya sendiri bersama sahabat saya Ustaz Hj Salehuddin Nasir, insyaAllah.

Bagi yang pernah melawat Turki cuba semak semula adakah tempat-tempat lawatan yang saya ceritakan di atas pernah dilawati oleh anda. Jika tidak saya galakkan supaya “join” Trip Turkey Southern Tour ini. Ianya pasti menarik dan mengujakan.

Pendaftaran awal dialu-alukan kerana kami harus membuat tempahan tiket penerbangan ke Turki dan juga tempahan tiket penerbangan domestik di sana. Boleh emel nama-nama ke emel booking@ajwatravel.net atau hubungi/whatapps ke talian saya 019-350 5395 atau isteri saya Hjh Norhayati 019-341 8822.

Jumpa lagi..insyaAllah