Assalamualaikum wbt.

Sejak kedatangan bulan Ramadhan saya seperti hilang motivasi untuk menulis dalam blog. Nak menulis mengenai amalan di bulan Ramadhan dah terlalu banyak artikel mengenainya. Boleh dikatakan setiap hari banyak message yang diterima melalui “whatapps’ yang cerita mengenai Ramadhan.

Semenjak bulan Ramadhan, Ajwa langsung tidak membawa jemaah Umrah kerana bimbang berlaku masalah Visa seperti tahun sebelumnya. Saya selalu set dalam minda bahawasanya lebih baik tidak ada “business” dan tak rugi apa-apa, dari ada “business” tetapi rugi dan sakit kepala. Sememangnya saya amat bersimpati dengan rakan-rakan Travel yang menghadapi masalah sehinggakan menjejaskan kewangan mereka gara-gara masalah tidak mendapat Visa.

Tetapi Ramadhan yang baru lepas lain pula ceritanya..Langsung tidak ada masalah Visa seperti yang dijangkakan. Terasa rugi pula kerana melepaskan beberapa “potential jemaah” kerana merasakan Visa ada masalah. Tetapi itu la adat meniaga. Jika ditakdirkan bukan rezeki kita maka begitulah yang terjadi. Apa pun yang penting kita mesti redha dengan ketentuan Ilahi.

Oleh kerana Visa Umrah tidak dikeluarkan sehingga selesai musim Haji, maka ada baiknya saya cuba mempromosikan Pakej Non Umrah yang saya anggap ianya mudah dan murah di pasaran. Ajwa cuma menyediakan Sebutharga Khidmat Ground Handling sahaja di tempat lawatan.

Promosi Non Umrah

Pakej Non Umrah ini jenis “Free and Easy”. Perkhidmatan yang ditawarkan meliputi hotel penginapan bertaraf 3 bintang untuk sebilik berdua, sarapan Pagi di Hotel berkenaan, tiada “lunch” dan “dinner”, airport Transfer ke Hotel,

Terbuka kepada Individu

Promosi ini terbuka kepada individu yang berminat dan tidak semestinya berkumpulan. Maknanya jika sepasang suami isteri (2 orang) yang mahu “honey moon” atau ahli keluarga yang ingin bercuti pun boleh join sama.

Bila nak pergi ? Terpulang kepada individu yang berkenaan bila masa yang difikirkan sesuai untuk bercuti.

Tempoh Promosi ialah  bermula dari 17 Ogos 2015 hingga 30 September 2015.

Tiket Penerbangan ?

Berkenaan dengan tiket Penerbangan ke destinasi pilihan, jemaah boleh beli sendiri secara online. Kita boleh lihat website airasia.com untuk periksa tiket-tiket yang murah. Dan jika minta Ajwa Travel belikan pun O.K, tiada masalah. Sediakan sahaja bayaran harga tiket dan bank in terlebih dahulu ke akaun Ajwa Travel.

promosi bangkok

Pakej Melawat Bangkok dan Pattaya (5 hari dan 4 malam)

Tawaran harga ini meliputi penginapan 2 malam di Hotel bertaraf 3 bintang di Bangkok dan juga 2 malam di Pattaya, pengangkutan berhawa dingin untuk tempoh 5 hari dan 4 malam termasuk Tour Guide dan Pemandu. Pesereta akan dibawa melawat Coral Island dan juga dibawa membeli belah di Bandar Bangkok.

Pakej 4 Negara

Ajwa juga sedang mempromosi Lawatan ke 4 destinasi pilihan untuk tempoh 3 hari dan 2 malam iaitu samada melawat Bali, Bangkok, Dubai dan Singapura. Promosi ini ditawarkan kepada individu lebih dari 2 orang dan bukan semestinya kepada kumpulan yang ramai.

promosi 4

Tempoh Pakej ialah 3 hari dan 2 malam. Ajwa hanya menyediakkan khidmat Ground Handling cara “Free and Easy” iaitu Hotel penginapan termasuk Sarapan Pagi dan Airport Transfer ke/dari Hotel. Peserta bebas untuk mengadakan aktiviti sendiri di kota raya berkenaan.

Harga mengenai Pakej di atas boleh rujuk kepada contoh Iklan di atas. Harga di atas tidak termasuk harga tiket penerbangan ke destinasi pilihan.

Pakej Melawat Krabi 3 hari 2 malam – RM400/pax

krabi

Bagi yang suka kepada keindahan pantai, Ajwa juga menawarkan Pakej Free and Easy ke Krabi untuk tempoh 3 hari dan 2 malam.

Harga yang ditawarkan meliputi kos penginapan Hotel 3 bintang jenis sebilik berdua termasuk sarapan pagi dan juga airport Transfer. Peserta bebas menjalankan aktiviti sendiri selama berada di Krabi.

Harga tidak termasuk kos tiket penerbangan, makan tengah hari dan makan malam di sana.

Pakej Melawat Ho Chi Minh – Vietnam

http://brightwallpapers.com/

Bandar Ho Chi Minh

Atas permintaan beberapa jemaah, maka kini Ajwa juga menawarkan Pakej Melawat Ho Chi Minh untuk tempoh 4 hari dan 3 malam.

Harga Ground pakej ini ialah RM 750 seorang. Harga ini meliputi penginapan sebilik berdua di Hotel 3 bintang, makanan Halal 3 kali sehari di sana, pengangkutan dan lawatan ke destinasi pilihan seperti ‘Chu Chi Tunnel” dan Sungai Mekong, Tour Guide yang boleh berbahasa Melayu.

Harga ini tidak termasuk tiket penerbangan ke Ho Chi Minh.

Maklumat mengenai tempat lawatan ke Ho Chi Minh ada pada entry terdahulu di bawah tajuk Terowong Cu Chi – Destinasi terbaik pengunjung di Vietnam dan Pengalaman Melawat Ho Chi Minh

Tarikh pemergian ialah dari 4 September hingga 7 September 2015.

Penyertaan dan Bayaran

Kepada sesiapa yang berminat dengan Promosi di atas, boleh hubungi saya Hj Iqbal di talian 019-3505395 atau Hjh Norhayati 019-3418822 atau emel ke booking@ajwatravel.net. Bayaran deposit sebanyak 50% dari Harga Pakej hendaklah dijelaskan sebaik pendaftaran dibuat.

Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 2 minggu dari tarikh berlepas. Dan jika pendaftaran dan tarikh berangkat kurang dari 30 hari, maka bayaran penuh hendaklah dibuat semasa pendaftaran.

Bayaran boleh di bank in ke akaun Maybank Islamic no.5624 6930 9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd.

Jumpa lagi dan Wassalam.