Assalamualaikum wbt.

Sekembali dari menunaikan Umrah pada 28hb Disember yang lalu, saya bersama isteri dan anak sulung telah ke Vietnam kerana urusan membuat tempahan Telekung untuk jemaah Ajwa yang akan datang. Alhamdulillah misi kami berjaya dengan berjumpa Pengusaha Muslim yang mengusahakan Perusahaan Menjahit Telekung dan Busana Muslim. Tambah menarik kaum keluarganya juga mengusahakan Restoran Halal Muslim.

20131231_155105Malay Street

Kunjungan kali ini bukanlah bertujuan untuk membelibelah. Tetapi semasa ke Pasar Ben Thanh, kami bertembung dengan begitu ramai pengunjung rakyat Malaysia yang kelihatan seronok membelibelah. Dan yang membuat saya tersenyum ialah ada satu jalan yang digelar “Malay street” kerana ramai pengunjung Malaysia yang menginap di hotel-hotel yang terdapat di jalan itu. Dan di jalan tersebut ada beberapa Restoran Muslim Halal seperti Restoran Kampung Baru, Restoran 1 Malaysia, Kedai Makan Hajah Basiroh selain dari Kedai-kedai yang menjual Pakaian Busana Muslim dan Telekung.

Semasa bersembang dengan pengunjung Malaysia yang menginap di hotel yang sama dengan kami. rata-rata mengeluh mengenai harga makanan Halal yang begitu mahal di sini. Bayangkan order Nasi Goreng dan air minuman sudah berharga USD10, lebih kurang RM30 lebih untuk seorang makan. Jika satu keluarga berlima secara purata boleh jatuh RM150 lebih untuk sekali makan tengahari. Belum lagi makan malam dan sarapan pagi. Didarab dengan bilangan hari “stay” di sana. Puh..parah. Tu yang order makanan biasa-biasa aje. Jika order “special menu” lagila mahal. Budget habis kat makanan saja.

Kata rakan kenalan saya di sana, macam mana tak mahal kerana sewa kedai di jalan berkenaan antara yang termahal di Bandar Ho Chi Minh. Logiklah jika dijual mahal bagi menampung kos operasi. Dan jika dihitung semula kos yang dibelanjakan semasa di sana, rasanya pergi melalui Pakej mungkin lebih berbaloi. Tambahan pula jika pergi melalui Pakej, kita sebenarnya akan ikut program lawatan yang lebih menarik dan boleh mengenali tempat-tempat menarik di sana. Rata-rata mereka yang pergi sendiri-sendiri tumpuan hanya kepada membeli-belah dan makan bagi mengisi perut dan tidak pada lawatan ke tempat yang menarik di sana.

20131231_154636Contoh Bas Persiaran yang membawa Rombongan

Pakej 4H3M dari 7hb Mac 2014 hingga 10hb Mac 2014

Sekembali saya dari Ho Chi Minh, saya berhasrat untuk setting satu Pakej Melawat Ho Chi Minh selama 4 hari dan 3 malam pada harga yang amat berpatutan sekali iaitu hanya RM1450 seorang. Harga ini meliputi kos tiket penerbangan pergi dan balik dengan AirAsia, hotel penginapan 3 bintang dengan 2 orang sebilik, makan dan minum mengikut iternary, pengangkutan bas berhawa dingin, lawatan ke tempat-tempat menarik di sana termasuk yuran masuk ke tempat lawatan dan juga Tour Guide. Peserta hanya membawa duit belanja untuk “shopping” sahaja.

Pastinya Tour Guide yang mengendalikan lawatan ke tempat-tempat menarik di sana ialah seorang Melayu Champa yang fasih berbahasa Melayu. Senang sikit untuk kita nak berkomunikasi dengannya. Jika dipilih seorang Vietnam yang berbahasa Inggeris, bimbang juga jika ada makcik dan pakcik yang tak faham. Al-maklum Ho Chi Minh atau dahulunya dikenali sebagai Saigon ini kaya dengan sejarah pahit peperangan menentang Amerika suatu ketika dahulu. Di samping itu budaya masyarakat di sana yang amat jauh berbeza dengan kita menambat hati saya.

Aturcara Lawatan

Hari 1 – KLIA/Ho Chi Minh

Kami merancang menggunakan Penerbangan Vietnam Airlines yang dijadualkan berlepas ke Ho Chi Minh pada 7hb Mac 2014, jam 12.00 tengahari dan dijangka sampai pada jam 12.55 tengahari (waktu tempatan). Sampai sahaja di sana, peserta akan dibawa untuk makan tengahari di Restoran Halal tempatan sebelum “check in” Hotel. Lokasi hotel ialah di sekitar Pasar Ben Thanh.

bot vietnam

Peserta bebas untuk membeli belah di Pasar Ben Thanh. Di sebelah petang, saya bercadang membawa ahli rombongan menaiki bot selama 1 jam menyusuri Sungai Saigon yang bersih dan cantik sambil berpeluang menikmati pemandangan matahari terbenam di ufuk Sungai Saigon. Pemandangan beransur-ansur gelap dari Sungai Saigon dan peserta berpeluang menikmati keindahan pemandangan Kota Ho Chi Minh  pada waktu malam dari arah Sunagi Saigon. Selepas itu peserta akan dibawa menikmati makan Malam di Restoran Halal Tempatan. Peserta dinasihatkan untuk berniat Jamak Takhir (Solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyal di sana)

20131231_163902Salah satu Masjid di Ho Chi Minh

Hari 2 – Terowong Chu Chi/Ho Chi Minh

Hari Kedua, selepas sarapan pagi peserta akan dibawa melawat Terowong Chu Chi yang amat terkenal sebagai suatu destinasi pelancungan di Vietnam. Cerita mengenainya ada pada entry saya terdahulu di bawah tajuk Terowong Cu Chi – Destinasi Terbaik Pengunjung di Vietnam.

Selesai lawatan di sini, peserta kembali semula ke Ho Chi Minh untuk makan tengahari dan solat Jamak dan Qasar di Masjid yang terdapat di sini. Program seterusnya ialah melawat Kilang membuat Pakaian Busana Muslim dan Telekung. Satu tempat yang menarik untuk dilawati. Jika ada yang berhajat untuk membuat tempahan Pakaian Busana Muslim untuk tujuan perniagaan di Malaysia, di sinilah peluang terbaik berbuat demikian. Program di akhiri  dengan makan malam di Restoran Tempatan.

Hari 3 – Sungai Mekong/Ho Chi Minh

Hari Ketiga, selepas sarapan pagi peserta akan dibawa menaiki bas menuju ke Daerah Sungai Mekong pula iaitu antara sungai yang terpanjang di Asia Tenggara. Peserta berpeluang menaiki sampan menyusuri Sungai Mekong dan singgah sebentar di perkampungan Orang Vietnam di sana sambil dihidangkan dengan buah-buahan tempatan. Menariknya ada juga penyanyi jalanan yang menghiburkan pengunjung sambil meminta derma.

20131231_133824China Town

Kunjungan berakhir sekitar tengahari dan peserta dibawa kembali semula ke Ho Chi Minh. Selepas makan tengahari di Restoran Tempatan, destinasi seterusnya ialah di “China Town” untuk membeli belah dan juga Pusat Jualan Barangan Sukan seperti “Adidas” dan “Nike” “made in Vietnam” yang dijual pada harga yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Kepada yang minat dengan Kasut Sukan berjenama, boleh buat tawar menawar di sini. Ada banyak deretan kedai yang menjual Produk Sukan Berjenama.

20131231_145847Salah satu Kedai Barangan Sukan Berjenama “Made in Vietnam”

Makan Malam di Restoran Halal Tempatan

Hari 4 – Ho Chi Minh/KLIA.

Hari Keempat, peserta berpeluang untuk meneruskan aktiviti membeli belah sementara menanti masa untuk dibawa ke airport untuk keberangkatan pulang. Flight akan berlepas pulang pada jam 8.15 malam dan dijadualkan sampai KLIA pada jam 11.05 malam. Masih ada banyak waktu untuk sambung “shopping”pada hari terakhir.

Maklumat menarik mengenai Penduduk Ho Chi Minh

Percaya atau tidak, nak jumpa orang gemuk di Ho Chi Minh amat payah sekali. Tidak seperti kita yang lebih ramai yang “over weight” dari yang ramping. Memang benar orang di sana ramping-ramping belaka. Saya percaya ini semua ada kaitan dengan cara permakanan mereka yang lebih banyak makan sayur dan sup, barangkali. Tidak kira usia dan jantina, sukar untuk berjumpa dengan mereka yang gemuk.

Bandar Ho Chi Minh mempunyai 9 juta penduduk. Jadi kita boleh bayangkan begitu ramainya manusia yang menggunakan jalanraya di bandaraya Ho Chi Minh. Oleh kerana bilangan motorsikal terlalu banyak berbanding dengan kereta, maka keadaan trafik tidaklah terlalu sesak seperti Kotaraya Jakarta ataupun Kuala Lumpur.

Yang aneh, motorsikal di sini tidak merempit seperti di tempat kita. Mereka begitu sopan di jalan raya dan sentiasa patuh dengan undang-undang lalulintas. Saya dimaklumkan, had laju motorsikal di jalan raya tidak boleh melebihi 30km/jam. Kerana itu walaupun jalan raya mempunyai banyak simpang, keadaan trafik terkawal dan jarang berlaku “accident”. Jika rajin pembaca boleh tengok Youtube keadaan lalulintas di sana. Amazing..

Kepada yang berminat untuk menyertai sila emel nama-nama ke hjiqbal@ajwatravel.net atau emel isteri saya kakyati@ajwatravel.net dan tempat terhad untuk 30 pax sahaja.

Atau jika pembaca mempunyai tarikh sendiri atau tiket sendiri boleh juga mendapatkan khidmat Ground Handling di sana pada harga yang berpatutan. Ground Handling merujuk kepada semua perkhidmatan yang dinyatakan di atas kecuali harga tiket kapalterbang sahaja.

Untuk makluman, harga Ground Handling untuk Pakej di atas bagi Kumpulan 20 orang keatas ialah RM700 sahaja. Jika nak jimat, boleh beli Tiket secara online (AirAsia) kerana biasanya belian online lebih jimat berbanding belian Tiket secara Kumpulan. Cuma harga tiket online ini sering berubah-rubah, tidak seperti Harga Tiket Kumpulan yang dah memang kekal tidak berubah.

Wassalam.