Assalamualaikum wbt.

Bulan Disember 2014 adalah masa yang terbaik dan sesuai untuk kita menunaikan Umrah bersama keluarga. Ini kerana pada bulan Disember 2014, Visa Umrah dijangka sudah pun keluar. Bulan Disember juga ialah musim cuti persekolahan akhir tahun. Suhu di Tanah Suci juga masih sejuk dan tidak panas. Suhu sejuk ini memang digemari oleh ramai jemaah. Atas faktur-faktur di atas, maka saya jangkakan bulan Disember 2014 ini, keadaan di Masjidil Haram pastinya akan dibanjiri oleh ramai jemaah yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Kebanjiran ramai jemaah khususnya jemaah dari negara-negara Teluk akan menyebabkan permintaan hotel-hotel bertaraf bintang macam pisang goreng panas. Jemaah dari negara-negara Arab sanggup membayar harga bilik hotel lebih tinggi berbanding harga semasa. Pengalaman musim lalu sudah cukup membuatkan saya trauma mengenainya. Terlalu ramai “player’ menyebabkan harga bilik hotel dijual sesuka hati mereka.

Pengalaman lepas menyebabkan kini Ajwa lebih waspada dan perlu mengambil langkah pro-aktif bagi menanganinya. Pastinya setiap permasalahan itu ada jalan penyelesaian sekiranya dari awal kita sudah menjangkakannya. Yang penting ialah kita jangan berputus asa sehingga merasakan Pakej Umrah Idaman ini tidak boleh dibuat untuk bulan Disember ini.

anjum hotelMemperkenalkan Hotel Anjum

Untuk Disember 2014 ini, Ajwa akan menempatkan jemaah Pakej Idaman di Hotel Anjum iaitu Hotel bertaraf 5 bintang. Lokasi hotel ialah di sebelah kawasan Jabal Kaabah kira-kira 50 meter menuju ke Dataran Masjidil Haram. Yang menariknya laluan berjalan kaki dari Hotel menuju ke Masjidil Haram melalui satu Terowong khas yang berhawa dingin yang bersambung antara Hotel Anjum dengan Pintu Masjidil Haram iaitu Pintu King Abdullah. Memang terasa eksklusif.

anjum Location

Hotel ini mempunyai 1743 bilik yang dilengkapi dengan kemudahan wifi, kemudahan safe box, kemudahan air minuman panas dan lain-lain kemudahan seperti hotel 5 bintang yang lain. Jika bernasib baik dapat bilik yang mempunyai permandangan Masjidil Haram iaitu “Haram View” atau “Kaabah View”.

anjum room
Makanan di Hotel Arjun

Jemaah akan makan 1 kali di Hotel Arjum iaitu Sarapan Pagi. Untuk Makan Tengahari dan Makan Malam, jemaah akan makan di Restoran d’saji Felda seperti biasanya.

Harga Promosi Pakej Idaman 1 (RM7000 seorang)

Sama seperti musim lepas, Ajwa masih mengekalkan Harga lama iaitu RM7500 seorang untuk sebilik berempat, tambahan RM500 untuk sebilik bertiga dan tambahan RM1000 seorang untuk sebilik berdua.

Namun sempena Promosi kali ini, seperti juga untuk Pakej Ekonomi dan Super Ekonomi, Ajwa akan memberikan diskaun RM500 seorang untuk jemaah yang mendaftar awal bermula dari hari ini sehingga 1 Ramadhan nanti.

Oleh itu tawaran diskaun RM500 atau Harga Pakej Idaman RM7000 ini hanya tertakluk kepada jemaah yang sudah mendaftar sebelum 1 Ramadhan ini. Jika lewat dari itu, maka Harga Pakej Idaman kembali seperti biasa iaitu RM7500 seorang.

Harga Promosi Pakej Idaman 2 (RM6500 seorang)

Bagi jemaah yang mahu lebih jimat lagi, boleh ambil Pakej tanpa makan di Makkah. Jemaah hanya ambil Makan di Hotel Madinah sahaja. Di Hotel Arjum Makkah, hanya ambil bilik penginapan bersama Sarapan Pagi. Makan tengahari dan Makan Malam tidak termasuk.

Harga Pakej Idaman 2 ini boleh dijimatkan lagi menjadi RM 6500 sahaja iaitu (Harga Asal RM7500 tolak Kos Makan di Makkah RM500 dan Diskaun Promosi RM500) Tetapi jika lewat daftar, Harga Pakej Idaman 2 ini kekal asal iaitu RM 7000 seorang iaitu RM7500 tolak Kos Makan di Makkah RM500.

Mengapa bukan Safwah Orchid?

Safwah Orchid sememangnya menjadi kegemaran jemaah dari negara-negara Arab. Harga bilik di Hotel Safwah akan meningkat 2 hingga 3 kali ganda di musim Disember ini. Kebanyakkan bilik-bilik di Hotel Safwah sudah dipegang oleh Agen-agen Hotel yang akan menaikkan harga apabila tiba masa yang sesuai seperti musim Disember ini. Musim lepas mereka sesuka hati membatalkan tempahan dan wang dikembalikan kerana mendapat pelanggan dari negara-negara Arab yang sanggup membayar lebih.

Jadi untuk menghindari risiko, lebih baik saya tumpukan kepada Hotel Arjum yang saya rasa selamat dan lebih rendah harganya. Tetapi jika ada yang mahukan Hotel Safwah untuk Disember ini, saya yakin Harga Pakej boleh menjadi RM8500 seorang atau lebih dari itu.

Bila berangkat ?

Seperti Pakej Ekonomi dan Super Ekonomi, Pakej Umrah Idaman akan berangkat paling awal ialah pada 10hb Disember 2014 dan seterusnya. Tempoh perjalanan ialah 12 hari dan 10 malam dan tertakluk kepada Jadual Penerbangan nanti. Yang penting jemaah akan kembali ke Tanah Air sebelum bermula Musim Persekolahan 2015.

Jenis Flight

Ajwa akan mengambil Penerbangan Terus ke Madinah atau Masuk Makkah Dahulu dan balik melalui Madinah. Samada Saudi Airlines atau Saudi/MAS Charter.

Mengapa perlu daftar awal ?

Sebenarnya apabila Ajwa sudah mengetahui bilangan jemaah dari awal maka pihak Ajwa boleh membuat tempahan lebih awal untuk bilangan atau jumlah bilik-bilik bagi kemasukan Disember nanti. Pihak Ajwa juga boleh mendapat harga yang lebih murah berbanding jika membuat tempahan pada saat-saat akhir seperti bulan Oktober atau November nanti.

Ajwa percaya harga bilik pastinya lebih rendah jika dibuat “booking” awal berbanding “booking” last minute. Kepada yang lambat mendaftar sehingga terpaksa dibuat “booking” yang baru maka harga bilik yang diperolehi pastinya lebih mahal lagi berbanding dengan harga “booking” sebelumnya.

Tarikh Tutup Promosi ialah pada 1 Ramadhan 1435H

Emel nama-nama jemaah kepada hjiqbal@ajwatravel.net atau kakyati@ajwatravel.net atau hubungi talian 019-3505395 atau Hjh Norhayati 019-3418822 untuk mendapat lebih pencerahan. Atau hubungi Pejabat Ajwa di talian 03-3342 3395