Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

masjid karomah

Kunjungan ke Banjarmasin sebelum ini banyak menyimpan kenangan manis yang sukar dilupakan. Kehidupan masyarakatnya yang berpegang teguh dengan agama Islam, suasana yang damai dan menyenangkan dan keramahan penduduknya membuatkan hati saya terpaut dan berazam untuk kembali lagi ke sana.

Sungguhpun kehidupan kebanyakan penduduknya dilihat seperti berpendapatan di tahap kemiskinan tetapi kadar jenayah seperti mencuri atau meragut seperti tidak berlaku di sini. Penunggang motorsikal boleh bebas meninggalkan Topi Kaledarnya di cermin sisi Motorsikalnya semasa parkir tanpa rasa bimbang akan kehilangannya.

hotel victoria

Sebelum ini ada beberapa pembaca blog saya yang bertanyakan bila nak buat lagi Pakej Melawat Banjarmasin ? Saya jawab ianya boleh dilakukan sekiranya cukup ahli rombongan..dalam anggaran 20 orang. Jika saya nak bawa 2-3 orang sahaja, rasa tak berbaloi pula.

Dari 24 Nov hingga 27 Nov 2016

Oleh yang demikian, saya bercadang untuk set sekali lagi Pakej Melawat Banjarmasin pada 24 Nov hingga 29 Nov 2016. Tempoh Pakej ialah 4 Hari dan 3 malam pada kos RM1850 seorang.

Kos ini meliputi kos tiket penerbangan pergi dan balik ke Banjarmasin termasuk airport tax di sana, hotel penginapan sebilik berdua, makan minum mengikut Iternary, pengangkutan dan lawatan di sana termasuk Tour Guide.

 

Apa yang menarik di Banjarmasin ?

Banjarmasin yang terletak di Kalimantan Selatan dalam Kepulauan Borneo di mana Sarawak dan Sabah di utaranya amat kaya dengan keindahan alam semulajadinya yang belum tercemar oleh arus permodenan. Banjarmasin juga dikenal dengan julukan ” Kota Seribu Sungai” kerana banyak terdapat sungai-sungai yang besar dan kecil seperti Sungai Barito dan Sungai Martapura yang menjadi nadi kehidupan masyarakat setempat

Saya fikir antara tarikan yang menarik di Banjarmasin pastinya Pasar Terapung

pasar terapung2

Pasar Terapung

Kunjungan ke Banjarmasin dirasakan tidak lengkap tanpa menziarahi Pasar Terapung. Pasar Terapung ialah suatu tempat jual beli yang dijalankan di atas perahu antara Penjual dan Pembeli.  Pasar Terapung yang bakal dilawati nanti ialah yang terletak di muara Sungai Martapura.

Antara barang-barang yang dijual ialah makanan, barangan hasil pertanian, barangan kraftangan sehingga pakaian pun ada juga dijual. Yang lucunya si Pembeli diberi pinjam Tongkat yang digunakan untuk mengambil barang belian dari dalam Perahu Penjual.

Aktiviti melawat Pasar Terapung ini dilakukan selepas peserta mendirikan Solat Subuh di Hotel. Kemudiannya dari hotel akan dibawa menaiki bot menuju ke lokasi Pasar Terapung yang biasanya mengambil masa sekitar 45 minit. Ini kerana masa urusniaga di Pasar Terapung pada awal pagi dan jika lewat sampai dibimbangi Pasar Terapung sudah menamatkan operasinya.

sungai

Yang menariknya ialah kita boleh saksikan panorama kehidupan masyarakat Banjar yang tinggal di di sepanjang laluan sungai yang kita susuri. Satu pemandangan yang saya kira sukar untuk kita lihat kerana tiada di tempat kita.

Daerah Loksado

Daerah Loksado yang kaya dengan keindahan alam semulajadi merupakan satu lagi tarikan pelancungan di Banjarmasin. Loksado terletak di kawasan pedalaman Kalimantan Selatan yang berada di kawasan pergunungan Meratus. Di sini juga tinggal masyarakat Suku Dayak yang masih mengamalkan gaya hidup yang masih primitif.

bambo rafting

Tarikan utama aktiviti di Loksado ialah “bamboo rafting” iaitu jemaah dibawa menyusuri Sungai dengan menaiki Rakit Bamboo yang dipimpin oleh Petugas yang berpengalaman. Daerah ini terdapat Sungai Amandit yang airnya jernih dan tenang. Pasti menyeronokkan apabila menyusuri sungai dari Loksado sehingga ke muara Tanuhi. Dan dari Tanuhi barulah jemaah akan menaiki bas yang sudah sedia menunggu untuk kembali semula ke Banjarmasin.

Pastinya suhu di sini sejuk dan menyegarkan kerana terletak di kawasan hutan pendalaman Kalimantan. InsyaAllah ikut perancangan jemaah akan berpeluang menginap satu malam di resort yang terdapat di Loksado.

dayak3

Semasa di sini, jemaah juga berpeluang melihat dengan lebih dekat kehidupan seharian dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat suku Dayak. Kunjungan ke perkampungan suku Dayak ini akan dilakukan selepas makan tengahari sebaik sahaja sampai di Loksado. Jika ada masa, jemaah juga berpeluang untuk mandi air terjun yang terdapat di sini.

Menziarahi Kubur Ulamak

Masyarakat Banjar sememangnya dari dahulu lagi amat terkenal sebagai satu bangsa yang kuat pegangan agamanya. Ramai tokoh Ulamak lahir di sini dan di antaranya ialah Kiyai Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari pengarang Kitab Sabilal Muktadim. Kerana ketokohan beliau dan sebagai penghargaan terhadap usaha dakwah beliau, maka pihak pemerintah telah mendirikan satu Masjid yang dinamakan sebagai Masjid Sabilal Muktadim sempena kitab karangan beliau yang masyhur itu.

makam kiyai arsyad depan

Saya bercadang membawa jemaah menziarahi Makam Kiyai Arsyad al banjari ini semasa dalam perjalanan kita ke Loksado selain dari menziarahi seorang lagi Tokoh Ulamak di sini iaitu Dato Taniran iaitu cucu kepada Kiyai Arsyad yang terletak di Barabai.

masjid sabilal

Masjid Raya Sabilal Muhtadin

Masjid Sabilal Muktadin merupakan masjid yang terkenal dan terbesar di Banjarmasin. Ia terletak di tengah-tengah bandar dan di sebelah barat Sungai Martapura. Masjid ini boleh menampung 15 ribu jemaah pada satu masa di mana 7500 jemaah solat di dalam Masjid dan bakinya solat di luar perkarangan Masjid.

Di masjid ini juga menjadi pusat peringatan hari besar Islam seperti Solat Idul Fitri dan Idul Adha, peringatan Isra’ Mi’raj dan lain-lain lagi.

InsyaAllah jemaah berpeluang untuk mengunjungi dan solat di Masjid ini.

Pendulangan Intan Permata

Banjarmasin juga terkenal kaya dengan galian intan permata. Sehinggakan kemana-mana kita berjalan di bandarnya pasti peniaga-peniaga jalanan menunjukkan barangan batu permata kepada kita. Kepada yang minat dengan cincin dan batu permata, di sinilah tempatnya untuk mendapatkannya pada harga yang murah.

mendulang

Jemaah akan dibawa melihat sendiri lokasi pendulangan intan yang dijalankan secara tradisonal. Untuk makluman, di sini mereka masih lagi menggunakan dulang untuk mencari intan permata. Mereka bekerja dari pagi hingga ke petang dan berhenti untuk solat dan makan tengahari sahaja.

Kebiasaannya aktiviti menziarahi tempat ini akan dilaksanakan pada sebelah pagi iaitu selepas jemaah sudah bersarapan pagi di hotel.

intan permata

Bagi yang berminat untuk mendapatkan batu permata, jemaah akan dibawa menziarahi rumah Tuan Punya Tanah yang menjual batu permata pada harga yang lebih murah berbanding di pasar.

 

Pendaftaran

Kunjungan ke Banjarmasin pastinya berbaloi dan mengujakan. Suasana persekitaran yang berbeza dengan tempat kita menyebabkan ianya unik untuk dilawati. Dan sekiranya pembaca berketurunan Banjar dan teringin mencari susur galur Keluarga atau “kulaan”, kunjungan ke sini insyaAllah dapat membuka jalan kearah itu.

Pembaca boleh memahami dengan lebih dekat Banjarmasin melalui catatan pengalaman saya melawat Banjarmasin yang ada saya nukilkan dalam blog ini sebelum ini.

Kepada yang berminat untuk menyertai boleh daftar awal kerana tempat adalah terhad. Boleh emel nama-nama ke emel booking@ajwatravel.net atau whatapps ke handphone saya 019-350 5395 / 018-224 2611 atau handphone isteri saya Hjh Norhayati 019-341 8822.

Iternary perjalanan hanya akan diberi kepada yang sudah mendaftar dengan Ajwa Travel.

Wassalam.