Assalamualaikum wbt. dan bertemu kembali.

Bagi bakal jemaah Haji yang terpilih pada tahun ini, pasti hatinya melonjak riang dan tak sabar untuk berangkat ke Tanah Suci. Tetapi sebaiknya sebelum berangkat, buat “check list” dahulu perkara-perkara yang perlu diambil perhatian supaya tidak rasa ralat apabila sudah tiba di sana nanti. Sebenarnya kelengkapan pakaian berapa banyak nak bawa bukanlah menjadi soal utama. Sampai di sana nanti, jemaah baik lelaki ataupun wanita pasti akan membeli pakaian jubah yang baru yang lebih cantik dan murah pula harganya.

terminal hajiTerminal Haji Jeddah

Tetapi apa yang saya cuba “highlight”kan ialah perkara-perkara atau benda-benda penting yang sukar diperolehi di sana dan jika ada mungkin mahal harganya. Ataupun perkara yang kita anggap remeh atau kecil tetapi amat besar manfaatnya semasa di sana nanti.

Saya percaya bakal jemaah Haji pasti sudah mendapatkan suntikan “meningcocal ACWY135” iaitu suntikan anti pencegahan radang otak, Setiap jemaah Haji dan Umrah wajib untuk mengambil suntikan ini. Suntikan tambahan bagi bakal jemaah Haji ialah suntikan untuk pencegahan batuk dan juga suntikan untuk pencegahan selsema (Influeza). Berdasarkan pengalaman saya dahulu, sungguhpun jemaah sudah mendapatkan 2 jenis suntikan tambahan ini, masalah batuk dan selsema tetap juga dihadapi oleh jemaah Haji. Jadi apa yang perlu kita lakukan ?

Masalah Batuk dan Selsema ?

Sebenarnya masalah batuk dan selsema memang tak boleh dielakkan. Terima sahajalah dengan redha dan jangan merungut. Cuma sebaiknya  semasa di Makkah jemaah dinasihatkan memakai “Mask” atau Topeng yang boleh diperolehi di Kedai Farmasi pada harga yang murah. Al-maklum jalan raya di sana amat berhabuk dan berdebu yang boleh mendatangkan batuk dan juga selsema kepada jemaah. Pernah jemaah bertanya kepada saya, “Kenapa Jemaah masih tetap kena batuk dan selsema walhal sudah mengambil 2 suntikan yang disyorkan ?” Saya jawab sambil ketawa ” yang tak batuk dan selsema di sini hanya Unta sahaja”.

Semasa saya bertugas di tanah suci dahulu, saya sentiasa bawa bersama “Deaquadin” iaitu gula-gula sakit tekak. “Strepsil” pun ok juga, Gula-gula Fisherman juga elok untuk mereka yang sakit tekak. Teringat kisah jemaah yang merungut dengan katanya ” aku dah telan habis 1 botol ubat batuk yang diberikan oleh Doktor di Klinik Tabung Haji, tetapi batuk aku tetap tak hilang juga”. Ada juga jemaah yang apabila sakit tekak sehingga kehilangan suara. Apabila bercakap suara dah macam itik kena cekik aje. Ada jemaah menyatakan bila batuk tak hilang, elok minum Madu Lebah. Mungkin ada kebenarannya.

klinik tabung hajiJemaah Haji menunggu untuk rawatan di Klinik Tabung Haji

Sebenarnya sakit yang datang merupakan “kafarah” dari Allah atas dosa-dosa kita yang lalu, Jadi terima dan redha sahaja la. Mudah-mudahan sakit yang datang meleburkan dosa-dosa kita dan meningkatkan Maqam kita di sisiNya. Saya anggap jemaah Malaysia amat beruntung kerana Tabung Haji ada menyediakan kemudahan Klinik Tabung Haji yang terdapat di Hotel Penginapan Jemaah Haji dan juga Hospital Tabung Haji di Aziziah. Doktor yang berkhidmat pula memang komited dengan tugas mereka.

Masalah Makanan di Tanah Suci

Jemaah Haji diingatkan jangan bandingkan makanan di Tanah Suci dengan makanan di Tanah Air. Bagi jemaah Haji Muasasah, pihak Tabung Haji hanya menyediakan Makanan Nasi Bungkus untuk Makan Tengahari dan Makan Malam sahaja. Menu Makanan Nasi Bungkus memang yang asas sahaja iaitu ada Nasi, Ikan atau Ayam 1 ketul dan mungkin ada sayur sedikit, ada juga Air Botol. Setiap hari menunya ialah Nasi Bungkus. Untuk sarapan pagi, Tabung Haji ada menyediakan gula, teh, kopi dan juga Air Panas. Cuba untuk makanan kena pandai-pandai la jemaah mencari sendiri di Kedai-kedai Makan yang terdapat di dalam Kompleks Bangunan Tabung Haji.

nasi bungkus hajiNasi Bungkus untuk Jemaah Haji

Bagi jemaah Pakej Swasta pula, menu makanan ialah sistem Buffet dan 3 kali sehari iaitu sarapan pagi selepas solat Subuh, “lunch” selepas solat Zuhur dan “dinner” selepas Solat Isyak. Macam pergi Umrah dulu. Cuma sajiannya memang la tak sama seperti di Tanah Air. Nak sedap tunggu balik Malaysia nanti. Yang penting boleh alas perut dan tidak lapar. Jika menu tidak menyelerakan, ingat pesan Nabi supaya berdiam diri dan jangan komplen tak tentu hala.

Saya selalu menasihatkan jemaah supaya bawa makanan tambahan yang tahan lama seperti “serunding” sekiranya menu yang disajikan tidak menepati citarasa. Semasa di Mina nanti, sajian menu yang diberikan oleh pihak Muasasah ialah Nasi Bungkus yang berlauk daging atau ikan rebus atau daging ayam. Memang kurang menyelerakan bagi jemaah.

Al-maklum pihak Muasasah memasak dengan menggunakan Dapur Kayu untuk 2500 orang jemaah bagi satu Maktab. Jadi jika ada serunding atau Acar Buah boleh juga memikat selera. Tak hairanlah ramai jemaah yang memilih untuk memakan Makanan Segera yang dibekalkan oleh Muasasah iaitu “Indomee”. Jika takut tak da selera makan, jemaah boleh bawa bersama Mee Maggi sebagai pengalas perut ketika lapar nanti.

Kelengkapan Mina

Semasa saya bertugas dahulu, isteri saya akan menyiapkan kelengkapan untuk saya semasa di Mina nanti  dalam satu beg khas iaitu cerek letrik, “extention wire”, jug besar (untuk buat air minuman panas), kole atau mug besar, serunding dan juga Maggi. Untuk makluman, pihak Muasasah ada menyediakan kemudahan air panas untuk membuat minuman (disediakan sekali teh, kopi dan gula). Tetapi saya ni jenis malas beratur panjang untuk mendapatkan sesuatu. Malah kadang-kala air panas yang dibekalkan tidak terlalu panas, kurang “umpph” untuk rendam Maggi. Maka adanya cerek letrik membolehkan saya dan kawan-kawan untuk membuat air minuman panas dan juga rendam Maggi.

Cuma sebagai jemaah mungkin tak praktikal jika ikut seperti apa yang saya lakukan. Dulu saya petugas dan bukan jemaah. Jadi mungkin ada saranan yang boleh diikut seperti bawa kole atau mug besar dan juga bawa Serunding dan Maggi. Sepanjang berkhidmat pada musim Haji, makanan di Mina memang agak kurang menyelerakan. Tetapi jenis yang kaki makan macam saya ni…belasah aje dan tidak komplen.

Bawa Penyangkut Baju

Walaupun perkara ini dianggap kecil tetapi sebenarnya memudahkan jemaah semasa di Makkah, Madinah dan juga Mina nanti. Semasa menginap di hotel Makkah, biasanya pihak Tabung Haji akan menempatkan 4 hingga 6 orang jemaah dalam satu bilik. Sekiranya tiada “Hanger” baju memang menyulitkan jemaah untuk menggantung pakaian yang sudah digunakan. Maka timbul idea dari jemaah untuk mencari tali (biasanya dibeli di kedai runcit berhampiran) untuk dijadikan ampaian baju.

mina

Begitu juga semasa berada di Khemah Mina.  Kat khemah Mina mana ada almari pakaian. Pakaian yang sudah dipakai sebaiknya gantung pada “Hanger’ baju supaya tidak berkedut. Gantung sahaja “hanger’ baju itu pada tempat yang tinggi di dalam Khemah Mina. Dan perlu diingat, jangan bawa pakaian terlalu banyak semasa mahu berangkat ke Arafah dan Mina nanti. Memadai 2 atau 3 helai pakaian sahaja.

Bawa Ubat-ubatan

Bagi jemaah yang ada penyakit 3 serangkat seperti Kencing Manis, Darah Tinggi dan Sakit Jantung, sebaiknya bawa ubat-ubatan dari Malaysia. Nak beli di Kedai Farmasi memang ada tetapi harganya jauh lebih mahal. Begitu juga yang dah biasa guna Minyak Cap Kapak apabila pening kepala. Bawa la sekali.chi kit teck aunTeringat semasa bertugas dahulu sebelum ke Arafah dan Mina, isteri saya yang turut sama bertugas akan bawa bersama stok ubat-ubatan untuk “standby” bagi kegunaan jemaah Haji yang memerlukan nanti. Termasuk dalam senarai ialah Pil Chi Kit Teck Aun iaitu ubat cirit birit. Almaklum jika masalah ni berlaku memang kasihan pada jemaah. Tandas di Khemah Mina bukan macam tandas di Hotel Makkah. Nasib tak baik pernah jemaah yang tak tahan dia lepaskan aje di luar Pintu Tandas. Sabar aje la.

tandas minaKemudahan Bilik Tandas di Mina

Krim Pelembab Kulit seperti “Vaseline” atau ‘Nivea” saya kira penting untuk dibawa bersama, Keadaan suhu di tanah suci yang kering samada panas kering atau sejuk kering boleh menyebabkan kulit jemaah cepat kering. Yang lebih teruk tumit kaki boleh pecah-pecah dibuatnya. Jika tumit kaki dah pecah-pecah, sakitnya bukan main lagi. Nak berjalan pun payah. Begitu juga keadaan bibir juga mudah kering jika tidak segera disapu dengan Krim Pelembab Kulit.

Cukup buat kali ini, insyaAllah berjumpa lagi. Wassalam.