Persediaan Menghadapi Umrah Disember 2013

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah, ramai yang menghantar emel kepada saya menyatakan minat untuk menyertai Pakej Umrah Disember 2013. Dan kebanyakkan dari mereka memilih Pakej Umrah Idaman. Sungguhpun begitu seperti yang dimaklumkan awal Pakej Super Ekonomi tetap juga dibuat oleh Ajwa Travel. Cuma harganya sederhana dan tidak terlalu murah kerana memilih hotel ekonomi yang jaraknya hampir dengan Haram sekitar 200 meter, insyaAllah.

gambar umrah 2012 197

Samada dapat dilaksanakan ataupun tidak, segala-galanya bergantung kepada kelulusan Visa Umrah. Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya di mana sesuatu Pakej di”setting” dengan ditentukan dahulu tarikh berlepas dan kemudian baru dibuat permohonan Visa, tetapi untuk akan datang ini pendekatan ini terpaksa diubah. Melihat kepada senario yang berlaku kini, ianya amat menakutkan.

Bayangkan apabila semua persiapan sudah dilakukan iaitu tiket flight sudah “ready”, hotel-hotel di Makkah dan Madinah sudah ditempah (pastinya semua itu sudah dibayar) tiba-tiba mendapati Visa tidak keluar lagi. Kasihan kepada agensi yang mengalami nasib sebegini. Akibatnya banyak agensi yang terpaksa menunda tarikh penerbangan kerana tidak memperolehi Visa pada waktunya. Bagi agensi yang besar dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh mungkin tidak begitu terasa. Tetapi bagi agensi kecil, masalah ini begitu memeritkan.

Di pihak jemaah pula, pastinya hampa dan kecewa kerana tidak dapat pergi Umrah mengikut tarikh seperti yang dijanjikan. Hanya keluhan yang kedengaran..”dah banyak kali tangguh dah..tak tahu bila boleh pergi.” Yang nak tarik diri juga menghadapi masalah kerana pihak agensi tidak dapat memulangkan wang mereka semula. Maknanya kena tunggu lagi lah gamaknya. Mudah-mudahan pihak agensi yang berkenaan dapat merealisasikan impian jemaah mereka, walaupun menanggung kerugian. Kasihan..

Perancangan Awal

Bertitik tolak dari masalah di atas, saya cuba mengambil pendekatan untuk membuat permohonan Visa dahulu. Sesudah memperolehi Visa, saya masih ada masa 14 hari untuk mencari tiket flight dan juga membuat tempahan hotel di sana. Ini kerana tempoh sah Visa Umrah sekarang ini hanya 14 hari sahaja, berbeza dari sebelumnya iaitu sebulan atau 30 hari. Pengurangan tempoh ini dipercayai ada kaitan dengan langkah Kerajaan Arab Saudi yang cuba mengurangkan bilangan jemaah tawaf di Masjidil Haram.

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Jamil Khir (Berita Harian 11/6/2013) tempoh Permohonan Visa ialah tidak melebihi 14 hari dari tarikh MOFA keluar (no. rujukan Kelulusan Visa) Dan tempoh sah Visa Umrah pula ialah 14 hari. Maknanya jemaah harus berlepas ke Arab Saudi tidak lewat 14 hari dari tarikh Visa Umrah dikeluarkan. Manakala tempoh berada di Arab Saudi juga dipendekkan kepada 14 hari.

Prosedur Pemprosesan Visa

Untuk makluman, sebaik sahaja diketahui Permohonan Visa mula dibuka, maka langkah awal yang perlu dilakukan ialah Pihak Agensi akan “key-in” data ke dalam Sistem Muasasah. Data yang di “key in” ialah Maklumat di dalam Pasport Jemaah (seperti Nama Jemaah, no pasport dan sebagainya). Biasanya MOFA diperolehi selepas 48 jam dari tempoh “key-in” data. Tetapi ada juga mengambil masa yang lebih lama dari 48 jam, seperti yang berlaku baru-baru ini.

Ini bermakna sebaik MOFA diperolehi, agensi mestilah bersegera menghantar segala dokumen yang diperlukan seperti Pasport Jemaah, Gambar jemaah mengikut spesifikasi, Buku Suntikan dan lain-lain Dokumen Sokongan ke Pejabat Konsul Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur tidak lewat dari 14 hari selepas MOFA diperolehi.

Kebiasaannya paling cepat Pasport Jemaah memperolehi Sticker Visa Umrah ialah satu hari iaitu masuk semua dokumen seperti Pasport dan Dokumen Sokongan sebelah pagi di Pejabat Konsul Arab Saudi, sebelah petang sudah boleh diambil Pasport yang siap. Tetapi sekiranya dokumen sokongan jemaah tidak mencukupi ia boleh menyebabkan Pasport lambat siap.

Sebelum itu Pihak Agensi sudah boleh merancang untuk mendapatkan Flight yang Available mengikut tarikh yang sesuai untuk berlepas ke tanah suci, walaupun ketika itu Visa masih dalam proses.  Dan Ajwa Travel hanya akan mengumumkan tarikh berlepas hanya sebaik sahaja mendapat MOFA.

Persediaan Awal

Bagi yang menyatakan minat menyertai Ajwa, saya nasihatkan supaya menghantar emel “salinan pasport” kepada Ajwa Travel terlebih dahulu. Ini bagi memudahkan Ajwa untuk bersegera “key in” data Jemaah ke dalam Sistem sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari Pihak Muasasah. Ketiadaan maklumat dalam Pasport Jemaah akan melambatkan Proses Permohonan MOFA jemaah. Dibimbangi sekiranya kelewatan, ini boleh menjejaskan peluang untuk menunaikan Umrah seawal mungkin. Al-maklum sekarang ini bilangan Kouta Umrah agak terhad dan semakin berkurangan, sedangkan ramai yang nak pergi Umrah sebaik sahaja bermula musim baru. Siapa yang cepat bertindak, dia yang akan dapat dahulu.

Bagaimana dengan Standard Pakej ?

Seperti yang dimaklum awal, Ajwa hanya set 2 standard Pakej sahaja iaitu Pakej Umrah Idaman dan Pakej Umrah Super Ekonomi. Keterangan mengenainya ada pada entry terdahulu Pakej Umrah Disember 2013. Mengenai jenis flight pula, sebolehnya Ajwa cuba mendapatkan flight terus samada sektor Kuala Lumpur ke Madinah, balik dari Jeddah atau Kuala Lumpur ke Jeddah, masuk Makkah dahulu dan balik dari Madinah.

Mengenai tarikh berlepas ?

Setakat ini Ajwa tidak berani untuk set tarikh. Segala-galanya bergantung kepada MOFA samada dah keluar atau belum ? Dah keluar MOFA, baru Ajwa buat langkah seterusnya iaitu mencari flight dan juga membuat tempahan hotel di sana. Saya percaya, langkah ini dapat mengelakkan risiko jemaah gagal pergi Umrah.

Tindakan ?

Yang penting bermula dari sekarang, bakal Jemaah harus bersedia dengan segala Keperluan di dalam Pemprosesan Visa seperti Pasport yang tempoh sah laku mesti melebihi 6 bulan dari tarikh berlepas, Gambar untuk Visa dan juga Buku Suntikan Meningcocal. Di samping itu bagi yang membawa bersama isteri dan anak-anak, semua dokumen sokongan mesti di’Endorse” mendapatkan Cop “Salinan Diakui Sah” di Pejabat Agama (salinan Sijil Nikah) dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (Sijil Lahir Anak-anak). Jangan bertangguh, dibimbangi bila tiba masanya Dokumen Sokongan belum diproses lagi boleh menyebabkan Pasport lambat keluar dari Kedutaan, walaupun sudah memperolehi MOFA.

Kepada yang serius nak join Ajwa untuk Umrah Awal Musim 1435H ini, jangan lupa emel Nama-nama dan Salinan Pasport kepada hjiqbal@ajwatravel.net atau emel isteri saya kakyati@ajwatravel.net.

Jumpa lagi dan Wassalam.

Tempah produk beauty umaira sekarang