Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah, perancangan Ajwa pada Fasa 1 (Disember 2015 hingga Mac 2016) menampakkan hasilnya. Sungguhpun jemaah tidaklah seramai Travel lain yang sudah ada nama, namun dapat bawa jemaah Umrah setiap bulan sudah dikira O.K sangat. Dan yang paling penting dan menggembirakan apabila jemaah berpuas hati dengan servis yang diberikan. Kerana itu sebolehnya saya cuba mengetuai rombongan Umrah Ajwa kerana saya memahami jemaah lebih selesa apabila saya iaitu Tuan Punya Ajwa Travel turut serta. InsyaAllah Rombongan Umrah Cuti Sekolah dari 8 Mac hingga 19 Mac 2016 ini juga diketuai oleh saya sendiri.

baiturrahman

Pakej Banda Aceh hanya RM1250 seorang

Sekembali dari Umrah saya mengetuai pula Rombongan Melawat Banda Aceh dari 23 Mac hingga 26 Mac 2016. Untuk makluman, pendaftaran masih lagi dibuka kepada sesiapa yang berminat. Maklumat mengenai Pakej Banda Aceh ada dalam entry terdahulu.

Harga Pakej untuk 4 hari dan 3 malam ini meliputi tiket Airasia pergi dan balik, bagasi pergi 10kg dan bagasi balik 20kg seorang, airport Tax di KLIA2 dan di Banda Aceh, makanan dalam flight (masa pergi sahaja), penginapan sebilik 2 orang (Banda Aceh 2 malam dan Pulau Sabang 1 malam), makanan di sana, transport termasuk Tour Guide, bayaran Feri pergi balik ke Pulau Sabang dan bayaran sewa Bot Kaca mengelilingi Pulau Rubiah.

Jika ada nak join boleh hubungi isteri saya Hjh Norhayati 019-3418822.

airbus380 MH

Promosi Umrah Fasa 2 (April hingga Jun 2016)

Dari bulan Februari hingga April 2016, Ajwa hanya mengambil Penerbangan MH Charter, Pesawat jenis Airbus 380. Penerbangan Tempahan Khas ini menjadi pilihan saya kerana sektor destinasi penerbangan yang amat digemari oleh jemaah iaitu KLIA/Medina dan Jeddah/KLIA atau KLIA/Jeddah dan Medina/KLIA. Jemaah terus sampai ke Arab Saudi tanpa harus transit di negara ketiga.

Sama seperti sebelumnya, Ajwa menggabungkan 2 standard Pakej dalam satu Rombongan Umrah. Ini bagi memberi peluang jemaah menyertai Pakej Umrah Ajwa sesuai dengan budget jemaah. Bagi yang ada lebih dan mahu keselesaan, boleh ambil Pakej Idaman. Manakala Pakej Ekonomi pula untuk jemaah yang ingin lebih jimat.

Pakej Umrah Harga Jimat dari 8 April hingga 20 April 2016

Untuk bulan April 2016, Ajwa Travel ingin mempromosikan Pakej Harga Rendah dibawa RM6000 untuk penginapan jenis sebilik berempat. Malah tempoh Pakej juga lebih lama iaitu 13 hari 11 malam. Jika nak yang murah lagi, Ajwa tak berani buat kerana jarak hotel pasti akan lebih jauh dan akan memenatkan jemaah nanti.

Jadual Penerbangan seperti berikut :-

FLIGHT APRILNota : Jemaah sampai KLIA pada 20 April 2016, pada jam 5.45 pagi.

Harga Pakej untuk bulan April ialah seperti di bawah :-

HARGA APRIL

Penginapan di Makkah 

Untuk Pakej Ekonomi, jemaah akan menginap di Hotel pada jarak 350 meter ke Masjdil Haram di kawasan Ajyad yang landai.

Untuk Pakej Idaman 2 pula, jemaah akan menginap di Hotel Anjum bertaraf 5 bintang (Fullboard). Jemaah akan makan 3 kali sehari di Hotel Anjum.

Penginapan di Madinah

Penginapan di Madinah untuk kedua-dua standard Pakej ialah Hotel Royal Makarim yang terletak selepas Hotel Saha pada jarak 150m ke Masjid Nabawi.  Jemaah akan menginap 4 malam di Madinah dan 7 malam di Makkah

turki musim bunga

Pakej Melawat Negara Turki – Musim Bunga (RM 5290 sahaja)

Sekembali dari Umrah pada 20 April 2016, Ajwa akan membawa jemaah melawat Negara Turki pula dari 25 April 2016 hingga 5 Mei 2016 iaitu selama 11 hari dan 8 malam. Harga yang ditawarkan ialah RM5290 sahaja.

Harga ini ialah harga keseluruhan Pakej meliputi harga tiket Penerbangan bersama Mahan Air (flight milik Iran) transit sebentar di Teheran dan seterusnya ke Istanbul pergi dan balik, penginapan Hotel 4 dan 5 bintang jenis sebilik berdua, makan minum 3 kali sehari di Turki, bas pengangkutan termasuk WIFI dalam bas, lawatan di tempat-tempat menarik di Istanbul, Bursa, Konya, Cappadocia, Ankara, Bolu dan Pamukale serta Tour Guide yang fasih berbahasa Inggeris.

Jadual penerbangan ialah seperti di bawah

Jadual Flight Turki

Bagi yang ingin mengetahui Iternary Perjalanan atau ingin menyertai Pakej Melawat Turki, boleh emel kepada alamat emel info@ajwatravel.net atau hubungi Fatin Kamili di talian 019-339 0156 atau Pejabat Ajwa 03-3342 3395.

 

Pakej Umrah bulan Mei 2016

Ada 2 tarikh penerbangan iaitu sebelum dan semasa cuti sekolah Mei/Jun 2016. Ajwa bercadang menggunakan Penerbangan Saudi Airlines untuk kedua-dua tarikh sebelum dan selepas Cuti Sekolah Mei/Jun 2016.

Jadual Penerbangan seperti di bawah :-

FLIGHT MEI

Tempoh Perjalanan ialah 12 Hari dan 10 Malam. Jemaah dijadualkan berlepas pada 11 Mei 2016 pada jam 3 petang dan dijangka kembali ke Tanah Air sampai di KLIA pada 22 Mei 2016, jam 12.35 tengahari.

HARGA MEI

Penginapan di Makkah untuk Pakej Ekonomi ialah Hotel Jawad al Taj atau setaraf pada jarak 250 meter ke Masjidil Haram.

Manakala penginapan di Makkah untuk Pakej Idaman 2 ialah Hotel Anjum bertaraf 5 bintang dan jenis Fullboard iaitu jemaah akan makan 3 kali di Hotel Anjum. Hotel Anjum ini lebih murah berbanding harga Hotel Safwah Orchid.

Bagi Pakej Idaman 1, Hotel Penginapan ialah di Hotel Safwah Orchid jenis Halfboard. Jemaah bersarapan pagi di Hotel Safwah, manakala “lunch” dan “dinner” di Restoran dsaji Felda yang terletak di Tingkat 2 bangunan Safwah Tower.

Untuk penginapan di Madinah, ketiga-tiga standard Pakej akan menginap di Hotel Royal Makarim atau setaraf dengannya.

Pakej Umrah Cuti Sekolah Mei/Jun 2016

Jadual Penerbangan ialah seperti di bawah :-
FLIGHT MEI JUN

Mengikut Jadual, jemaah sempat untuk berpuasa 4 hari di Makkah. Oleh kerana pakej Umrah ini sehingga memasuki Ramadhan, maka Harga Pakej menjadi lebih mahal dari biasa. Umum menyedari harga Hotel dalam bulan Ramadhan lebih tinggi dari biasa.

HARGA MEI JUN

Untuk Pakej Ekonomi, hotel penginapan di Makkah ialah Hotel Jawad al-Taj atau setaraf dengannya.

Manakala untuk Pakej Idaman 2, jemaah akan menginap di Hotel Anjum iaitu Hotel bertaraf 5 bintang.

Penginapan di Madinah untuk kedua-dua standard Pakej sama sahaja iaitu Hotel Royal Makarim atau setaraf dengannya.

Pakej Umrah Akhir Ramadhan

Saya bercadang untuk menunaikan Umrah Akhir Ramadhan bersama isteri saya Hjh Norhayati. Cadangan berlepas pada 17 Ramadhan dan balik selepas 30 Ramadhan atau 1 Syawal. Jika tiada jemaah pun kami berdua tetap akan pergi juga, insyaAllah.

Setakat ini harga masih belum boleh dikeluarkan lagi kerana mencari hotel yang murah di Makkah. Almaklum harga bilik hotel untuk 10 akhir Ramadhan sememangnya amat mahal. Jadi jika ada yang ingin menyertai boleh call Hjh Norhayati 019-3418822..

Bukan tak boleh hubungi saya tetapi saya selalu “travelling” keluar negara dan no.hp Malaysia saya akan di”off’kan bila berada di luar negara. Tetapi jemaah masih boleh ber’whatapps” dengan saya di talian 019-350 5395.

Pendaftaran dan Pertanyaan

Sekiranya pembaca berminat menyertai Pakej-pakej yang Ajwa promosi boleh segera emel nama-nama ke umrah@ajwatravel.net (untuk Pakej Umrah) dan ke emel info@ajwatravel.net (untuk Pakej Non Umrah). Ini bagi memudahkan pihak Ajwa Travel mendapatkan seat flight yang berkenaan.

Setakat ini dahulu makluman mengenai Promosi yang Ajwa set untuk bulan April, Mei dan Jun 2016. Jumpa lagi dan Wassalam.